Wednesday, June 17, 2009

Hujah : Adnan Dedah Realiti Politik Pembangkang

Pada 9 Jun jam 9.30 malam, Moderator Hujah TV9, Prof Agus telah menemukan dua tokoh politik luar Negeri Kelantan iaitu YAB Dato’ Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang dan YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam untuk membincangkan hala tuju politik Negeri Kelantan.

Dalam program Hujah yang disiarkan secara langsung itu, Dato’ Nan telah mendedahkan kelemahan dan kepincangan pentadbiran kerajaan pembangkang dan PAS. Antaranya :

i. Calon PAS yang tidak membuat apa-apa perubahan dari segi meningkatkan sosio ekonomi dan pembangunan tetapi boleh juga menang pilihan raya.

ii. Pembukaan Tesco dianggap satu kemajuan Negeri Kelantan tetapi siapa penguasaha besar Tesco?.

iii. PAS menjanjikan kesenangan selepas mati tetapi bukan semasa hidup.

(Kata Waris Pahang :

- Sudah ramai orang memperkatakan tentang Wakil rakyat pembangkang di Negeri Pahang kini tidak mampu memberi keselesaan kepada rakyat.

- Rakyat Negeri Pahang rasa tertipu kononya ramai pembangkang dalam sidang Dewan Undangan Negeri boleh menyuarakan masalah dan membela rakyat. Sebenarnya wakil rakyat BN telah memanfaatkan sepenuhnya sidang tersebut untuk membangkitkan permasalahan rakyat.

-Wakil rakyat pembangkang selepas menang pilihan raya dilihat bersenang lenang, kerja ronda-ronda sahaja, kerjanya berceramah, meletakan muka di banner-bannner dan muncul kalau ada bencana dan isu sahaja. Penduduk persoal di manakah wakil rakyat pembangkang menghilangkan diri sehingga tidak nampak 'batang hidung'.

-Rakyat semakin hari semakin tidak yakin dan hilang kepercayaan terhadap pembangkang di Negeri Pahang kerana tiada pembangunan yang dibawa oleh mereka.

-Pembangkang hanya suka memutarkan isu-isu yang berlegar dalam negara dan negeri sehingga mengaburi mata rakyat dan menutup kelemahan pembangkang.

-Wakil rakyat pembangkang hanya pandai menabur janji ’Negara Kebajikan’ di mulut sahaja tetapi tidak dapat menunaikannya.

-Pembangkang yang memenangi kerusi dalam PRU 12 yang lalu tidak akan dapat membuat apa-apa kerana banyak keputusan kerajaan masih dipegang oleh kerajaan BN.

-Rakyat Negeri Pahang perlu mengambil iktibar dengan kekalahan kerusi BN tahun 1999, tiada pembangunan yang dibawa oleh pembangkang.

-Rakyat Negeri Kelantan minta rakyat Negeri Pahang sedar bahawa semenjak PAS memerintah Kelantan, negeri tersebut terus mundur dan tiada peluang pekerjaan kerana pemimpin mereka sibuk berpolitik. Peniaga kelantan lah yang menyelamatkan ekonomi negeri kelantan kerana mereka suka berniaga.

-Pakatan Pembangkang yang menang kerusi DUN dan Parlimen di Pahang sangat lemah kerana mereka baru nak bermula dari ’A’ berbanding kerajaan BN yang telah mempunyai banyak pengalaman dan telah lama memerintah.

- Penyokong pembangkang di Negeri Pahang kini berasa kurang selesa bersama pembangkang kerana kecewa dengan perebutan jawatan dalam kepimpinan PAS dan PKR.

-Perjuangan parti mereka juga tersasar daripada memperjuangkan Islam akibat daripada menghalalkan cara untuk berkuasa dan cuba menawan hati pengundi bukan Melayu.
-Rakyat kini mahukan perpaduan kerana ianya dituntut oleh Islam. PAS adalah parti yang angkuh, tidak ikhlas dan rakus politik jika menolak Kerajaan Perpaduan.

-"Jangan tutup pintu rundingan untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan" kata Dato' Nan. Walaupun PAS pernah dikeluarkan dari BN pada tahun 1978 tetapi Dato' Nan mahu ianya dirunding semula. "Apa cara boleh runding semula untuk agama, bangsa dan negara" katanya).

10 comments:

Safirul Amar said...

Pakatan Rakyat (pembangkang) tau cakap sahaja!!!yang diiorang tau fitnah sane sini, bangkitkan isu-isu lapuk zaman tun ali, membawa-bwa hingga sekarang, memecahbelahkan perpaduan, provok sane sini..tiada tempat untuk mereka di MELAKA!!! pergi jahanam sama pakatan rakyat (pakatan penipu)

poyosede said...

Koi pun doh meluat ngan Pakatan Rakyat. Tambah meluat lagi isu yang dibawa Melayu tok sedar diri tu Anwar.Sudah-sudah la hasut orang buat kejahatan. Sepatutnya kita menyeru kearah kebaikan ni tidak. Asyik nak suruh orang bergaduh same sendiri... Sedar la wahai masyarakat Melayu weh...

gengsahabat said...

apa lagi yang boleh mereka buat..kalau x berceramah sana sini..boleh gak buat kutipan sikit2..nak buat kerja x tau..tanya je rakyat yang adunnya pas,pkr..bekokok je yang pandai..tapi taik penuh kat ekor..sudah2 la nak tabur fitnah..tabur lah khidmat bakti pulak.

Born Of Truth said...

Amar Milan ----> sapa la tun ali tue? Susah la nak ckp pasal politik nie. Kalo nak ikut kan parti semua nya bgs, tp nie masalah individu yg memegang jawatan dalam parti, dah dapat pangkat x jalan keje. Kalo nak ikutkan skrg parti pembangkang mmg x bleh pakai, dalam Barisan pun ada x tak bleh pakai. Buatlah pilihan yang bijak

WARIS PAHANG said...

Terima Kasih Saiful Amar, geecantik, gengsahabat dan born of truth kerana mengemukakan komen.

Realiti politik kini jelas menampakan pembangkang tak boleh dipakai.

Sampai bila kita mahu ditipu oleh pembangkang.

Safirul Amar said...

wei born of truth, aku nak tulis tun alip..la..hahahah..

Bulan Penuh 2012 said...

salam ziarah,

Dulu kat Kedah, orang Umno cakap macam ni jugak....last-last terlungkup.

elok beringat!

Bulan Penuh 2012

PAPA GOMO said...

SALAM, DI HARAPKAN SAUDARA DAPAT MEMBANTU SAUDARA KITA SAIFUL BUKHARI DENGAN MENYEBARKAN ARTIKEL INI.

ANWAR JUBURI MEMINTA RAKAMAN,BUKTI DNA,NAMA SAKSI YANG ASAL UNTUK APA??? LAYAKKAH SEORANG TERTUDUH DI BERI SEGALA SENARAI SAKSI??? http://www.gomounited.com/2009/06/rakaman-cctvdnaketerangan-112-saksi.html

ANWAR AL-JUBURI SEDANG CUBA MENGHAPUSKAN BUKTI YANG ADA DALAM KES LIWAT NYA INI!!!

Unknown said...

tulah...sekarang ni...kalu ikutkan pengundi pun dah meluat dengan kepimpinan atasan ni...asyik nk menuding orang jer..cr salah orang len, orang2 UMNO jerk msk neraka...orang PAS n PKR pas msk syurga erk...ishhh3...wahai umat Nabi Muhammad sekalian...bertaubatlah kamu sebelum kamu terlambat...ingatlah azab yang akan kita hadapi di alam sana...Moga kita dijauhkan dari azab api Neraka Jahannam...Nauzubillah min zalik...

RomaEnterprise said...

Pandai berhujah tapi tak pandai menguruskan. Sebab itulah Pahang hampir2 muflis.

***sumber drpd berita prokerajaan.

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP