Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ramly Zahary berkata, tindak-tanduk beliau itu seolah-olah cuba untuk menyelamatkan diri atau mengambil tindakan berkecuali dalam isu pembelian kereta mewah tersebut.
''Dalam pada kebanyakan Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri menerima Toyota Camry, Mohammad Nizar pula belum terima lagi kereta itu atas alasan kereta sedia ada masih boleh digunakan.
''Kenapa? Malukah hendak pakai kereta baru? Mungkin beliau tahu rakyat tidak suka kerajaan negeri beli Toyota Camry maka beliau sanggup jadi orang terakhir terima kereta itu," katanya di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai penerimaan sembilan daripada 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 sebagai kereta rasmi kerajaan negeri bagi menggantikan kereta Proton Perdana V6 Executive.
Mengulas lanjut, Ramly yang juga bekas Exco kerajaan negeri berkata, Proton Perdana V6 Executive adalah sebuah kereta yang baik jika diselenggara dengan betul.
Jelas beliau, kos penyenggaraan yang agak tinggi memang tidak boleh dielakkan kerana kereta nasional itu digunakan secara maksimum.
''Jika kos penyenggaraan tinggi sekalipun ia berbaloi kerana kita dapat berkhidmat kepada rakyat dan wang yang kita belanja itu tidak mengalir keluar.
''Kalau kita sudah guna kereta luar maka wang yang dibelanjakan itu juga akan mengalir keluar. Maka ini akan merugikan negara, Proton serta usahawan bumiputera yang telah dilantik sebagai vendor alat ganti," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri kerana akhirnya berjaya juga membeli kereta baru yang lebih mahal harganya.
Jelas beliau, apa yang jelas kerajaan negeri sekarang sudah membazirkan wang rakyat kira-kira RM2.5 juta hanya semata-mata mahu mendapatkan kereta baru demi kepentingan mereka.
''Saya harap rakyat dapat menilai sama ada tindakan kerajaan negeri itu wajar atau tidak. Dulu janji untuk tidak mahu melakukan pembaziran tetapi sekarang apa yang berlaku adalah sebaliknya.
''Saya harap rakyat dapat menilai sama ada tindakan kerajaan negeri itu wajar atau tidak. Dulu janji untuk tidak mahu melakukan pembaziran tetapi sekarang apa yang berlaku adalah sebaliknya.
''Pada masa sama, kita juga mahu Proton anggap apa yang berlaku ini sebagai satu cabaran dan buktikan kepada kerajaan negeri bahawa produk Proton adalah lebih baik,'' katanya.
Sumber : Utusan Malaysia
(Kata Waris Pahang :
1. Hanya orang yang muka tidak malu sahaja naik kereta itu.
2. Kalau malu sangat, pakailah kereta seperti gambar di atas untuk masuk ke kampung. Almaklumlah Pakatan Pembangkang ini pandai bermuka-muka.
3. Dulu tidak sabar sangat nak pakai kereta Toyota Camry 2.4, bila sampai tidak mahu pakai pula.
4. Barangkali mahu tengok orang lain dulu pakai sebagai bahan ekperimen atau mereka ada rupa tak macam "kera mendapat bunga".
5. Rakyat nak tengok apa 'kebajikan' yang kerajaan mahu beri, bukan nak tengok Camry.
6. Kini rakyat paling nak tengok, YB mana yang naik kereta. Mereka yang naik kereta itu adalah orang yang angkuh dan tidak mendengar suara rakyat.
7. Rakyat mahu tahu juga, apa barang yang dibawa dalam kereta itu apabila menemui rakyat. Almaklumlah kereta besar, banyak barang yang boleh disumbat dan dibawa dengan kereta itu.
8. Rakyat juga mahu tahu, YB mana yang masih patriotik dengan menggunakan kereta buatan tempatan.
9. YB pula mahu tengok, berapa ramai rakyat yang mampu pakai kereta seperti mereka. Almaklumlah mereka menjadi contoh dan ikutan masyarakat.
10. Barangkali YB mahu pakai Camry bila melawat Kampung Baru kerana beliau memberi pemilikan tetap tanah kepada penduduk Kampung Baru).
6 comments:
SI NIZAR PENCACAI NI MALU-MALU BERSEBAB BRO....
SEBABNYA MEMANG DIA TAK NAK BELI CAMRY TU!!!
OLEH KERANA NIZAR NI PENCACAI KEPADA DAP DAN SI KOMONIS TU DAH BAGI ARAHAN BELI MAKA SI NIZAR PENCACAI TU KENA LAH BELI....
TAPI DALAM HATI SI NIZAR TU MEMANG DAH GUMBIRA.....
KERETA BARU TU....
PEH KETAT....MELEKAT!!!
Ha, depa akan gunakan alasan, kerajaan Terengganu pun beli jugak kereta luak.
bior pape asal bergaye... hahaha
hahaha..
pakatan rakya yg merugikan rakyat..
kalo lepas ni DAP keluar pakatan, agaknye mcmne la dgn k'jaan negeri Perak??
huhu~
Dulu cakap lain…
"Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat juga ditanya wartawan tentang kereta rasmi tetapi dijawab tidak ada keperluan untuk tukar kereta manakala Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaludin pula berkata perbelanjaan penyelengaraan kereta rasmi kerajaan Perak tidak setinggi Terengganu malah peruntukan untuk penyelenggaraan kereta yang tidak digunakan boleh dibawa masuk ke perbelanjaan rakyat."
Sumber: "MB Terengganu 'sibuk' hal kereta mewah, lupa rakyat miskin", Harakah, 29 Julai 2008
Sekarang dah ubah nada…lain pula ceritanya...
“Kos membaiki serta menyelenggara Proton Perdana V6 yang tinggi mendorong Kerajaan Perak hari ini meluluskan pembelian 16 kereta Toyota Camry 2.4 sebagai kenderaan rasmi anggota exco kerajaan negeri dan pegawai kanannya.”
Sumber: "Perak ganti Perdana V6 dengan Toyota Camry", Harakah, 12 Disember 2008
http://kembarapolitik.blogspot.com/2008/12/mb-perak-berbohong-atau-flip-flop.html
Menarik sungguh kalau dibicarakan isu toyota Camry sampai tertarik bagi saya utk meletakkan komen disini.
Perak beli camry.
Selangor beli camry.
rakyat terabai?
ha ha ha!! cermin la diri. Blog nyer tulih beso2 pahang. Exco pahang ni pakai kete apa la gamoknyer yer? rasanyer lebih sebijik dua. Kalo da nk jimat sgt, MB nek bas lagi bagus, murah pun murah. Sambil tu boleh juga tengok betapa lemahnyer sistem pengangkutan awam negara ni.
dikatakan harga camry dengan 3 tahun gerenti dari pengeluar adalah lebih murah daripada harga perdana v6 ditambah dengan kos penyelengaraan 3 tahun. benar atau tidak? sape yg pakai perdana v6 antara kita? saya ni pakai kancil pun tak mampu. Tapi kalau diikutkan kata cina bengkel "ala biasala, itu proton mesti mau rosak selalu punya". betul atau tidak saya tak tahu.
Post a Comment