Wednesday, May 27, 2009

Lupus Fahaman Komunis Walau Setitik

Tolak Komunisme

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mahu sentimen bahawa komunisme mempunyai nilai-nilai nostalgia dan positif dilupuskan sama sekali dalam pemikiran seluruh rakyat Malaysia.

‘‘Pada masa ini jelas menampakkan seolah-olah ada rangkaian untuk membawa masuk (bekas pemimpin Parti Komunis Malaya) Chin Peng ke Malaysia dengan cuba membuat penilaian dan peranan baru terhadapnya.

‘‘Inilah yang kita anggap satu kedurjanaan, unsur-unsur ini langsung tidak peka dengan pembunuhan beribu-ribu rakyat negara ini di tangan gerila komunis antara tahun 1948 hingga 1960 dulu. Saya yakin rakyat Malaysia tidak mudah tertipu,” katanya. Sumber :Utusan Malaysia.

Blog komunis jawab Rais Yatim

Blog bekas gerila Parti Komunis Malaya (PKM) yang menjadi sasaran kecaman Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam menjawab balas kenyataan keras menteri penerangan hari ini.

Penulis blog tersebut yang memperkenalkan dirinya Mat Amin menyifatkan usaha menghalang penyebaran sejarah perjuangan bersenjata mereka sebagai "tidak demokratik" dan "tidak profesional." Sumber : Malaysiakini

(Kata Waris Pahang :

-Mana dia suara Nik Aziz, Ahmad Awang, Nizar dan Anwar ketika kebangkitan semula fahaman komunis. Kemelut politik yang diciptakan oleh mereka lah yang menyebabkan Komunis berani bersuara semula.

-Mengapa mereka tidak bersuara, adakah mereka juga membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia dan menghalalkan komunis.

-Komunis dilihat semakin lemak meraih simpati daripada rakyat Malaysia yang akhirnya bertujuan mahu rakyat bangkit menentang kerajaan sedia ada.

-Kini sudah ada penyokong pembangkang yang simpati dengan komunis. Kalau anak buah sokong maka bapaknya lagilah menyokong komunis, bukankah begitu?

-Chin Peng beriya-iya mahu pulang ke Malaysia kerana dia ingin mati di sini sebagai wira.
Maka tidak mustahil kubur Chin Peng akan dijadikan tugu 'pejuang kemerdekaan'.

-Mereka tahu kerajaan tidak akan membenarkan Chin Peng pulang kerana beliau adalah pembunuh, pengkhianat dan pengganas. Maka pembangkang menjadikan nya sebagai satu helah dan strategi untuk raih simpati rakyat menolak kerajaan.

-Sanggupkah Nik Aziz, Ahmad Awang, Nizar dan Anwar menghalalkan cara untuk berkuasa dengan bekerjasama dengan parti politik yang pro komunis?.

-Semoga bekas tentera dan polis kembali menyokong kerajaan BN kerana kerajaan tetap dengan pendirian tidak akan memaafkan komunis yang telah membunuh beribu-ribu rakyat dan lebih 50 ribu anggota tentera dan polis telah terkorban ketika menentang PKM semasa zaman darurat.

-Apa akan terjadi seandainya Chin Peng dibenarkan kembali ke Malaysia? Mungkin sejarah hitam akan berulang kembali dan darah-darah rakyat Malaysia akan mengalir semula seperti sungai.

-Kini wujud blog komunis yang mahu memadam dan mengubah sejarah. Kalau kita seorang yang menghayati sejarah untuk mencapai kemerdekaan di Tanah Melayu , kita tidak akan biarkan perkara ini berlaku.

-Sebaliknya sama-samalah kita lupuskan fahaman komunis dari meresapi dan menjiwai rakyat Malaysia. Kita mesti tolak pembangkang yang menyokong fahaman komunis secara nyata atau sembunyi).

Kata Dr. Rais :

-“Pemimpin-pemimpin yang melahirkan perasaan positif terhadap Chin Peng atau Komunis lebih baik mengisytiharkan pendirian mereka secara jelas dan tidak harus berselindung di sebalik tabir politik parti masing-masing.

-"Komunis tidak sekali-kali boleh diberi tempat di negara ini kerana mereka telah membunuh ribuan rakyat Malaya (Malaysia ketika itu). Tidak ada tempat untuk mereka bermuafakat atau melunakkan perasaan kita.”
- “Saya menyeru rakyat Malaysia supaya tidak harus terburu-buru mempercayai kumpulan yang membawa idea baru yang mengagungkan komunisme.”

Friday, May 22, 2009

Apa Lagi Rakyat Perak Mahu?

Pakatan Rakyat menganjurkan mogok lapar 72 jam bagi mendesak pembubaran DUN Perak dalam usahanya menentang pengambilalihan kuasa BN sejak Februari lalu.

Mogok lapar yang bermula jam 10 pagi Selasa ini di Wisma DAP negeri, di depan bangunan DUN, akan dirasmikan oleh menteri besar gabungan pembangkang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan speaker mereka V Sivakumar.

Ia akan berakhir dengan solat hajat pada petang Khamis ini di pejabat Perak. Program bantahan seumpama itu pertama kali sejak krisis itu berlarutan hampir empat bulan lalu walaupun Mahkamah Rayuan semalam mengesahkan pelantikan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar.

Mohammad Nizar akan menfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan panel tiga hakim di Putrajaya yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 11 Mei lalu. Selain itu, mereka juga menganjurkan orang ramai berpakaian hitam.
Sumber: Malaysiakini

(Kata Waris Pahang :

- Pertamanya tahniah kepada rakyat Perak kerana Keputusan Mahkamah Rayuan telah menetapkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

-Keputusan itu secara automatiknya membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei lalu yang mengesahkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.

-Persoalan yang timbul kini, apa lagi yang rakyat Perak mahu?. Sepatutnya rakyat Perak hanya mahu keamanan kembali di Perak dan kebajikan dan pembangunan dibela oleh kerajaan.

- Budaya mogok lapar untuk minta Sultan Perak bubar DUN Perak adalah satu lagi perbuatan yang membuang masa sahaja.

- Rakyat Perak jangan layan orang seumpama ini yang menggunakan rakyat Perak semata-mata mahu mencapai impian peribadi mereka sebagai wakil rakyat.

-Orang Islam pula diminta berpuasa selama tiga hari untuk tujuan yang sama. Persoalanya berpuasa kerana Allah atau kerana Nizar?.

-Secara logiknya bagaimana mereka mahu memerintah sekiranya majoriti mereka lebih kecil daripada BN + Bebas. Bubar DUN Perak bukan satu penyelesaian.

-Hormatilah keputusan Sultan Perak dan Mahkamah. Semoga apa yang berlaku di Perak tidak terjadi di Negeri Pahang. Daulat Tuanku).

Anwar Bukan Idola Kita

Hari Kebenaran itulah saat yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia dan Saiful semenjak setahun yang lalu.

Beliau telah membuat persiapan rapi dan memperlengkapkan diri sebelum menghadiri sidang mahkamah untuk mempertahankan maruahnya.

Namun apa yang menggusarkan Saiful adalah :
i. Beliau pertama kali masuk mahkamah untuk memberi keterangan.
ii. Persiapan yang dilakukan oleh beliau setakat ini adalah secara bersendirian sudah tentu banyak kelemahan-kelemahannya.

Saiful juga memohon jasa baik anda bagi memberi bimbingan(tips2) dari segi psikologi, spiritual, kekuatan rohani, perundangan, cara-cara memberi keterangan, dan ilmu-ilmu yang sepatutnya bagi memantapkan diri beliau apabila di mahkamah kelak.

(Kata Waris Pahang :

- Apa pula persiapan Anwar ye? Mungkin bagi Anwar, 1 Julai adalah Hari Kejatuhan, Hari Keadilan atau Hari Kemenangan.


- Anwar sudah pasti tidak gusar dengan pembicaraan di Mahkamah kerana telah menghadapinya sebelum ini dan mempunyai pengalaman.

- Barangkali Anwar sedang memikirkan strategi bagaimana kes ini boleh digugurkan dengan kesilapan teknikal?.

- Barangkali strategi Anwar untuk memerintah negara pada 16 September yang lalu berkemungkinan untuk menggugurkan kesnya?.

- Namun kali ini ramai orang berpendapat bahawa Anwar tidak akan terlepas lagi.

-Adakah Anwar akan berhijrah ke Amerika Syarikat untuk mengelak dari menghadiri mahkamah atau beliau mohon suaka politik dari rakan Yahudi nya?.

- Kata Saiful “Yang HAK Pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!”.

- Semoga mereka yang sangat terpengaruh dengan Anwar tidak lagi mempercayai Anwar. "Anwar Bukan Idola Kita").

Tuesday, May 19, 2009

Penanti : Strategi Makan Tuan

Marah sungguh pembangkang bila BN buat keputusan tidak meletakan calon dalam Pilihan Raya Kecil DUN Penanti.

Pembangkang anggap ianya adalah helah BN tetapi sebenarnya pembangkang takut jentera petugas pilihanraya Pakatan Rakyat bagi DUN Penanti memboikot pilihan raya kecil ini.

Keputusan BN untuk tidak meletakkan calon BN dalam pilihanraya kecil Penanti tidak akan menjatuhkan maruah dan imej parti itu dimata rakyat kerana itu adalah hak BN untuk meletakan calon atau sebaliknya.

(Kata Waris Pahang :

-Tindakan BN tidak bertanding di DUN Penanti adalah tepat kerana :
i. BN menganggap pilihanraya kecil kawasan itu tidak berasaskan kepada kehendak perlembagaan.
ii. Merupakan satu permainan politik pembangkang.
iii.. Pilihan raya kecil DUN Penanti diadakan hanya kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) hendak menyelesaikan masalah dalaman mereka sahaja.


-PAS Permatang Pauh wajar meletakan calonnya kerana :
i. Pengundi PAS lebih ramai daripada PKR di Dun Penanti.
ii. Fairus meletak jawatan kerana hanya mahu sambung belajar.
iii. PAS sentiasa menjadi kuli kepada PKR untuk menang pilihanraya.

-Pengundi di DUN Penanti wajar tidak mengundi PKR kerana :
i. Sebagai tanda protes kerana mempermainkan kepercayaan rakyat.
ii. Pembangkang lebih mengutamakan politik daripada berkhidmat kepada rakyat.
iii. Pembangkang membazirkan masa dan wang rakyat sahaja).

Monday, May 18, 2009

Generasi Rapuh Dijerat Pembangkang

Generasi muda Malaysia pada masa sekarang sungguh beruntung kerana tidak mengalami kemiskinan melampau dan kesusahan sebagaimana yang dialami oleh generasi terdahulu dalam mengejar ilmu pengetahuan.

Orang terdahulu sanggup berjalan kaki berbatu-batu dan membaca dalam gelap menggunakan pelita semata-mata mahu menuntut ilmu.

Banyak keselesaan yang disediakan oleh kerajaan seperti kemudahan sekolah, makmal komputer, biasiswa, pinjaman dan sebagainya sehinggakan mereka alpa dan tidak berterima kasih kepada kerajaan.

Guru-guru pula diberi latihan secukupnya supaya dapat melahirkan modal insan yang berkualiti untuk masa depan negara bangsa.

Namun trend generasi muda kini amat mendukacitakan kerana sesetengahnya tidak menghormati guru dan bersikap kasar terhadap guru.

Walaupun guru mengajar setiap hari tetapi mereka lebih suka mengikut budaya negatif seperti suka melepak di cyber cafe dengan bermain game dan melepak di kedai makanan ringan. Waktu malamnya pula dihabiskan dengan merempit, berkaraoke dan bersembang-sembang kosong.

Pemikiran generasi muda pula terdedah pada ledakan maklumat di internet yang tanpa sempadan.

Agak malang golongan muda kini tidak membudayakan sikap suka berguru dan membaca. Mereka lebih suka membaca bahan-bahan bacaan yang ringan dan tidak memerlukan untuk berfikir panjang.

Budaya sukakan cerita-cerita hangat dan gossip artis-artis menjadikan golongan ini amat terdedah pada cerita-cerita khabar angin.

Malang sekali golongan mentah ini bergurukan apa sahaja yang negatif di internet tanpa mahu membuat kajian, memperhalusinya atau menilainya terlebih dahulu.

(Kata Waris Pahang :

-Budaya songsang yang menjadi amalan golongan ini menyebabkan mereka amat mudah diracuni pemikiran mereka. Kemelut politik yang melanda negara juga mempengaruhi dan merosakkan mereka.

-Sikap dan persepsi generasi muda yang rapuh berhadapan dengan isu semasa dan global menyebabkan mereka menjadi insan yang ektrem dan berpemikiran sempit.

-Lantas mereka menyokong parti pembangkang kerana sekadar suka-suka dan berseronok tanpa mengetahui apa perjuangan parti tersebut.

-Hanya pengembelengan ke arah kekuatan minda, spritual dan fizikal mampu mengembalikan keyakinan golongan muda terhadap kepimpinan negara dan kerajaan.

Siapalah Kita Tanpa Guru, Selamat Hari Guru).

Awas Parti Berbau Komunis

Syukur Alhamdulillah, Ketua pengkhianat dan pengganas yang telah membunuh ramai orang-orang Melayu yang tidak berdosa, telah tidak dibenarkan pulang dan menetap di negara ini apabila makamah Persekutuan menolak rayuannya.

Sepertimana kita tahu Chin Peng membawa kesnya di mahkamah Pulau Pinang agar dia diterima pulang ke Malaysia.

Penerimaan Chin Peng kembali ke Malaysia ditentang hebat oleh ramai sanak saudara mangsa kekejaman Parti Komunis Malaya termasuk polis dan tentera yang cedera dan terkorban.

Chin Peng juga merupakan orang yang bertanggung jawab dengan kegagalan Rundingan Baling dengan berkeras menuntut agar Parti Komunis Malaya diterima sebagai sebuah parti politik, walaupun telah ditawarkan pengampunan sebelumnya.

Chin Peng berhutang darah dengan orang Melayu dan sejarah hitam itu sentiasa diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi supaya sentiasa menjadi ingatan dan berwaspada agar orang Melayu tidak dicincang dan direbus sekali lagi. Penolakkan ini adalah satu penghormatan kepada bangsa Melayu.

Sumber : OBEYONE

(Kata Waris Pahang :

-Generasi kini tidak merasai zaman negara berhadapan dengan ancaman komunis. Orang dahulu fikirannya dikuasai dengan perasaan takut diancam komunis.

-Pengalaman Waris Pahang yang tidak dapat lupakan ialah ketika perjalanan menaiki bas dari Pahang Timur ke Pahang Barat (Raub). Perjalanan meredah hutan dan ladang getah adalah amat menggerunkan dan terdedah kepada serangan komunis.

-Sebaik sahaja menyeberang sungai dengan menaiki feri (sekarang Jerantut Feri), kami meneruskan perjalanan dengan bas lain yang telah menunggu di seberang. Ketika melalui kawasan hutan tiba-tiba pokok tumbang di atas jalan raya dan menghalang lalu lintas.

-Penumpang yang ada dalam bas bertempik "komunis!" dan mereka semua berada dalam keadaan sangat takut. Namun tiada kelibat komunis didapati, persoalannya adakah komunis mensasarkan untuk menghempap bas dengan pokok yang ditebang atau sebaliknya.
-Cubalah anda bayangkan bagaimana jika komunis muncul ketika itu. Apakah nasib 30 orang penumpang agaknya.

-Pesan Cikgu Waris Pahang, Kerajaan berjaya menghapuskan komunis tetapi fahaman, ideologi dan propaganda komunis tidak mati.

-Ianya akan menguasai pemikiran orang Melayu sedikit demi sedikit sehingga segala yang diperjuangkan oleh pro komunis adalah benar dan apa yang dipertahankan oleh orang Melayu dianggap salah.

-Marilah kita pulaukan parti yang berbau fahaman komunis demi masa depan negara dan bangsa).

Sunday, May 17, 2009

Saiful : Anwar Jangan Lari

Adakah Anwar akan menyorok lagi di Kedutaan Turki

“Terdapat beberapa maklumat yang saya terima mengatakan bahawa DSAI akan berlepas ke Washington D.C, Amerika Syarikat pada 25hb Jun 2009, 6 hari sebelum perbicaraan utama bermula.Jika benar maklumat tersebut, saya harap beliau dapat pulang dan hadir pada hari perbicaraan utama kelak. Janganlah ''lari'' mohon perlindungan disana pula. Jika maklumat ini tidak benar, baguslah kalau begitu”.

Sumber : Petikan Daripada Blog Saiful (http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com/)

Bila membaca blog Saiful maka sudah pasti ramai yang ketawa kecil kerana adakah Anwar rela mati diserang influenza A H1N1 yang sedang merebak di Amerika Syarikat daripada menghadiri mahkamah?. Yang kedua, adakah Anwar rasa tidak cukup tanah sehingga mahu ke Amerika Syarikat melarikan diri?.

Amaran Saiful kepada bekas bosnya “jangan lah lari” membuktikan Saiful seorang yang berani dan berada di pihak yang benar untuk menuntut keadilan. “Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!” itulah kata-kata Saiful dihujung kalamnya.

Namun Jika maklumat DSAI akan berlepas ke Amerika Syarikat tidak benar, baguslah kalau begitu" kata Saiful,

Sebelum ini Anwar telah mengelirukan rakyat Malaysia kerana enggan bersumpah setelah dicabar oleh Saiful. Kenapa Anwar enggan bersumpah, adakah Anwar memang bersalah?.

Anwar sanggup meluangkan masa pergi dari Permatang Pauh ke Parlimen untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. Kenapa Anwar enggan bersumpah tidak meliwat Saiful walaupun satu minit sekali pun.

Anwar juga enggan mendedahkan ujian DNA. Barangkali Anwar bimbang pihak polis akan menyiasat lanjut kerana jika disiasat akan lebih terdedah bukti sebenar.

Anwar sedaya upaya mahu kes ini digugurkan sebelum dibicarakan di mahkamah. Namun Anwar akhirnya tidak dapat mengelak lagi kerana kes ini akan didengari di mahkamah pada bulan Julai ini.

Anwar sebenarnya takut didakwa di mahkamah kerana beliau mempunyai kes liwat pada tahun 1998. Sekiranya kes liwat 2008 di dakwa dimahkamah bermakna pihak mahkamah akan merujuk terlebih dahulu kes lamanya pada tahun 1998.

Tuduhan Anwar bahawa ianya adalah skrip yang sengaja dicipta semula oleh musuhnya untuk menjatuhkan dan memenjarakan semula beliau adalah tidak masuk akal.

Sebenarnya apa yang Anwar cakap itu bertujuan mahu memenangi hati rakyat dan menerbitkan rasa simpati rakyat terhadapnya.

Kini rakyat telah sedar dan rakyat lebih simpati kepada orang yang dizalimi iaitu Saiful Bukhari Azlan.

Anwar tidak dapat lari lagi walaupun sebelum ini berusaha secara bermati-matian menggugurkan kes ini sebelum tiba di mahkamah kerana beliau tahu sekiranya kes ini didakwa semua pembuktian akan keluar di mahkamah termasuk laporan Hospital Pusrawi dan Hospital Kerajaan.

Selagi Anwar cuba mencurigai doktor, hakim dan polis dan mengelirukan orang ramai maka semakin terserlah yang Anwar memang bersalah.

Jika Anwar merasai beliau tidak bersalah maka sahutlah cabaran sumpah Saiful atau serahkan DNA.

Selamat berjuang Saiful Bukhari Azlan.

Perdana Menteri Rakyat Bukan Perdana Menteri Suwey

Mungkin pembangkang tidak tahu atau sengaja buat tidak tahu disebalik Ceramah Isu Perak di Markas PAS Kg. Embun, Maran pada 9 Mei 2009 yang lalu; orang Melayu sangat marah kepada PAS kerana membawa penceramah DAP berceramah di perkampungan Melayu.

Apatah lagi YB. Teng Chang Khim (DAP) kata Perlantikan YAB Dato’ Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia membawa kecelakaan (suwey) kepada kerajaan dan Barisan Nasional.

Pahangdaily pula mengulas tentang kenyataan Najib Razak bahawa beliau PM Rakyat.

“Terkadang bila difikirkan balik, memang Najib Razak ini sudah bermimpi disiang hari. Cakap sudah tidak serupa bikin lagi sekarang. Ada hati mahu jadi PM Rakyat, kononnya rakyat didahulukan tetapi dalam krisis politik yang berlaku di Perak beliau takut untuk kembali menyerahkan kuasa kepada rakyat untuk menentukan”.

(Kata Waris Pahang :

- Datuk Seri Najib bukan PM suwey sebaliknya Anwar adalah membawa virus suwey kerana semenjak beliau melibatkan diri dalam politik atau keluar daripada penjara banyak berlaku kekacauan dan huru-hara yang berlaku.


-Pembangkang gusar kerana Datuk Seri Najib Razak berkata beliau mahu dikenali sebagai 'Perdana Menteri Rakyat' yang mesra dengan rakyat dan dapat memahami kehendak rakyat.

-Mereka bimbang gelaran ini akan menggugat kemaraan pembangkang untuk menawan hati rakyat.

-Kenyataan Najib mendapat sambutan ramai. "Kita mesti lihat kepada hala tuju negara, kita mesti faham, mesti merasai denyutan nadi rakyat, mesti faham, merasainya” kata Perdana Menteri.
- Datuk Seri Najib sanggup berjalan kaki menyusuri gerai-gerai di Jalan TAR bertemu para peniaga, menaiki kenderaan awam seperti LRT, menyediakan blog khas (1Malaysia) bertujuan bersemuka dan bertanya sendiri masalah rakyat.

- Penduduk Pekan kawasan parlimennya sedia maklum, Datuk Seri Najib terlalu rapat dengan mereka, kadang-kadang mereka terlupa bahawa Najib adalah orang nombor satu Negara.

-Penduduk Pekan apabila berjumpa Najib kadang-kadang tepuk belakang dan tepuk bahu dengan Najib. Sungguh mesra sekali hubungan orang Pekan dengan Najib.

-Semoga pemimpin lain menjadikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib sebagai contoh.

Friday, May 15, 2009

Nizar Kata UMNO Derhaka

Nizar Derhaka telah menyampaikan ceramah di Markas PAS Kg. Embun, Maran pada 9 Mei 2009 yang lalu sebelum berlaku episod ’Keputusan Mahkamah’.

Nizar cuba kaitkan UMNO menderhaka, "PAS tidak derhaka kepada raja sebaliknya UMNO yang derhaka, contoh kain rentang menghina Sultan Terengganu semasa krisis perlantikan Menteri Besar Terengganu" kata Nizar.

Bagi UMNO isu kain rentang menghina Sultan Terengganu telah selesai kerana UMNO telah mengenalpasti individu terbabit. Tindakan yang dilakukan itu adalah tindakan individu dan bukan mewakili UMNO.

Walaubagaimanapun pemimpin UMNO tetap patuh keputusan Sultan Terengganu melantik siapa Menteri Besar.

Tidak timbul isu derhaka kerana UMNO mengiktiraf kuasa mutlak Raja-Raja Melayu dalam pelantikan Menteri Besar, hal ehwal agama Islam dan adat resam Melayu.

Bagaimana pula dengan PAS, sehingga kini Nizar tidak patuh dengan keputusan Sultan Perak yang telah melantik Dr. Zambry sebagai Menteri Besar.

Bukan itu sahaja PAS juga memutarbelitkan bahawa UMNO pernah derhaka kepada Raja-Raja Melayu sebagaimana keratan akhbar yang disebarkan.
Sebenarnya UMNO menegur Raja-Raja Melayu pada tahun 1990 adalah untuk mengembalikan maruah institusi Raja Melayu supaya Raja-Raja Melayu tidak digunakan oleh pihak tertentu.

Teguran itu memperjelaskan hak-hak Raja Melayu dalam perlembagaan. Kuasa raja-raja Melayu tidak diubah. Imuniti Raja dalam perundangan tidak diubah.
Nizar memilih mana yang menguntungkan beliau, iaitu antara keputusan Sultan Perak, keputusan mahkamah dan keputusan Mufti Perak.
Sehingga kini Nizar terus ingkar, degil, biadap, derhaka dan enggan mohon maaf kepada Paduka Seri Sultan Perak. Malahan bersekongkol dengan DAP yang hina institusi Raja-Raja.
Daulat Tuanku.

Thursday, May 14, 2009

BN Tidak Zalim Dan Derhaka.

Pesanan dari Dato Hamdi

Selepas PRU12 8 Mac 2008. Atas alasan BN memperolehi 28 kerusi berbanding DAP 18, PKR 7 dan PAS 6.

Dato Tajol Rosli telah mengadap DYMM Tuanku Sultan Perak memohon BN membentuk kerajaan.

Baginda menolaknya, kemudian Dato Tajol memohon pembubaran Dewan atas alasan tiada parti yang mempunyai majoriti! Tuanku Sultan Perak telah menolak!

Maka Dato Tajol berkata adalah tidak adil jika Tuanku Sultan membubarkan Dewan sekarang ini di atas tuntutan DAP, PKR & PAS yang mempunyai hanya 28 kerusi sahaja, sedangkan kita semua tahu BN + Bebas = 31 kerusi(Majoriti mudah).

Maka YB Dato Dr Zambry berkata adalah menjadi tanggungjawab BN untuk mempertahankan hak majoriti rakyat melalui persidangan Dewan! BN tidak gentar menghadapi pilihanraya.

Persoalannya sekarang kenapa kita harus memohon dewan dibubarkan pada ketika BN mempunyai majoriti?

Lagipun pilihanraya akan hanya membazirkan wang rakyat dan menyusahkan kehidupan rakyat sahaja.

Kembalilah Kepada Rakyat. Pertahankan Hak Majoriti Rakyat di Dewan Undangan Negeri Perak!

Sekian. Dato Hamdi Abu Bakar

Sumber : http://parpukari.blogspot.com/

Janda Baik Tidak Diusik

Sesiapa yang pernah pergi ke Kampung Janda Baik sudah tentu kagum kerana suasana sekitar Kampung Janda Baik amat tenang dan aman tenteram sekali.

Suasana sunyi sepi sangat mendamaikan dan jauh dari hiruk pikuk walaupun berhampiran dengan Genting Highlands dan ibukota Kuala Lumpur.

Suatu ketika dulu, Kampung Janda Baik yang tenang menjadi 'riuh rendah' apabila ada ura-ura Wilayah Persekutuan yang ketiga (kini Putrajaya) atau bandar berkembar Kuala Lumpur akan diwujudkan di kawasan tersebut.

Kononnya satu lebuhraya baru akan dimajukan dari Ulu Kelang terus ke Kampung Janda Baik. Maka banyaklah bukit-bukit yang akan diruntuhkan untuk menghalalkan pembinaan sebuah lebuhraya.

Penduduknya yang terdiri dari orang-orang Melayu dan orang Asli mempersoalkan ke mana mereka akan pergi.

Barangkali mereka terpaksa berpindah ke kawasan lain, kalau tidak semuanya pun, mungkin sebilangan besar dari mereka itu.

Soalnya ke mana mereka hendak pindah. Adakah mereka akan berpindah ke segala tempat di Pahang bernama ulu-ulu kampung, ulu-ulu sungai, persisiran pantai dan kaki-kaki gunung.

(Kata Waris Pahang :

-Alhamdulillah Kampung Janda Baik kekal seperti sediakala. Jika tidak Orang Melayu dan Orang Asli tergadai tanahnya sendiri menjadi milik orang.


-Semoga tidak ada insan yang gatal tangan yang mahukan kekayaan segera lalu menggadaikan tanah tanpa memikir ada generasi yang akan datang menerima apa yang terbaki di tinggalkan oleh kita).

Info Janda Baik :

Ø Berada pada paras 600 dan 800 meter dari aras laut
Ø Bersempadan dengan Daerah Gombak, Selangor dan Daerah Jelebu, Negeri Sembilan.
Ø Terletak berhampiran 15 km dari Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.
Ø Jaraknya 35 km dari Bentong dan Kuala Lumpur.
Ø Mencecah 28 darjah Celsius (siang) dan 22 darjah Celsius (malam).
Ø Menyimpan khazanah flora dan fauna, termasuk pokok Balau berusia 250 tahun.
Ø Mempunyai empat kampung tradisional Melayu, iaitu Kampung Sum Sum, Cheringin,
Chemperoh, Kampung Janda Baik dan Kampung Orang Asli Semelai.

Baliklah orang luar, jangan ganggu kami di Perak

SAYA seorang suri rumah sepenuh masa. Saya mempunyai anak-anak yang bersekolah di sekolah rendah. Situasi di Perak menyedihkan saya dan keluarga.

Pada fahaman saya, segala perkara asas mengenai perundangan sudah di bawa ke mahkamah.
Sepatutnya sementara menunggu keputusan itu, jalankanlah hari-hari kita seperti biasa.

Orang-orang dari luar negeri Perak tidak payahlah datang mengganggu dan konon memperjuangkan perkara yang saya tidak pasti adakah mereka faham apa maksudnya kepada orang-orang Perak sendiri.

Ini bersangkutan dengan Sultan kami, pemerintahan negeri kami, biarlah kami yang nilai dan buat pertimbangan. Kalau kami nak berbalah biarlah kami anak Perak yang berbalah, siapa lebih hormatkan Sultan; siapa lebih derhaka pada Sultan; siapa lebih berjasa dan sayang pada negeri Perak; siapa lebih matang fikiran dan waras akalnya dan siapa yang hanya sayangkan kuasa dan pangkat dan tidak lagi ingat akan kepentingan rakyat.

Baliklah, jenguklah anak, isteri, suami, keluarga di rumah. Perjuangkanlah keluarga, didiklah mereka menjadi orang-orang yang baik. Tidak perlulah datang ke Ipoh, Kuala Kangsar, Bukit Gantang buat demonstrasi jalanan.

Anak-anak kami mahu ke sekolah, jalan di tutup merata-rata, kawalan polis diketatkan untuk mengawal anda. Kasihanlah kami.

Baliklah. Minggu ini anak-anak kami ada peperiksaan, berilah mereka peluang untuk belajar dengan aman dan tenang. Perjuangan anak-anak kami dalam pelajaran untuk memartabatkan lagi agama dan bangsa juga jihad yang diredhai Allah SWT.

Berbalik kepada anak-anak saya, apa yang hendak dijawab apabila parti yang melaung-laungkan keadilan tidak berlaku adil bukan sahaja kepada diri mereka tetapi menganiaya rakyat dengan tindakan mereka?

Apa hendak dijawab apabila parti yang melaung-laungkan Islam tidak berkelakuan seperti orang Islam yang tinggi akhlak, menghormati orang lain dan penuh adab sopan, tetapi sebaliknya menunjukkan kebiadaban dan kekerasan hati yang tidak waras?

Apa hendak dijawab apabila parti yang melaung-laungkan keluhuran undang-undang tidak menghormati undang-undang termasuk asas-asas Perlembagaan di atas mana negeri ini dibina.

Parti yang begitu cilik dan bermuka-muka dalam berjuang sehinggakan keputusan Sultan mahupun mahkamah diketepikan apabila ia tidak memihak kepada mereka. Perjuangan jenis apakah ini?

Bagaimana saya nak jelaskan pada anak saya? Di mana kewarasan akal yang dikurniakan Tuhan? Cerminlah diri. Insaflah. Jangan kerana emosi semuanya digadaikan. Baliklah.

CEMPAKA SARI
Ipoh, Perak

Dipetik dari Utusan Malaysia (klik Sini)

Wednesday, May 13, 2009

Nizar Dan Zambry : Suatu Hari Di Gelanggang Badminton

Suatu hari Nizar dan Zambry beradu di gelanggang badminton. Mungkin mereka mahu cari selera lain, almaklumlah kalau beradu di Dewan Perak banyak sangat 'Nyamuk Besar'.

Nizar mulakan memberi bola disambut baik oleh Zamby. Entah macamana Nizar dapat bola tanggung lalu di smashnya Zambry.

Malangnya bola Nizar tersasar , Nizar rupa-rupanya mensmash SUK dan Penasihat Undang-Undang yang menjadi penonton. (Nizar zalim mahu pecat SUK dan Penasihat Undang-Undang bila dapat kuasa).

Melihatkan bola yang tersasar maka KSN pun apalagi mensmash balik Nizar maka terkena kepala Nizar.

Nizar yang kesakitan lalu keluar padang. Nga dan Ngeh pun segera membantu. Nga kata "YB jangan 'NgaNga' sangat". Ngeh pula kata "YB control hensem sikit, se'Ngeh' sikit YB".

Perlawanan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Zambry.

Nizar Di Pahang

Pada 9 Mei 2009 yang lalu sebelum berlaku episod ’Keputusan Mahkamah’, Nizar dan beberapa penceramah telah meyampaikan ceramah berhubung isu Perak di Markas PAS Kg. Embun, Maran.

Apa yang menariknya Pahangdaily Online melaporkan jumlah kehadiran penonton mencecah 15,000 orang. Pembohong besar punya blog, jumlahnya sekitar 5000 orang sahaja.

Nizar mengatakan dalam ceramahnya Kerajaan BN merampas kuasa secara tidak sah daripada Pakatan Pembangkang.

(Kata Waris Pahang :

-Adakah Nizar sengaja buat-buat tidak tahu, Perdana Menteri dilantik oleh Yang Dipertuan Agung manakala Menteri Besar dilantik oleh Sultan atau Ketua Menteri.

-Nizar hilang kuasa sebagai Menteri Besar apabila kerajaan di bawah pemerintahannya hilang sokongan majoriti.

-Sultan Perak bukanlah seorang yang tidak berlaku adil dan tidak tahu undang-undang. Beliau bukanlah calang-calang orang dalam bidang perundangan.

-Keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

-Nizar tidak memberitahu kepada penyokongnya bahawa betapa adilnya Sultan Perak menyoal siasat seorang demi seorang ADUN Pakatan Pembangkang yang mengisytiharkan diri sebagai ADUN Bebas dan menyokong kerajaan BN.

-Mungkin Nizar merasakan jawatannya dirampas kerana beliau dilantik oleh Sultan tetapi tiada upacara melucutkan jawatanya.

-Perlantikan Zambry sebagai Menteri Besar beerti jawatan yang dipegang oleh Nizar terlucut secara automatik.

Daulat Tuanku).

Tuesday, May 12, 2009

Zambry MB : Nizar Mesti Hormat Keputusan

Dr Zambry MB semula

PUTRAJAYA, 12 Mei: Datuk Dr Zambry Abdul Kadir hari ini boleh memasuki pejabat Menteri Besar Perak semula hari ini apabila Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan beliau untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Keputusan itu dibuat oleh penal tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Datuk Ramly Mohd Ali yang bersidang mulai jam 11.30 pagi tadi selepas Zambry memfailkan rayuan jam 9.00 pagi tadi. Sumber : Siasah

Zambry berjaya tangguh keputusan mahkamah

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.

Beliau memfailkan rayuan tersebut pagi tadi dan akan didengar secepat mungkin.

Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengahari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas.

Manakala peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar berkata menunggu arahan daripada anak guamnya mengenai langkah seterusnya. Sumber : Malaysiakini

Mahkamah Terima Rayuan Zambry Abdul Kadir

"Aneh benar bila mahkamah rayuan membuat keputusan sepantas kilat seolah-olah mendapat arahan daripada pihak atasan".

"Ia sebenarnya adalah satu tindakan jahat untuk menghalang pembubaran DUN Perak. Bukankah ini satu lagi konspirasi terancang oleh mereka". Sumber : Pahangdaily Online

(Kata Waris Pahang :

-Tidak dapat dinafikan keputusan mahkamah sebentar tadi meletakkan situasi politik di Perak dalam keadaan tidak menentu, rakyat gelisah dan tidak kurang juga kedapatan penyokong pembangkang akan kembali bersedih.

-Bagi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, beliau bersyukur kerana keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi yang sahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.

-Menurutnya, keputusan ini membuktikan keterbukaan undang-undang negara serta amalan demokrasi.

-Semoga penyokong pembangkang menerima keputusan tersebut dengan berlapang dada dan tidak bertindak keterlaluan sehingga menggugat keselamatan awam seperti yang berlaku sebelum ini.

-"Seperti saya menerima keputusan Mahkamah semalam, saya harap mereka juga menghormati keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan hari ini," katanya.

-Barisan Nasional (BN) akan menjalankan tugas seperti biasa menerajui kerajaan negeri sesuai dengan keputusan Mahkamah Rayuan tersebut.

-Penangguhan keputusan mahkamah ini juga dapat menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

-Manakala penggantungan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri Perak oleh Nizar malam tadi adalah tidak sah kerana ia merupakan pelantikan kerajaan pusat.
-Walaubagaimanapun, kita amat kecewa kerana Pahangdaily Online sengaja menimbulkan kemarahan orang ramai dengan mengatakan keputusan mahkamah rayuan adalah arahan daripada pihak atasan, tindakan jahat untuk menghalang pembubaran DUN dan konspirasi terancang.
-Hormatilah keputusan mahkamah sebagaimana Zambry dan BN menghormati keputusan Mahkamah Tinggi semalam).

Jawatan MB Perak : Menang Tetapi Kalah

Baca Dengan Tenang Dan Fikir-Fikirkan - Nasib Kita

Kemenangan Nizar sebagai MB Perak ketika UMNO menyambut ulang tahun ke 63 sedikit sebanyak melukai hati orang UMNO.

Apatah lagi Nizar seorang 'boneka' mainan DAP yang mengikut apa sahaja telunjuk mereka terutamanya Nga dan Ngeh.

Sudah pasti kepimpinan PAS mengucapkan tahniah kepada Nizar. Maka secara automatiknya mengucap tahniah kepada DAP yang berjaya menyekat PAS untuk menubuhkan kerajaan Islam.

Walaupun kemelut politik melanda UMNO dan hati orang UMNO bagaikan hancur dirobek-robek namun mereka tenang menghadapinya.

"Masih ada ruang untuk parti, bukan kegagalan pertama UMNO" kata Datuk Seri Najib yang disiarkan dalam berita TV 1.

Dr Zambry pula menerima dengan hati terbuka keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar yang sah.

"Saya menerima keputusan mahkamah dengan hati dan fikiran terbuka. Saya serta rakan-rakan akan mengambil tindakan seterusnya menurut lunas undang-undang," katanya dalam kenyataan ringkas dikeluarkan melalui Setiausaha Akhbarnya Mohd Nizam Isa.

Zambry juga meminta semua penyokong Barisan Nasional (BN) dan rakyat negeri Perak supaya bertenang dengan perkembangan berkenaan."Kita akan kemaskan barang-barang dan mengosongkan pejabat secepat mungkin," kata Mohd Nizam.

Mari kita ingatkan kembali sewaktu Nizar dilucutkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Suasananya sangat jauh berbeza ketika Zambry hilang jawatan Menteri Besar.

Ketika Nizar hilang jawatan, beliau dan penyokongnya bagaikan orang gila dan akhlak mereka sangat memalukan orang Melayu.

Siapa yang baring atas jalanraya untuk menghalang Zambry mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar baru kalau bukan orang Melayu.

Siapa yang mengadakan demontrasi jalanan berhampiran Istana Perak kalau bukan orang Melayu.

Siapa yang menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada Sultan Perak kalau bukan orang Melayu yang paling ramai.

Persoalanya, sekarang Nizar menang kes dan diisytihar sebagai MB yang sah. Bagaimana pula kalau BN ditakdirkan menang selepas membuat rayuan. Adakah penyokong-penyokong pembangkang akan menerima keputusan itu dengan berlapang dada sebagaimana yang dilakukan oleh orang UMNO?

Ingatlah nasib orang Melayu kini dihujung tanduk dan suara mereka semakin kecil kerana tamakkan kuasa dan fitnah bermaharajalela.

Sungguh malang bagi orang Melayu kerana suara yang dulu kecil (golongan pendatang) kini menjadi penentu nasib kita.

Tahniah Nizar Dari Penduduk Perak

Ke hadapan YAB Dato Seri Nizar, didoakan semoga berada dalam perlindungan Allah hendaknya. Saya mengucapkan tahniah kepada Dato Seri kerana berjaya menjadi Menteri Besar semula dengan keputusan Mahkamah Tinggi.

Sesungguhnya YAB Dato Seri telah mencipta sejarah yang besar serta menjadi orang pertama yang dahulu (the first to achieve several first) dalam sejarah di negara ini.

YAB Dato Seri adalah satu-satunya Menteri Besar di dalam dunia yang mempunyai hanya enam kerusi dari 59. UMNO ada 27, MCA ada satu, DAP ada 17, PKR 5, Bebas 3 dan PAS ada enam.

Tetapi kehebatan Dato Seri menjadikan Dato Seri Menteri Besar Perak walaupun mempunyai kerusi yang sedikit.

Kedua Dato Serilah yang pertama memberikan tanah hak milik 999 tahun kepada kampung-kampung baru.

Jika lihat sejarah, kampung-kampung baru ini adalah bekas-bekas komunis yang dipindahkan di bawah Rancangan Briggs zaman darurat.

Tahniah Dato Seri mengiktiraf pengganas komunis. Malangnya tidak pula memberi pengiktirafan kepada bekas-bekas tentera yang 99 peratus orang Melayu yang telah berkorban jiwa dan nyawa untuk tanahair.Tahniah Dato Seri.

Penghargaan juga kepada YAB Dato Seri kerana menjadi ahli politik PAS pertama merealisasikan konsep Malaysian Malaysia anjuran PAP yang disambung perjuangannya oleh DAP.

YAB Dato Seri juga tahu bahawa Lim Kit Siang, maestro DAP itu adalah bekas setiausaha politik Lee Kuan Yew dan merupakan penyambung perjuangannya di Tanah Melayu selepas Singapura disingkirkan dari Malaysia.

YAB Dato Seri, saya juga mengucapkan tahniah kepada YAB Dato Seri kerana berani mengenepikan Raja dan lebih patuh serta taat kepada Ngeh dan Nga lebih daripada DYTM Sultan Perak. Dato Serilah wira.

Dato Seri, tahniah juga kerana walaupun berdarah separuh Cina, Dato Seri lebih Cina dari Cina-cina lain sebab sanggup menggunakan agama Islam untuk menjual orang-orang Melayu Perak.

Ini bukan sembah derhaka cuma doa saya agar kubur YAB Dato Seri tidak akan dikencing anak cucu kita nanti bila agama, negara dan bangsa sudah tergadai demi semata-mata untuk YAB Dato Seri mencapai cita-cita Dato Seri menjadi Menteri Besar.

Akhir kata saya doakan agar YAB Dato Seri dilindungi Allah swt dan dibukakan hati untuk melihat kebenaran. Amin

Salam Hormat
Rahimi Ariffin
Kg Seri Kinta Ipoh Perak

Selamat Hari Ibu

Sempena Hari Ibu ini, Waris Pahang telah menghubungi ibu melalui telefon untuk mengucapkan 'Selamat Hari Ibu'. Beliau menyambutnya dengan jawapan 'Terima Kasih'.

Insyaallah Waris Pahang akan memberi hadiah kepada beliau apabila berjumpa nanti. Waris Pahang juga ada membeli hadiah untuk isteri yang menjadi ibu kepada anak-anak Waris Pahang.

Walaupun hadiahnya bukan emas permata tetapi hanya sekadar sahaja namun beliau sambutnya dengan senyum gembira.

Selepas itu wajahnya berubah sedih apabila memandang potret arwah ibunya yang tergantung di dinding. Mungkin hatinya tersentuh apabila mengingati ibunya yang telah meninggal dunia pada tahun lepas.

Bagi mereka yang masih mempunyai ibu banyak-banyaklah menabur bakti manakala bagi mereka yang sudah kehilangan ibu sedekahkan lah 'Al Fatihah'.

Rupa-rupanya Waris Pahang menjadi teladan kepada anak-anak. Dua orang anak Waris Pahang yang baru mengenal erti alam persekolahan telah secara senyap-senyap mengeluarkan duit tabung sebanyak RM 2.50 untuk membeli hadiah.

Ibubapa mana yang tidak terperanjat dan tidak sangka kerana anak yang sekecil itu juga terfikir untuk memberi hadiah sempena hari ibu. Dalam diam-diam Waris Pahang menjadi ikutan mereka.

"Selamat Hari Ibu".

Nizar MB Perak yang sah 'sementara'

Hakim: Nizar MB Perak yang sah

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN.

Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Nizar, lapor Bernama.

"Bagaimana seseorang boleh mengatakan yang pemohon (Nizar) telah hilang kepercayaan majoriti mengikut Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak?"

"Berdasarkan amalan demokrasi, isu kehilangan kepercayaan majoriti hanya boleh diambil kira melalui undi tidak percaya terhadap pemohon (Nizar), hanya melalui cara ini menteri besar boleh disingkirkan," Abdul Aziz dipetik berkata dalam penghakiman bertulis yang disampaikannya pada 2.30 petang - Sumber : Malaysiakini
(Kata Waris Pahang :
1. Keputusan Mahkamah yang memihak kepada Nizar belum tentu lagi kerana Dr Zambri boleh membuat rayuan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Federal.
2. Soalnya bagaimana Nizar boleh jadi MB Perak sedangkan pakatan pembangkang tidak menguasai DUN Perak.
3. Sidang DUN Perak boleh diadakan segera untuk membuat 'undi tidak percaya' kepada Nizar.
4. Malahan Sidang DUN Perak yang sama juga perlu membuat 'undi percaya' kepada Dr Zamri sebagai MB baru).

Monday, May 11, 2009

HIDUP UMNO!, PAS TEMPAH VAN JENAZAH?

11 Mei 1946- United Malays National Organization (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ditubuhkan.

Kelahiran UMNO adalah hasil dari cetusan semangat kebangsaan orang-orang Melayu yang lahir tepat pada masa dan keadaan yang memerlukannya.
Pergolakan politik sejak awal abad yang ke 20 sehingga tertubuhnya UMNO membuktikan ketabahan dan ketinggian semangat kebangsaan di kalangan orang-orang Melayu yang berjuang untuk menentukan nasib masa hadapan bangsa dan tanah air setelah sekian lama dijajah. -Sumber : Sinarharian, 11 Mei 2009.
(Kata Waris Pahang :

-Baru-baru ini Waris Pahang menerima 3 keping gambar dari seseorang yang mahukan gambar tersebut dimasukan ke dalam laman blog kerana beliau tidak mempunyai laman blog.
-(Jika ada sesiapa yang mahukan Waris Pahang siarkan berita, cerita, gambar dan apa saja demi untuk membela negara dan selamatkan Pahang, sila emailkan kepada : warispahang@yahoo.com).

-Katanya gambar tersebut diambil di satu kawasan di dalam Negeri Pahang. (Beliau mahukan tempatnya dirahsiakan).

-Apabila Waris Pahang tengok gambar tersebut maka alangkah terkejutnya, "Ya Allah!, gambar van jenazah berlogo PAS" jerit hati Waris Pahang.

-Waris Pahang tengok berulang kali, memang benar ada logo PAS dalam van tersebut. Waris Pahang cuba cari logo yang seumpamanya dalam blog rakan-rakan maka terjumpa satu letter head surat PAS kawasan Raub dalam blog 'akusaksi'. (Gambar van jenazah bukan di kawasan Raub).

-Bisik hati Waris Pahang "Nampaknya tiada canlah orang UMNO dan PKR mahu gunakan van jenazah ini kerana kereta jenazah ini dikhaskan untuk orang PAS sahaja"?.

-Kalau mahu guna pun tidak boleh maka hendak bawa jenazah orang UMNO dan PKR dari rumah ke tanah perkuburan pun tidak bolehlah, bukankah begitu?.

-Harap JPJ menahan van jenazah ini jika ditemui atas jalan raya kerana ianya bersifat kepartian, bukankah begitu?.
-Atau PAS sedang siap sedia untuk dikuburkan kerana PAS kini sedang cuba dikuasai oleh orang PAS pro Anwar.
-Busuknya hati orang PAS yang buat van jenazah sebegini rupa, seolah-olah orang UMNO dan PKR tidak seakidah dengan mereka, bukankah begitu?.
-Agaknya slogan "PAS itu Islam, Islam itu PAS" masih menebal di sanubari PAS sebab itulah van jenazah tersebut seperti untuk orang PAS sahaja?.
-Jika benar, persoalanya mana janji PAS untuk beri kebajikan kepada rakyat tanpa mengira dari parti politik mana?).

DUN Perak : Siapa Samseng, gangster dan penjenayah politik?

Tengok Cara Nizar Derhaka Bersalam.

Naik Atas Meja : Perangai Kurang Ajar.

Antara kesalahan ADUN pembangkang masa sidang DUN Perak…

Sumber-sumber Dewan Undangan Negeri Perak telah menyenaraikan sebilangan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh para ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang semasa sidang Dewan Undangan Negeri Khamis.

Ini termasuk provokasi,mengeluarkan kata-kata kesat,memasuki kawasan tempat duduk ADUN BN dan menghalang tugas pegawai DUN itu.

Berikut disenaraikan kesalahan-kesalahan Adun Pakatan pembangkang yang dilakukan pada sidang DUN 7hb Mei 2009.

1. Sebahagian ADUN PAKATAN PEMBANGKANG tergesa-gesa masuk ke dalam dewan untuk mengambil tempat duduk yang di khaskan untuk ADUN KERAJAAN.

2. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG mewujudkan provokasi kepada ADUN KERAJAAN dengan memasuki ke tempat duduk ADUN KERAJAAN.

3. Timbalan Yang DiPertua Dewan Negeri, Y.B. Puan Hee Yit Foong telah dihina oleh ADUN PAKATAN PEMBANGKANG dengan dilemparkan wang kertas oleh Y.B. Encik Su Keong Siong dan Y.B. Encik Leong Mee Meng.

4. Y.B. Encik Su Keong Siong telah mengeluarkan kata-kata kesat dalam bahasa cina yang bermaksud ”pergi mati engkau....” dengan tujuan menghina kepada Y.B. Timbalan Yang Dipertua Dewan.

5. Y.B. Encik Seah Leong Peng, ADUN Pasir Bedamar dan Y.B. Encik Su Keong Siong, ADUN Keranji dan beberapa orang lagi telah menghalang Setiausaha Dewan Negeri daripada menjalankan tugas ketika persidangan.

6. Baju jubah Setiausaha Dewan Negeri telah dicuri dan disorok di belakang kerusi di dalam bilik rehat Speaker Dewan Undangan Negeri.

7. Y.B. Encik Sivakumar a/l Varatharaju Naidu dengan angkuh telah mengingkari titah ucapan tuanku Raja Muda Perak yang telah disampaikan kepada Setiausaha Dewan Negeri agar memulakan prosiding dan aturan dalam dewan. Setiausaha Dewan Negeri telah mengingatkan kepada Y.B. Sivakumar sebanyak enam kali berhubung titah ucapan tuanku berkenaan.

8. Y.B. Encik Yew Tian Hoe, ADUN Au Long dengan sengaja telah duduk di kerusi Yang DiPertua Dewan Negeri Perak (setelah Y.B. Sivakumar dibawa keluar) bagi menghalang Y.B. Dato’ R. Ganesan dari menjalankan tugas sebagai speaker baru yang dilantik.

9. Teks prosiding dan bacaan doa Setiausaha Dewan telah dirampas dari pada Setiausaha Dewan dan telah dirosak dan dikoyakkan. Y.B. Encik Yiew Tian Hoe juga telah menghempas teks prosiding dan doa di atas mejanya beberapa kali hampir 5 minit bagi tujuan membuat bising.

10. Y.B. Encik Khalil Idham Lim. b. Abdullah ADUN Titi Serong, telah mencetak risalah-risalah yang tidak diketahui sumbernya dan mengedarkan kepada ADUN-ADUN PAKATAN PEMBANGKANG.

11. ADUN Jalong dan ADUN Tebing Tinggi telah menyerahkan memory card video camera dan camera digital kepada pihak wartawan untuk tujuan hebahan pada pihak yang tidak diketahui.

12. Y.B. Sivakumar telah menafikan serta menggagalkan bentara daripada membawa cokmar masuk ke dalam dewan sebagai simbolik rasmi untuk memulakan persidangan dewan.

13. Lebih 10 orang termasuk Y.B. Ngeh Koo Ham, Y.B. Nga Kor Ming dan Speaker ADUN PAKATAN PEMBANGKANG meluru naik ke tingkat 2 dengan melalui laluan yang tidak dibenarkan untuk mereka tetapi dikhaskan kepada pengawal peribadi Tuanku.

14. Setiausaha Dewan telah menasihati Y.B. Sivakumar agar mengiringi Tuanku Raja Muda ke kamar Di Raja tetapi telah tidak diendahkan oleh Y.B. Sivakumar. Sebaliknya beliau mengatakan beliau ada urusan lain yang perlu diselesaikan dahulu.

15. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG telah meluru masuk ke dalam dewan dan mengambil alih tempat duduk yang dikhaskan untuk ADUN KERAJAAN serta telah mengoyak beberapa tanda nama ADUN KERAJAAN.

16. EMPAT ATAU LIMA ADUN PAKATAN PEMBANGKANG mengeluarkan kata-kata kesat kepada Y.B. SUK yang bermaksud menghalang beliau menjalankan tugas.

17. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG menghalang Y.A.B. Menteri Besar dari membawa usul yang ditetapkan dalam aturan sidang DUN.

18. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG menghalang Timbalan Speaker dan Speaker Y.B. Dato’ R. Ganesan dari menjalankan tugas.

19. Speaker Sivakumar telah menyalahgunakan kuasa dengan meminta Y.A.B. Menteri Besar dan 6 Exco serta 3 ADUN Bebas keluar dewan dan ianya melanggari aturan dewan yang ditetapkan dan menghina keputusan Mahkamah Persekutuan.

20. ADUN PAKATAN REMBANGKANG telah melemparkan Buku Perintah Tetap DUN ke arah Y.B. Timbalan Speaker.

21. Tindakan sebahagian besar ADUN PAKATAN PEMBANGKANG tidak menghadiri sesi perbarisan tetapi memasuki DUN lebih awal dan tindakan sebahagian lagi yang tergesa-gesa memasuki DUN selepas tamat perbarisan melalui laluan yang tak dibenarkan dan seterusnya mengambil tempat duduk yang dikhaskan kepada Exco dan ADUN Barisan Nasional menunjukkan ADUN PAKATAN PEMBANGKANG mempunyai niat membuat haru-biru dan kekacauan bagi menggagalkan sidang DUN.

22. 5 – 6 mikrofon telah dirosakkan oleh beberapa ADUN PAKATAN PEMBANGKANG.

23. Pejabat Bahagian Perhubungan Awam dan Korporat telah menerima dua panggilan ugutan dari pihak tidak bertanggungjawab mengatakan bahawa terdapat bom di bangunan SUK Perak. Ianya bertujuan bagi mengelakkan DUN dari bersidang.

24. Bentara Dewan juga turut ditolak sehingga mengalami kecederaan di kaki semasa menjalankan tugas mengikut peraturan dewan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital. - 9/5/2009

Sumber : Agendadaily

(Kata Waris Pahang :

-Waris Pahang banyak baca blog pembangkang sehari dua ini. Macam-macam yang mereka tulis, kadang-kadang malas nak layan mereka yang umpama kena sawan babi (lebih teruk dari Selsema Babi).

- Sedangkan raja mereka tidak hormat inikan pula Dewan Perak. Itulah perangai buruk yang dididik dan diasuh oleh Ulama PAS dan disokong PKR. DAP pula kata "Terima Kasih kerana orang Melayu (PAS/PKR) bodoh".

-Celaka betul engko Sivakumar, disebabkan engko sorang negara jadi huru hara. Engko ingat jawatan itu bapak engko bagi ke?.

-Pembangkang ini cubalah pakai otak sikit, kalau Polis tidak masuk meleraikan ketenteraman dalam Dewan, apa akan jadi?. Yang mereka ini pertikai Polis masuk buat apa?. Dewan Rakyat itu masih di atas bumi Malaysia dan Polis berhak menjaga ketenteraman awam dengan meleraikan perselisihan.

-Orang yang anti Polis biasanya penjenayah. Pakatan Pembangkang ini wajar digelar "Penjenayah Politik" kalau mereka membuat kekacauan dalam negara.

-Si Nizar dungu ini bukan lagi angau dan meroyan mahukan kembali jawatan Menteri Besar tetapi "sudah sampai tahap tidak reti bahasa kelas pertama". Tidak habis-habis dengan agendanya mahukan Dewan Undangan Perak dibubarkan.

-Moga rakyat Perak sedar, selama 11 bulan pembangkang memerintah apa yang mereka buat?. Tidak lain dan tidak bukan hanya berpolitik memanjang. Kebajikan rakyat diabaikan. Yang ada hanya menjayakan agenda DAP.

-Bagi rakyat Pahang dan Malaysia pula janganlah kita sesekali hampiri sebarang aktiviti Pakatan Pembangkang yang gangster ini. Moh kita pulaukan Pakatan Pembangkang!.

-Kalau kita beri sokongan kepada mereka (PAS/PKR) beerti kita memberi satu undi kepada DAP yang berhasrat melucutkan dan menghapuskan pemerintahan beraja, kedudukan agama Islam dan hak-hak istimewa orang Melayu termasuk semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Selamatkan Pahang Wehhhhhhhhh!!!!!!!!!!!)

Saturday, May 9, 2009

Anwar Gagal Tandingi Najib

Tahniah Datuk Seri Najib kerana seramai 40,000 orang hadir untuk meraikan beliau sebagai Perdana Menteri ke enam pada 18 hb. April 2009 yang lalu.

Pada peringkat awalnya dijangka seramai 20,000 orang sahaja yang akan hadir namun kehadiran lautan manusia ke majlis sambutan tersebut disifatkan sebagai sesuatu yang di luar jangkaan.

Dalam masa yang sama pada 18 hb. April 2009 Anwar bertandang ke Kuantan untuk merasmikan Pejabat Penerangan Parti Keadilan Rakyat di Beserah Kuantan dan menyampaikan ceramah di tempat yang sama.

Hanya 5000 orang sahaja yang datang dari ceruk rantau untuk menyambut kedatangan Anwar ke Kuantan pada hari tersebut.

Menurut ahli PKR, mereka akan cuba berusaha menyambut Anwar dengan kehadiran yang lebih ramai daripada sambutan menyambut Najib.

Ianya bertujuan mahu membuktikan kepada umum bahawa Anwar lah yang lebih mendapat sokongan daripada rakyat. Namun segalanya tidak berhasil.

Bukan itu sahaja kononya ada “kejutan" yang akan diumumkan oleh Anwar pada malam itu. Namun habuk pun tiada, yang ada hanyalah wajah sugul seorang yang bernama Anwar yang kempunan mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke 6.

Isu-isu yang dibawa oleh Anwar di dalam ceramah beliau adalah isu lapuk yang diberi nafas baru menggunakan bahasa dan ayat-ayat yang diputar belitkan.

Jelas sekali Anwar sudah kekeringan modal isu. Kemaraan Anwar dalam politik tanah air pula dilihat lebih menjuruskan negara menjadi huru hara dan rakyat hidup dalam kegelisahan.

Tiada yang istimewa pada Anwar melainkan beliau adalah seorang pembohong dan pengkhianat agama, bangsa dan negara.

“Aku Tidak Mahu Ditipu Oleh Anwar Lagi”, itulah ikrar kita.

Friday, May 8, 2009

Speaker Rimba Rogol Dewan Perak

Pembangkang 'serang' kami - Zambry

IPOH 7 Mei - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir kesal terhadap tindakan pembangkang yang bertindak biadab dan kurang ajar sewaktu persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Sambil menyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bertindak menggunakan undang-undang rimba, beliau juga membidas sikap mereka yang tidak menghormati institusi raja.
Katanya, tindakan melampau dan ganas itu telah menyebabkan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim terpaksa menunggu sehingga kira-kira lima jam untuk merasmikan sidang berkenaan.

''Mereka (ADUN pembangkang) sanggup melakukan apa saja untuk menghalang Speaker, Datuk R. Ganesan menjalankan tugas dan menjemput baginda merasmikan Dewan. Mereka gagal meletakkan Dewan sebagai institusi mulia dengan menjerit dan mengherdik orang lain.

''Bagaimanapun saya bersyukur akhirnya Speaker dapat menjemput Raja Muda dan baginda memberikan titah ucapan. Selepas itu, keadaan menjadi terkawal dan aman. Saya menjunjung kasih Tuanku dan juga berterima kasih atas sokongan padu seluruh rakyat Perak," katanya.
(Kata Waris Pahang :

Alhamdulillah, Persidangan DUN Perak telah selamat dirasmikan oleh Raja Muda Perak walaupun tertunda sehingga 5 jam.


Skrip mereka telah dapat dibaca oleh Zambry and the gang iaitu sengaja menimbulkan kekecohan untuk mewujudkan ketegangan dan rancang persidangan DUN dibatalkan.


Memang benar kata Zambry "Pembangkang Bawa Budaya Rimba Dalam Sidang DUN Perak".

Akibat merogol dan menghina Dewan Perak maka Sivakumar diseret hina.

Wednesday, May 6, 2009

Nizar Derhaka Degil Disingkir

Pelucutan jawatan Nizar akibat hilang kepercayaan - Peguam Negara

KUALA LUMPUR 5 Mei — Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak memecat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar kerana pelucutan jawatannya dibuat secara sah mengikut Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak kerana beliau telah kehilangan kepercayaan majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhujah bahawa Tuanku Sultan telah mematuhi Perlembagaan Perak dan telah menimbang dengan teliti fakta dan perkembangan sebelum mengisytiharkan pada 5 Feb lepas bahawa Barisan Nasional (BN) mempunyai majoriti dalam Dewan itu.

“Saya dapati bahawa Baginda Sultan Perak telah menjalankan tugas dengan cara paling hormat,” kata Abdul Gani dalam penghujahannya selaku pencelah dalam prosiding semakan undang-undang yang difailkan oleh Mohammad Nizar pada 13 Feb lepas.

Mohammad Nizar, 52, memohon perisytiharan bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah selain untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang dilantik Menteri Besar pada 6 Feb, daripada menjalankan tugas itu.

Abdul Gani berkata untuk menentukan tidak berlaku sebarang kecacatan dalam keputusan Baginda, Sultan Azlan Shah telah memanggil dan menyoal tiga anggota Dewan, yang dahulunya daripada parti-parti pakatan pembangkang, terdiri Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) bagi memastikan bahawa Barisan Nasional mendapat sokongan mereka. - Bernama

Sumber : Utusan Malaysia

(Kata Waris Pahang :

- 06 May 2009 - Berita Nasional TV 1 pukul 2.00 pagi mengejutkan banyak pihak kerana ramai orang menyangkakan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dipecat daripada jawatan Menteri Besar.

-Tetapi sebaliknya Mahkamah Tinggi Rayuan Kuasa-Kuasa Khas Kuala Lumpur diberitahu Sultan Perak tidak memecat Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar, sebaliknya beliau disingkirkan daripada jawatan itu mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

-Alahai! apa lagi yang Ustaz Nizar mahu?. Oh! mahu mendapatkan perisytiharan bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah rupa-rupanya.

-Sudah-sudahlah Ustaz Nizar, harap-harap dengarlah nasihat Mufti Negeri Perak yang mengatakan wajib taat kepada pemerintah.

-Tetapi malang Nizar lebih mendengar pandangan dan nasihat DAP, Ngeh dan Nga daripada Mufti Negeri Perak.

-Kerana kedegilan Nizar maka Mahkamah Tinggi Rayuan Kuasa-Kuasa Khas Kuala Lumpur diberitahu Sultan Perak tidak memecat Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar, sebaliknya beliau dilucutkan jawatan (disingkirkan daripada jawatan itu) mengikut peruntukan Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak ekoran Nizar telah kehilangan kepercayaan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

-Adakah Nizar akan degil lagi selepas ini? Mungkin bagi Nizar, dia tidak kalah kerana menjadi popular dengan isu ini dan berjaya membodohkan rakyat untuk menjadi popular.

-Sampai bila kita mahu diperbodohkan dan dimainkan oleh orang seumpama ini, "buang karan sahaja!").

Tuesday, May 5, 2009

Ucapan Takziah Tuan Ibrahim Satu Kezaliman

Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato Tuan Ibrahim dilaporkan oleh blog darigaunghati telah mengutus surat terbuka kepada rakan karibnya yang sama menuntut di universiti suatu ketika dulu yang kini menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mej-Jenderal (B) Jamil Khir Baharom.

Dalam suratnya Tuan Ibrahim mengucapkan takziah’ bukan 'tahniah' di atas perlantikan tersebut.
Tuan Ibrahim mengucap takziah di atas bebanan yang sedang dipikul oleh Jamil kerana menerima perlantikan sebagai menteri.
Inikah tingkahlaku seorang yang bergelar ulama. Tuan Ibrahim sepatutnya membantu rakannya. Pepatah Melayu ada mengatakan "Yang Berat Sama Dipikul Yang Ringan Sama Dijinjing".

Tuan Ibrahim menyifatkan Jamil tidak lebih baik daripada Imam Ahmad Bin Hambal yang menolak perlantikan sebagai mufti kerana tidak meredai kezaliman Khalifah tetapi tidak pula sekejam Hajah Yusuf Al Thaqafi. Namun perumpaan ini sangat jauh bezanya jika dibandingkan perlantikan Jamil.

Tuan Ibrahim berkata, dengan menerima jawatan tersebut Jamil terpaksa meredai kemungkaran dan kezaliman kerajaan Barisan Nasional yang membenarkan kezaliman ISA dan lainya.
Namun apa yang dilakukan oleh kerajaan ialah menyeru "kebaikan dan mencegah kemungkaran". Tidak dapat dinafikan berlaku sedikit kelemahan yang mesti dikaji dan dibaiki dari masa ke semasa.
Jangan pula Tuan Ibrahim hanya nampak kelemahan orang lain sehingga terlupa kelemahan sendiri. Apa pembangunan yang Tuan Ibrahim bawa semasa menjadi ADUN Jengka?. Jika bukan kerana kelemahan Tuan Ibrahim sudah tentu kekal menjadi wakil rakyat sehingga sekarang.
Ceramah Tuan Ibrahim semakin lesu sekarang malah hanya menumpang populariti penceramah jemputan. Isu yang dimainkan pula adalah isu lama umpama kaset yang diputarkan semula.
Tuan Ibrahim lebih membela sekeping bendera yang dicabut daripada membela nasib rakyat di kawasan Jengka. Dulu Tuan Ibrahim semasa menjadi wakil rakyat tidak menghiraukan nasib peniaga di Pekan Matau.
Apabila ada pihak yang mahu membangunkan Pekan Matau bertujuan memberi keselesaan kepada peniaga maka Tuan Ibrahim diangkat sebagai hero kononnya membela nasib rakyat.
Jangan ingat orang PAS adalah malaikat yang tidak melakukan kesalahan. PAS menolak "kerajaan perpaduan" adalah satu kemungkaran kerana menolak umat Islam bersatu padu.
Tuan Ibrahim lupa bahawa ucapan "takziah" beliau adalah satu kezaliman. Tuan Ibrahim wajar memohon maaf kepada rakan karibnya.
Berikut adalah surat penuh Tuan Ibrahim kepada Mej- Jenderal (B) Jamil Khir Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri didalam kabinet Dato’ Seri Najib Tun Razak.

SURAT TERBUKA BUAT JAMIL KHAIR BAHAROM.

Assalamualaikum wrh wbt.

Kepada sahabat lama Jamil Khair Baharom,Semoga Allah memberkati mu, walau lama kita tak bersua. Semoga Allah melimpah belas kasihannya ke atasmu.
Terlebih dahulu Aku merakamkan ucapan takziah di atas bebanan yang sedang engkau pikul, kerana engkau tidak lebih baik dari Imam Ahmad yang menolak perlantikan sebagai Mufti, kerana itu bermakna ia meredai kezaliman khalifah.
Tetapi engkau juga tidak sekejam Hajjah bin Yusuf alThaqafi yang bertindak membelakangkan hukum Allah bagi menunjukkan kekuasaan yang ada.
Tetapi jauh lebih membimbangkan aku terhadapmu ialah engkau akan ‘terpaksa’ menentang Jamaah Islam, engkau akan menentang Parti Islam.
Kami tahu kami bukanlah yang terbaik, tetapi aku lebih bimbang bilamana kamu menganggap UMNO lebih baik.
Engkau akan terpaksa meredai kemungkaran yang diizinkan pemerentah dan membenarkan kezaliman ISA dan lainnya.
Aku tahu engkau tidak kuat menahan kemurkaan Allah di akhirat seandainya Ia murka. Aku memohon perlindungan dariNya untuk aku dan kamu.
Lantaran itu, kumpullah mereka yang takutkan Allah, satulah kekuatan bagi menentang kezaliman , tegaklah makruf dan tetanglah kemungkaran dari dalaman UMNO yang kamu mampu; tetapi akhirnya kamu akan kecewa.
Kerana kamu dilengkungi oleh bukan ahlinya.Sekian, ingatan sahabat sementara hidup, kerana tiada pesanan diakhrat.
Wassalam.
Sahabat Lama;Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pemuda : Sembang Manis Waktu Maghrib?

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin mengumumkan penubuhan 28 biro, sekretariat dan unit sebagai satu pendekatan perubahan strategik pergerakan itu bagi menarik golongan muda tanpa mengira kaum dan agama menyokong Barisan Nasional (BN).

Jelas beliau pendekatan itu juga berdasarkan lima rukun Pemuda iaitu Berprinsip, Inklusif, Proaktif, Relevan dan Bersatu.

1. Pemuda Berprinsip : Pemuda tetap berpegang teguh kepada perjuangan asas UMNO, agama, bangsa dan negara serta mempertahankan perlembagaan, rukun negara, kontrak sosial dan perkongsian kuasa.

2. Pemuda Inklusif : Pemuda memberi fokus kepada usaha bukan saja pada ahli UMNO tetapi juga generasi muda tanpa mengira kaum yang tidak berparti dan tidak menyokong UMNO.

3. Pemuda Proaktif : Pemuda tidak perlu menunggu sebarang arahan untuk menyelesaikan masalah dan ia perlu dilakukan dengan pantas dan berkesan sebelum ia menjadi krisis yang besar.
4. Pemuda Relevan : Semua program Pemuda diubahsuai mengikut cita rasa golongan muda dengan menggunakan saluran komunikasi seperti media baru, facebook dan lain-lain.
5. Pemuda Bersatu : Pemuda yang bersatu tanpa ada sikap berpuak-puak dan terikut-ikut dengan politik pecah belah.

Berikut adalah senari lengkap Biro, Sekretariat dan Unit yang diwujudkan.

Biro Politik – Khairy Jamaluddin
Sekretariat Pengurusan – Datuk Razali Ibrahim
Sekretariat Penerangan – Datuk Reezal Merican Naina Merican
Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan – Soohaimi Shahadan
Biro Pertanian dan Industri Asas Tani – Zubir Zabidi
Biro Antarabangsa/Aman Malaysia – Datuk Ahmad Zaki Zahid
Sekretariat Hal Ehwal Luar Bandar – Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak
Sekretariat Hal Ehwal Bandar – Tengku Azman Tengku Zainal Abidin
Biro Putera UMNO – Megat Zulkarnain Omardin
Biro Perhubungan NGO – Suffian Awang
Biro Keahlian dan Pemilih – Hishammuddin Yahaya
Biro Pendidikan Politik – Ali Mazat
Biro Pelajaran – Mohd Gasing Saling
Biro Pengajian Tinggi – Syahrin Jamaluddin
Biro Agama - Ustaz Mohd Afandi Yusof
Biro Aduan Komuniti – Datuk Mohamad Khairun Aseh
Biro Sukan – Datuk Ahmad Darus
Biro Kebudayaan dan Kesenian – Jamawi Jaafar
Biro Sosio Etika – Mohamad Iruan Zulkefli
Sekretariat Profesional Muda – Shafiqurrahman Shamsuddin
Sekretariat Pekerja Muda – Nazir Hussin Akhtar Hussin
Sekretariat Perhubungan Kerajaan – Badrol Hisham Zaki
Sekretariat Pemuda BN dan Satu Malaysia – Mohd Faizal Ramli
Unit Pidato dan Penghujahan Umum – Lokman Noor Adam
Unit Media Baru – Tun Faisal Ismail Aziz
Unit Perang Saraf – Mohd Anis Hisham Abd Aziz
Akademi Pemuda – Khairul Azwan Harun
Biro Tugas-tugas Khas – Abdul Razak Abdul Rahman


(Kata Waris Pahang :

-Pemuda mesti bekerjasama dengan Presiden UMNO untuk memastikan golongan muda tidak hanyut di lautan biru.

-Berani dan semangat adalah senjata atau kuasa yang berguna dalam perjuangan.

-Namun kebijaksanaan berstrategi dan pikul amanah perlu sentiasa disamping pemuda.

-Pemuda adalah aset negara dan membawa masa depan kita. Pelaburan terhadap golongan muda memberi impak beharga kepada negara

-Pemuda juga lah yang menentukan nasib kita selepas PRU 13. Kini bukan masanya untuk sembang manis di Waktu Maghrib).

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP