
Datuk Seri Najib Tun Razak tidak nampak sebarang faedah diadakan debat antara Pas dan UMNO dalam menyelesaikan permasalahan umat Islam dan menentukan masa depan negara.
Perdana Menteri berkata, forum terbaik untuk menangani kedua-dua isu itu adalah menerusi musyawarah dan mengadakan perbincangan secara ikhlas.
‘‘Saya tak nampak apa faedahnya debat. Saya nampak ramai orang tidak bersetuju diadakan debat yang tidak mempunyai apa-apa faedah,’’ katanya kepada pemberita di kediamannya di Sri Satria di sini, hari ini. Sumber : Utusan Malaysia-30 Jun 2009
(Kata Waris Pahang :
-Debat lebih membawa kepada menegakkan hujah dan pertikaian yang tidak mendatangkan sebarang hasil dan mengeruhkan lagi keadaan.
-Musyawarah adalah relevan bagi mencapai kata sepakat berhubung kepentingan bangsa, agama dan negara.
-Pendekatan musyawarah juga adalah jalan bagi mewujudkan persefahaman dan mengelak berlaku perbalahan yang merugikan bangsa dan agama.
- Ketua Pemuda PAS dilihat lebih liberal daripada Nik Aziz yang emosional dan diktator. Ketua Pemuda PAS mencabar Pemuda UMNO untuk bermuzakarah dan beliau akan menghantar surat rasmi kelak.
-Namun penggunaan bahasa 'mencabar' itu amat kasar dan seolah-olah ajak berdebat bukan muzakarah. Mungkin nama sahaja ditukar tetapi matlamatnya adalah berdebat.
-"Pemuda UMNO boleh menggunakan kesempatan bagi menjelaskan betapa perjuangan mereka tidak menyalahi Islam sebagaimana yang didakwa . Lantaran itu saya mengharapkan pemuda UMNO tidak mengelak dari muzakarah ini jika mereka benar", kata Pemuda PAS.
-Waris Pahang berpendapat tiada faedahnya bermuzakarah ini jika kita menghukum terlebih dahulu. Muzakarah ini dikhianati oleh budaya buruk sangka, berniat mengaibkan seseorang, organisasi dan pertubuhan dan bukan mencari titik persefahaman).