DAP berharap keajaiban politik akan berlaku bagi membolehkan mereka memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu pada Ahad depan.
Pemimpin kanan dan Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang, hari ini berkata parti itu menghadapi laluan sukar untuk berdepan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil ini. Malah, beliau meramalkan peluang DAP untuk menang hanya 40 peratus. (Sumber : Berita Harian).
(Kata Waris Pahang :
1. Baru hari pertama penamaan calon, DAP sudah ramal akan kalah. Kesian dengan calon DAP yang bersungguh-sungguh mahu menang tetapi Lim sudah keluar kenyataan yang meruntuhkan semangat pembangkang.
2. Di atas kertas memang BN akan menang di PRK Sibu dan kalau dianalisa keputusan pilihan raya yang dulu pun memang kemenangan untuk DAP adalah tipis. Sebenarnya DAP bertanding di kubu BN sebab itu Lim mengharapkan keajaiban berlaku untuk menang.
3.Pengundi mengharapkan calon yang menang nanti mampu membawa perubahan yang lebih maju dan meningkatkan ekonomi penduduk di Sibu. Maka calon BN adalah yang lebih tepat.
4.Waris Pahang harap eloklah orang luar dari kalangan pembangkang balik sahaja ke negeri masing-masing kerana DAP bakal kalah, membazir duit engko orang sahaja dan janganlah memecah belahkan keharmonian perpaduan masyarakat di Sibu.
5.Bagaimana DAP boleh menang sedangkan kebanyakkan pengundi tidak mengenali siapakah calon DAP, Wong Ho Leng).
1 comment:
Betul sangat dengan ramalan tu...... DAP tahu kalau di Semenanjung mereka boleh dibantu PAS-PKR untuk meniupkan isu perkauman..... Di Sibu pengundi-pengundi bumiputera dan bukan bumiputera lebih nampak segala keserlahan BN........
Post a Comment