Suasana sunyi sepi sangat mendamaikan dan jauh dari hiruk pikuk walaupun berhampiran dengan Genting Highlands dan ibukota Kuala Lumpur.
Suatu ketika dulu, Kampung Janda Baik yang tenang menjadi 'riuh rendah' apabila ada ura-ura Wilayah Persekutuan yang ketiga (kini Putrajaya) atau bandar berkembar Kuala Lumpur akan diwujudkan di kawasan tersebut.
Kononnya satu lebuhraya baru akan dimajukan dari Ulu Kelang terus ke Kampung Janda Baik. Maka banyaklah bukit-bukit yang akan diruntuhkan untuk menghalalkan pembinaan sebuah lebuhraya.
Penduduknya yang terdiri dari orang-orang Melayu dan orang Asli mempersoalkan ke mana mereka akan pergi.
Barangkali mereka terpaksa berpindah ke kawasan lain, kalau tidak semuanya pun, mungkin sebilangan besar dari mereka itu.
Soalnya ke mana mereka hendak pindah. Adakah mereka akan berpindah ke segala tempat di Pahang bernama ulu-ulu kampung, ulu-ulu sungai, persisiran pantai dan kaki-kaki gunung.
(Kata Waris Pahang :
-Alhamdulillah Kampung Janda Baik kekal seperti sediakala. Jika tidak Orang Melayu dan Orang Asli tergadai tanahnya sendiri menjadi milik orang.
-Semoga tidak ada insan yang gatal tangan yang mahukan kekayaan segera lalu menggadaikan tanah tanpa memikir ada generasi yang akan datang menerima apa yang terbaki di tinggalkan oleh kita).
Info Janda Baik :
Ø Berada pada paras 600 dan 800 meter dari aras laut
Ø Bersempadan dengan Daerah Gombak, Selangor dan Daerah Jelebu, Negeri Sembilan.
Ø Terletak berhampiran 15 km dari Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.
Ø Jaraknya 35 km dari Bentong dan Kuala Lumpur.
Ø Mencecah 28 darjah Celsius (siang) dan 22 darjah Celsius (malam).
Ø Menyimpan khazanah flora dan fauna, termasuk pokok Balau berusia 250 tahun.
Ø Mempunyai empat kampung tradisional Melayu, iaitu Kampung Sum Sum, Cheringin,
Ø Berada pada paras 600 dan 800 meter dari aras laut
Ø Bersempadan dengan Daerah Gombak, Selangor dan Daerah Jelebu, Negeri Sembilan.
Ø Terletak berhampiran 15 km dari Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.
Ø Jaraknya 35 km dari Bentong dan Kuala Lumpur.
Ø Mencecah 28 darjah Celsius (siang) dan 22 darjah Celsius (malam).
Ø Menyimpan khazanah flora dan fauna, termasuk pokok Balau berusia 250 tahun.
Ø Mempunyai empat kampung tradisional Melayu, iaitu Kampung Sum Sum, Cheringin,
Chemperoh, Kampung Janda Baik dan Kampung Orang Asli Semelai.
3 comments:
Banyak kisah dan tempat yang menarik di Janda Baik ini saya dengari. Namun belum ada kesempatan untuk melawatiya.
Elok juga sekiranya Janda Baik ini tidak diusik terutama dari segi pembangunan yang tidak berhemah, sekurang-kurangnya ada juga tempat untuk kita menenangkan fikiran dari kemelut politik yang melanda negara sekarang.
Selamat Datang Ke Janda Baik jika ada kelapangan.
Selamatkan alam sekitar sebelum terlambat.
Koi dah sampai dah di Janda Baik. Udaranya memang nyaman. Release otak yang serabut. Berat memikirkan nasib bangsa dengan keadaan politik sekarang. Rakyat sudah banyak dikelirukan oleh Pakatan Rakyat. Masyarakat asyik menyalahkan kerajaan dalam semua perkara. Terlupa jasa-jasa kerajaan terhadap mereka dan keluarga mereka.Bantuan yang disalurkan diambil dengan megah tapi secebis ucapan terima kasih tiada didengari.
Post a Comment