Wednesday, June 16, 2010

Poster Dijahanam Takutkan Ezam?

Sekeping poster telah Waris Pahang temui di tempat jalan kaki di Bandar Kuantan. Waris Pahang percaya ianya dicabut oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sebelum ini Lokman Adam pernah hadir ke Pahang dan didapati banner program tersebut telah dirosakkan atau digunting sehingga menutup tulisan pada banner tersebut.
Persoalan sekarang siapa punya angkara? Adakah pembangkang yang melakukannya?. Mengapa mereka takut sangat dengan Senator Ezam?.
Ezam dijangka akan menyampaikan ceramah umum bertajuk "Membongkar Rahsia" pada 16 Jun 2010 di Dewan Serbaguna Balok Kuantan dan orang ramai di jemput hadir.
Rugi rasanya tidak hadir kerana mungkin banyak kupasan isu yang tidak kita tahu akan dibangkitkan oleh beliau. Mungkin itu yang pembangkang takutkan, mungkin terangkat-rangkat kopiah lebai PAS apabila mendengarnya. Apa yang penting biarlah kita insaf dan ambil iktibar selepas mendengar ceramah beliau terutama ahli PKR yang masih setia dengan Anwar Ibrahim.
Ezam masuk UMNO bukan kerana nak cari makan. Beliau ikhlas menegakkan kebenaran dan menafikan kebathilan yang dibawa oleh Pembangkang. Mungkin banyak isu yang beliau akan sentuh pada malam esok. Moh kita pakat hadir.

7 comments:

WARIS PAHANG said...

BALOK DULU AMAN TANPA PERPECAHAN TETAPI KINI JADI MEDAN PEPERANGAN MULUT ANTARA PEMBANGKANG DAN BN.

SUSAH-SUSAH SOKONGN SAHAJA KERAJAAN YANG ADA DAN KITA PERTAHANKAN HAK KITA DEMI MASA DEPAN ANAK CUCU CICIT KITA DI MASA AKAN DATANG

YANG GAMBI said...

Bro, inilah yg sangat-sangat ditakuti oleh pengampu-pengampu Anwar sodom......

Unknown said...

salam,
aku jarang jumpa poster dari umno,mca,mic tapi selalu dkat jalan gambang ada poster2 pas,keadilan kat pokok2, mereka sentiasa brkerja utk menawan pahang
kenapa agaknya? adakah pemimpin umno diperingkat kampung,daerah dsb yang ada tu hanya tunggu dan lihat sahaja atau pun nak tunggu pru13 baru nak pi pujuk orang2 kpg...aku tak ada jawapan, aku cuma fikir umno kena brsedia jadi pembangkang pada pru13.bye..bye

Jeepers Creepers said...

biasalah orang yang bersalah mestilah takut. like anwar like pengikutnya.

WARIS PAHANG said...

tapak kaki ezam telah kedengaran di pahang walaupun ceramahnya akan bermula malam ini.Pembangkang rasa gundah gelana, jangan terjun laut pantai balok sudah lah.

ezam akan dedah segala-galanya, jumpa saya malam ini di balok

lompinlai said...

Memang sudah menjadi lumrah dunia,NAK TAU BAIKNYA PERANGAI KITA TANYALAH SAJA PADA KAWAN (KAMCENG) DAN TAHU BURUKNYA PERANGAI DAN RAHSIA KITA TANYA PULA PADA LAWAN (MUSUH).
Orang macam ini makan kawan. Bolih pakai ke... takut satu hari rahsia BN pecah pula..kalau dia minta macam-macam tak dapat.
Dalam politik semua bolih jadi.

suara kuantan said...

Waris Pahang pegi juga ke Balok? Mana satu agaknya.. Boleh jemput Ezam lagi.. Kejap sangat masa tadi..

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP