Debat, Muzakarah Atau Wacana Ilmiah
Bukan Penyambung Silaturrahim
Tajuk : Kalau Tuah Menyambut Pelawaan Jebat
Kalau Tuah Menyambut Pelawaan Jebat
bersatu menentang Sultan
akan runtuhlah kesetiaan
akan musnahlah peradaban
tiada lagi "Melayu pantang derhaka"
jadilah negeri Melaka
diperintah oleh hulubalang derhaka
Tuah menolak sahabat
Tuah memilih kerajaan
biar jadi hamba
asal kerajaan terbina
termasyhur ke seluruh dunia
Kini pemilihan Tuah adalah tepat
kerajaan tidak setaraf sahabat
biar apa orang lain kata
Tuah tetap setia
setia kepada kerajaan yang ada
hidup dalam negeri Merdeka
Nukilan Sabar Bohari, 2005.
(Kata Waris Pahang :
-Riuh rendah pengundi, penyokong dan jentera pilihan raya PAS di Manik Urai apabila Pemuda PAS yang baru dilihat berada di Parlimen ketika jentera pilihan raya PAS sedang sibuk berperang di Manik Urai.
-Antara kata-kata yang dipetik di Manik Urai :
"Patutlah dia tak de di Manik Urai sebab mahu bantu promosi UMNO" .
"Pemuda PAS ni degil sungguh tak mahu dengar cakap tok guru".
"Sibuk dia nak cari publisiti murahan, PAS perlu UMNO atau UMNO perlu PAS".
-Ramai yang keliru kenapa Pemuda PAS beria-ia sangat mahukan perdebatan diadakan juga sedangkan Nik Aziz/PAS tetap dengan pendirian menolak perpaduan dengan UMNO. Jadi debat ini untuk apa kalau sudah tolak perpaduan.
-Wacana Ilmiah ini dilihat penuh dengan muslihat :
i. Sila baca kenyataan Nasharudin : "Kali ini saya tukar . Saya guna Wacana Ilmiah kelihatan lunak pada bahasa atau kalimah tetapi membawa maksud yang sama iaitu membuka medan berhujjah dan saya harap Khairy Jamaludin menerima pelawaan ini setelah ia berkali - kali menolak cabaran debat daripada saya".
Wacana Ilmiah sebenarnya sama sahaja dengan debat dan bukan perbincangan untuk kebaikan ummah sebaliknya untuk berhujah semata-mata demi kepentingan parti politik taasub.
ii. Sila baca kenyataan Nasharudin : Wacana Ilmiah yang mahu diadakan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat bersama Pergerakan Pemuda UMNO ialah bertajuk : Benarkah Perjuangan UMNO bertentangan dengan syariat .
Mengapa tidak digabungkan sekali tajuk perbicangan tersebut itu nanti termasuk perjuangan PAS sendiri memenuhi atau tidak syariat islam hari ini? Tajuk ini berat sebelah dan bersifat menghukum.
Jika Khairy dan wakil UMNO mahu berdebat juga silakanlah kerana kami telah tahu apa jawapannya iaitu masing-masing mengatakan pihak mereka yang betul dan yang hebat.
Penyokong PAS akan jaja hujah pihak mereka dan memperlekeh hujah pihak lawan. Maka itulah hasil dari perdebatan tersebut.
Biar apa pun nama yang menyerupai atau berselindung tetapi bermaksud perdebatan maka diharap semangat Hang Tuah tidak hilang untuk mempertahankan raja dan negara).
4 comments:
Salam bro,
Saya langsung tiada nampak adanya perlu diadakan debat. Sebabnya pada pandangan saya ialah, apabila seseorang itu telah dipilih oleh rakyat untuk mewakili mereka baik di Parlimen ataupun di DUN, maka tanggungjawab mereka yaini yang sebenarnya ialah untuk berkhidmat kepada masyarakat.
Berdebat adalah hanya membuang masa. Apa hasil yang mereka akan perolehi selepas itu ? ...tiada kan. Yang bijak berdebat begitu juga...apa lagi yang tidak bijak berkata-kata...sama saja, tepat sepertimana kata YABhg. Tun Dr. Mahathir, debat hanyalah sebagai hiburan saja. Tidak akan mendatangkan hasil kepada kedua-dua belah pihak.
Bijak berdebat bukan bermakna menunjukkan seseorang itu juga bijak memimpin. Kadang-kadang orang yang kurang atau jarang bercakap pasal sesuatu benda yang remeh lebih bijak bekerja daripada mereka yang berbuih-buih mulut bila bercakap.
Kita ambil contoh dua tokoh yang saya sanjung iaitu YB Datuk Mustapha Mohamad dan YB Tan Sri Nor Mohamad Yakkop. Kedua-dua pemimpin ini jarang sekali kita melihat mereka mengeluarkan kenyataan yang pedas atau keterlaluan terhadap sesiapa saja...tetapi mereka berdua ini lebih mementingkan tugas serta kewajipan yang diamanahkan. Pemimpin yang seperti inilah yang kita mahu.
Kalau Pemuda PAS tulus, mengapa menjadi bahan ejekkan penykong-penyokong fanatiknya. Apakah kerana serban di kepala sudah cukup menunjukkan diri pewaris Nabi ?
Walau pun Pemuda UMNO tidak berserban, tidak mungkin mereka lupa menegak kebesaran Allah dalam perjuangannya......
PAS beria-ia nak debat sbb minta talian hayat dgn UMNO lah tu.
Aku nak sangat tengok debat PKR dan PAS bertajuk : Kenapa PKR tidak dibubarkan masuk PAS.
takyah layan la PAS...sajer jer nak carik publisiti..nak tonjol kredibiliti kepimpinan le konon..pooorah...UMNO ader banyak keje lain nak buat..PRU13 dah dekat ni..
Post a Comment