KUALA LUMPUR 5 Mei — Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak memecat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar kerana pelucutan jawatannya dibuat secara sah mengikut Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak kerana beliau telah kehilangan kepercayaan majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhujah bahawa Tuanku Sultan telah mematuhi Perlembagaan Perak dan telah menimbang dengan teliti fakta dan perkembangan sebelum mengisytiharkan pada 5 Feb lepas bahawa Barisan Nasional (BN) mempunyai majoriti dalam Dewan itu.
“Saya dapati bahawa Baginda Sultan Perak telah menjalankan tugas dengan cara paling hormat,” kata Abdul Gani dalam penghujahannya selaku pencelah dalam prosiding semakan undang-undang yang difailkan oleh Mohammad Nizar pada 13 Feb lepas.
Mohammad Nizar, 52, memohon perisytiharan bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah selain untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang dilantik Menteri Besar pada 6 Feb, daripada menjalankan tugas itu.
Abdul Gani berkata untuk menentukan tidak berlaku sebarang kecacatan dalam keputusan Baginda, Sultan Azlan Shah telah memanggil dan menyoal tiga anggota Dewan, yang dahulunya daripada parti-parti pakatan pembangkang, terdiri Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) bagi memastikan bahawa Barisan Nasional mendapat sokongan mereka. - Bernama
Sumber : Utusan Malaysia
(Kata Waris Pahang :
- 06 May 2009 - Berita Nasional TV 1 pukul 2.00 pagi mengejutkan banyak pihak kerana ramai orang menyangkakan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dipecat daripada jawatan Menteri Besar.
-Tetapi sebaliknya Mahkamah Tinggi Rayuan Kuasa-Kuasa Khas Kuala Lumpur diberitahu Sultan Perak tidak memecat Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar, sebaliknya beliau disingkirkan daripada jawatan itu mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
-Alahai! apa lagi yang Ustaz Nizar mahu?. Oh! mahu mendapatkan perisytiharan bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah rupa-rupanya.
-Sudah-sudahlah Ustaz Nizar, harap-harap dengarlah nasihat Mufti Negeri Perak yang mengatakan wajib taat kepada pemerintah.
-Tetapi malang Nizar lebih mendengar pandangan dan nasihat DAP, Ngeh dan Nga daripada Mufti Negeri Perak.
-Kerana kedegilan Nizar maka Mahkamah Tinggi Rayuan Kuasa-Kuasa Khas Kuala Lumpur diberitahu Sultan Perak tidak memecat Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar, sebaliknya beliau dilucutkan jawatan (disingkirkan daripada jawatan itu) mengikut peruntukan Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak ekoran Nizar telah kehilangan kepercayaan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
-Adakah Nizar akan degil lagi selepas ini? Mungkin bagi Nizar, dia tidak kalah kerana menjadi popular dengan isu ini dan berjaya membodohkan rakyat untuk menjadi popular.
-Sampai bila kita mahu diperbodohkan dan dimainkan oleh orang seumpama ini, "buang karan sahaja!").
2 comments:
1. jangan ikut Jebat kerana Jebat menderhaka, mengamuk, membunuh hulubalang istana dan bersukaria dgn isteri dan gundek Sultan.
2. Jangan ikut Tuah yg betul bendul, taat setia membuta tuli, sanggup menjalani hukuman bunuh walaupun di fitnah. Anggap Sultan macam tuhan.
3. Ikut kebijaksanaan Tun Perak yg menyembunyikan Tuah dan enggan menjalankan hukuman bunuh kerana yakin Tuah di fitnah.
4. Apabila Sultan berkata "Kalaulah Tuah masih hidup....
5. Tun Perak terus menjawab "Patik mohon SEMBAH DERHAKA sebenarnya Tuah masih hidup"
6. Semasa pertarungan diantara Jebat dan Tuah..Jebat berkata "Raja Adil Raja diSembah, Raja Zalim Raja diSanggah".
7. Tuah menjawab "Pantang Melayu Menderhaka".
Jebat, Tuah, Sultan tak boleh dijadikan contoh...hanya kebijaksanaan Tun Perak yang boleh diteladani.
Oi Kulup
Ada baca kenyataan Dr M hari ni.??
""I don't know how different the Perak Constitution is from the Federal Constitution but if a leader asks the Ruler to dissolve the assembly, the Ruler has the right to refuse. But he cannot remove the head of government either," the country's fourth prime minister told reporters today"
Kalau dah bodoh brnak tu ...baca pun tak guna.
Bodoh punya Melayu.
No oral sex. Hormati isteri anda
Post a Comment