Saturday, June 12, 2010

MUKTAMAR : LACURKAN PAS DEMI DAP?

KOTA BHARU 11 Jun – Sah, bukan Islam akan dibenarkan bertanding atas tiket Pas menggunakan logo parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas kemungkinan akan mengenakan syarat dengan bakal-bakal wakil rakyat itu sebagaimana ‘bai’ah’ agar tidak berlaku gejala melompat parti.

Katanya, kebenaran calon bukan Islam daripada ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) bertanding itu diberikan oleh Majlis Syura Ulama Pas sebuah badan tertinggi dalam parti.(Sumber : Utusan Malaysia)

(Kata Waris Pahang :

1. Barangkali PAS telah nyanyuk kerana lupa dengan apa yang pernah diperkatakannnya:

i. Ogos 1963“Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir dan haram." - Dewan Ulama PAS

ii. Haji Hadi pernah menyebut di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Waktu itu UMNO dituduh kafir kerana kerjasama dengan MIC, MCA dan Gerakan, hari ini orang yang menuduh itu menghalalkan perkara yang pernah diharamkannya.

2. Barangkali calon PAS bukan Islam yang dikatakan bermoral tinggi ialah :
i. Mereka yang ada tokoh mempermainkan ayat-ayat suci Al Quran semasa kempen politik.
ii. Melabelkan diri mereka seperti khalifah sebagaimana Lim Guan Eng.
iii.Mempersendakan 'kalimah Allah' semasa ceramah politik.
iv.Memberi ucapan mesra"Assalamualaikum" semasa ceramah politik bermula.
v. Tiada cita-cita mahu bersunat.

3. Lebai-lebai PAS lepas ini yang ada cita-cita menjadi YB boleh lupakan sahaja hasrat tersebut kerana sumbangan anda bagaikan tidak dihargai lagi.
4. Barangkali hasrat Haji Hadi ini mulia meletakkan calon PAS dari kalangan calon bukan Melayu untuk mengimbangi pengaruh DAP dan PKR. Walaupun Haji Hadi menafikannya tetapi cakap orang politik kadang-kadang tak boleh pakai.
Haji Hadi berkata: “Tidak timbul isu itu (membayangi). Pakatan pembangkang sudah ada persefahaman, kita akan cuba sedaya upaya untuk hanya memastikan pertandingan dua penjuru sahaja.
5.Nampaknya jarum DAP barangkali sudah dapat tembusi PAS. Lim Kit Siang berjaya menidurkan Nik Aziz dan membiarkan dibuai dengan mimpi-mimpi indah. Inilah yang dikatakan jahil politik kerana sanggup mengurangkan suara Melayu Islam).

10 comments:

WARIS PAHANG said...

YB PAS bukan Melayu Islam ni confirm masuk syurga ke?

acah aje... said...

Secara jujurnya, strategi PAS membuka keahlian dan membenarkan bukan Islam bertanding atas tiket PAS adalah satu langkah bijak di dalam percaturan politik negara untuk alaf akan datang.

Soal kononnya PAS melacurkan diri demi DAP tidak timbul.

UMNO juga melacurkan diri demi MCA dan MIC, tetapi masih bercakap berdegar-degar berjuang kononnya untuk orang Melayu.

Kalau betul UMNO bagus untuk orang Melayu, apa perlunya diwujudkan PERKASA ?

Tidak cukupkah UMNO sahaja untuk orang Melayu ?

Jelas UMNO tidak lagi relevan untuk orang Melayu......

Panglima Perang Cyber said...

tulisan yg bagus akan mengundang kritikan dari lawan.

dtg komen mcm acah je kira ok lah tu..

biasa geng pas diam je kalau kena 'tembak'

Mohd said...

Wahai ahli2 PAS,
1. Kita tak seru pd pemimpin2 PAS, sebab mereka tidak akan dengar dan hanya pentingkan perut masing2.
2. Sejak bila PAS boleh memerintah DAP?
3. Tengok dulu di Perak sebab DAP tak boleh jadi MB, itulah DAP beri jawatan MB pd Nizar yg berketurunan Cina. Siapa yg memerintah? Sehingga siap nak berikan pajakan tanah selama 999 tahun lagi pd tanah2 Cina! Adakah nasib kaum Islam terbela? Tidak langsung!
4. Tengoklah di Penang bagaimana DAP dgn rakus sekali menghapuskan hak2 orang Melayu. Apa ADUN2 PAS buat? Tak ada apa, kan? PAS cuma jadi patung2 bisu shj.
5. Di Selangor pun, PAS dlm Kerajaan Pakatan tidak boleh buat apa2 bila Ronnie Liew bertindak.
6. Di Kelantan PAS memerintah dgn cara kuku besi. Habis balak diberi kpd tawkeh2 Cina. Duit yg dpt masuk poket lebai2 PAS. Mana ada sampai ke rakyat langsung?
7. Dengar cerita Dewan Perhimpunan PAS di Kelantan pun adalah hasil dari penjualan balak. Rakyat marhaen dapat menafaat apa dpd Dewan itu? Kan Dewan itu utk pemimpin2 PAS shj?
8. Kalaulah PKR dapat memerintah Malaysia selepas PRU13 nanti, senarionya adalah sama spt di Selangor dan Penang sj. DAP akan menghapuskan hak2 kaum Melayu (Islam). PAS hanya akan ternganga jadi patung bisu.
9. Kaum Melayu sbg rakyat marhaen akan menderita jadi pengemis di tanah air sendiri.
Nauzubillah.

lompinlai said...

Bila orang bukan Islam bolih menyertai Pas bermakna parti itu kenalah UBAH NAMA lain.
Disebabkan nak berkuasa PAS sanggup buka pintu kepada orang Islam.Dalam masa panjang akan merugikan orang Islam itu sendiri yang terpaksa bersaing dengan orang bukan Islam.
SESAL KEMUDIAN TAK BERGUNA..

WARIS PAHANG said...

UMNO tidak melacurkan dirinya demi MCA dan MIC sebab daripada sebelum merdeka lagi mereka telah amalkan perkongsian kuasa. Barangkali PAS terdesak dengan pengaruh kuat PKR dan DAP maka diubahsuai imej PAS jadi seperti pondan.

acah aje silap, PERKASA adalah NGO bukan diwujudkan oleh UMNO.

lompinlai rasa apa nama baru yang sesuai untuk PAS, bila orang bukan Islam boleh menyertai Pas?. Mungkin HAMPAS yang lebih sesuai.

Pendekar Melayu said...

biasalah orang pas mana boleh kalah.kalau nik aziz dah mati, diorang akan cakap nik aziz hidup lagi. dah macam al arqam pas ini sekarang. taksub asobiyah pada parti.

soal pas ini tak perlu dihairankan. sudah sejak dulu mereka begitu. orang lain buat jadi haram. bila sendiri buat maka jadilah halal.

WARIS PAHANG said...

soal pas ini tak perlu dihairankan. sudah sejak dulu mereka begitu. orang lain buat jadi haram. bila sendiri buat maka jadilah halal.

harap kita semua celik mata tanya iman dengan apa yg dilakukan oleh PAS. Paling aku kecewa nama tuhan orang PAS sudah sama dengan tuhan orang kristian. Haramjadah betul PAS

lompinlai said...

Waris Pahang, nama yang paling sesuai ganti PAS adalah PUS bermaksud

P - Parti

U - Untuk

S - Semua

Unknown said...

PAS FOR ALL adalah tema PAS mutakhir ini dan pada Muktamar ke 56 Presiden PAS menegaskan ucapan dasar bertajuk "Islam Adil Untuk Semua" di depan semua pemimpin2 PR, inilah kehebatan PAS yang berasaskan perjuangan Nabi S.A.W yang bermula tunggal di Mekkah dan seterusnya bergerak dengan tegas, menyatakan kebenaran islam kepada semua manusia (sasaran dakwah - UMNO/BN tak reti sirah nabi ni). UMNO/BN hanya menegerti bahasa harta duniawi biarpun salah di sisi Allah SWT, PAS terus menyatakan kebenaran Islam kepada semua sehingga rakan-rakan dalam PR mula mahu memahami al-Qur'an dan Sunnah tidak macam IMNO yang dah wujud 50 lebih tahun sentiasa berhujjah menakutkan orang kafir terhadapIslam. Ingatlah nabi bermuula dengan sebatang kara dan dikelilingi semua orang kafir di Mekkah. Berkat kesabaran Nabi mengajarkan patah demi patah kalam Allah, (Menurut UMNO orang kafir tak leh sebut kalimah Allah lalu bagimana nak menyampaikan dakwah kepada mereka) akhirnya masyarakat Mekah dan kemudian diikuti masyarakat Madinah memeluk Islam dan akhirnya Nabi SAW menubuhkan negara Islam Madinah yang pertama dalam sejarah Islam. Lebih hebat lagi negara Islam tersebut adalah negara majmuk kerana dikelilingi pelbagai kafilah termasuklah kafilah-kafilah Yahudi yang bersetuju dengan Piagam Madinah yang adil dan saksama kepada semua kaum.

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP