Tuesday, July 6, 2010

Kenali Pengacau Pahang : Mazlan Aliman

Mazlan Aliman dilahirkan pada 17 Julai 1966 di Batu Pahat Johor dan dibesarkan di Felda Bukit Ramun, Kulai Johor. Mendapat pendidikan awal di Sek.Men. Alauddin Felda Bukit Besar, Kulai dan melanjutkan pengajian ke Institut Perdagangan Kota Baharu Kelantan. Kelulusan tidak diketahui tetapi pernah mendapat pendidikan di UTM dan Universiti Terbuka Malaysia.

Penglibatan beliau dalam masyarakat dan politik : Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Timb. Pengerusi Hal Ehwal Pertanian PAS Pusat dan Ketua Penerangan PAS Johor.

Penglibatan beliau dalam NGO :

Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK)
Ahli Persatuan Cina Muslim Kebangsaan (Macma)

(Kata Waris Pahang :
1. Gambar di atas adalah Mazlan Aliman Presiden ANAK yang mulanya buat kacau di Pahang tetapi kini gerakannya sudah buat buat kacau seluruh negara.
2. Beliau bukan anak pahang jati tetapi ada hati mahu jadi YB di negeri Pahang. Mungkin dia anggap orang Pahang bodoh sangat sehingga boleh ditipu dan dikelentong hidup-hidup. Pada PRU ke 12 beliau bertanding bagi merebut kerusi Parlimen Bera.
3. Barangkali Presiden ANAK ini tidak nampak jalan untuk jadi YB di negeri sendiri maka melompatlah dia ke negeri Pahang.
4. Suatu ketika dulu, akibat Mazlan Aliman (diri sendiri) punya angkara, maka beliau mendapat "hadiah istimewa" bermalam di lokap polis IPD Raub. Kini akhbar suara keadilan pula disiasat kerana memaparkan berita fitnah "Felda Bangkrap".
5. Kini peneroka Felda dan Gen 2 di Negeri Pahang bangkit membantah tindakan pengacau Pahang ini. Terima Kasih di atas keberanian tuan/puan mengadakan demontrasi membantah tindakan pengacau Felda dan Pahang. Jangan kita mudah tertipu dengan janji manis pengacau ini).

6 comments:

WARIS PAHANG said...

Setiap warga Felda di seluruh Negara mesti menghindarkan diri dari terpedaya dengan dakyah-dakyah jahat berunsur fitnah oleh pembangkang yang bertujuan semata-mata untuk meraih keuntungan politik sahaja.

PUTRA MERDEKA said...

orang batu pahat dan orang johor dah tolak budak bengap nih...dia ni kemana mana pun tetap bawa 'sial'
apa nak buat! dah baka dia gitu kot..

Relevan said...

Gua pun sedih bro..sebab gua pun anak peneroka..memang tarak patut lah itu paper..

lompinlai said...

Kenapa Felda takut sangat dengan Mazlan ni , budak Bkt. Ramun tu??

Dia bukan menteri atau wakil rakyat.Cuma anak peneroka tahun 70-80 an yang dulu pernah hidup susah.

Saya pernah bertugas diFelda Bkt.Besar,berdekatan Bkt. Ramun.Hidup peneroka ketika itu memang susah.

Kenapa Mazlan melenting dan Felda pula kenapa cepat sangat melatah?

Mungkin sebab dia banyak tahu dan ada maklumat bertulis tentang ketidaktelusan Felda dalam beberapa hal berkaitan peneroka.

Tak dinafikan Felda banyak menaikkan taraf hidup terutama orang Melayu tidak bertanah yang hidup susah dikampong.

Tetapi mungkin ada beberapa hal yang diragui yang banyak peneroka tidak tahu.

Kita tak bolih meletakkan semua punca kekecohan keatas bahu Mazlan.

Sebagai bekas warga kerja Felda dan anak peneroka, kita semua perlu tengok dulu apa yang hendak Mazlan ketengahkan sama ada benar atau sebaliknya.

Felda yang telah berpuluhan tahun berpengalaman menguruskan beribu peneroka tak kan tak dapat menengani budak Bkt. Ramun ni seorang.?

WARIS PAHANG said...

Apa yang dilakukan beliau, tidak akan ke mana. Terima kasih Felda kerana banyak membantu rakyat.

WP cadangkan beliau buat protes besar-besaran kerana pembangkang yang menang pilihan raya dulu gagal membela nasib rakyat.

Unknown said...

Yang menguasai pentadbiran negara adalah BN yang parti terasnya adalah UMNO, selama lebih 50 tahun memerintah negara, Malaysia yang mempunyai segala kemewahan kurniaan Allah s.w.t semakin terkebelakang (bandingkan dengan negara yang dulunya setara seperti Korea Selatan,Taiwan,Singapura bahkan Thailand dan Indonesia... Jepun tak usah kira lah) itulah petunjuk utama kegagalan UMNO. Wang simpanan negara habis digunakan bagi kerja-kerja menyelamat perniagaan kroni dari wang KWSP,KWAP,TH,Petronas dan terakhir Felda dari skandal Bank Rakyat (Perlawanan tinju), BMF Finance di Hong Kong, Perwaja hinggalah terkini Sime Darby (sekadar sebut beberapa) yang tidak pernah ada satu penyisatan dan pernyataan yang transparen dan berintegriti dari pemerintah. Lalu bagaimana rakyat akan terus menaruh kepercayaan kepada UMNO.... alahaiii UMNO

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP