Tuesday, January 20, 2009

Majlis MB/KM : Sekata Tidak Senada?

Pakatan Rakyat Tubuh Majlis MB/KM Dan Exco

ALOR SETAR, 18 Jan (Bernama) -- Kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat (PR) hari ini menubuhkan Majlis Menteri Besar/Ketua Menteri (MB/KM) dan Majlis Exco untuk meningkatkan hubungan dan kerjasama sesama mereka.Mesyuarat Majlis MB/KM akan diadakan dua kali setahun manakala Majlis Exco tiga atau empat kali setahun.

"Pengistiharan Seri Mentaloon" itu dicapai dalam mesyuarat yang dihadiri Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Mesyuarat berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah "Seri Mentaloon" dan dipengerusikan oleh Abdul Khalid.

Azizan kemudianya memberitahu pemberita, kedua-dua majlis berkenaan adalah berupa wadah untuk PR menyelesaikan sebarang isu yang mempunyai kepentingan bersama.

Lim berkata majlis tersebut akan mengurangkan semangat kenegerian antara negeri yang dikuasai PR selain menjadi landasan untuk berkongsi pengetahuan, maklumat dan pengalaman.

Abdul Khalid pula berkata penubuhan kedua-dua majlis akan menjadi nilai tambah untuk memantapkan pengurusan negeri dan merapatkan jurang pendapat dan sekaligus mengurangkan salah faham dalam PR.-- BERNAMA

(Kata Waris Pahang :

1. Setelah lebih 6 bulan memerintah, Pakatan Pembangkang baru menubuhkan Majlis MB/KM. Maka mereka sebelum ini membohongi rakyat kononya Pakatan Pembangkang bersatu hati dalam segala tindakan. Rupa-rupanya tiada penyelarasan di peringkat Kerajaan Pakatan Pembangkang.

2. Idea penubuhan ini katanya lahir daripada PAS untuk menunjukan PAS lah 'tuan' dalam kerajaan Pakatan Rakyat kerana berjaya menguasai 3 daripada 5 negeri, iaitu Kelantan, Kedah dan Perak. Manakala dua negeri lagi dikuasai oleh PKR bagi Selangor dan DAP bagi Pulau Pinang.

3. Mampukah PAS berjaya mencucuk hidung PKR dan DAP kerana PAS paling banyak kerusi dalam Majlis MB/KM.

4. Secara logiknya segala keputusan yang diundi sudah tentu PAS yang menang kerana PAS lebih ramai dalam majlis ini. Pergerakan licik PAS ini mungkin belum dapat dihidu oleh PKR dan DAP.

5. Penubuhan majlis ini baru menyedarkan PKR dan DAP bahawa PAS lah yang paling kuat dan berpengaruh dalam Pakatan Pembangkang.

6. Anwar pula akan tersisih daripada Majlis MB/KM ini kerana beliau bukan dari kalangan MB/KM. Anwar hanya tunggangan mereka sahaja untuk mencapai cita-cita politik.

7. Penubuhan majlis ini dilihat tindakan terdesak di atas tindak tanduk pemimpin Pakatan Pembangkang yang membuat keputusan melampau sehingga tidak menghirau bantahan rakyat.

8. Mampukah majlis ini mengubat kekecewan Raja-Raja Melayu dan orang Melayu yang terluka dengan tindakan Pakatan Pembangkang yang menghakis sedikit demi sedikit keistimewaan orang Melayu?.
9. Manifesto mereka mahu tubuh Negara Kebajikan tetapi bila dapat memerintah rakyat saban hari menuntut janji kebajikan. Di manakah kebajikannya. Majlis ini dilihat menyelaraskan lagi untuk membohongi rakyat.
10. Rakyat Pahang pula perlu sedar bahawa telah banyak pembohongan yang mereka lakukan. Mana kebajikan yang diberikan oleh YB ADUN/Parlimen Pembangkang kepada rakyat Pahang.

6 comments:

Apache said...

Biarkan mereka berbuat apa sahaja, tetapi yang pasti tanpa kerajaan pusat pasti mereka akan merengek meminta bantuan.. Oleh itu kerajaan pusat mestilah memastikan bahawa semua kerajaan negeri dibawah BN dijaga dengan baik supaya akan menjadi contoh teladan kepada rakyat dibawah pakatan rakyat... bagi maju sikit Pahang nih weh...

Tai said...

Oh ya majlis yang hanya sandiwara radio.

WARIS PAHANG said...

Blog ini adalah blog aktif,
Sila linkkan blog ini di dalam blog anda untuk kemudahan anda.

Alamat Blog :
http://www.warisanpahang.blogspot.com/

Syed @ Don said...

10. Rakyat Pahang pula perlu sedar bahawa telah banyak pembohongan yang mereka lakukan. Mana kebajikan yang diberikan oleh YB ADUN/Parlimen Pembangkang kepada rakyat Pahang.

point yg menarik. Hajat saya meninjau blog ini sebenarnyer utk melihat apakah kebajikan dan kemajuan yg berlaku di Pahang ini tp rupanyer cerita Perak lebih byk lagi. Adakah kerana tiada apa yg baik berlaku di Pahang? Harap saudara menambah isu2 kebajikan di Pahang. Nok jugok kheh tingok Pahang maju. Negari beso 4-5 kali ganda, maju nyer belum jugak.. takkan nk sampai jatuh ke pembangkang baru cite pasal Pahang kuar dalam blog. Tak gitu?

WARIS PAHANG said...

Terima Kasih atas saranan tuan,
Insyaallah akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Selamat Kan Pahang Weeeeeeeeehhhh!!!.

keretalembu said...

Aku tak kisah apa yang ko nak cakap atau tulis, tapi umum menganggap nik aziz hatta azizan razak sbg seorang warak ( termasuklah org UMNO kerana rombongan UMNO pasti menziarahi nik aziz jika berkunjung ke KB !! ). Jadi janganlah kita mengikut gendang hati supaya mempermain-mainkan ulamak. Dr. Mashitah ( ulamak wanita UMNO ) lagi teruk, menghalalkan pelacuran kalau kesempitan hidup ( kerja angkat taik pun lagi mulia ) takde siapa pun yang ungkitkan ( terutamanya UMNO lah ! ). Jadi kita elakkan bercakap perkara yang tak elok tentang ulamak kerana apa sahaja yg mereka katakan tentu ada hujahnya dlm agama berbanding kita yg tak tau apa2 tp berlagak seolah kita mufti al-azhar.

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP