Thursday, April 22, 2010

PRK Hulu Selangor : Zaid Tunggang, Tonggek, Tonggeng


Sebelum Penamaan Calon : Nama Zaid disebut-sebut sebagai calon PKR bagi PRK Hulu Selangor. Maka Zaid digelar kuda tunggangan Anwar-PKR demi kepentingan politik Anwar.

Selepas Penamaan Calon : Zaid digelar 'bapa tonggek arak'. Walaupun Zaid mengakuinya namun Zaid masih gagal membersihkan namanya.

Selepas PRK : Zaid bakal digelar 'bapa tonggeng' (frust nonggeng) sebab kalah PRK. Bunga-bunga kekalahan telah nampak apatah lagi dua calon BEBAS menarik diri dari pertandingan dan menyokong penuh BN. Apo Nak DiKato Wahai PKR?.

(Kata Waris Pahang :

-Bagaimana pengundi Hulu Selangor mahu sokong PKR kerana :

i. Orang dalam PKR sendiri tidak puas hati dengan pemilihan Zaid yang dikatakan bukan pilihan dari akar umbi sebaliknya pilihan Anwar demi kepentingan peribadi politiknya.

ii. Satu demi satu kepimpinan dan ahli PKR keluar parti tersebut kerana sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti terutamanya Anwar dan perjuangan parti yang terpesong jauh dari matlamat asal penubuhannya.

iii. Tiada pembangunan yang dibawa oleh PKR selepas menang dalam pilihan raya umum yang lalu. Adakah pengundi Hulu Selangor mahu terima YB yang hanya goyang kaki dan makan gaji buta sahaja? Fikir-fikirkan lah).

7 comments:

WARIS PAHANG said...

Macam orang Hulu Selangor tak ada tokoh langsung jadi calon hingga ambil orang Kelantan. Itu satu penghinaan kepada orang Selangor dan Hulu Selangor.

YANG GAMBI said...

Bro, begitulah nasib penyokong-penyokong PKR, Anwar hanya menilai kepada orang-orang kaya, bagi Anwar rakyat yg menyokongnya tidak berotak dan mudah diperbodohkan.... sebab itu sudah ramai yang sedar dan membuka mata......mereka yg berfikiran bijak akan meninggalkan terus PKR....

WARIS PAHANG said...

Zaid Tunggang, Tonggek, Tonggeng. Jangan pula pengundi Hulu Selangor Telentang (Terbalik).

Unknown said...

Salam Perjuangan,

Kami dari Unit Media Wangsa Maju ingin mengucapkan syabas buat anda kerana pengendalian blog anda yang begitu menarik dan artikel2 yang tangkas dan berani.

Kami ingin menjemput anda mengunjungi blog kami di www.mediawangsamaju.blogspot.com dan berikan komen2 yg bernas di setiap artikel yang kami kemaskini.

Kami juga mengalu2kan penyertaan anda sebagai salah seorang follower di blog kami.

Kami telah link blog anda dalam senarai blog pilihan di blog kami.

Di harap kita dapat bekerjasama dengan lebih baik di masa akan datang.

Sekian.

AMAT
Crew Unit Media Wangsa Maju

WARIS PAHANG said...

Salam Perkenalan MWM, teruskan perjuangan.
Bagi Pengundi Hulu Selangor, Janganlah dibuai dengan mimpi indah yang ditaburkan oleh pembangkang dalam ceramah mereka malam ini.
Biarkan Tanggang Zaid syok sendiri, kita lebih tahu siapa yang mampu membela rakyat.

Unknown said...

Berita Tergempar

UMNO kena tipu


INi berita Kamal bin Atan memalsukan kelayakan akademik. Penipu Besar UMNO kena tipu dengan Koling pariah MIC.

Dapatkan segera berita tergempar sebelum di super-impose blogger pro UMNO....atau sebelum ijazah baru berjaya dibeli....

Mammposs UMNO-Yahudi.

Selamat mengundi...tolak MIC.

WARIS PAHANG said...

Hai Pak Hashim, waris pahang tidak kisah pemimpin yang ada sijil atau tidak tetapi yang penting mampu mentadbir dan membela rakyat.

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP