Sunday, January 11, 2009

CAMRY : SABOTAJ DAN AZAM BOHONG

Kerajaan Negeri Pakatan Pembangkang Selangor dan Perak telah mensabotaj PAS yang kini bertungkus lumus berjuang bagi memastikan kemenangan PAS dalam Pilihan Raya Kecil P.036 Kuala Terengganu.

Kedua-dua Kerajaan Negeri ini boleh menangguhkan pembelian dan penerimaan Toyota Camry 2.4, namun sikap tidak hormat kepada parti dan keangguhan yang menebal dalam diri menyebabkan mereka tidak menghiraukan parti yang sedang ‘genting’ berjuang di medan pilihan raya kecil.

Tindakan kedua-dua Kerajaan Negeri ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada PAS dan mensabotaj parti. Barangkali inilah azam bohong tahun baru 2009 Kerajaan Pakatan Pembangkang.

Pembelian ini juga telah menimbulkan isu lain yang berkaitan sehingga rakyat menganggap kedua-dua Kerajaan Negeri ini membohongi rakyat, membazirkan wang dan mengabaikan kebajikan rakyat. Di antara persoalan atau perkara yang menyebabkan rakyat tidak puashati :

1. Mesyuarat Exco Selangor membuat keputusan meluluskan pembelian kenderaan itu bagi menggantikan Proton Perdana pada hari Rabu sedangkan kereta baru itu diterima sebanyak 10 buah pada hari Jumaat iaitu dua hari selepas kelulusan.

2. Apakah pembelian Toyota Camry itu tidak mematuhi peraturan perolehan menerusi tender atau sebut harga mahupun rundingan terus?

3. MB Selangor sebelum ini berkata, kerajaan akan melakukan pembelian kereta itu menerusi tender malah projek-projek lain juga akan dibuat demikian untuk membuktikan kerajaan pakatan PKR, DAP dan PAS di Selangor telus. Namun semalam menafikannya di TV3 dengan mengatakan pembeian tersebut melalui sebut harga.

4. Kerajaan Negeri Selangor menyembunyikan hasrat membeli Toyota Camry daripada pengetahuan rakyat Selangor. Urusan membelian Toyota Camry yang beharga sekitar RM 1.3 juta itu kemungkinan sudah dibuat lebih awal.

5. MB Selangor dakwa harga 10 buah Toyota Camry 2.4 ialah RM 1.3 juta. Ini bermakna harga sebuah kereta itu RM 130,000. Mana ada sebuah Toyota Camry harganya RM 130,000 sepatutnya harga keseluruhan RM 2.5 juta.

6. MB Selangor sebelum ini berkata masih belum pasti sama ada mahu menukar kereta rasmi anggota Exco daripada Proton Perdana kepada Toyota Camry, tetapi dalam diam-diam kerajaan negeri sudah membeli 14 tersebut.

7. Pada Julai lalu MB Selangor berkata, Selangor akan menggunakan kenderaan lama walaupun anggota Exco, Ronnie Liu mencadangkan penggunaan Toyota Camry.

8. Kenderaan Proton Perdana Excecutif yang digunakan Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri yang ada sekarang berusia sekitar tiga tahun dan kebiasaannya kerajaan menggunakan kenderaan rasmi sehingga lima tahun sebelum menggantikannya. Pembelian Toyota Camry menggantikan Proton Perdana adalah satu pembaziran.

9. Kerajaan Negeri Perak lebih berani dengan menjadi sasaran hentaman apabila berhasrat membeli Toyota Camry 2.4 berbanding dengan Negeri Selangor yang takut dikecam oleh rakyat.
10. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pembelian sejumlah 16 kenderaan berkenaan bernilai kira-kira RM2.56juta dibuat secara tender terbuka oleh jabatan tender kerajaan negeri. Bila tender terbuka ini dibuat, rakyat tidak tahu pun.

10 comments:

Tai said...

Ha, nampak sudah kan wajah sebenar PR? Tahniahlah depa yang undi PR termasuklah negeri aku Penang.

Kembara Politik said...

Ini pendedahan saya berhubung isu ini:

http://kembarapolitik.blogspot.com/2008/12/mb-perak-berbohong-atau-flip-flop.html

Syed @ Don said...

apakah masalahnyer bertuka kepada camry jika benar camry lebih bermutu daripada proton? bukankah perubahan itu baik? sedangkan MB terengganu juga pernah mengeluh perkara yg sama mengenai V6

QasehNuryz said...

Apa masalahnya?
Masalahnya janji2 dlm manifesto yg diuar2kan masa PRU x di laksanakan dulu..
sibukkan pasal pembelian kereta baru pulak! antara kebajikan rakyat dan kereta mana lg penting??
secara marathon pulak tu.lepas satu2 negeri tukau kete.

Yelah kan masa bile lagi nk merasa pakai..time ni lah!

Anak Kuala said...

masalahnya janji yang dibuat untuk rakyt tidak ditunaikan dengan alasan peruntukan sedikit tapi boleh pulak beli untuk keselesaan sendiri. Memang dasar Penipu Rakyat (PR). Di Perak apa dasar yang dibuaat telah memberi keuntungan kepada rakyat terutamanya orang melayu. yang ada ialah pembtalan saman MBI. tu pun berapa kerat je melayu dapat menikmattinya. yang lain semua hanya untungkan cina dap. perlantikan ahli majlis Majlis bandaraya Ipoh pun dah nampak melayu kena jual. hnya 6 orang sahja melayu dalam ahli majlis berbnding 22 keseluruhn ahli majlis. kalau dulu BN melalui umno meletakkan 14 ahli majlis daripada melayu. itu belum diambik kira lagi perlantikan ahli majlid daerh daerah dan perbndaran yang nasibnya adalah sama. Penipu Rakyat hanya menguntungkan bangsa lain tetapi melayu yang menang sorak kampung tergadai

WARIS PAHANG said...

Terima kasih beri istilah untuk PR.
1. Penipu Rakyat
2. Pakatan Rabun
3. Pakatan Royak
4. Pemusnah Rakyat
5. Pakatan Rapuh
6. Pengkhianat Rakyat
7. Perompak Rakyat
8. Pakatipu Rakyat

Ada lagi tak?. Sila kemuka......

Tai said...

PR adalah, penipu rakyat.

Apache said...

Inilah akibatnya apabila suka memfitnah orang, akhirnya Allah membuka keaiban diri sendiri...

Syed @ Don said...

http://draisaryeelama.blogspot.com/2008/07/mercedes-semua-pihak-bertindak-kelam.html

anonymous said...

DAP=Dalang Api Perkauman
PKR=Pakar Kelirukan Rakyat
PAS=Perasan Alim Sangat

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP