ALOR SETAR 17 Jun - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan, masih terlalu awal untuk meminta Nasharudin Mat Isa melepaskan jawatan Timbalan Presiden Pas dan juga Ahli Parlimen Bachok hanya disebabkan isu kerajaan perpaduan.
Beliau berkata, ia juga bertujuan memberi keadilan kepada Nasharudin dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mencetuskan idea tersebut kerana kerajaan perpaduan belum lagi dilaksanakan.
"Kita perlu adil kerana bukan kuasa Nasharudin atau Hadi menentukan pembentukan kerajaan perpaduan, sebaliknya terpulang kepada ahli untuk membuat keputusan.
"Terlalu awal untuk suruh letak jawatan, saya dengar apa dikatakan (Nasharudin) apabila orang pandang baik kepada kita (Pas) baguslah, apakah Nasharudin dah buat kerajaan perpaduan?'' katanya.
Mengenai Nik Aziz, Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah memberitahu, ia merupakan hak Mursyidul Am Pas itu tetapi beliau seharusnya meminta penjelasan daripada Nasharudin dan Hadi berhubung isu tersebut.
"Tunggu dulu apa dikatakan oleh Hadi, kemudian bawa ke Jawatankuasa Pas Pusat, barulah kepimpinan buat keputusan. Terlalu awal buat keputusan, Nik Aziz kena minta penjelasan dahulu (Nasharudin dan Hadi) tentang apa yang dimaksudkan.
"Kita tidak boleh (buat keputusan) hanya berdasarkan kepada kenyataan akhbar kerana kesimpulan yang diambil tidak boleh berlaku adil kepada semua pihak," tambah beliau.
(Kata Waris Pahang :
-Nik Aziz nampaknya diserang depan, belakang, kanan dan kiri. Orang dalam PAS juga serang Nik Aziz dan mengajar Nik Aziz supaya lurus dan tidak berjalan erot seperti ketam.
-Nik Aziz terus menghukum 'pedih' Nasharudin malahan menganggap seperti sampah. Mat Sabu mungkin salah seorang yang terasa dengan panahan Nik Aziz itu walaupun ianya ditujukan kepada Nasharudin.
-'Gunalah otak sikit', itulah kata-kata ringkas yang dapat diringkaskan daripada kata-kata Azizan. Haji Hadi baru mencetuskan idea belum melaksanakannya.
-Pemimpin yang selalu melatah adalah tidak layak diangkat menjadi pemimpin. Elok Azizan sahaja yang jadi Mursyidul Am.
-Bagaimana pula pendirian dua pemimpin PAS dari Pahang iaitu Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man (anak saudara Nik Aziz) dan Ketua Pemuda PAS (Nasharudin Tantawi)?.
-Mereka dijangka sanggup 'derhaka' kepada Presiden PAS kerana takut hilang jawatan dalam parti apatah lagi fikiran mereka telah dikuasai nafsu dan syaitan.
-Pelbagai alasan akan diberikan oleh mereka untuk menolak Kerajaan Perpaduan dan menyokong Nik Aziz).
6 comments:
Salam,
Penyakit gila kuasa akan menyerang org2 yg terlalu lama memegang kuasa.
Manusia yang gagah bukanlah dia mampu menjatuhkan lawannya tetapi mampu mengawal perasaan marahnya. Nik Aziz nyata tidak dapat mengawal marahnya.
Emosi diberikan tuhan bukan untuk diletupkan tetapi unutk dikawal supaya ia dapat disalurkan pada tempat yang betul....
Allahyaraham Datuk Asri pernah berkata tentang Nik Aziz,
Kita tak terlepas dari tiga TA.
1. Harta 2. Wanita. 3. Tahta.
Nik Aziz terlepas dari harta dan wanita tetapi dia tak terlepas dengan TAHTA, sebab itu Nik Aziz pernah bercakap ambo nak jadi MB
sampai mati.
Datuk Asri pernah bercakap dengan seratah sendiri bukan dengar orang lain cakap semasa Datuk Asri masih hidup di akhir hayatnya,
Datuk Asri kata Nik Aziz itu ego tapi orang tak nampak, dulu ambo yang bawa masuk dalam Pas, masa tu Pas tak cukup calun, ambo suruh tanya Nik Aziz nak jadi calun atau tak, Nik Aziz kata ambo tak ada pitih, Datuk Asri kata nak atau tak,bukan tanya pasal pitih, Nik Aziz setuju, maka pada malam itulah Nik Aziz isi borang calun dan sekali dengan borang jadi ahli Pas.
Datu Asri kata setelah jadi MB tak talipon pon beri tau atau terimakasih, itu semua dalam kenangan Datuk Asri yang diceritakan sendiri kapada seratah
semasa seratah bersamanya satu masa dulu.
Hari ini kita baru nampak apa yang di katakan oleh Allahyaraham Datuk Asri, kebenarannya, siapa Nik Aziz sebenarnya.
Umat islam dlm kekeliruan disebabkan orang yang mememnting kuasa dah marah!
Husam dah main cucuk2
Salam,
Ada sesuatu yang dipertahankan Nik Aziz, sehingga dia mengeluarkan `lata` tok guru tu.....betul dah cara Hj Hadi tu, betul dah idea Nasharuddin tu, tapi apakandaya, taksub kepada parti telah menguasai Nik Aziz dan segala-galanya.
Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Di atas kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah.
Saya sebagai hamba Allah menyampaikan seruan Allah dan RasulNya.
“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].
Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa kerana Rasulullah SAW tidak mengaku akan umatnya yang memperjuangkan assabiyah…
Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.
Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...???
Allah SWT berfirman :
" Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208)
Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!!
Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!!
BERSATULAH MENEGAKKAN DAULAH KHILAFAH ISLAMIYAH !!!
Allahuakbar!!!
Ingatlah wahai saudaraku...
Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.
"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula."(Al-Zalzalah : 7-8)
MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA NANTI APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT...???
Ya Allah, aku telah jalankan perintahmu…
Post a Comment