Tuesday, January 6, 2009

Tabika Kemas Ditutup Bukti Kezaliman

Kerajaan Negeri Perak menggemparkan negara sekali lagi namun bukan isu mahu memberikan geran tanah kepada orang Melayu sebagaimana kelulusan geran tanah kepada penduduk Kampung Baru, tetapi mahu menutup 700 Tabika Kemas yang bakal menjejaskan pembelajaran prasekolah kira-kira 11,000 kanak-kanak.

Tindakan zalim ini samalah dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan pembangkang (PAS) ketika memerintah Terengganu suatu ketika dulu. Adalah tidak mustahil tindakan yang sama akan diambil oleh kerajaan di bawah Pakatan Pembangkang seperti Selangor dan Kedah.

Apa yang menyedihkan, kejadian ini berlaku ketika umat Islam hanya mampu meratapi keganasan yang dilakukan oleh Israel terhadap Palestin. Di bumi Malaysia pula kerajaan Negeri Perak yang diketuai pemimpin Melayu telah memberi kelulusan geran tanah kepada penduduk kampung Baru. Manakala murid-murid yang majoritinya Melayu dihalang untuk bersekolah di Tadika Kemas. Sudah pasti ibubapa dan anak-anak di Perak akan meratapi tindakan biadap yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Persoalan yang timbul kini, siapa yang arahkan JKKK mengunci dan mengarahkan semua dewan yang dijadikan tabika Kemas di Negeri Perak dikosongkan. Sudah tentulah ada pihak atasan yang memberikan arahan tersebut.

JKKK dan pegawai daerah mendakwa mendapat arahan daripada kerajaan negeri tetapi Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menafikannya.

Siapakah makhluk yang zalim disebalik isu ini?. Menteri Besar Perak kata ini bukan arahan saya tetapi arahan daripada pegawai daerah. Persoalannya lagi, kenapa pegawai daerah kata lain, JKKK cakap lain dan Menteri Besar pun kata lain. (Dipetik dari Utusan Malaysia)

Kerajaan negeri sepatutnya mengenepikan perbezaan fahaman politik demi kepentingan ilmu pengetahuan kepada kanak-kanak.

(Kata Waris Pahang :

- Apakah dosa anak-anak sehingga diperlakukan begitu. Apakah salah mereka sehingga disuruh keluar dari sekolah tersebut.

- Anak-anak yang tidak berdosa ini adalah mangsa politik parti pembangkang yang bencikan Barisan Nasional. Sedangkan mereka belum faham erti politik.

- Tadika Kemas semenjak dahulu lagi banyak berjasa kepada masyarakat terutama bagi golongan yang berpendapatan rendah dan mempunyai anak yang ramai bersekolah. Yuran yang dikenakan tidak semahal mana jika dibandingkan dengan tadika swasta.

- Inilah kebajikan yang Kerajaan Barisan Nasional berikan kepada rakyat. Sungguh malang bagi rakyat yang menyokong Pakatan Pembangkang kerana mereka gagal memberikan kebajikan kepada rakyat sebagaimana yang mereka laungkan "Negara Kebajikan".

- Tadika Kemas tidak seharusnya ditutup kerana ianya tadika untuk semua anak-anak tanpa mengira kaum dan latar belakang politik ibubapa.

- Pepatah Melayu "Menang Sorak Kampung Tergadai", jelas sekali semenjak pakatan pembangkang memerintah negeri mereka merampas apa sahaja yang mereka mahu rampas seperti bangunan Kemas, kawasan balak, tanah milik Melayu dan lain-lain. Sekiranya mereka memerintah negara, kita tidak pasti apa yang tinggal.

- Rakyat Terengganu telah menolak kerajaan zalim PAS semasa memerintah Terengganu selepas PRU 10 kerana anak-anak dihalau dari Tadika Kemas. Maka pengundi-pengundi P.036 Kuala Terengganu jangan mengundi pembangkang sebagai tanda protes kepada kerajaan Pakatan Pembangkang.

- Terima Kasih rakyat Negeri Perak kerana bertekad tidak akan memberi kemenangan kepada pakatan pembangkang dalam PRU 13 nanti.

7 comments:

ڤنا مينڠ / PENA MINANG said...

assalamualaikum.....salam perjuangan. Saya menyokong apa yang anda perkatakan...memang pas dap gila kuasa..........joinlah bpn

QasehNuryz said...

Salam ziarah,
teruskan perjuangan.
tahniah la pada mak bapak yg memangkah pakatan mase PRU lepas.ni la habuan utk mereka.

WARIS PAHANG said...

Salam Perkenalan Maya, Sedih anak-anak dihalang belajar di negara sendiri. Pakatan Pembangkang sungguh zalim!.

Taminsari said...

Salam...

Inilah contoh zionis "kecil" yang di pamirkan oleh PR. Yang menjadi mangsa adalah kanak-kanak. Apa yang berlaku di Terengganu kini kembali menghantui negeri2 dibawah pemerintahan PR. Mereka ibarat marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Apakah tujuan sebenar PR berbuat demikian. Adakah untuk membalas dendam kepada kerajaan yang terdahulu atau pun ada udang disebalik batu. Jika beginilah sikap PR, nasihat saya kepada kerajaan supaya menghentikan semua projek2 atau bantuan2 ke kawasan yang di perintah oleh pembangkang. Orang-orang seperti ini tidak patut dilayan..?

Salam perjuangan

perunding said...

eleh..3 hari je isu awok bawaok tu.
lepas tu makan diri sendiri.
esok lusa tengok lah Zahid Hamidi minta maaf.

WARIS PAHANG said...

Salam Perkenalan Maya, Rakyat Negeri Pakatan Pembangkang sekarang mesti buat analisa, "kenapa rakyat Terengganu tolak Kerajaan PAS".

Anonymous said...

kalau PAS benar2 memperjuangkan agama islam .. dan aku sebagai orang cina tidak akan menghalang dan aku pun akan turut menyokong perjuangan mereka yang suci dan murni itu .. tetapi sekarang ni?? hampaa~

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP