BANDAR SERI BEGAWAN 6 Ogos - Alhamdulillah! Itu reaksi Datuk Seri Najib Tun Razak apabila diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang memuji layanan luar biasa Perdana Menteri sepanjang lawatannya ke pelancaran Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (SEZ-ECER) di Pekan, Pahang, Selasa lalu.
"Saya amat menghargai komen Datuk Nik Aziz. Saya juga hargai kesudian beliau mengikuti program sepanjang jalan di Pekan Pahang dua hari lalu," kata Najib pada sidang akhbar berhubung lawatannya ke Brunei Darussalam yang berakhir pagi ini.
Perdana Menteri berkata, ini juga menunjukkan bahawa Menteri Besar Kelantan itu inginkan hubungan yang baik dengan Kerajaan Pusat.
Bernama semalam melaporkan, Nik Aziz menyifatkan penghormatan yang diterimanya pada majlis itu tidak pernah dibuat oleh Perdana Menteri sebelum ini yang baginya dilihat sungguh cantik, di samping senyuman pemimpin Kerajaan Pusat serta kehebatan kawasan itu yang tiada tolak bandingnya.
Nik Aziz dilaporkan sebagai berkata: "Saya dilayan dengan baik (oleh Perdana Menteri), dengan senyumnya, air muka yang jernih, saya dibawa melawat ke kawasan yang dianggap corridor of power untuk pelabur luar negara, sungguh hebat," katanya.
Ditanya sama ada kenyataan seumpama itu dapat mengeratkan hubungan antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat, Perdana Menteri berkata, hubungan dengan kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang bukan hubungan yang perlu dibangunkan dari segi keserasian, yang bererti ia tidak boleh berlaku pada tahap keserasian yang tinggi dalam masa yang singkat.
Tetapi katanya, apa yang penting keikhlasan dan sikap saling hormat menghormati yang dapat ditunjukkan oleh kedua-dua pemimpin.
"Inilah yang menjadi hasrat saya dan ini saya buat secara ikhlas kerana yang saya pentingkan ialah rakyat, rakyat Kelantan dan rakyat Malaysia pada keseluruhannya kerana sebagai Perdana Menteri saya juga Perdana Menteri kepada semua, saya mahu berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia," katanya. (Sumber : Utusan Malaysia)
(Kata Waris Pahang :
-Syukur Alhamdulillah, Nik Aziz baru kenal siapa Najib sebenarnya. Benarlah kata orang 'tak kenal maka tak cinta'.
-Najib mempunyai keperibadian yang tinggi dan jauh sekali dari apa yang digambarkan oleh pembangkang.
-Macam-macam fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada beliau tetapi beliau tidak marah.
-PAS sebenarnya melatah kerana percaya dengan kata-kata PKR dan DAP yang memburukkan Najib.
-Ramai orang PAS Pahang yang meluahkan bahawa mereka sayangkan Najib dan mahu pemimpin yang bijaksana ini terus menerajui negara).
3 comments:
Tu la pasal mulut tu kena jaga jgn suka2 nak fitnah mengata orang. Allah Taala maha adil dulu kutuk sekarang puji. para penyokong apa cite , imam dah puji makmum kena ikut la
SLM W.P..SAMA ADA DIA IKHLAS ATAU X, HANYA ALLAH TAALA SAJE YG TAU
Apsal tak bagitahu awal2 UMNO dan PAS boleh bertemu kalau berjumpa di kandang kambing?
Kata orang, kalau nak tahu perangai manusia, eloklah ternak kambing
Jgn jadi macam kambing sudahlah kerana takutkan hujan
Kambing yg berani adalah yg tidak takut hujan
Manusia yg berani adalah sanggup terima ujian
Sakit ke kalau PAS bersatu dgn UMNO?
Post a Comment