Thursday, February 26, 2009

Cameron Highlands Bergegar?

Pakatan Rakyat di Cameron Highlands semakin goyah semenjak PKR membuka cawangannya di sini. Apa tidaknya kerana PKR mahu merampas dari DAP untuk bertanding di Cameron Highlands dalam pilihan raya umum akan datang.

Pemimpin DAP rasa kurang senang dengan situasi ini dan akan berjuang habis-habisan untuk pertahankan hak DAP.

PKR Cameron Highlands cuba membuktikan kepada umum dan kepimpinan PR bahawa DAP sangat lemah untuk mewakili pembangkang.

Sehingga kini PKR telah membuka 10 cawangan PKR Bahagian Cameron Highlands. Antara cawangannya :

1. Cawangan KeADILan Tanah Rata, Ketua: Sdr Thiraviyam Subramaniam
2. Cawangan KeADILan Ringlet, Ketua: Sdr Tan Lai Sing
3. Cawangan KeADILan Kg Raja, Ketua: Sdr Lau Pik Ming
4. Cawangan KeADILan Sg Ular, Ketua: Sdr Syamsul Arman Yap
5. Cawangan KeADILan Kg Keledik, Ketua: Sdr Zakaria Abdullah
6. Cawangan KeADILan Kg Bantal, Ketua: Tok Batin Alang Jabok
7. Cawangan KeADILan Kg Lubok Kulit, Ketua: Sdr Mat Noh Desa
8. Cawangan KeADILan Sg Koyan, Ketua: Tuan Hj Kamarudin Jaafar
9. Cawangan KeADILan Kuala Medang, Ketua: Sdr Omor Ali Othman
10. Cawangan KeADILan Bukit Betong, Ketua: Mohd Halim Mohd Ali

Terdapat 3 parti pembangkang di Cameron Highlands seperti DAP, PKR dan PSM yang semuanya diketuai oleh Kaum India tetapi masing-masing berusaha mengukuhkan kekuatan parti dan pengaruh peribadi.

(Kata Waris Pahang :

- Pakatan Pembangkang memang pandai berlakon, depan khalayak ramai mereka kata pakatan semakin kuat dan tiada masalah antara mereka tetapi hakikatnya tsunami perpecahan dalaman mereka seperti tidak dapat dibendung lagi.

- DAP vs PKR di Cameron Highlands bukti mereka tidak sepakat dan gila kuasa.

- Setelah dicongak berkali-kali, BN juga parti yang terbaik yang mampu mempertahankan keharmonian kaum, menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyat).

2 comments:

Tai said...

Biasalah encik, depa banyak buat wayang. Bila nak jadi bintang filem entah.

Mohammad Roslan said...

Salam,
Ramai diantara kita tidak memahami apakah maksud sebenar "Parti Politik" dan "Pengundi".Ahli Parti politik bukan bermaksud sebagai pengundi bagi Parti Politik itu.Ahli parti Politik tidak boleh diambil kira sebagai pengundi untuk kemenangan mutlak parti politik tersebut di Pilihan raya umum.

Sesebuah Parti Politik ditubuhkan oleh sekumpulan manusia yang memperomosikan idealogi yang dipersetujui oleh kumpulan itu.Tujuan asas parti politik adalah untuk memperolehi kuasa melalui pilihanraya.Tanpa kuasa ini parti itu tidak akan kemana-mana.Parti Pakatan terdiri dari beberapa kelompok kumpulan seperti Parti PAS,DAP dan PKR dan bersatu dibawah PAKATAN RAKYAT.Parti Barisan Nasional Pula di terajui lebih kumpulan dan yang utama di Semenanjung adalah Dari Parti UMNO,MCA,MIC,GERAKAN dan PPP.

Sebagai parti politik tugas meraih undi dari pengundi dalam setiap pilihanraya adalah kegiatan utama.Cara meraih undi dari pengundi adalah mengikut cara masing-masing.Parti politik ini perlu dilihat dari sudut sebagai sebuah Pengurusan Syarikat yang bersedia memberi perkhidmatan yang memuaskan untuk pelanggan.Tanpa pelanggan sesebuah syarikat tidak bermakna,tidak akan maju dan tidak pula memperolehi keuntungan yang diharapkan.Sekiranya ada pelanggan merungut dengan perkhidmatan syarikat itu dengan tidak efisyen maka syarikat itu perlu menubuhkan "Bahagian Perkhidmatan Pelangan" yang menguruskan setiap aduan pelangan.Maka dengan perkhidmatan sebegini bolehlah memuaskan hati pelangan sedikit sebanyak.Maka pelangan tetap akan bersama syarikat tersebut dimasa hadapan.Keadaan Parti Politik pun sama juga ..parti perlu menanggani segala rungutan pengundi terhadap Partinya supaya pengundi tetap bersama parti itu di setiap pilihanraya.Keadaan Pakatan rakyat dan Barisan nasional boleh di ibaratkan seperti dua syarikat automobil gergasi ;Proton dan Naza berlumba dalam mencari pelanggan untuk menjual produk mereka.Penjual dari dua syarikat ini akan memperomosikan produk masing-masing untuk menambat hati pelangan dengan berbagai harga, kemudahan pinjaman,liabiliti,jaminan dan lain-lain.Dalam politik perkara yang sama berlaku pada parti politik yang akan berebut pengundi dengan memberi apa yang penggundi perlukan.Sebagai pengundi kita perlu menilaikan tawaran-tawaran diberi itu dengan cermat dan teliti supaya jangan terpedaya dengan tawaran-tawaran yang cuma janji-janji kosong itu.Bagi Parti Pakatan rakyat yang telah tawarkan janji-janji dan tawaran di PR12 adalah janji-janji kosong belaka dan dengan itu,kita perlu menilaikan kembali adakah wajar kita memberi kepercayaan sekali lagi.Wasalam.

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP