
Thursday, February 26, 2009
Cameron Highlands Bergegar?

Tuesday, February 24, 2009
Dulu Lain Selepas Tu Lain

Nik Aziz cakap jangan kutuk dan mengguris hati ahli UMNO/BN kerana kalah Pilihan Raya Kecil P.036 Kuala Terengganu.
Selang beberapa minggu 'Selepas Tu' :
Nik Aziz cakap UMNO umpama pokok yang hampir mati, kata-kata ini telah mengguris ahli UMNO/BN.
Dulu Lain :
Nik Aziz cakap Elizabeth Wong jangan letak jawatan ADUN Lenjan kerana kos untuk mengadakan Pilihan Kecil mencecah jutaan ringgit.
Selang beberapa minggu 'Selepas Tu' :
Nik Aziz cabar Datuk Ibrahim Ali meletak jawatan supaya pilihan raya kecil diadakan untuk menguji kekuatan sebenar Ibrahim Ali.
Friday, February 20, 2009
Speaker Sultan Pakatan Rakyat?

Barangkali beliau bertindak demikian kerana terdesak dengan kepentingan peribadinya iaitu mahu terus kekal sebagai speaker. Sekiranya ahli dewan semua masuk maka jawatannya akan dilucutkan, itu yang dibimbangi.
Apa yang jelas, Speaker menentang keputusan Sultan beerti derhaka kepada Sultan. Persoalanya, siapa yang lebih berkuasa, Sultan atau Speaker?. Sultan mempunyai kuasa melantik seseorang memegang dan memecat jawatan MB.
Tindakan speaker ini menafikan kuasa pelantikan sultan kepada MB baru. Speaker ini pemerintah negeri ke?. Beliau sanggup membelakangkan kuasa dan keputusan raja.
Waris Pahang tidak tahulah, bagaimana sekiranya Pakatan Rakyat dapat memerintah Malaysia. Apakah nasib Institusi Raja pada waktu itu. Mungkin Malaysia diisytiharkan "Republic Of Malaysia" yang diketuai Presiden Malaysia.
Melalui dasar ini sesiapa sahaja boleh jadi Presiden tanpa mengira asal keturunanya dan jumlah majoriti rakyat.
Fikir-fikirlah, jika dalam keadaan mereka dapat kuasa sedikit pun boleh membelakangkan raja, apatah lagi apabila mereka memerintah negara.
Penentangan terhadap Sultan beerti menentang penjaga agama dan negara. Mana yang perlu kita sokong, Kesultanan Melayu atau Sultan Pakatan Rakyat?. Siapa pula yang akan derhaka selepas ini?
Kesultanan Melayu mesti dipertahankan sehingga titisan darah terakhir. "Daulat Tuanku", Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada.
Wednesday, February 18, 2009
Kes Anwar Lebih Hebat Dari Elizabeth

i. Ianya serangan terancang BN terhadap PR.
ii. Konspirasi dalaman PKR yang mahu menjatuhkan beliau.
iii. Angkara bekas teman lelaki beliau yang mengkhianati.
Pandangan Waris Pahang, biarlah Polis membuat siasatan kes ini janganlah kita buat andaian sendiri bertujuan mendapat keuntungan popularity dan politik disebalik isu ini.
Waris Pahang kagum dengan Eliza kerana meletak jawatan EXCO dan ADUN Lanjan. Bermakna dia bertanggungjawab atas apa yang berlaku walaupun bukan tangan beliau yang menyebarkan gambar tersebut.
Persoalannya, bagaimana dengan Anwar, bukan sahaja tidak mahu bersumpah tidak melakukan liwat terhadap Saiful Bukhari malahan DNA pun tidak mahu serah.
Rakyat juga masih ingat, beliau sanggup berlindung di Kedutaan Turki kerana bimbang ditangkap polis selepas Saiful membuat laporan polis
Terpulang kepada rakyat menilainya, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena sebenarnya Harap rakyat fikir-fikirlah sendiri kenapa beliau bertindak demikian.Kesimpulannya, Pakatan Rakyat ini menyusahkan rakyat sahaja. Dulu mereka perjuangkan ‘Negara Kebajikan’ tetapi apa yang pasti kini, rakyat terpaksa menghabiskan duit rakyat aje mahu buat pilihanraya.
Kita mahu pemimpin yang boleh berkhidmat dalam masa panjang bukan pemimpin ‘biskut’ sekejap ada sekejap ganti lain pula. Camne kalu kita undi protes dengan tidak sokong calon PR.
Waris Pahang sudah bosan dengan PR kerana banyak kontroversi yang timbul. Kita hilang kepercayaan kepada PR kerana tiada pembangunan yang dibawa tetapi mereka tidak habis-habis bermain isu-isu. Hari ini isu ini dibawa esok isu lain pula yang dihebohkan. Itulah PR.
Pemimpin Qatar Lebih Utama?
KUALA LUMPUR 16 Feb. - Majlis Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-12 yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berlangsung tanpa kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali berkata, Anwar tidak dapat hadir kerana masih berada di Doha, Qatar untuk bertemu pemimpin negara tersebut.
Katanya, Penasihat PKR itu sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 6.30 pagi ini namun kerana urusan tertentu beliau terpaksa menjadualkan semula penerbangannya.
"Saya telah memaklumkan secara rasmi kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Setiausaha Sulit Seri Paduka Baginda mengenai ketidakhadiran Anwar.
(Kata Waris Pahang :
- Anwar sepatutnya menghadiri sidang dewan yang dirasmikan Yang Dipertuan Agung.
-Kehadiran Ketua Pembangkang ini penting sebagai sokongan moral pihak pembangkang kepada Institusi Raja.
-Apatah lagi kita baru sahaja dikejutkan dengan kemelut isu derhaka kepada Sultan.
Kredibiliti Anwar sebagai Ketua Pembangkang boleh dipertikaikan).
Tuesday, February 10, 2009
Kejatuhan PKR Mula Terserlah
Oleh : Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri Pada 1:39 AM . Saturday, February 7
1. ALHAMDULILLAH, bersyukur kepada Allah SWT akhirnya YAB Menteri Besar Datuk Dr. Zambry selamat mengangkat sumpah.
2. DYMM Paduka Seri Sultan Perak & Raja Nazrin sangat gembira dengan kerajaan baru di negeri baginda sultan. Perubahan ini merupakan Kemenangan kepada Raja-Raja Melayu terutama Raja Perak apabila Bekas MB Nizar yang dikontrol oleh Puak-puak DAP mengikut apa jua kehendak konco-konco DAP seperti isu 999 tanah, Mempersoal Hak & Kuasa Raja Melayu, dan YANG TERBARU MEREKA MAHU MENYAMAN RAJA MELAYU !
3. BEKAS MB Nizar yang memohon Derhaka kepada Sultan memang pun menderhaka kerana tidak menerima Titah DYMM Paduka Seri Sultan supaya meletakkan jawatan. Sebelum itu pun, Bekas MB Nizar kelam-kabut mengumumkan pembubaran DUN Perak Tanpa merafak sembah kepada Raja Perak. Nasib Baik dia tidak tinggal di Johor!
4. INTIPATI kepada peristiwa ini ialah PERINGATAN kepada DAP bahawa Negara ini ada Raja. Negara ini bukan setakat ada Mahkamah, Perlembagaan dan Undang-Undang tetapi ada satu INSTITUSI yang sudaha lama diamalkan sejak Zaman Melaka lagi iaitu INSTITUSI RAJA.
5. Berdasarkan pemerhatian penulis di Kuala Kangsar 2 3 hari ini, yang menentang sangat sehingga menghalang laluan kereta kerabat DiRaja Perak ialah orang-orang luar, bukannya orang Perak.
6. YB DAP Fong Po Kuan menyatakan partinya sedang mengalami Kemelut Dalaman yang besar. YB Hee Yit Foong adalah Revolusi yang memulakan penghijrahan YB-YB DAP di Kedah & Selangor tidak berapa lama lagi.
7. Manakala YB Jamaludin & YB Mohd. Osman menjadi Pemangkin kepada rakan-rakan YB PKR mereka di Kedah & Selangor untuk berhijrah dan menubuhkan Kerajaan Baru .
8. Seperti kata Bekas MB Nizar, tindakan melompat adalah Demokratik sebagaimana semasa dia menerima YB Bota menyertai Bota 11 hari yang lalu. Maka Penghijrahan YB PKR/DAP di Kedah & Selangor samalah tafsiran Bekas MB Nizar sebagai Demokratik...bukan begitu.
9. Kerajaan Baru di Kedah & Selangor dijangka berlaku menjelang April. Sekurang-kurangnya 7 YB PKR/DAP di Kedah bakal Berhijrah dan 8 di Selangor.
10. Semuanya berlaku kerana selepas hampir 12 bulan memerintah mereka saling curiga-mencurigai, berebut kuasa, dan memerintah ikut kehendak masing-masing ( tidak mentadbir mengikut general orders ).
Monday, February 2, 2009
Harga Minyak Turun : Susahnya Berterima Kasih?.
- Mereka telah mengadakan pelbagai bentuk bantahan termasuklah mengadakan perhimpunan jalanan dan tunjuk perasaan serta mengeluarkan kata-kata kesat kepada kepimpinan negara dan kerajaan.
Gambar Hiasan
- Tindakan kerajaan menaikan harga minyak suatu ketika dulu bukanlah bertujuan menindas dan menzalimi rakyat.
- Kerajaan terpaksa menaikan harga minyak kerana desakan kenaikan harga minyak di pasaran dunia.
- Namun apabila harga minyak diturunkan oleh kerajaan tiada pula kata-kata pujian dan ucapan terima kasih yang diberikan.
- Kita sepatutnya berterima kasih di atas keperihatinan kerajaan kerana mengotakan janji sekaligus mengurangkan beban pengguna terutamanya golongan yang berpendapatan rendah.
- Harga minyak telah diturunkan kali ketujuh pada 15 December 2008. Kini harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM1.90 kepada RM1.80. Petrol RON92 pula turun dari RM1.80 kepada RM1.70 dan Diesel juga turun dari RM1.80 ke RM1.70.
- Adakah perlu kita menukar kerajaan yang sedia ada semata-mata kerana kerajaan menaikan harga minyak?.
- Kini kerajaan telah turunkan harga minyak lebih daripada RM 0.50. Iaitu lebih daripada harga yang mahu diturunkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Semestinya kita menolak pembangkang kerana kerajaan telah berjaya menurunkan harga minyak.
- Sikap pembangkang yang menangguk di air yang keruh amat kita kesali. Sepatutnya susah senang kita hadapi bersama.
- Sebagaimana yang kita maklumi, kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak suatu ketika dulu kerana kenaikan harga bahan api itu di pasaran dunia.
- Tindakan kerajaan menurunkan harga minyak telah mengembalikan keyakinan rakyat terhadap keupayaan kerajaan dalam menangani masalah-masalah yang membebankan rakyat selama ini.
- Apa yang penting bagi kita ialah mestilah sentiasa bersedia menghadapi pasang surut ekonomi global yang tidak menentu.
- Kita juga mestilah mengurus ekonomi kita dan negara dengan lebih baik dan teratur untuk jangka masa pendek dan panjang.
Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009
Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009
LAGU WARISAN
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini
Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki
Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan
KATA HIKMAH
‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”
Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.
PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :
Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.
Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?
''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.
Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?
"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?
Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.
Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.
Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.
Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''
PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :
Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.
WASIAT RAJA-RAJA MELAYU
“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.
Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).
Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.
Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.
Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.
Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
WASIAT RAJA-RAJA MELAYU
