Wednesday, May 26, 2010

Memper"JUDI" Kalimah Allah

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008 memutuskan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah khusus buat agama dan umat Islam sahaja.

Pandangan Tokoh Ulama Luar Negara

Pandangan wakil Al-Azhar (Timbalan Syeikh Al-Azhar) dan Ketua Lujnah Dialog Antara Agama Al-Azhar, Fadhilat Al-Syeikh Abdul Fattah Allam, beliau berpendapat bahawa tindakan Kerajaan Malaysia menegah penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam adalah tepat. Ini kerana kalimah Allah tidak boleh disama ertikan dengan kalimah Rabb yang membawa makna Yang Mewujudkan. Sebagaimana maklum penganut bukan Islam menamakan sebarang Tuhan Yang mereka sembah seperti batu, haiwan, matahari dan lain-lain sebagai Allah. Hal ini sudah tentu amat tidak wajar sama sekali dan menyalahi maksud kalimah Allah itu sendiri sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran dan Al-Hadis.

Pandangan Penasihat Undang-Undang Kementerian Kehakiman Arab Saudi, Syeikh Abdul Muhsin Al-Abikan

Beliau berpendapat bahawa pendekatan Kerajaan Malaysia ini adalah bertujuan untuk mengelakkan daripada penyalahgunaan nama Allah melainkan hanya kepada Yang Maha Pencipta (tuhan yang sebenar). Ini kerana terdapat agama-agama lain yang juga menggunakan kalimah Allah bagi agama mereka sedangkan mereka adalah penyembah berhala, oleh itu nama Allah tidak sepatutnya digunakan bagi menggambarkan tuhan-tuhan yang selainNya.

Tokoh Pergerakan Perlembagaan Islam (Islamic Sonstitutional Movement) Kuwait, Syeikh Abdul Hamid Al-Ballali

Beliau menyokong penuh keputusan Kerajaan Malaysia untuk tidak membenarkan penganut bulan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai panggilan bagi tuhan mereka. Beliau beralasan bahawa keputusan tersebut amat signifikan bagi memelihara maksud istilah sebenar bagi kalimah Allah. Umat yang gagal memelihara istilah-istilah agamanya adalah umat yang leka. Sedangkan Allah SWT telah mengangkat umat ini sebaik-baik umat.

Menurutnya lagi umat Islam perlu sedar banyak istilah-istilah yang berasal daripada Islam pada hari ini telah cuba dieksploitasi, disalah guna atau dipesongkan maknanya oleh pihak tertentu. Ia seperti istilah syahid yang juga diguna pakai bagi penganut bukan Islam. Istilah riba yang ditukarkan kepada faedah bank. Istilah khamar yang ditukarkan kepada minuman rohani. Istilah liwat yang ditukarkan kepada istilah hubungan sesama jenis. Persoalannya adakah umat Islam sedar tentang fenomena ini sebagaimana kesedaran yang dipamerkan oleh Kerajaan Malaysia?.

(Kata Waris Pahang :

1. Tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian seharusnya ditangani dengan bijak bukan ditangani secara TOLOL sebagaimana yang dilakukan oleh PAS dan PKR yang memberi kebenaran bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

2. BAHALOL sungguh dia orang ni, "Kalimah Allah" merupakan kalimah suci yang melambangkan Islam itu sendiri. Sebagai Umat Islam kita semestinya mempertahankan penggunaan kalimah ini agar tidak tersasar daripada maksud sebenar dan mempertahankan kesucian Islam itu sendiri.

3. PAS dan PKR sanggup memperjudikan "kalimah Allah" semata-mata mahu mendapatkan kuasa politik yang belum tentu nyata. Mereka sudah buta hati dengan tunduk kepada desakan DAP dan penganut Kristian.
4. Sanggupkah anda bersubahat dengan mereka yang mempersendakan kalimah Allah. Mereka sekarang sedang cuba menutup isu bukan Islam dibenarkan menggunakan kalimah Allah oleh PAS dan PKR semasa PRK Sibu.
5. Persoalannya kenapa orang PAS dan PKR yang beragama Islam tidak berarak beramai-ramai melakukan demontrasi bantahan terhadap pemimpin PAS dan PKR yang menghina kalimah Allah?).

3 comments:

Mohd said...

Anwar Ibrahim akan jadi PM Malaysia utk sementara selepas PRU13!
1. Dgn prestasi UMNO yg begitu lemah sekarang UMNO tak mampu utk meraih undi orang Melayu.
2. Orang India pula tidak menyokong MIC lagi kerana mereka sudah tidak yakin dgn kepimpinan Samy Vellu dan Palianivel.
3. MCA dgn pimpinan pelakun video lucahnya dan Gerakan sudah menjadi musuh dlm selimut yg akan hanya menekan Najib utk memberi berbagai macam tuntutan menjelang pilihanraya utk kaum Cina. Tetapi mereka tidak bersungguh2 dlm memujuk kaum Cina utk menyokong BN.
4. Kaum Cina di Malaysia sudah nekad utk merebut kuasa di Putrajaya melalui PR. DAP akan menang semua kerusi parliamen di kawasan majoriti Cina. PAS dan PKR pula akan meraih undi kaum Melayu di kawasan2 majoriti kaum Melayu.
5. Apabila PR sudah dapat 2/3 majoriti di Parliamen, DAP akan meminda Perlembagaan Malaysia.
6. Raja-Raja Melayu akan dihapuskan dahulu, utk menjadikan Malaysia sebuah Republik spt Singapura. Lim Kit Siang akan mengambil alih jawatan PM. Anwar akan dijadikan Presiden Melayu yg pertama dan terakhir!
7. Maka bermulalah mimpi ngeri bagi orang Melayu di Republik Malaysia ini ......

WARIS PAHANG said...

Terima kasih mohd kerana memberi kata-kata SEDAR ini. Masalahnya orang Melayu sengaja buat-buat tak sedar.

Unknown said...

Pernyataan SEDAR oleh Mohd tu samalah seperti kata-kata budak lulusan TADIKA KEMAS lepas tu masuk pulak ke kursus BTN..... ini lah rupanya MELAYU yang cerdik tak dapat diiku, bodoh tak dapat di ajar. Berpolitik guna kepala lutut bukan guna akal yang WARAS yang dikurniakan oleh Allah A.W.T

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP