Thursday, April 30, 2009

Penanti : PAS Jadi Kuli PKR

Tidak sampai 24 jam selepas Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan calonnya Mansor Othman, Pemuda PAS Pulau Pinang dilihat memberi kata dua - mahu meletakkan calon mereka pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti 31 Mei ini.

PAS dikatakan menganggap kerusi tersebut sebagai kubu kuat parti itu walaupun pada pilihan raya umum lalu ia ditandingi oleh wakil PKR.

Difahamkan PAS Permatang Pauh mengambil langkah mahu 'memulau' pilihan raya kecil Penanti ekoran rasa tidak puas hati PKR bertanding.

Ketua Pemuda PAS, Mohd. Hafiz Mohd Nordin berkata, satu perbincangan dengan presiden parti berhubung hal itu akan diadakan dalam tempoh terdekat ini.

"Ini adalah permintaan akar umbi yang mahukan PAS mengambil balik kawasan itu, Pemuda sendiri telah mempunyai calon yang sesuai," kata beliau dipetik Bernama.

Semalam, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman, 56, telah dipilih sebagai calon parti itu untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti bulan depan.

(Kata Waris Pahang :

-Apa guna sebuah parti jika tidak mendengar suara akar umbi.

- Mereka mahukan calon PAS diletakan di Penanti kerana itu adalah kubu kuat mereka. Lebih ramai ahli PAS di Penanti dan lebih banyak markas PAS daripada PKR.
-Apatah lagi calon PKR, Dr Mansor telah tiga kali tewas dalam pilihanraya iaitu pada tahun 1999 kawasan Parlimen Balik Pulau,2004 kerusi Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya dan 2008 kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Betong.

-Timbalan Pengerusi Pengerusi PKR Pulau Pinang ini akan mengantikan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Fairus Khairuddin yang ‘ kena main’ oleh orang dalam PKR sendiri hingga terpaksa letak jawatan.

- Tetapi Lim Guan Eng kata belum tentu calon PKR yang menang di Penanti akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri.

-Nampaknya Lim pula mahu mainkan Anwar yang sebelum ini beliau dipermainkan oleh Anwar.

-Sebelum ini berlaku salah faham antara Lim Guan Eng dan Anwar berikutan kegagalan beliau memaklumkan kepada Lim mengenai peletakan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri I, Mohammad Fairus Khairuddin sebagai ADUN Penanti.

- PAS wajar boikot PKR di DUN Penanti sebagai pengajaran kepada PKR kerana sebelum ini orang PAS yang lebih banyak buat kerja seperti menggantung bendera dan berkempen sedangkan ahli PKR duduk relax sahaja dan mengarah itu dan ini.

-Kali ini kita lihat bagaimana PKR buat kerja seorang diri tanpa bantuan PAS, setuju tak? Setujuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!.

-Rupa-rupanya PAS ini hanyalah kuli PKR!).

5 comments:

SERATAH said...

Perbezaan antara BN dan PR, BN telah ujud pada tahun 1974, sebelum itu Perikatan satu gabongan
yang mempunyai perlembagaan, bertanding dalam pilihan raya guna satu lambang sahaja, berbeza dengan PR hanya berpakat dekat kedai kopi tidak ada ikatan masa pilihan raya guna lambang masing2 jadi kalau berlaku ketidak puasan hati diantara paeti mereka, kita sudah menjangkakan kerana pakatan yang rapoh, eloklah Pas keluar dari pakatan tersebut, bukan
sekatat di Penanti sahaja eloklah keluar dari pakatan itu keselurohan
nya Pas mempunyai kekuatan sendiri Pas ada identiti sendiri, PKR (Parti Kacau Rakyat)janganlah duk bersama mereka, berbeza dengan BN, Umno menguasainya segala keputusan yang dibuat diputuskan oleh MKT UMNO,UMNO menerima bukan islam Bumiputra Sabah, demi untuk menyalamatkan Orang melayu Islam sabah, berbeza dengan PKR yang berbagai kaum,sukar untuk bincang dalam parti untuk kepentingan bangsa,kerana ada kaum lain didalam
UMNO boleh bincang untuk kepentingan Bumiputra, yang termasuk melayu didalam nya, lebih baik bersama dengan UMNO demi kepentingan Agama.

Apache said...

Si luncai terjun dengan labu-labunya.. Biarkan...Biarkan...

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

nanti dapat fatwa tok guru... mereka undi pkr juga. fatwa ni penting kerana FULUSSSSSSS.... bukan hudud lagi dahhhhhh

Khairi Jalalluddin said...

PAS hilang punca bila bergabung degan DAP, kini PAS parti tempelan dalam pakatan jahat.

Z-MAY said...

gimik aje tu... dah tak tau apa nak buat, apa nak cakap...

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP