PUTRAJAYA: Lebih ramai calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 menjawab kertas soalan mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dan ini menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom.Beliau berkata malah ramai calon SPM yang menjawab dalam Bahasa Inggeris bagi soalan-soalan subjektif dalam kedua-dua mata pelajaran itu.
"Misalnya mata pelajaran Matematik Tambahan kertas satu daripada 178,751 pelajar yang mengambil kertas itu seramai 89.1 peratus daripadanya menjawab dalam Bahasa Inggeris berbanding 4.7 peratus dalam Bahasa Malaysia," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan peperiksaan SPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2008 di sini hari ini.
(Sumber : Harian Metro, Jumaat 13/03/2009)
(Kata Waris Pahang :
- Waris Pahang setuju dengan cadangan Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mengadakan kajian semula berhubung PPSMI.
- Bagi Waris Pahang kementerian pelajaran perlu membuat kajian terperinci termasuk menerima maklum balas daripada pelajar-pelajar sekolah, orang awam, kakitangan kerajaan, pemimpin masyarakat.
- Waris Pahang secara peribadi menyokong pelajaran Sains dan Matematik diajar dalam dwi bahasa dan peperiksaan juga dalam dwi bahasa).
3 comments:
Menyedihkan
Tak sampai 5 peratus pelajar mampu jawap Matematik Tambahan dalam BM
Kenapa pulak sedih?
89.1 % menjawap Matematik Kertas satu dalam Bahasa Enggeris. Ini menunjukkan Math dalam Bahasa Enggeris lebih mudah difahami??
Say No to "Oral Sex". Respect your Wife.
Berapa banyak buku sains dan maths diterjemah ke bm?
Post a Comment