Oleh yang demikian marilah kita berusaha mengatur strategi untuk melemahkan Israel dan AS seperti berikut :
1. Pengguna Islam digesa "Boikot Barangan Yahudi/ AS" . Marilah kita bersama-sama melaksanakan kewajipan ini agar penghinaan kepada Islam mendapat pembalasan sewajarnya.
2. Menggesa kerajaan memboikot produk AS dan Israel dengan cara tidak mengimport produk-produk mereka.
3. Menggesa PBB lebih bertegas dalam menagani isu pencerobohan ini dan mendesak pihak AS agar berhenti dari terus menyokong tindakan dan polisi ketenteraan zionis tersebut.
4. Menggesa kerajaan menghantar memorandum bantahan kepada Negara Israel dan AS terhadap pencerobohan ini.
5. Menggesa pertubuhan OIC memainkan peranan mereka dengan lebih berkesan lagi serta bersatu dalam menangani situasi yang melibatkan negara Islam serantau. Semua negara OIC diminta untuk mendesak PBB agar bertegas dalam isu Palestin.
6. Menggesa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Liga Arab menubuhkan satu pakatan ketenteraan menyerupai Perjanjian Pertubuhan Atlantik Utara (NATO).
7. Menggesa negara Islam yang mempunyai senjata yang paling mahal dan kebal yang Allah kurniakan iaitu minyak untuk memerangi semua musuh Islam di dunia ini.
8. Menggesa rakyat Malaysia tidak menggunakan mata wang dolar AS.
9. Menggesa semua Umat Islam bersatu tanpa mengira idelogi agar bersama-sama mengutuk perbuatan yang tidak berperi kemanusiaan ini.
10. Mengumpul dana untuk membantu Negara Palestin dan umat Islam Palestin.
Namun apa yang kita kesalkan kata-kata PDO ketika mengulas tentang demo bantah kekejaman Israel terhadap Umat Islam Palestin di Masjid Abu Bakar Temerloh.
"Terkadang kita naik hairan dengan pihak berkuasa terutamanya pasukan polis di Malaysia negara Islam Hadhari ini. Biarpun demonstrasi yang diadakan bukan bertujuan politik tetapi untuk memberi sokongan kepada umat Islam di Palestin. Namun, mereka masih mahu menghalang rakyat untuk menyatakan bantahan atas kekejaman yang dilakukan oleh Zionis itu. Sungguh malang bagi umat Islam di Malaysia, jika perkara seperti ini pun dianggap sebagai perhimpunan haram. Walhal ia bertujuan untuk menyatakan perasaan kecewa atas segala kezaliman yang berlaku itu".
(Kata Waris Pahang : Negara kita ada undang-undang jadi ikutlah undang-undang. Mana-mana perhimpunan yang mahu diadakan mestilah mendapatkan keizinan pihak berkuasa terlebih dahulu supaya mereka dapat mengawal keadaan dan mampu mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.
Memang telah menjadi kebiasaan pakatan rakyat mengadakan perhimpunan selepas itu menyalahkan pihak berkuasa. Ini semua bertujuan mahu mendapat simpati rakyat. Ini adalah taktik lama yang ketinggalan zaman dan tidak sesuai diamalkan lagi).
2 comments:
Kenapa negara-negara Arab yang terkenal dengan "besar itu" tidak lantang bersuara dan bertindak?
Aku boleh bayangkan kalau Tanah Melayu bersempadan dengan Palestine, Habis rakyat islamnya mati oleh Israel kerana berjuang dan berjihad.
Masalahnya orang-orang Arab "Hubbul dunya wa karahatul maut" ertinya "mereka cintakan dunia dan takut mati".
kata ulama Arab : kalau setiap orang Arab ludah bumi Israel, nescaya akan tenggelam.
Post a Comment