Friday, April 23, 2010

PRK Hulu Selangor : Gempar Khalid Sabotaj PKR?.

Khalid 'galak' pemimpin, ahli PKR keluar parti

SHAH ALAM 21 April - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara sinis menggalakkan lebih ramai pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar daripada parti itu jika mendapatinya tidak sesuai lagi.

Beliau yang juga Pengerusi PKR negeri bagaimanapun mendakwa, pihaknya tidak bimbang kerana jika ada yang keluar, masih ramai yang ingin masuk parti itu.

"Baguslah mereka nak keluar PKR... kalau di Klang pun tak apa, kita boleh cari orang lain di Klang untuk masuk PKR. Kalau ada pemimpin atau ahli PKR Kuala Selangor pun nak keluar, saya galakkan.

"Saya harap mereka yang keluar parti dapat menggunakan kesempatan itu untuk 'mengiklankan' diri mereka," katanya secara sinis kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini. (Sumber : Utusan Malaysia)

(Kata Waris Pahang :

1. Waris Pahang tergelak dengan lawak bodoh oleh seorang yang bergelar MB Selangor. Ada ke patut dia suruh ahli PKR keluar ramai-ramai dari PKR?. Kan lawak bodoh nama tu, Khalid ni spesis MR. Bean ke?.

2. Jika kita dalam peperangan, maka adalah tidak wajar kita suruh bala tentera kita jadi pembelot. Khalid mesti dihukum oleh kepimpinan PKR. Jika Khalid mahu masuk UMNO janganlah berselindung-selindung, nyatakannya dengan jelas supaya orang dapat tahu kapal mana khalid sebenarnya.

3.Barangkali Khalid masih malu bersuara seperti bekas Bendahari PKR Cabang Hulu Selangor, Datuk Dr. Halili Rahmat, Dr. Chandra Muzaffar, Datuk S.Nalakarupan dan Ezam Mohd. Nor.

4.Semua rakyat Malaysia dapat merasakan kapal PKR bakal karam dan sudah ramai yang meninggalkan PKR setelah menyedari parti pembangkang itu tidak memperjuangkan rakyat tetapi lebih cenderung untuk kepentingan peribadi pemimpinnya.
5.Mahukah pengundi Hulu Selangor menderita 2 tahun lagi setelah 2 tahun tiada pembangunan yang dibawa oleh PKR setelah menang PRU 12.
6.Waris Pahang dapat merasakan penyokong PKR Pahang akan keluar ramai-ramai dari PKR dan membubarkan cabang mereka yang menanti rebah ke bumi. "Baguslah nak keluar PKR - kata Khalid". Orang sudah bagi lampu hijau keluar PKR dan tidak diperlukan lagi oleh PKR, maka eloklah kita pakat ramai-ramai keluar PKR).

3 comments:

WARIS PAHANG said...

Nasib malang PKR disabotaj oleh orang dalam sendiri? Barangkali mereka telah sedar dan pengundi jangan tertipu dengan mainan dan pujuk rayu mereka.

Unknown said...

Musim jual-beli maruah Melayu. Sape yang hina??

Apakah kita ingin melihat anak-anak Melayu merempat di Bumi sendiri!!

Tolak MIC: Melayu selamat!!

WARIS PAHANG said...

Pak Hashim, semakin ramai keluar PKR bukan sahaja di Hulu Selangor tetapi seluruh Malaysia menjelang hari pengundian. Apo dah jadi?.

Calon MIC adalah bakal wakil rakyat bagi semua kaum. Nampaknya pak Hashim main sentimen perkauman ye untuk raih undi.

Semuanya sudah terlambat Pak Hashim, kapal PKR dah nak karam, Pak Hashim nak berpaut dekat mana?

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP