Wednesday, May 27, 2009

Lupus Fahaman Komunis Walau Setitik

Tolak Komunisme

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mahu sentimen bahawa komunisme mempunyai nilai-nilai nostalgia dan positif dilupuskan sama sekali dalam pemikiran seluruh rakyat Malaysia.

‘‘Pada masa ini jelas menampakkan seolah-olah ada rangkaian untuk membawa masuk (bekas pemimpin Parti Komunis Malaya) Chin Peng ke Malaysia dengan cuba membuat penilaian dan peranan baru terhadapnya.

‘‘Inilah yang kita anggap satu kedurjanaan, unsur-unsur ini langsung tidak peka dengan pembunuhan beribu-ribu rakyat negara ini di tangan gerila komunis antara tahun 1948 hingga 1960 dulu. Saya yakin rakyat Malaysia tidak mudah tertipu,” katanya. Sumber :Utusan Malaysia.

Blog komunis jawab Rais Yatim

Blog bekas gerila Parti Komunis Malaya (PKM) yang menjadi sasaran kecaman Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam menjawab balas kenyataan keras menteri penerangan hari ini.

Penulis blog tersebut yang memperkenalkan dirinya Mat Amin menyifatkan usaha menghalang penyebaran sejarah perjuangan bersenjata mereka sebagai "tidak demokratik" dan "tidak profesional." Sumber : Malaysiakini

(Kata Waris Pahang :

-Mana dia suara Nik Aziz, Ahmad Awang, Nizar dan Anwar ketika kebangkitan semula fahaman komunis. Kemelut politik yang diciptakan oleh mereka lah yang menyebabkan Komunis berani bersuara semula.

-Mengapa mereka tidak bersuara, adakah mereka juga membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia dan menghalalkan komunis.

-Komunis dilihat semakin lemak meraih simpati daripada rakyat Malaysia yang akhirnya bertujuan mahu rakyat bangkit menentang kerajaan sedia ada.

-Kini sudah ada penyokong pembangkang yang simpati dengan komunis. Kalau anak buah sokong maka bapaknya lagilah menyokong komunis, bukankah begitu?

-Chin Peng beriya-iya mahu pulang ke Malaysia kerana dia ingin mati di sini sebagai wira.
Maka tidak mustahil kubur Chin Peng akan dijadikan tugu 'pejuang kemerdekaan'.

-Mereka tahu kerajaan tidak akan membenarkan Chin Peng pulang kerana beliau adalah pembunuh, pengkhianat dan pengganas. Maka pembangkang menjadikan nya sebagai satu helah dan strategi untuk raih simpati rakyat menolak kerajaan.

-Sanggupkah Nik Aziz, Ahmad Awang, Nizar dan Anwar menghalalkan cara untuk berkuasa dengan bekerjasama dengan parti politik yang pro komunis?.

-Semoga bekas tentera dan polis kembali menyokong kerajaan BN kerana kerajaan tetap dengan pendirian tidak akan memaafkan komunis yang telah membunuh beribu-ribu rakyat dan lebih 50 ribu anggota tentera dan polis telah terkorban ketika menentang PKM semasa zaman darurat.

-Apa akan terjadi seandainya Chin Peng dibenarkan kembali ke Malaysia? Mungkin sejarah hitam akan berulang kembali dan darah-darah rakyat Malaysia akan mengalir semula seperti sungai.

-Kini wujud blog komunis yang mahu memadam dan mengubah sejarah. Kalau kita seorang yang menghayati sejarah untuk mencapai kemerdekaan di Tanah Melayu , kita tidak akan biarkan perkara ini berlaku.

-Sebaliknya sama-samalah kita lupuskan fahaman komunis dari meresapi dan menjiwai rakyat Malaysia. Kita mesti tolak pembangkang yang menyokong fahaman komunis secara nyata atau sembunyi).

Kata Dr. Rais :

-“Pemimpin-pemimpin yang melahirkan perasaan positif terhadap Chin Peng atau Komunis lebih baik mengisytiharkan pendirian mereka secara jelas dan tidak harus berselindung di sebalik tabir politik parti masing-masing.

-"Komunis tidak sekali-kali boleh diberi tempat di negara ini kerana mereka telah membunuh ribuan rakyat Malaya (Malaysia ketika itu). Tidak ada tempat untuk mereka bermuafakat atau melunakkan perasaan kita.”
- “Saya menyeru rakyat Malaysia supaya tidak harus terburu-buru mempercayai kumpulan yang membawa idea baru yang mengagungkan komunisme.”

9 comments:

Anonymous said...

Barang sesiapa yang menyokong Chin Peng kembali, memang dorang tali barut Anwar dan juga tali barut komunis yang berakal... agaknya segelintir orang yang menyokong komunis ni nak family, anak bini dorang dijadikan harta Komunis?? wooo! ngeriii!

WARIS PAHANG said...

Tq. MS atas komen yang diberikan.

Masalahnya Generasi baru tidak tahu tentang kekejaman komunis.

Jadi Bacalah buku-buku yang menceritakan tentang kekejaman komunis.

Sudah pasti anda akan merasakan kerajaan BN yang ada sekarang adalah yang terbaik.

Chef Engineer said...

Saya berpendapat tidak kira siapa baik PR mahupun BN (Parti Gerakan) yang menyokong Chin Peng tidak seharusnya dilayan. BN melalui Gerakan juga mendesak kerajaan membenarkan CHIN Peng kembali ke Malaysia. Ibarat dapat betis nak peha. Gerkan dah dapat jawatan dalam kabinet DS Najib tp masih lagi berperangai cam bangsat. Apa citer? Koh Tsu Koon dah jadi ulamak. PM haruslah pantau mereka ini supaya tidak menimbulkan kebencian rakyat terhadap PM tersayang. Rugi rakyat Pahang, Rugi KOI... Kita tengok apa DS Najib bawa pembaharuan kepada Pahang...

WARIS PAHANG said...

Tq. CE atas komen membina.
Bagi komunis, ini masanya untuk mereka bersuara apabila melihat orang Melayu lemah dan ramai sokong pembangkang.

Apa sahaja yang diutarakan pembangkang kini disahut dengan tepukan walaupun ianya akan memakan bangsa sendiri.

DAP sudah berani berceramah di pentas PAS dan PKR, malah berani pula menggunakan ayat-ayat alquran.

Mereka sangat berani buat apa sahaja kerana mereka berjaya tackle tok guru gila kuasa.

PKR dan PAS pengkhianat kita, selamatkan Pahang Weh. Pemimpin mereka hanya mahukan jawatan sahaja.

ikan emas said...

WP,
t.k singgah kat blog sy.

Mari kita sama-sama memastikan supaya CP tak kan sesekali dapt menjejakkan kakinya ke tanah ini. walaupun nak tumpang kat Tanah lot Memorial Nilai tu pun janagn sesekali dibenarkan.Biar dia mati kat sana aje...buat apa nak kesian, nak perikemanusian kalau dia pun tak de perasaan tu.

Bagi yg dah hidup senang atas keseksaan askar,polis dan tuk kita dulu melawan komunis bawa-bawa lah insaf dan bertaubat.

WARIS PAHANG said...

Tq Ikan Emas. Saya pun ada terbaca komen pembangkang yang minta kerajaan ada perasaan perikemanusiaan kepada Ching Peng, apatah lagi beliau orang tua dan sejarah komunis di Malaya telah lama berlalu.

*Semasa Komunis bunuh orang Melayu tidak ada perasaan perikemanusiaan pun.

*Sejarah lampau tidak boleh diubah dan dipadam.

Jeepers Creepers said...

semuanya ada sebab mengapa isu ini dibangkitkan semula.

salah satunya adalah orang cina mula melihat UMNO telah lemah dan orang melayu semakin hilang kuasa politik dan ekonomi. Mereka tahu melayu kuat sekiranya UMNO kuat.

Kalau UMNO kalah, orang melayu juga akan jadi sampah dinegara sendiri.

sebab itu, mereka mula mengadakan pelbagai tuntutan seperti yang dilakukan oleh DAP didalam pakatan.

Ketidakadilan didalam parti mic dan mca juga menyebabkan mereka mula menunjukkan besar kepala.

WARIS PAHANG said...

Tq YBRaz kerana beri komen, setakat ini WP belum jumpa reaksi pembangkang yang sokong kenyataan Najib yg tidak benarkan Ching Peng pulang.

Adakah PR sokong ching Peng balik. Shamsiah fakeh dibenarkan pulang dulu selepas berpuashati dengan latarbelakang Shamsiah yang sudah insaf.

Semoga Allah tempatkan beliau bersama orang-orang yang soleh.

poyosede said...

Koi nak bagi cadangan agar golongan muda hari ini sedar betapa pentingnya Sejarah Tanah Air. Mata pelajaran Sejarah mesti diajar dari sekolah rendah. Mesti menjadi matapelajaran wajib bukan pilihan.Golongan muda hari ini tidak sempat merasa keperitan hidup dibawah penjajah.Tiada semangat cintakan tanah air.

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP