Wednesday, June 9, 2010

Judi Bola : Pembangkang Gusar Belum Muktamad

Belum muktamad

KUALA LUMPUR 7 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan belum lagi mengeluarkan atau memberi lesen kepada syarikat Ascot Sports Sdn. Bhd. (Ascot Sports) untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan juga belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat dan terma pelesenan dengan syarikat terbabit bagi menjalankan operasi pertaruhan di negara ini.

“Kerajaan masih mendapatkan maklum balas dan pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di negara ini,” katanya. (Sumber : Utusan Malaysia)

(Kata Waris Pahang :

1. Pembangkang pakat gila sakan bila dapat 'bola tanggung' yang mengatakan Kerajaan BN akan meluluskan judi bola sempena Piala Dunia Bola Sepak.

2.Hari ini mereka menuduh Kerajaan UMNO BN dan Vincent Tan mengatur strategi lain untuk menafikan pemberian lesen judi tersebut. (Cakap tu bior betul-betul pembangkang, nanti saman di Vincent Tan jutaan ringgit baru terkangkang).

3. Sepatutnya pembangkang gembira kerana lesen judi yang dikatakan itu belum diberi kelulusan kepada syarikat Ascot Sport Sdn Bhd itu. Tapi yang hairannya seolah-olah pembangkang marah pula lesen judi tidak diluluskan lagi dan menganggap ianya mengelirukan rakyat.

4. Mungkin pembangkang buta politik atau pentadbiran kerana selama ini mana-mana cadangan kerajaan yang mahu dilaksanakan akan mendapat pandangan daripada rakyat dahulu. Maka tindakan Kementerian Kewangan menegaskan bahawa kerajaan belum mengeluarkan lesen pertaruhan sukan tersebut kerana ingin mendapatkan maklum balas daripada orang ramai adalah satu keputusan yang bijak.

5. Inilah yang dikatakan pembangkang bangang, dulu dia yang hantar memorandum bantahan tetapi kini macam kecewa pula bila kerajaan BN belum luluskan lesen judi tu. Inilah yang dikatakan apa yang dilakukan pembangkang adalah segalanya kerana kepentingan politik. Tidak payah lah bersusah payah pula nak lagakan VT dan Kerajaan selepas kenyataan judi bola belum muktamad).

6 comments:

WARIS PAHANG said...

Bila pula VT buat kenyataan ini : "Gua xdapat lesen Judi Bola Halal pon xapa..sebab gua dah dapat lesen lagi besar punya..Lesen Judi Bola Haram..huhuhuhu..jangan bimbang..kalau gua untung besar..gua aka tambah lagi derma..maybe RM999Juta.cukup ka..."

Baca lagi di :http://apadianie.blogspot.com/

Scud said...

biasalah puak munafik ni. cakap tak pernah benar. semua nak dipusing belakang. depan belakang sama rasa, sama saja.

I help you, you help me wakakaka... said...

Kenyataan Hishamuddin ini dilaporkan oleh Bernama dan boleh dibaca di bawah. Hishamuddin berkata:

“People must understand that the licence was issued a long time ago and the Home Ministry is doing all it can to tackle the problem.

wakakaka...Ini rabbinajib cakap... hisapmudin punya statement belum MUKTAMAD

wakakaka...umno boleh tukar jadi MIC sekarang baru MUKTAMAD

wakakaka....

Wake UP! said...

Hishamuddin jangan jadi bacul nak letakkan kesalahan kepada orang lain.

It's a miracle that non of the Israeli commandos was killed by the so called terrorists.

WARIS PAHANG said...

Kita tolak perjudi nama Allah untuk berkuasa politik dan lesen judi bola. Pembangkang tidak akan menang jika hanya mahu bangkit hanya di atas isu.

joharahman said...

Bila kita baca blogs, macam macam pendapat di tulis, dan susah nak tentukan mana yang benar.

Di temerloh, orang kampong dapat surat tawaran nak beli tanah. Tanah paya sampai 200 ribu seekar.

Elok pemimpin cari jalan selamatkan tanah kampong dari jatuh ketangan lain.
Ini nampak suka lawan sama sendiri,

Banyak cara kalau mahu selamatkan tanah...
joha
kuala lipis blog

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP