Inilah Barisan Perjuangan Baru
Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa supaya terus menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza tanpa menghirau dan gentar terhadap ancaman rejim Israel. Sama-samalah mengutuk dan bersatu padu menentang kekejaman Israel.
Israel memang "samseng dunia", dia boleh buat apa sahaja kerana ada kuasa besar dunia yang melindunginya iaitu Amerika. Rejim Israel mesti membebaskan bumi Palestin yang dirampas secara haram.
Kita menyokong penuh komitmen Malaysia terhadap perjuangan membebaskan bangsa Palestin dari belenggu Israel.
(Kata Waris Pahang :
1. Sejuk hati kita bila melihat gambar ini, ianya menggambarkan semangat persaudaraan Islam yang murni jika direalisasikan. Alangkah gagahnya Melayu Islam jika sebilangan pemimpin PAS bekerjasama dengan UMNO. Mana-mana pemimpin PAS tegar dan jumud persaudaraan seagama biarkanlah mereka, jika sudah memang tidak boleh diubah nak buat macamana.
2. Waris Pahang cadangkan Hj Hadi dan Nasha keluar dari PAS kerana parti itu pun seperti mahu menendang mereka keluar dari parti tersebut. Suatu ketika dulu Nasha pernah diumpamakan seperti 'sampah' dan Hj Hadi pula 'dipanggil untuk memberi penjelasan Kerajaan Perpaduan' bersama pemimpin Pakatan Pembangkang.
3. Waris Pahang tidak pasti apakah nasib Hj Hadi dan Nasha nanti pada MUKTAMAR PAS KALI KE-56 dan Muktamar Dewan Dewan pada 9,10,11,12 dan 13 Jun 2010 bertempat di Kelantan Trade Centre (KTC), Markaz dewan Ulama (MADU), Perdana Resort dan PUTIK, Pengkalan Chepa.
4.Jika suasana menekan atau ada agenda mahu menyingkirkan anda berdua, maka eloklah anda berundur diri sahaja dari PAS dan sertai UMNO. Tidak salahkan menyertai UMNO jika niat kita mahu berdakwah. PAS sekarang lagi dahsyat sanggup bekerjasama dengan DAP yang menolak Hudud dan Negara Islam.
5. Jauh di lubuk hati Waris Pahang yang sayangkan perpaduan Islam. Sebenarnya Hj Hadi dan Nasha adalah orang yang mempunyai ketokohan yang tinggi dan terbuka berbanding dengan pemimpin PAS yang TOTOK. BN wajar pertimbangkan jawatan menteri kepada Hj Hadi dan Nasha jika mereka menyertai UMNO, Nak tunggu Pakatan Pembangkang memerintah, belum tentu lagi).
8 comments:
Tak usahlah nak berkawan dengan pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang bermuka-muka dan tidak jujur. Konon marah Israel tapi penasihat imej kerajaan 1 Malaysia Najib ialah APCO Worlwide yang diterajui Yahudi dan sunggup pulak bayar berjuta-juta untuk Yahudi tersebut. Nak kutuk Israel pun tunggu lampu hijau dari APCO, ketika semua pemipmin dunia dah keluar kenyataan kutuk Israel, PM kita masih tunggu isyarat dari APCO, terlalu lambat....... alahai UMNO
Sejak daripada dahulu kita tahu Anwar adalah PEMBOHONG! biarpun dia mendakwa ada bukti APCO adalah milik yahudi, ia tidak ubah seperti mengatakan mempunyai bukti tentang penglibatan Datuk Seri Najib dengan pembunuhan Altantuya.
PAS tidak suka bersatu malah suka menghasut rakyat agar berpecah-belah.
Ini baru di Malaysia, umat Islam sendiri berpecah-belah.
Keadaan di seluruh dunia yang dimanipulasi Yahudi lebih parah lagi.
IDF troops praised by Netanyahu.
Apa plak tak de buktinya, cuba lah layari website APCO worldwide lihatlah siapa pemegang-pemegang sahamnya dan apa kaitan setiap dari mereka dengan Agensi Keselamatan Yahudi Israel Laknatullah. Nazri Aziz sendiri mengaku di Parlimen yang Malaysia melantik APCO ni sebagai penasihat kerajaan Malaysia dengan bayaran RM 77 juta untuk tempoh 6 bulan pada tahun 2009. Tahun 2010 ni tak tahulah pulak berapa kerajaan perlu bayar pada agen yahudi tersebut...... alahaiiiii UMNO
Walau apa pun yang kita lakukan perlu lah ada keikhlasan. Lama-lama rakyat akan tahu juga siapa sebenar nya yang bermuka-muka dan berlakondalam isu menentang Israel yang kejam itu.
Dalam hal ini orang Islam perlu bersatu walau pun dalam berlainan parti politik.Siapa yang perlu bertindak membantu sesama Islam kalau bukan orang Islam itu sendiri.Tengok saja Hamas dan Fatah yang tidak bolih bersatu.Sampai bila mereka akan menang?
Setuju dengan lompinlai, semoga umat islam melayu di Malaysia bersatu kembali.
Bersatu adalah wajib tetapi mestilah di atas Islam bukan sekular bukan nasionalisma sempit. Kesatuan yang meletakkan Islam di atas segala sistem yang lain adalah kesatuan yang hakiki.
Harap kerajaan perpaduan menjadi kenyataan..
Post a Comment