Friday, February 20, 2009

Speaker Sultan Pakatan Rakyat?

Sungguh sedih apa yang berlaku kini, apabila orang Melayu menyokong tindakan speaker melarang MB Perak dan exconya dari menghadiri sidang DUN Negeri Perak.

Barangkali beliau bertindak demikian kerana terdesak dengan kepentingan peribadinya iaitu mahu terus kekal sebagai speaker. Sekiranya ahli dewan semua masuk maka jawatannya akan dilucutkan, itu yang dibimbangi.

Apa yang jelas, Speaker menentang keputusan Sultan beerti derhaka kepada Sultan. Persoalanya, siapa yang lebih berkuasa, Sultan atau Speaker?. Sultan mempunyai kuasa melantik seseorang memegang dan memecat jawatan MB.

Tindakan speaker ini menafikan kuasa pelantikan sultan kepada MB baru. Speaker ini pemerintah negeri ke?. Beliau sanggup membelakangkan kuasa dan keputusan raja.

Waris Pahang tidak tahulah, bagaimana sekiranya Pakatan Rakyat dapat memerintah Malaysia. Apakah nasib Institusi Raja pada waktu itu. Mungkin Malaysia diisytiharkan "Republic Of Malaysia" yang diketuai Presiden Malaysia.

Melalui dasar ini sesiapa sahaja boleh jadi Presiden tanpa mengira asal keturunanya dan jumlah majoriti rakyat.

Fikir-fikirlah, jika dalam keadaan mereka dapat kuasa sedikit pun boleh membelakangkan raja, apatah lagi apabila mereka memerintah negara.

Penentangan terhadap Sultan beerti menentang penjaga agama dan negara. Mana yang perlu kita sokong, Kesultanan Melayu atau Sultan Pakatan Rakyat?. Siapa pula yang akan derhaka selepas ini?

Kesultanan Melayu mesti dipertahankan sehingga titisan darah terakhir. "Daulat Tuanku", Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada.

3 comments:

Tai said...

Apa yang mereka mahukan ialah Republik Malaysia.

Mohammad Roslan said...

Salam..sedingin salju,

Kadang-kadang undang-undang ini payah..mentafsir,analisa apa lagi buat analisa...perlembagaan adalah satu doc yang paling tinggi perlu dihormati.Setiap negara yang merdeka ada perlembagaan.Perlembagaan adalah hak rakyat.Tapi dalam negara demokrasi hak majoriti di beri keutamaan dan kalau kita negara demokratik librasasi seperti di Amerika hak indivudu diberi keutamaan.Oleh kerana kita hanya negara demokratik kita selalu ken a ikut hak majoriti ini.Ini adalah fahaman.Tugas Raja dalam negara ini ialah berkerjasama dengann kehendak Rakyat majoriti.Kalau majoriti rakyat berkehendak kuasa Raja atu immuniti raja dikurangkan Raja perlu patuh dan perlembagaan negara akan di ubah..ini pernah dilakukan oleh UMNO zaman TDM.Dasar politik telah dikelirukan dan kita masih keliru sebagai rakyat.Dalam perkara di perak ini masing-masing ada hujah dari segi undang-undang.Maka yang wajarnya mahkamah menentukan dan tak timbul tak hormat Raja-raja kerana raja-raja perlu ingat implikasinya dari Titahnya..dan kuasa Titah tersebut.Kalau sedingin salju perasan kenapa Peguam Negara dan Institusi Majlis raja-Raja berdiam diri dan kenapa kita yang banyak bersuara?.Fikirkan.Hari ini hari depa mana tahu hari esok hari Kita..ini yang penin.Kalu Raja-Raja masuki kemelut politik kesanya amat dirasai.Kita ada 9 raja di tahta kerajaan kalau salah seorang bias pada pembangkang apaakah akibatnya nanti..sama jugakan.

Seperti Umum ketahui parti pembangkang atau karpal ini tidak tahu menghormati insitusi raja maka apa yang kita boleh harapkan dari orang yang kurang ajar seperti ini.Cuma kita harapkan Bangsa melayu bersatu dan mendesak raja-Raja Melayu mengelurka satu Titah Di Raja untuk memberhentikan segala masalah sekarang..habis cerita!!!.Kalu tidak terpaksalah kerajaan persekutuan memberi mandat "Darurat" di Istiharkan di Negeri Perak untuk mengawal kemelut ini.Rasanya Rakyat Perak tak apa kot..senyap je tapi kita yang lebih-lebih kot!.seperti cerita:

Seekor anak yang merayau kat tepi hutan..tiba-tiba sebutir bertih jagung jatuh atas kepalanya...anak ayam itu terkejut dan berkata "Aduhai Langit dah jatuh atas kepala saya,dunia nak kiamat dah!...saya kena beritahu perkara ini kepada Raja"....ha!ha! ini permainan politik..sedingin salju..Raja sengaja dibabitkan dalam kancah politik ini..fahamilah "Deception of Politic"ada banyak cara lagi untuk menyatukan kumpulan manusia ini untuk kepentingan pemimpin-pemimpin.Daulat Tuanku!Daulat Tuanku!(walau pun kita tak sultan sedingin Salju)tapi kita ada YDP Agong!!!.Wassalam.

Tai said...

Ya betul tu.

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP