Datuk Seri Najib Tun Razak tidak nampak sebarang faedah diadakan debat antara Pas dan UMNO dalam menyelesaikan permasalahan umat Islam dan menentukan masa depan negara.
Perdana Menteri berkata, forum terbaik untuk menangani kedua-dua isu itu adalah menerusi musyawarah dan mengadakan perbincangan secara ikhlas.
‘‘Saya tak nampak apa faedahnya debat. Saya nampak ramai orang tidak bersetuju diadakan debat yang tidak mempunyai apa-apa faedah,’’ katanya kepada pemberita di kediamannya di Sri Satria di sini, hari ini. Sumber : Utusan Malaysia-30 Jun 2009
(Kata Waris Pahang :
-Debat lebih membawa kepada menegakkan hujah dan pertikaian yang tidak mendatangkan sebarang hasil dan mengeruhkan lagi keadaan.
-Musyawarah adalah relevan bagi mencapai kata sepakat berhubung kepentingan bangsa, agama dan negara.
-Pendekatan musyawarah juga adalah jalan bagi mewujudkan persefahaman dan mengelak berlaku perbalahan yang merugikan bangsa dan agama.
- Ketua Pemuda PAS dilihat lebih liberal daripada Nik Aziz yang emosional dan diktator. Ketua Pemuda PAS mencabar Pemuda UMNO untuk bermuzakarah dan beliau akan menghantar surat rasmi kelak.
-Namun penggunaan bahasa 'mencabar' itu amat kasar dan seolah-olah ajak berdebat bukan muzakarah. Mungkin nama sahaja ditukar tetapi matlamatnya adalah berdebat.
-"Pemuda UMNO boleh menggunakan kesempatan bagi menjelaskan betapa perjuangan mereka tidak menyalahi Islam sebagaimana yang didakwa . Lantaran itu saya mengharapkan pemuda UMNO tidak mengelak dari muzakarah ini jika mereka benar", kata Pemuda PAS.
-Waris Pahang berpendapat tiada faedahnya bermuzakarah ini jika kita menghukum terlebih dahulu. Muzakarah ini dikhianati oleh budaya buruk sangka, berniat mengaibkan seseorang, organisasi dan pertubuhan dan bukan mencari titik persefahaman).
5 comments:
Salam sejahtera,
Saya sangat setuju dengan PM Datuk Seri Mohd. Najib, tak payah nak layan Nik Aziz tu.
Saya juga dah ada hantar komen kat laman rasmi PM minta dia jangan layan karenah Nik Aziz tu... buang karen saja.
Amat dialu-alukan keputusan YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak menolak pelawaan debat berkenaan. Banyak kebaikan,tidak buang masa dan bukan jalannya cari penyelesaikan.Isu UMNO PAS ni boleh diselesaikan kalau Tok Guru Nik Aziz dan pemimpin lain hentikan tuduh menuduh kepada UMNO .Perbincangan secara musyawarah adalah digalakan dan memberi kesan yang mendalam keapda kita orang islam.KIta diajar bukan dihalang untuk membuat kebaikan.
Dah jauh berjuang dan berpolitik PAS dan UMNO kesudahan perpecahan sesama kita semakin hari bertambah berat dan retak.Penyatuan dan perpaduan ke era pancang batu yang tak boleh drungkaikan.Sedangkan kalangan kedua Parti ada yang mengharapkan ikatan perpaduan PAS UMNO akan datang satu hari nanti.Tidak rugi dan tidak menambah pun jika debat anjuran Tok Guru Nik Aziz diadakan.
Taada siapa yang kuat dan hebat melainkan Allah jua.Hebat Tok Guru dikalangan yang selera dengan tok guru begitu dengan kami bersama YAB Dato Seri Najib.Masalah dalaman Pakatan Rakyat jelas ada gangguan sesama mereka.Kekuatan PAS dengan rakan yang lain dalam pakatan tiada kuasa suara penentu dalam menentukan sebarang keputusan
SLM ZIARAH BRO..SETUJU PENDAPAT BRO..DEBAT MENDTGKAN MUDARAT BERBANDING MUZAKARAH. CUKUPLAH PERPECAHAN YG ADA SKRG PUN MASIH TAK DPT DI BENDUNG INIKAN PULAK NAK BERDEBAT?. MAKIN HANCUR LA ORG MELAYU SECARA TOTAL!
Terima kasih hibertmontell, mas tajau dan jeffry keran beri komen.
Untuk apa berdebat dan muzakarah jika telah menghukum dan menolak perpaduan.
Discussion held behind closed-doors will have a more positive impact and there will be better perception, as both sides can voice their feelings and views openlyand sincerely.
Post a Comment