Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sengaja mencari publisiti murahan apabila meminta kerajaan membenarkan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibawa pulang ke negara ini.
Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani menegaskan, kenyataan itu juga mengguris hati lebih 200,000 keluarga bekas tentera yang selama ini berjuang demi membebaskan negara daripada ancaman komunis.
“Anwar sudah melampau dan perasaannya kini terang-terang sudah tidak cintakan lagi negara dan sengaja mencari publisiti murahan dengan kenyataan sedemikian.
“Bayangkan apa perasaan bekas anggota pertahanan negara yang mengetahui perkara ini, bukankah isu ini sudah selesai dan kita sudah mencapai kata sepakat tidak mahu membawa Chin Peng pulang,” katanya ketika dihubungi. Sumber : Mingguan Malaysia
(Kata Waris Pahang :
-Anwar secara terbuka menyokong pemimpin komunis, apakah kita hanya berdiam sahaja atau adakah kita tidak ada rasa sensitif di atas kenyataan Anwar ini.
-Di manakah semangat cintakan negara yang ada di dalam sanubari kita kalau kita terus berdiam diri.
-Bekas Polis dan Tentera yang menyokong pembangkang fikirlah berkali-kali, adalah menjadi sia-sia jika anda menyokong Anwar kerana beliau menyokong pemimpin komunis.
-Jika anda menyokong Anwar bererti kita menyokong komunis. Apa buktinya?. Buktinya Chin Peng pernah berkata bahawa beliau hanya meletakan senjata tetapi tidak meninggalkan fahaman/ediologi komunisnya.
-Sebab itu kerajaan tidak benarkan Chin Peng pulang ke Malaysia. Namun ada pihak yang anggap tindakan kerajaan ini tidak berperikemanusiaan apatah lagi Chin Peng telah tua (85 Tahun).
-Semasa Chin Peng cuba menjajah Malaysia suatu ketika dulu beliau melakukan kekejaman yang amat dahsyat tanpa rasa simpati, belas kasihan dan perikemanusiaan.
-Kerajaan Malaysia tidak dapat memenuhi tuntutanya kerana beliau masih berpengaruh dan mampu mengembangkan ediologi komunisnya.
-Anwar cuba mempengaruhi simpati masyarakat Cina terhadap Chin Peng. Tahukah anda orang Cina juga bencikan komunis suatu ketika dulu kerana mereka merampas barangan kedai seperti makanan dan peralatan untuk dijadikan bekalan di dalam hutan.
-Bukan itu sahaja mereka dipaksa mengangotai komunis, sekiranya tidak mengikut kehendaknya akan diseksa.
-Anwar melakukan apa sahaja untuk mendapat pengaruh dan memenuhi tuntutan hawa nafsunya untuk menjadi Perdana Menteri. Komunis pun dia sanggup sokong, itulah Anwar.
-Janganlah kita menyokong beliau secara membuta tuli dan taasub. Fikir-fikir dan timbang-timbang lah dengan otak fikiran yang dikurniakan Allah).
3 comments:
entah ape-apela PKR ni, dah takde modal lagi ke sampai sanggup buat macam tu..
sokong lah lagi nuar
pkr telah jauh menyimpang daripada perjuangan membela rakyat.
Komunis tidak membela rakyat sebaliknya menderitakan rakyat.
Komunis tidak harus dimaafkan begitu juga Anwar. Pelakon paling hebat dialah. Jangan kita terpedaya dengan pembohongannya. Mari kita bersatu menetang Anwar yang tak sedar dek untung. Kerajaan begitu bermurah hati lepaskan dia tapi sikit pun tidak mensyukuri.Masa dalam kerajaan dulu cakap lain . Wahai masyarakat bukalah mata manusia bernama Anwar cepat lupa apa yang dia cakap dulu . Kalau nak tau apa Anwar pernah cakap dulu bacalah blog seratah.
Post a Comment