Wednesday, May 19, 2010

PRK Sibu 07 : DAP Menang PAS Terlentang

Sedih sekali bila mengenagkan seorang yang bergelar Tok Guru membenarkan nama ALLah digunakan oleh penganut agama lain. Bahkan bukan itu sahaja Nik Aziz menolak hujah rakan seangkatannya Dr. Haron Din dan Mufti Perak, tan Sri Harussani demi kerana politik menghalalkan cara.

Ahli PAS sanggup bersubahat dengan jenayah agama yang dilakukan oleh Nik Aziz kerana otak fikiran mereka sudah terlalu taasub dengan label tokoh agama yang melingkari Nik Aziz.

Mengapa mereka takut menyanggah pemikiran gila Nik Aziz ini. Mengapa mereka tidak pula menyokong kenyataan Haron Din yang memberi amaran keras kepada sesiapa yang menyokong penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan majalah Gereja Katolik. Jika kita bersetuju dan menyokong orang bukan Islam menggunakan nama Allah beerti secara tidak langsung kita mensyirikkan Allah dan mencemarkan maruah Islam.

Nik Aziz sebenarnya bukan pejuang Islam sejati sebaliknya beliau adalah perosak Islam kerana sanggup melakukan kerosakan dengan memberi laluan kepada orang bukan Islam mempersendakan kalimah Allah. Di manakah maruah kamu wahai seorang yang bergelar Umat Islam?

6 comments:

Wake UP! said...

Pemimpin PAS bukan pejuang agama sejati. Kerana pejuang agama sejati takkan sekali-kali bersatu dengan musuh Islam untuk menjatuhkan sesama sendiri.

Ketuanan Melayu

Mohd said...

1. Kaum Cina melalui DAP yg asalnya adalah PAP Singapura mahu memerintah Malaysia spt Cina memerintah Singapura sepenuhnya.
Sekarang inilah masa yg paling sesuai utk kaum Cina memulakan niat jahat mereka. Sebab DAP boleh memperkudakan PAS utk meraih undi orang Melayu. Bila kaum Cina sudah berkuasa mereka akan buang PAS daripada Kerajaan Pakatan spt yg telah berlaku di Singapura di suatu masa dahulu. Silalah rujuk sejarah Singapura utk kepastian!
2. Jika orang Melayu tidak sedar akan hasrat kaum Cina ini, tunggulah apa yg akan berlaku di PRU13 nanti!
3. DAP juga memperalatkan Anwar supaya menjadi PM boneka mereka di Puterajaya. Anwar memang akan menjual negara ini. Dia tak kisah. Asal dapat jadi PM dia dah puas.Lihatlah apa yg dibuatnya utk membela kaum Melayu di Penang. Tak ada apa kan? Lepas itu dia akan dibuang. Setelah perlembagaan negara dipinda oleh kaum Cina, orang Melayu akan mengemis di tanah air sendiri spt yg sedang berlaku di Singapura. Orang Melayu tak usah haraplah nak jadi pembangkang! Spt di Singapura sekarang mana ada pembangkang? Jika ada akan dibawa ke mahkamah dgn tuduhan yg remeh-temeh dan dikenakan denda sehingga tak terbayar dan jadi muflis. Ini sebab mahkamah di Singapura menyebelahi Kerajaan. Kalau tidak hakim akan hilang pekerjaannya! Bila dah muflis nak berpolitik pun tak boleh.
4. Contoh di Selangor, kita dah nampak bagaimana ketua pembangkang Khir Toyo dah disingkirkan buat sementara dari Dewan Undangan Negeri. Bagaimanapun ADUN2 DAP yg dah jelas menyelewengkan peruntukan wang rakyat kpd kroni2nya boleh terlepas dari tindakan mahkamah kerana tak cukup bukti. Pada hal kita semua telah melihat voucher2 dan dokumen2 yg telah keluar dlm blog2.
5. Perhatikanlah walaupun DAP tahu Anwar memang bersalah, tetapi utk memperalatkannya, kes liwatnya akan dilengah2kan sehingga tetangguh sampai ke PRU13, dimana Anwar akan menjadi PM utk sementara waktu.
6. Lepas itu bolehlah Malaysia yg ada petroleum dibawa masuk ke Singapore dan menjadi boneka Amerika Syarikat. Ingat tak hari itu ada bekas PM Singapura, Lee Kuan Yew datang berjumpa dgn TGNA? Buat apa ya?
7. Saya tak mahu cadangkan apa2 yg boleh dilakukan oleh kaum Melayu. Sememangnya kaum Melayu ni bodoh sombong. Pandai tak boleh diajar. Fikirkanlah sendiri. Janganlah menang sorak tetapi kampung tergadai.
Allah hu Akbar.

Anonymous said...

SLM BRO..BTUL RAMAI ORG CKP, BG PARTAI PISS AGAMA TU CUMA ALAT. MEREKA2 YG DUDUK DI ATAS SANA CUMA TAU MEROSAKKAN ISI KANDUNGAN AL-QURAN DEMI NAK JAGA KEPENTINGAN PUAK RASIS. AGAMA TERGADAI PUN MEREKA TAK KISAH. JANJI UNDI MASYUKKK

WARIS PAHANG said...

PAS dan PKR diperalatkan oleh DAP untuk berkuasa. Apa yg dilakukan DAP seolah-olah bagus belaka dan patut disokong.

Sehingga Lim Guan Eng diangkat seperti Umar Bin Abdul Aziz. DAP yang tidak berkhatan pun boleh menggunakan Al Quran dalam ceramah mereka.

Kini nama tuhan milik orang Islam iaitu ALLAH juga boleh digunakan oleh orang bukan Islam. Fikirlah sendiri dengan kewarasan pemikiran yang dianugerah Allah, mereka sebenarnya berniat jahat untuk merosakkan Islam dan perpaduan Umat Islam.

NORAZLI BIN AZIZ said...

Salam WP, beginilah jadinya apabila orng jual agama untuk dunianya.Sepatutnya kita perlu bersyukur perlembagaan kita telah mempertahankan kalimah Allah daripada dipersenda oleh agama-agama yang lain di Malaysia ni. Kalau negara lain, takda perlembagaan yang dapat mempertahankan kalimah Allah. malah kalimah tersebut dipermain-mainkan agama lain, diletakkan dalam gereja, dibuat kalung oleh pendeta gereja dan sebagainya.PAS akhirnya nanti akan menyedari, bahawa bumi Malaysia dah semakin tergadai seinci demi seinci kepada DAP.....anak angkat Singapore.....Dan mereka bersekongkol untuk menjayakan kehendak mereka....

Unknown said...

Ramai pahlawan melayu dalam ni nampaknya. Saya nak tanya beberapa perkara mengenai UMNO dan Ketuanan Melayu....

1.Di Pulau Pinang Gerakan dan MCA kalah semua kerusi dalam PRK yang lalu dan UMNO menang 11 kerusi... Kenapa PM (UMNO) masih biarkan Koh Soo Koon jadi pengerusi BN Pulau Pinang? Mana ketuanan Melayu ?????

2.Di Pahang kita ni di kerusi Parlimen Kuantan dalam PRK yang lalu dengan peratusan pengundi Melayu sekitar 60 % kenapa BN letak Foo Ah Kiow jadi calon sedangkan PR yang nak menjahamkan Melayu tu meletakkan Fauziah Salleh sebagai calon. Mana ketuanan Melayu ??????

3.Di PRK Hulu Selangor pengundi Melayu sekitar 60% jugak kenapa BN letak Kamalanathan (UMNO kata Hj Kamal) sedangkan PR letak Zaid Ibrahim sebagai calon. Mana ketuanan Melayu ?????

4.DEB yang mensasarkan penguasaan ekonomi Melayu sebanyak 30% gagal dilaksanakan setelah UMNO (BN) memerintah negara selama 52 tahun. Barang di ingat yang perintah negara selama tu adalah Perdana Menteri dari UMNO bukan PAS (PR). Mana ketuanan Melayu ?????

5.Mundurnya ekonomi Melayu P.Pinang setelah Perdana Menteri UMNO (BN) 52 tahun memerintah Malaysia termasuklah Pulau Pinang.UMNO pulak untuk tempoh itu merupakan antara parti teras kepada kerajaan negeri Pulau Pinang, apakah selama itu UMNO hanya menjadi pak turut atau kuda tunggangan atau badut kepada Gerakan sahaja? Mana ketuanan Melayu ????

Kesimpulannya kalau nak senaraikan kegagalan UMNO (BN) dalam meninggikan martabat Melayu selama lebih 50 tahu memerintah Malaysia (Tanah Melayu) maka tak cukup lautan sebagai tinta untuk menuliskannya. Dari itu tinggalkanlah UMNO (BN) dan beralihlah kepada Pakatan Rakyat untu perjuangan yang benar-benar MEMARTABATKAN KEDAULATAN RAKYAT DAN MENYELAMATKAN MALAYSIA DARI KERAKUSAN PEMIMPIN UMNO/BN.

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP