Friday, January 1, 2010

PANAS : Bala Kes Balak

"RM 800 juta lah atuk bukan RM 800".
Selamat Tahun Baru bersama Kes BALAK.
KOTA BHARU 30 Dis. – Kerajaan negeri Kelantan diarah membayar ganti rugi RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan kerana melanggar beberapa perjanjian di antara kedua belah pihak sejak 45 tahun lalu.

Keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu itu dikatakan mencatatkan sejarah tersendiri kerana jumlah ganti rugi merupakan antara yang terbesar dalam kes sivil di negara ini.

Utusan Malaysia difahamkan menurut fakta kes, syarikat pembalakan itu memperoleh konsesi balak beratus ribu hektar di Hulu Kelantan. Bagaimanapun keluasan asal dikurangkan kepada separuh tetapi masih mengekalkan perkongsian di antara kedua-dua pihak.

Masalah dipercayai timbul apabila kerajaan negeri didakwa melanggar perjanjian konsesi dengan tidak membenarkan syarikat itu menjalankan pembalakan di kawasan yang dimilikinya. Ekoran daripada itu syarikat yang dikatakan milik bumiputera terbabit terpaksa menanggung kerugian besar selepas pelaburan bernilai jutaan ringgit termasuk pembinaan beberapa buah kilang kayu tidak dapat beroperasi. (Sumber : Utusan Malaysia)

(Kata Waris Pahang :

-Hari ini Waris Pahang baca berkali-kali muka depan Utusan Malaysia dan Berita Harian, macam tidak percaya apa yang dibaca, RM 800 juta atau RP 800 rupiah yang diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi kepada Kerajaan Kelantan membayar kepada syarikat balak.

-Nampaknya kata-kata orang PAS yang hentam habis-habisan Kerajaan Negeri Pahang akhirnya balik semula kepada batang hidung mereka.

-Waris Pahang tidak dapat bayangkan bagaimana keberantakan Kerajaan Kelantan sekarang, nampaknya Kerajaan Kelantan sudah mendung di awal tahun.

-Patutlah Nik Ajis beria-ria mahukan royalti minyak sebab ada udang di sebalik mee agaknya?.
Andainya wang royalti diterima, barangkali wang tersebut digunakan untuk menebus balik Negeri Kelantan yang muflis.

-Itulah Nik Ajis, orang suruh letak jawatan awal-awal tapi tidak mahu, itulah tamak namanya, sekarang apo nak dikato?.

-Namun Waris Pahang percaya Kerajaan Kelantan mampu membayar balik secara ansuran sebanyak RM 1 juta setahun dengan syarat Nik Ajis diberi peluang sehingga 800 tahun lagi, maka cukuplah RM 800 juta).

7 comments:

YANG GAMBI said...

Salam WP, biasalah UMNO juga yang disalahkan....... kerja Kerajaan bodoh.....

WARIS PAHANG said...

Apa agaknya tindakan kerajaan kelantan selepas ini?.

kembara putih said...

Tuan blogger warisan pahang ni kurang membaca dan hentam membabi buta. Ni kes lama, 35 tahun dulu, zaman UMNO perintah Kelantan. Kerajaan UMNO masa tu yang langgar perjanjian. Lepas tu kerajaan UMNO dan syarikat tu berunding utk jalan penyelesaian, lalu dibayar ganti rugi. Cuma yang hairannya kenapa pula kes ni timbul lagi kalau betul kerajaan UMNO masa tu dah bayar ganti rugi?
Kerajaan UMNO yang buat taik, Kerajaan PAS pula yang tanggung, dah la tinggalkan beratus2 juta hutang, kerajaan PAS juga yang tolong langsaikan sampai jadi zero.

WARIS PAHANG said...

Kalau tak sanggup bayar, buat2 ajelah kalah pilihan raya nanti

Anakbukitgantang said...

Kerajaan UMNO tak langgar perjanjian , Kerajaan UMNO menyelamatkan Kelantan dari nafsu serakah pemmpi PAS yg nak lelong Kelantan

1964- Konsesi balak seluas kawasan Hul Kelantan diberikan oleh MB PAS

1974-Konsesi balak dibatalkan, oleh MB UMNO-PAS dan sebahagian tanah diberikan bagi KESEDAR.Pampasan yg tinggi nilainya -pada waktu itu RM 3.5 juta diberikan kepada Kerajaan Negeri Kelantan oleh Kerajaan Pusat

Jadi sapa yan mulakan kebodohan ini? PAS

Siapa yang selamatkan Kelantan dari kena lelong hidup hidup? UMNO!

Hikmahnya peristiwa, rakyat Kelantan masih terlena mimpi PALSU PAS sehingga tak sedar negeri hampir kena lelong1

Jika Kerajaan UMNO tak batalkan , tentu rakyat Kelantan tak habis sumpah PAS dan saya yakin PAS tak mampu perintah Kelantan sehingga 19tahun!

Rujuk fakta disini

http://anakbukitgantang.blogspot.com/2010/01/ketelusan-fakta-harakah-dan-penjenamaan.html

atau baca artikel saya disini

Perbandingan pengurusan krisis (crisis management) dalam kes saman balak bernilai RM 800 juta di Kelantan dan peranan Harakah sebagai lidah rasmi PAS.

Dari blog Kickdefella, diberitakan fakta berikut;- bahawasanya,

1- Pembelian konsesi balak kepada syarikat Timbermine dibuat pada tahun 1964 oleh Menteri Besar PAS Datuk Ishak Lofti

2- Manakala pembatalan konsesi balak pula dibuat oleh Menteri Besar gabungan PAS-BN iaitu Datuk Muhammad Nasir, 10 tahun kemudian pada tahun 1974

3-Alasan pembatalan ialah kerana kawasan konsesi balak di kawasan Hulu Kelantan yang diberikan terlalu besar seolah olah menggadai Negeri Kelantan.

4-Kerajaan BN semasa pemerintahan Datuk Muhammad Yaakub telah berunding dengan syarikat konsesi balak supaya sebahagian tanah diberikan kepada Kerajaan Persekutuan bagi projek KESEDAR. Sebagai pampasan sebanyak RM3.5 juta telah diberikan kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

5- Budget Tahunan seluruh Negeri Kelantan adalah RM 400 juta setahun. Kes saman ini melibatkan jumlah 2 tahun budget iaitu RM 800 juta!.

Soalnya di manakah Kerajaan Negeri Kelantan nak cari wang sebanyak itu! Kerajaan Negeri Kelantan dijangka Muflis! Malah komen pembaca juga dapat dilhat pada blog Kickdefella.

Maklumat lanjut mengenai sejarah konsesi balak, komen pembaca dan maklumat tambahan boleh didapati di link Kickdefella di sini http://kickdefella.wordpress.com/2010/01/02/kelantan-akan-muflis/

dan link http://dongtalk.blogspot.com/2010/01/understanding-kelantan-rm800-million.html

...........................................................................

Iktibar dari peristiwa mempalsukan fakta oleh Harakah

Sementara itu usaha propaganda ala- diversion dengan menuduh Kerajaan BN bertanggungjawab pula dibuat dalam Harakah disini http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23944:rm800-juta-kelantan-warisi-kes-zaman-umnobn&catid=1:utama&Itemid=50

Sebagai seorang journalist Kickdefella telah ketengahkan fakta yang sebenar. Harakah pula cuba menuduh BN yang bertanggungjawab. Malangnya tuduhan ini nyata salah dan dapat disanggah oleh kebenaran fakta sejarah di pihak BN. Malah BN telah mengunakan fakta "PAS nak menggadai Negeri Kelantan melalui konsesi balak" sebagai isu pilihanraya pada tahun 1970an.

Harakah perlu bersikap neutral. Masanya telah tamat bagi Harakah untuk memfitnah dan menuduh kesalahan di pihak lain atas kepincanga tadbir urus Negeri Kelantan oleh PAS!.

Kebenaran ini pahit. Tetapi yang lagi pahit adalah imej Harakah yang telah tercemar kerana kerap mengeluarkan fakta yang salah bagi menyokong apa sahaja perjuangan songsang PAS.

Bagi parti PAS pula mengurus kejayaan selepas pilihanraya adalah lebih sukar dari memenangi pilihanraya itu sendiri. PAS perlu muhasabah diri dan membina kembali jenamanya yang sudah tercemar kerana kegagalan mengurus krisis (crisis management)
.

labulabi said...

duit balak dah habis dibelanjakan lah tu..tu yang takut nak kena bayor pulok

bungaraya said...

Ini sebenarnya adalahj bala kecil yang diturunkan olehNYA kepada kerasjaan Kelantan yang beriya-iya untuk menyaman kerajaan Persekutuan menegnai Royalti Minyak yang sebenarnya mereka tidak berhak. Kerana Emosi dan hendakkan kepopularitian mereka sanggup berdusta dan berbohong kepada rakyat yang dahagakan pembangunan.

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP