Thursday, June 3, 2010

Kekejaman Israel DAP Dimaafkan?.

1. Sungguh biadap dan kurang ajar DAP Penang dan Israel. Sungguh malang bagi anak Melayu Penang kerana tidak dapat pembelaan dari pemimpin Melayu pembangkang di pulau mutiara tersebut. Di manakah Pendekar Do Re Me dari PKR dan PAS yang kononnya perjuangkan Islam dan hak asasi manusia.

2. Kezaliman yang dilakukan Israel boleh dianggap sama kerana tindakan DAP Penang telah membunuh hati rakyat Penang yang masih menagih janji-janji manis PR di bumi Penang. Barangkali DAP Penang takut dengan perkataan Do Re Me kerana filem P.Ramlee banyak memberi motivasi kepada orang Melayu supaya berintegriti, berdaya maju saing dan penuh dengan nasihat untuk memelihara masa depan anak cucu cicit mereka.

3.Pembangkang seperti PAS dan PKR tidak boleh diharap kerana mereka menjulang bontot DAP. Kita hairan kenapa PAS dan PKR tidak buat demontrasi di depan pejabat Lim Guan Eng bagi membantah tindakan 'membabi buta' tersebut. Barangkali Lim Guan Eng terlalu mulia bagi mereka, almaklumlah umpama 'Khalifah Umar Bin Abdul Aziz' lah katakan.

4. Orang Penang masih tak sedar lagi ke dengan permainan DAP ini?. Barangkali DAP tak gentar kerana ada orang di belakang mereka yang MEMOLLOW iaitu PAS dan PKR. Samalah macam Israel yang tak takut dengan kuasa dan suara dunia kerana ada Amerika di belakang mereka.

5. Semoga Allah memberi perlindungan kepada pasukan bantuan ke Gaza yang dizalimi Israel dan keluarga kedai Do Re Me yang dizalimi DAP Penang. PAS dan PKR jangan nampak memperjuangkan nasib umat Islam di luar negara sahaja, yang di dalam negara kenapa tidak dibela, mungkin demontrasi PR hanya untuk tujuan kepentingan politik semata-mata. Blogger pembangkang yang tidak minat mengulas isu perobohan kedai Do Re Me umpama merelakan, menyokong dan memaafkan tindakan tersebut.

24 comments:

WARIS PAHANG said...

DAP belum nyata pendirian menyokong palestin. Apa maknanya ini?.

Wake UP! said...

Maknanya DAP ni suka Israel mengganas sebegitu rupa kepada sukarelawan kemanusiaan ke Gaza kerana mereka pun dua kali lima.

Apostate and tithe.

Unknown said...

Kalau ye pun nak laga-lagakan PR tak yah la guna isu-isu mcm ni, terlalu kebudak-budakan. Macam main politik darjah satu. Selama UMNO/BN perintah P.Pinang apakah kemajuan yang telah dicapai orang Melayu atas jasa UMNO. Jual tanah melayu kepada tokey cina banyak la. Yang kaya di kalanngan Melayu/Mamak P.Pinang adalah kroni-kroni rapat UMNO/BN, Melayu/Mamak kebanyakan terus dirundung nasib tak menentu. Jgn nak salahkan DAP/PR yang baru memerintah tak pun sampai sepenggal atas kelemahan orang Melayu. Mana dasar-dasar UMNO/BN yang telah memerintah P.Pinag sejak merdeka terhadap orang Melayu/Mamak P.Pinang, kenapa selama tempoh pemerintahan UMNO/BN itu tiada sebarang kemajuan kepada Melayu/Mamak P.Pinang, tanah milik orang Melayu makin mengecil, kampung-kampung Melayu terus ketinggalan atau makin dijual kepada tokey-tokey Cina, mana perusahaan-perusahaan besar milik Melayu/Mamak yang dibangunkan UMNO/BN.... Tlg ingat la sikit tempoh 50 tahun memerintah (UMNO/BN) bukan satu tempoh yang pendek, kalau dah bagus sangat takkan la orang Melayu/Mamak Penang masih di tahap hari ni. Zaman UMNO/BN perintah elaun KAFA pun tak mampu di naikkan bahkan peruntukan Sekolah Agama Rakyat ditarik balik... tak usah nak laung Ketuanan Melayu la wahai UMNO/BN.... yang ada adalah "Ketuanan Tembolok Pemimpin dan Kroni". Kalau masih tak sedar juga yakinlah UMNO/BN akan hanyut dalam PRU 13 akan datang. Berpolitiklah secara matang dan sedar, bukan dengan membakar semangat perkauman yang tak berkesudahan yang paling kuat pun hanya mampu bertahan di kalangan orang luar bandar dan tandus maklumat.... sampai bila wahai UMNO/BN nak berpolitik macam ni. Binalah hubungan murni antara kaum, tak uashlah main isu perkauman yang tak berkesudahan sebab kalau nak balik ke belakang (sejarah) sebenarnya UMNO lah yang telah bersetuju dengan penjajah Inggeris untuk menerima Cina dan India sebagai Warganegara Malaysia masa nak merdeka. Tak usah la berpura-pura jadi pejuang Melayu yang tiada penghujung dan tidakpun membawa apa-apa kebaikan kepada masa depan Negara 1 Malaysia yang tercinta ini. Bagaimana nak gerak ke depan kalau di kanan 1 Malysia di kiri (sorok-sorok) melaungkan ketuanan Melayu yang sangat perkauman sifatnya.... JANGAN PURA-PURA.

lompinlai said...

DAP bergabung dengan PKR dan PAS merupakan tipu muslihat mereka saja.DAP tak akan membela orang Islam dan akan menentang habisan pembentukan negara Islam.
Persepakatan mereka adalah cuma permainan politik saja.

Unknown said...

Bagaimana dengan permainan Politik UMNO/MCA/MIC dan lain-lain. Tidakkah ianya juga satu PERMAINAN POLITIK???

WARIS PAHANG said...

Buletin TV3 sebentar tadi memaklumkan semua sukarelawan Malaysia selamat.

Namun yang masih belum selamat Melayu Penang. PAS dan PKR bantu apa?

Unknown said...

50 lebih tahun UMNO/BN Perintah Penang UMNO bantu apa????

lompinlai said...

Melayu Penang dalam BN tak lah seteruk masa dalam perintah DAP. Baru 2 tahun perintah, orang melayu yang berniaga paling teruk kena bahana.Satu contoh,
Cuba pergi diwaktu petang tempat cina berniaga, walau pun ditepi jalan yang sesak dikawasan pasar Bukit Mertajam, tak ada pun MPSP kacau.
Cuba orang melayu berniaga disitu, tentu habis kena rampas.
Siapa pun yang perintah, timbangrasa lah sikit pada yang susah. Belum menang macam-macam janji.Dah menang lupa daratan.

WARIS PAHANG said...

Tq npw242 :
Sungguh sedih, kita hanya mampu ternganga saksikan orang Melayu Penang dianiaya.

PAS dan PKR lagilah tak guna! macam sudah buta hati sujud kepada DAP!.

WARIS PAHANG said...

Wah, dahsyat Melayu mempertahankan DAP.. sayang sangat dengan orang cina cauvanis ni.

Tahniahlah kerana bantuan anda, DAP dapat bertapak di Pulau Pinang. Saya rasa tuan tak payah guna nama Melayu.., dengar sangat jijik la Melayu yang jadi boneka DAP ni.

Saya rasa tuan hanya pilih fakta terpilih je.. cari lah fakta masa UMNO bantu Melayu.. lihatlah rekod dan sejarah.. berapa ramai peluang diberikan kepada Melayu samada perniagaan, politik, pendidikn dan sebaginya.. jangan bagi fakta yang berat sebelah. kalau profesional bagi fakta dua belah pihak dan buat perbandingan...

Sekarang apa yang lim guan eng bantu Melayu? berapa banyak kedai Melayu dibuka dan dibenarkan berniaga... berpa banyak lot niaga untuk Melayu.. Siapa orang pemimpin pakatan yang berani berjuang untuk Melayu depan Lim Guan Eng.. mana dasar ekonomi DAP nak bantu Melayu..

UMNO memang ditubuhakan untuk melndungi hak Melayu tanpa mengabai hak asasi orang lain...atas assa Melayu tuan tanah ini.. adakah tuan rasa.. tanah ini sejarahnya milik siapa?.. tuan nak jadi macam singapura ke.. jadi melayu bangsat.., politik DAP sama macam politik PAP.. Melayu akan jadi bangsat..

Apa PAS boleh bersuara dengan DAP.. nalk cakap tenatng negara Islam pun takut.. ini nak jadi pemimpin.. dimana "al Islam yaklu wala yukla alaih"?.. apa yang PAS boleh pertahan dengan DAp.. saya hanya respek PAS. kalau PAS berani tegur DAP., tegaskan pendirian Islam dengan terang terangan..

Unknown said...

PAS tak macam UMNO depan kaum melayu, berapi-api melayunya, depan orang cina takutkan mereka dengan islam. Jelas dalam kempen di Sibu " Satu Undi Untu DAP Satu Undi Untuk Negara Islam Anjuran PAS". Undi PAS potong tangan dan patong macam-macam. Bagi PAS di depan siapa pun sama saja, PAS tetap perjuangkan Islam sebagai cara hidup. Depan UMNO pun kami kata yang sama, depan DAP pun kami cakap perkara yang sama. UMNO langsung tak boleh terima walaupun mereka ngaku Islam. DAP ada pertikaian di kalangan mereka tapi masih sedia berbincang dan dah mula mengenal ayat-ayat qur'an. UMNO jealous bila DAP baca ayat Qur'an sebagai hujjah dalam ucapan mereka (kesan dakwah PAS). UMNO kata tau Qur'an tapi 50 tahun memerintah tak langsung nampak keazaman untuk memartabatkan hukum Islam yang Syumul.

WARIS PAHANG said...

Kata MELAYU : kempen di Sibu " Satu Undi Untu DAP Satu Undi Untuk Negara Islam Anjuran PAS".

Bila pula DAP perjuangkan Negara Islam, PAS dan PKR ditipu hidup2

lompinlai said...

Teringat tengok gambar orang cina pegang bendera PAS sambil minum arak di restoran untuk raikan kemenangan DAP.

WARIS PAHANG said...

PKR dan PAS mahu tumbangkan UMNO tetapi lupa mrk juga akan tumbangkan perlembagaan. Ada otak fikirlah! Barangkali mrk tidak tahu kandungan perlembagaan?.

Unknown said...

PAS, PKR dan DAP adalah parti-parti yang diiktiraf oleh perlembagaan Malaysia dan mendukung perlembagaan berkenaan. Parti2 ini ditubuhkan berdasarkan undang2 dan perlrmbagaan Msia, jika mereka nak tumbangkan perlembagaan dah tentu itu satu kesalahan..... bahkan mereka sangat komited menjunjung perlembagaan negara Msia. "Satu undi untuk DAP, satu undi untuk negara Islam PAS" adalah kempen BN/UMNO di Sibu.Ini lah bukti yang UMNO/BN sangat pragmatik (lalang) yang tiada pendirian. Mereka hanya nak menang, untuk pertahankan kuasa, dengan kuasa mereka kumpul harta, bahagi-bahagikan harta negara sesuka hati mereka. Bila kantung negara hampir kontang, cuba nak hapuskan subsidi. Mereka yang kontangkan harta negara melalui rasuah dan salah guna kuasa, rakyat pula yang nak kena tanggung. Malaysia sebuah negara yang sangat kaya raya, semua jenis hasil bumi dikurniakan oleh Allah kpd Msia..... Minyak segala jenis minyak, Hasil bumi dan bermacam jenis galian semua ada di Malaysia tak sepatutnya negara ini menjadi muflis (Idris Jala - Menteri BN yang kata Malaysia akan Muflis kalau hapus subsidi). Sebelum hapus subsidi pada rakyat yang ramai, ambil dulu semua harta-harta pemimpin2 BN/UMNO dan kroni-kroni mereka untuk tampung ekonomi negara kerana kekayaan mereka adalah hasil dari salah guna kuasa dan rasuah harta negara. Dan lagi' di sebalik semua itu pemimpin kerajaan (UMNO/BN) sangat lemah dalam mentadbir negara.... nak pastikan bekalan gula mencukupi pun tak mampu.... Alahaiiiii UMNO/BN kalau dibiarkan terus perintah negara ini alamat hancurlah negara

Unknown said...

Orang Cina minum arak sambil pegang bendera PAS tidak menghairankan kerana mereka bukan Islam tetapi yang malang bila Lim Kit Siang cabar di Parlimen siapa di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO yang tak minum arak, sorangpun tak menyahut.... sudah menjadi rahsia umum majoriti pemimpin UMNO/BN meminum minuman haram tersebut dan ada yang nyaris di saman kerana dlm keadaan mabuk tersebut meraba pulak bini orang...... Alahaiiiii UMNO

WARIS PAHANG said...

PAS dan PKR mabuk kuasa sehingga lupa DAP lah yang sebenarnya berkuasa. Baguslah kalau menjunjung perlembagaan. Buta mata ke apa yang DAP dah buat? Baru dapat kuasa di Penang dah nak hapus DEB (Hak Keistimewaan Melayu).

Unknown said...

Bukan takat DAP nak hapus DEB, PAS, PKR dan majoriti rakyat Msia memang nak hapus DEB.... dasar yang mengkayakan UMNO/BN dan kroni-kroni yang rapat dengan mereka. Bumiputera yang dijadikan asas untuk dibangunkan ekonomi mereka tetapi yang kaya akhirnya UMNOPUTERA, MCAPUTERA, MICPUTERA dan BNPUTERA. Melayu kampung yang sokong UMNO/BN mati-matian tetapi tak pandai menipu dan ambil kesempatan terus ketinggalan. Sesekali berjalan di kampung-kampung tradisi melayu sangat menyedihkan (bukan di Pulau Pinang tetapi di negeri2 yang diperintah BN) di tepi rumah tergantung bendera UMNO/BN tetapi rumah tunggu masa nak tumbang, lebih kesian setinggan-setinggan Melayu spt di kampung Berambang (dulu Tun Razak dan Datuk Harun-UMNO bawa mereka ke bandar jadi peneroka bandar konon untuk meningkatkan kuasa dan ekonomi Melayu di bandar-bandar) tetapi akhirnya UMNO/BN lah dengan rakus menghalau mereka ini dari penempatan mereka dan menjual tanah-tanah tersebut kepada pemaju-pemaju (Kebanyakannya bukan Mrelayu) dan UMNO/BN dan kroni mengaut keuntungan sedangkan penduduk meraung kehilangan rumah dan hartabenda dirampas UMNO/BN yang rakus.

WARIS PAHANG said...

JIKA PAKATAN PEMBANGKANG MENANG PRU 13 DAN DAPAT BERKUASA, ADAKAH 'MELAYU' SOKONG PERLEMBAGAAN DIPINDA, HAK KEISTIMEWAAN MELAYU DIHAPUSKAN, TIADA LAGI INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU DAN SISTEM PEMERINTAHAN DIUBAH KEPADA REBUPLIK MALAYSIA???????????????

Unknown said...

Waris pahang ni dah pening agaknya, tak mampu nak lawan hijjah mula la merapu.... memberi maklumat2 yang berdasarkan pada apa yang diajar oleh UMNO dalam kursus2 mereka terutama yang dianjur BTN (atau ala-ala BTN). Hujjah yang tak berpijak di bumi nyata. Dalam politik Msia Melayu tetap masih dominan, dalam PR pun PAS dan sebahagian besar PKR adalah Melayu, yang sayangkan bangsa Melayu tetapi rasional bukan macam UMNO/BN yang racist dan totok. Sebenarnya sikap racist dan totok tidak pun menguntungkan melayu, sebaliknya hanya menguntungkan 2-3 kerat pemimpin UMNO/BN dan kroni (contoh paling hampir : Vincent Tan dan Judi Bola). Ahli2 UMNO di bawah yang jujur tak dapat apa2.... kadang kadang duit tampal poster pun kapur dek orang tengah... Alahaiiii UMNO

WARIS PAHANG said...

Alamak 'MELAYU' bikin korner baring, tak jawab soalan yang ditanya

Unknown said...

LANGSUNG TAK TIMBUL SOAL PERLEMBAGAAN DIPINDA, HAK ISTEMEWA MELAYU DIHAPUS, INSTITUSI RAJA TIADA LAGI.... PR BERJUANG DALAM KERANGKA PERLEMBAGAAN MALAYSIA TETAPI BUKAN MENGIKUT TAFSIRAN ALA WARIS PAHANG (UMNO/BN) YANG RIGID, RACIST DAN TOTOK. BILA RASA TERANCAM (UMNO RASA NAK KALAH) NYANYI LA LAGU ANAK KECIL MAIN API TAPI DALAM DIAM-DIAM BAGI LESEN JUDI KAT VT, BILA DIDEDAH PEMBANGKANG MENGELABAH DAN KELUAR LA MACAM-MACAM KENYATAAN.... HISHAM KATA DAH KELUAR, AWANG ADA PUN KATA GITU (SIAP CAKAP TUJUAN LESEN TU UTK KAWAL JUDI), ALIH-ALIH NAJIB KATA LESEN TAK LULUS LAGI.... MANA SATU NAK PAKAI NI, JANGANLAH PERBODOH RAKYAT.... ALAHAIIIII UMNO

WARIS PAHANG said...

MELAYU memang tak sedar mainan DAP, hanya orang yang di luar lingkungan PR sahaja nampak perkara ini.

Senang saja, pakailah kata-kata najib sebab dia PM.Sama-samalah kita menolak lesen judi tu ye!.

Unknown said...

Apa kuasa yang ada pada DAP, jika rakan-rakan mereka dalam PR (PKR dan PAS)yang majoriti melayu masih menguasai keadaan. DAP takkan boleh buat "Magic" untuk menukar perlembagaan Malaysia sesuka hati tanpa restu rakan-rakan mereka dalam PR, Cammon la Waris... berfikirlah secara matang dan rasional. DAP hanya bertanding di kerusi majoriti Cina, kerusi-kerusi Melayu hanya ditandingai PAS atau PKR, oleh itu komposisi PR seperti juga BN. Sebab itulah UMNO beria-ia memainkan sentimen "Melayu" kerana hanya undi orang melayulah yang masih boleh diraih oleh UMNO/BN dan juga undi India (tu pun kalau MIC pulih). Undi kelompik Melayu dan India di kampung2 ni lah undi tradisi UMNO/BN, sedangkan bagi mereka2 yang bermaklumat (penduduk bandar) tak kira Melayu, Cina dan India telah menolak UMNO/BN. Inilah sebabnya UMNO memainkan isu-isu perkauman Melayu yang menebal terutama di kampung2 tradisi dan Felda

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP