Jimadie Shah Othman Jan 22, 09 1:00pm
(Sumber : Malaysiakini)
Ketua pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendakwa menerima salinan surat mengenai arahan dari pejabat menteri besar Selangor berhubung pembelian 46 ekor lembu korban yang diedarkan kepada surau dan masjid di Parlimen Bandar Tun Razak ketika Hari Raya Korban Disember lalu.
"Sebenarnya kita ada bukti dokumen yang menyatakan arahan (telah) dibuat oleh Tan Sri Abdul Khalid,” katanya dalam satu sidang akhbar di Pejabat Umno Selangor di Shah Alam, pagi tadi.
Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Dr Mohd Khir berkata, surat tersebut menggunakan kepala surat pejabat menteri berhubung pengedaran lembu korban kepada surau, madrasah dan masjid di Parlimen Bandar Tun Razak.
Surat tersebut ditandatangani oleh ketua setiausaha kepada menteri besar dan di alamat kepada pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Surat itu bertarikh 27 November tahun lalu. Catatan bertulis tangan berkenaan arahan supaya bayaran itu dibuat pula bertarikh sehari selepas itu. Catatan itu, juga diakhiri dengan tandatangan di penjuru kanan bawah surat berkenaan.
Dr Mohd Khir berkata, beliau juga mempunyai salinan invois dan resit pembayaran bagi pembelian lembu-lembu korban tersebut. Menurut beliau, resit pembayaran pula bertarikh 16 Disember tahun lalu, katanya,
Sehubungan itu, Dr Mohd Khir menyifatkan kenyataan Abdul Khalid sebagai sebuah "penipuan, pembohongan, dolak-dalik" serta bertentangan dengan janji Pakatan Rakyat bahawa mereka akan memastikan ketelusan dalam kerajaan di bawah pentadbirannya.
"Saya tak nampak ini ketelusan, ini ketipuan (penipuan)," katanya sambil menambah perkara yang sama berlaku berhubung kos pembelian kereta Toyoto Camry oleh kerajaan negeri bulan lalu.
Dr Mohd Khir, bagaimanapun berkata, Umno Selangor tidak perlu lagi tampil membuat laporan kerana laporan yang dibuat telah cukup, setelah Gerak tampil mengemukakan aduan yang sama kepada SPRM semalam.
Dr Mohd Khir berkata, beliau juga difahamkan suruhanjaya tersebut telah menggeledah pejabat menteri besar dan pejabat PKNS dua hari lalu. Sehubungan itu, beliau mendesak Abdul Khalid mengosongkan kerusi menteri besar sehingga selesai siasatan.
Bercakap lanjut mengenai ketelusan dalam pentadbiran, beliau turut menempelak kerajaan negeri yang didakwanya masih tidak mengamalkan tender terbuka berhubung projek-projek pihak berkuasa tempatan. Sebagai bukti, beliau berkata, tiada iklan dibuat dalam akhbar-akhbar arus perdana berhubung perkara itu.
4 comments:
Pandai dulu depa kutuk BN, at last, depa buat jugak.
Tu la, lain kali jgn ckp diri tu bersih & telus..
Kan dah terkene..
Padan muke khalid~
Rakyat Selangor masih lagi ternanti-nanti janji-janji Khalid dalam manifesto PKR.
Mana dia duit RM50 untuk anak-anak masuk tadika?
47,000 orang dinafikan penerimaan duit RM50 kerana Khalid lebih pentingkan dia sendiri dan kroni-kroninya yang memegang tampuk kuasa di Selangor.
Apa ke halnya?
Salam,
Ceh..MB Selangor Khalid...Kaki putar Alam..kalahkan Teh yang ditarik Mamak!.
1.Projek Babi Mega dia kata belum Lulus tapi teressa Kok kata diblog Mesyuarat Exco telah luluskan.
2.Khalid kata Kereta Toyota Camry 10 biji satu harganya cuma RM130,00.00..beberapa hari kemudian kata pakage pembelian keretanya berharga RM2.32 jutA..BUKAN kah setiap unit berharga RM154,000..?
3.Isu Uitm...Isu pembeyaran biasiswa...pelaburan dari luar negara 1 trillion...dll.
Lain kali kalau jumpa khalid dengan Ulaq pukul khalid dulu sebelum pukul ulaq,,kah!kah!kah...
Post a Comment