Tuesday, April 14, 2009

Panas : Rebut Jawatan Dalam PAS

Waris Pahang dimaklumkan oleh teman, suasana hangat sedang melanda PAS sekarang. PAS terpaksa berdepan dengan golongan Pemuda PAS yang agresif mahukan perubahan, golongan erdogan yang pro Anwar dan golongan yang mendapat pendidikan agama.

Manakala mereka yang berpendidikan secular pula ada dalam ketiga-tiga team tersebut. 3 Team utama dalam PAS ini akan berentap dan berebut untuk bertarung bagi menentukan hala tuju parti itu.

Teman waris pahang sedikit kecewa kerana PAS tidak menggambarkan cerminan parti Islam. Amalan syura dalam PAS semakin hilang dek kerana mahu merebut jawatan.

Amalan demokrasi juga semakin hilang apabila ada suara sumbang yang menghalang mana-mana individu bertanding kerana dianggap tidak layak bertanding. Bagi mereka hanya yang layak untuk memimpin sahaja bertanding sedangkan orang tersebut tidak layak pun dari segi akhlak, kelakuan dan komitmenya.

Apa yang pasti mereka mahu memenangkan orang mereka atau ‘puok kito belako’. Budaya cantas mencantas atau memijak antara satu sama lain memang ada tetapi dilakukan dengan cara yang sangat licik sekali.

Sesetengahnya tidak mahu ada pertandingan langsung kononya mahu menjaga imej parti. Sebenarnya ianya bukan tradisi yang perlu dihormati kerana orang yang sudah lama memegang jawatan berasa selesa sehingga enggan melepaskan jawatan.

Dalam suatu susana yang lain, Nizar Jamaluddin dari team Erdogan (pro Anwar) dan Taib Azzamuddin dari team ulama telah dicalonkan sebagai Naib Presiden PAS.

Nama Nizar kini dijaja di mana-mana untuk jawatan tersebut, malahan mereka mahu melihat Nizar diberi peluang didalam saf kepimpinan PAS pusat . Tidak mustahil Nizar 'derhaka' kepada orang kuat PAS suatu masa nanti.

(Kata Waris Pahang :

- Dalam diam-diam team erdogan dan secular dalam PAS semakin kembang dan kuat.

- Perkara inilah yang dibimbangi oleh golongan tok guru dan lebai kerana mereka bakal dipinggirkan.

-Demokrasi di dalam PAS bukan subur tetapi kabur kerana menyekat ahli PAS untuk bebas bertanding atau dalam erti kata lain takut hilang kuasa).

4 comments:

PARPUKARI said...

erdogan melebihi geng ulamak, apa akan jadi pada pas ya?

salam perkenalan kepada tuan punya bloger ini!

WARIS PAHANG said...

PAS akhirnya akan akan angkat bendera putih kepada erdogan yang pro anwar.

PAS kemudian mudah di 'remote control' oleh Anwar.

Ahli PAS pula hilang kepercayaan lalu memasuki PKR.

Itu yang aku nampak dari luar lingkungan pembangkang.

Quantum Metal Consultant said...

NiK Aziz yang makin uzur disarankan melangkah ke hadapan menyelamatkan 'umat' Malaysia - itulah slogan yang dipergunakan untuk merebut jawatan dengan membonekan pengaruh Nik Aziz.

Pemimpin PAS sedang bersiap sedia untuk menjadi kerajaan bersama Pakatan di PRU13 nanti.

Jawatan apa yang paling sesuai untuk Nik Aziz? Mursyidul Pakatan dan Timbalannya Lim Kit Siang kalau Karpal tak sudi...

WARIS PAHANG said...

Selangkah Nik AZiz untuk perintah Malaysia. 10 langkah DAP untuk kuasai Malaysia.

Itu yang aku nampak, anda pula bagaimana?

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP