MP Hulu Selangor meninggal dunia
Ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak.
Beliau meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak.Zainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.
Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, beliau merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.
Antara jawatan exco yang dipegangnya termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia. Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.
Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari parti MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.
Kerusi itu berjaya dirampasnya untuk PKR dengan hanya majoriti 198 undi. (Sumber : Malaysiakini)
(Kata Waris Pahang :Jika dilihat situasi kini banyak sokongan rakyat kepada BN berbanding
Pembangkang Yang Terkangkang-Kangkang. Antara faktor-faktornya :
1. Kes liwat membabitkan DSAI memberi kelebihan kepada BN kerana rakyat kecewa dengan sikap DSAI yang suka menangguh-nangguh perbicaraan kes dan menarik negara luar masuk campur tangan urusan negara ini.
2. Ramai wakil rakyat PKR telah keluar parti PKR menjadi parti BEBAS memberi kesan kepada kepercayaan pengundi kepada pembangkang atau dalam erti kata lain
"Pembangkang Tidak Lagi Boleh Dipercayai".3. Perselisihan faham dalam PAS-PKR-DAP sukar dibendung lagi dan parti masing-masing seperti membawa haluan masing-masing. Pertikaman lidah antara satu sama lain mewarnai politik Malaysia.
4. Pengkhianatan DAP terhadap Melayu Pulau Pinang menimbulkan perasaan marah yang memuncak dikalangan masyarakat Melayu seluruh Malaysia.
5. Ramai rakyat yang keliru dengan fatwa songsang ulama-ulama PAS yang menghalalkan cara demi mencapai matlamat.
6. Namun yang paling utama ialah kesungguhan Perdana Menteri menjayakan slogannya
"Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan" berbanding dengan pembangkang
"Politik Didahulukan Pilihanraya Diutamakan".Jika betul caranya BN mampu menang besar kerana dalam piliharaya umum 2008, BN menang kesemua kerusi DUN kecuali kerusi Parlimen.i. DUN Hulu Bernam, Datuk Isris Abu Bakar (BN) menewaskan calon PAS Abdul Shukor Ali dengan majoriti 3,549 undi. Idris mendapat 7,985 undi manakala Shukor 4,436 undi. Jumlah semua pengundi seramai 17,549 pengundi.ii. DUN Kuala Kubu Bharu,Wong Kun Moon (BN) menewaskan calon DAP Annamalai Ramu dengan majoriti 448 undi. Wong mendapat 6,107 undi manakala Ramu 6,555. Jumlah semua pengundi seramai 18,212 orang.iii.DUN Batang Kali, Mohd Isa Abu Kasim (BN) menewaskan calon Mohd Nasarudin Abdul Aziz dengan majoriti 2,179 undi .Mohd Isa mendapat 11,724 undi manakala Mohd Nasarudin 9,545 undi. Jumlah semua pengundi ialah seramai 27,832 orang.iv. Parlimen Hulu Selangor, Allahyarham Dr Zainal (PKR) mengalahkan Timbalan Presiden MIC Datuk G Palanivel. Beliau dapat 22,979 undi manakala Allahyarham Dr Zainal 23,177. Jumlah semua pengundi seramai 63,593 orang.Pembangkang menang bagi Parlimen Hulu Selangor bukan kerana pembangkang kuat sebaliknya rasa tidak puas hati pengundi terhadap pemilihan calon BN dan pengaruh kuat Dr Zainal. Semoga BN tidak salah langkah lagi dalam memilih calon yang sesuai bagi kawasan Hulu Selangor dan pengundi jangan memilih pembangkang yang sudah jelas kapal mereka akan karam atau dalam erti kata lain tiada harapan lagi untuk membantu rakyat.