Tuesday, November 25, 2008

PAS Kecewa Dato Fauzi menyertai PKR bukan PAS


Wednesday, July 23, 2008

DATO FAUZI MENYERTAI PKR

Berita gembira buat penyokong Pakatan Rakyat di Pahang. Namun bagi saya terselit sedikit kecewa. Saya mengetahui penyertaan Dato Fauzi ke dalam PKR ini lebih kurang jam 12. 30 mlm. Itupun selepas menonton TV 502 Berita Bernama sebaik sampai dirumah setelah Kuliah di Keratong 9.

Bukan satu rahsia lagi Dato Fauzi akan menyertai PAS. "Menyertai parti lain adalah adat (kebiasaan), bersama PAS adalah ibadat" Inilah lafaz yang keluar dari mulut beliau membayangkan komitmen untuk bersama PAS semasa bertemu pimpinan PAS peringkat negeri Pahang. Saya tidak katakan Dato Fauzi memungkiri janji. Tetapi semua ini berlaku kerana kelemahan kita (baca pimpinan PAS). Pimpinan PAS Pahang telah menghubungi Pimpinan A (bukan nama sebenar) untuk tindakan selanjutnya sehinggalah telah ditetapkan tarikh pengisytiharan beliau ke dalam PAS. Bloger MSO telah mewar-warkan penyertaan bekas Timbalan Menteri dari Pantai Timur ke dalam PAS dalam blog beliau.

Saya dimaklumkan beberapa kali Dato Fauzi menghubungi sahabat kita di Kuantan bertanyakan bilakah pimpinan A akan menghubungi dan mengunjungi beliau.

Mungkin kecewa dengan kerenah pimpinan PAS yang lambat bertindak untuk menguruskan kemasukannya. Kelihatannya pimpinan A bertaraf Dewan Harian Pusat tidak berminat untuk menarik tali yang kami berikan. Beliau lebih berselera untuk bertemu pimpinan tertinggi UMNO malah sampai tiga kali bertemu, sedangkan hasilnya hampir-hampir PAS terjebak dalam jerangkap samar UMNO.

Sepatutnya di Pahang bulan Julai ini akan menerima 2 kemasukan anggota baru, Rakan Ezam dalam GERAK Zukri Aksah dan Bekas Timbalan Menteri Dato Fauzi Abd Rahman.
Saya tak berniat untuk merosakkan reputasi mana-mana pimpinan PAS Pusat. Belajarlah dari kelemahan ini. Antara Abu Jahal dan Abdullah Umi Maktum, Allah memerintahkan nabi pilih Abdullah Umi Maktum kerana beliau berkehendak pada hidayah berbanding Abu Jahal yang angkoh dan sombong. Kenapa bertemu dengan pemimpin UMNO, geraknya pantas, bertemu dengan mad'u bergerak agak malas.

Abu Sufian menanggalkan baju Jahilliah selepas merasakan beliau tetap mendapat pengiktirafan nabi walaupun awalnya adalah penentang dakwah. Bukan tujuan saya untuk menyamakan Dato Fauzi dengan 2 sahabat nabi ini, namun belajarlah dari kebijaksanaan nabi.

Manusia yang telah berada di depan pintu rumah kita, yang sepatutnya kita tarik tangannya masuk ke dalam rumah, namun kita biarkan dia terus berdiri seumpama peminta sedekah, akhirnya beliau beralih ke rumah jiran sebelah.

Pun begitu kita ucapkan kepada Dato Fauzi selamat berjuang dalam Pakatan Rakyat.
Diposting oleh Najmi di 10:02 PM 0 komentar
Tuesday, July 22, 2008

(Kata Waris Pahang :
PAS kecewa Dato Fauzi menyertai PKR bukan PAS, kesian dia..........!)

1 comment:

Najmi said...

Salam...

Saudara mengambil artikel dari blog saya tanpa izin. Barang yang diambil tanpa restu tuannya, bermakna MENCURI.

Disaat pemimpin saudara (UMNO) berura-ura nak wujudkan etika dikalangan bloger, saudara bloger yang tak de etika yang dimaksudkan oleh pemimpin UMNO berkenaan.

Seharusnya kita jadi manusia bertanggung jawab dalam meyerang sesiapa. Saya memperkenalkan blog saya dengan identiti sebenar saya. Saya hantar komen juga dengan identiti sebenar saya. Bermakna saya bertanggung jawab atas apa yang saya siarkan.

Jadilah orang yang bertanggung jawab. Malang sungguh pada saat kuasa ada di UMNO.. Undang undang dan pendakwaan di tangan mereka, ahlinya masih penakut untuk menggunakan identiti sendiri. Masih bersembunyi...

Mungkinkah saudara bloger tua berpencen yang diwujudkan oleh YB shakar. Malang sungguh dari muda sehinggalah ke tua menjadi pecacai UMNO.

Untuk makluman saudara menentang ISA bukan milik ekslusif pembangkang. Majlis Peguam menolak ISA, Gerakan, MCA, MIC dari kompenen BN menolak penggunaan ISA. Menteri kabinet meletakkan jawatan kerana menolak ISA. Beberapa mufti yang kami temui beberapa tahun dahulu juga tidak bersetuju dengan penggunaan ISA cuma bila kami minta mereka umumkan pendirian mereka tak berani kecuali hanya mufti Perlis mengumumkan pendiriannya. Mereka yang saya sebutkan bukannya pembangkang tetepi mereka menolak ISA.

Saya hanya minta ISA dikaji dan dihapuskan. Dakwa mereka di mahkamah dan beri peluang mereka bela diri. Kalau terbukti mereka bersalah... hukum mereka.

Selamat berkenalan...

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP