Wednesday, January 21, 2009

Siapa Hina Serban?

SEORANG pelajar sekolah pondok, Ahmad Nasir Darus, 28 (kiri), melaungkan takbir pada 100 pelajar pondok yang hadir perbicaraannya setelah pihak majistret menolak penangguhan perlaksanaan hukuman terhadapnya yang disaman menunggang motorsikal tanpa memakai topi keledar kerana berserban di Mahkamah Majistret Kota Bharu. Beliau memilih hukuman dipenjarakan 2 hari atas alasan mengikut sunnah.

– Sumber : Berita Harian

(Kata Waris Pahang :

1. Baru-baru ini kerajaan telah melancarkan kempen penggunaan topi keledar. Bagi mengelak kemalangan yang membahayakan pengguna motosikal, mereka dinasihatkan agar tidak menggunakan topi keledar yang melebihi lima tahun tempoh pemakaiannya kerana kualitinya yang semakin merosot.

2. Persoalannya, adakah serban sama kualiti keselamatannya dengan topi keledar. Sudah tentu ianya tidak selamat dipakai semasa menunggang motosikal.


3. Kita kena prihatin tentang pemakaian topi keledar demi keselamatan kita kerana ianya mampu mengurangkan kecederaan semasa berlaku kemalangan jika ianya dipakai dengan betul.


4. Penunggang motosikal boleh memakai kembali serban setelah menunggang motosikal kerana tiada siapa yang menghalangnya.

5. Namun isu ini telah dipolitikan kononnya kerajaan menghina sunnah nabi, menghina serban dan anti orang yang pakai serban.

6. Isu ini sengaja dicipta supaya rakyat tidak puas hati dan membenci kerajaan. Sungguh dahsyat tindakan anak didik pemimpin pakatan pembangkang.

7. Malahan kerajaan juga turut dianggap memperlekehkan golongan yang memakai serban seperti tokoh agama dan pahlawan seperti Nik Aziz, Tok Gajah, Tok Bahaman, Tok Kenali, Tok Haji Fhadil Bentan dan datuk Pak Lah.

8. Mereka juga beranggapan orang-orang yang dilabelkan sebagai memfitnah sunnah ini "tunggulah masanya bila Nabi Muhammad s.a.w sendiri tidak akan mengaku kamu semua umatnya di akhirat nanti".

9. Menjaga nyawa itu wajib manakala memakai serban itu sunnah. Selamatkan nyawa dengan memakai topi keledar, selepas menunggang bolehlah memakai semula serban. “Sayangilah diri anda kerana keluarga anda sedang menanti kepulangan anda”.

10. Janganlah kita terlalu taasub sehingga dalam tandas pun kita memakai kopiah, songkok dan serban).

9 comments:

WARIS PAHANG said...

Blog ini adalah blog aktif,
Sila linkkan blog ini di dalam blog anda untuk kemudahan anda.

Alamat Blog :
http://www.warisanpahang.blogspot.com/

SHADAN HJ OTHMAN said...

salam, kalau kerajaan buat baikpun dia kata tak betul...susah lah klu ada rakyat macam ni...serban dia jadikan isu pulak...dari segi keselamatan tak fikir pulak...

UMNO PARTI PENJARA said...

saya pakai songkok :-)


















Jom Sertai ‘UMNO Baru’ Dengan ‘Faizal’ :-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Terengganu Tetap Kubu Kuat Barisan Nasional
http://pro-faizal.blogspot.com
Idea Bernas Vs Loya Buruk ;-)
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

Laman Blog Baru >> http://Blog1Malaysia.blogspot.com

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

adakah lim guan eng setuju ? karpal? teresa cock?

janganlah emosi tapi adakah berbaik dgn kapir harbi tu ikut sunnah?

kalau tanpa keledar...insuran nak cover ke?

WARIS PAHANG said...

Serban: Elak jadi trend budak sekolah - KPN

20 Jan 2009 5:10PM

KL: Tindakan polis menyaman seorang pelajar pondok di Kota Bharu, Kelantan yang tidak memakai topi keledar semasa menunggang motosikal bagi mengelak wujudnya trend pelajar sekolah menjadikan alasan sama untuk tidak memakai topi keselamatan itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, semakin ramai pelajar khususnya dari sekolah agama yang cenderung untuk tidak memakai topi keledar dengan alasan memakai serban.

Beliau berkata, seharusnya perkara tersebut tidak berlaku kerana ia melibatkan soal keselamatan dan nyawa pengguna semasa di jalan raya. / Utusan

Tai said...

Eh encik, pembangkang punya orang, mana ada sekolah? Mana ada pelajaran? Pasai tu, depa tak faham dan tak boleh bqza yang wajib dan sunat. Antara wajib dan sunat, wajiblah kena buat dulu. Sunat ni kalau tak buat, tak apa, kalau buat dapat pahala. Betoi kan encik?

Mohammad Roslan said...

salam,
Mamak saja tumpang lalu..isu serban yang saudara menampilkan itu walau pun kelihatan remeh tapi menunjukkan dasar pemikiran orang Melayu dinegara hari ini semakin hari semakin diserabutkan oleh parti politik Islam yang menggelarkan diri mereka lebih Islamik.Kefahaman Islam berlandaskan politik semakin hari-semakin mengujudkan dimensi yang berlainan mengikut kefahaman ketua masing-masing.Kefahaman asas Islam tidak diperendahkan.Apakah asas atau fundemental Islam itu...Asas agama Islam ialah kesejateraan untuk semua manusia di muka bumi ini.Agama Islam adalah Addiin..untuk semua manusia bukan hanya untuk orang Islam..kadang-kadang kita keliru juga..adakah ia untuk orang kafir juga ?..ya untuk semua...DARI SEGI SUDUT KESEJATERAAN APAKAH PAKAI TOPI KELEDAR UNTUK PENUNGGANG DAN PEMBONCENG MOTORSIKAL TIDAK DIHARUSKAN?.Apakah memakai serban lebih utama dari pakai topi keledar hanya semasa menonggang motorsikal?.Bagaimana dengan penyelam..haruskah dia memakai kopiah?Bagaimana dengan tentera Islam zaman rashidin memakai perisai dan topi besi dari mengelak dari tercedara semasa bertempur?.Corak Politik Islam pembangkang kerajaan di negara ini telah diresapi Islam radikal dari Timur tengah teutamanya dari negeri republik Islam Iran dari mulanya tahun 1979.parti Pas dari asalnya memperjuangkan Islam progresive dan tamadun Islam bertukar kepada Islam radikalism dengan mengunjurkan hudud sebagai perjuangannya apabila gagal meyakini rakyat Islam dinegara ini pada pilihanraya umum tahun 1979.Kerajaan yang berteraskan UMNO banyak membawa perubahan untuk rakyat beragama Islam dinegara ini:
1982 - Penerapan Nilai-nilai Islam dlam pemerintahan.
1983 - Universiti Islam antara bangsa.
1985 - Islamic Development Foundatin.
1985 - Islamic Insurance.
1984 - Islamic bank.
1980 - Pusat Islam.
1985 - Insitute Kajian Dasar.

Tun Dr.mahatir Mohammad - penerapan Nilai-nilai islam.
Datuk seri anwar Ibrahim - Islam madani.
Datuk Seri Abdullah - Islam madani.

Persoalan sekarang adalah... apakah Parti Pas akan sudi bergabung dengan UMNO sekiranya UMNO setuju dengan hukum Hudud di bawa ke Parlimen untuk mengubah perlembagaan negara?.Tepuk dada tanya selera?.Apakah motif sebenar parti Pas?.Kekuasaan Politik menggunakan agama atau berjuang untuk agama?.Wassalam.

rezqeen hill said...

Dah nama pun pembangkang, tentu la keje nye asyik dok membangkang je..

hehe

thanks bro follow blog aku~

Syed @ Don said...

pemakaian topi keledar mmg perlu tetapi kebaikan topi keledar bukan hanya terletak kepada kekerasan topi tersebut. Tali pengikat dan "visor" juga harus dipastikan di dalam keadaan baik supaya insuran "cover". Jadi kepada semua yg menunggang motosikal utk hantar anak ke sekolah dan sebagainyer, pakaila topi utk keselamtan, bukan sbb takut kena saman je. kalo bertopi keledar tp eksiden bersepai jugak kepala, bek pakai serban je, sama je kot~

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP