
Marilah kita beramai-ramai memenuhi Padang Perkampungan Sungai Isap Kuantan malam ini (24 Febuari 2012) jam 9.00 malam menyaksikan ceramah 'Bicara Ummah' yang disampaikan oleh Datuk Dr.Hasan Ali.
Sebelum ini Dr. Hasan Ali telah menggegarkan Temerloh dan Jengka dan kini peluang orang Kuantan pula menyaksikan ceramah beliau. Tidak kiralah apa pegangan parti politik kita, apa yang penting kita mendengar sendiri penjelasan dari Dr. Hasan Ali berkenaan perjuangan beliau memperjuangkan IMR (Islam, Melayu dan Raja-Raja.
Ramai sedia maklum, ada pihak yang tidak senang dengan road show Dr. Hasan Ali kerana mereka gusar sekiranya terbongkar rahsia-rahsia pakatan jahat mereka mahu menawan Putrajaya. Dalam ceramah yang diadakan sebelum ini Dr. Hasan Ali telah mendedahkan yang tersurat dan yang tersirat. Semoga ceramah beliau pada malam ini dapat merungkaikan apa yang terselit.
Diharapkan penyokong PAS, UMNO, PKR dan penduduk di sekitar kawasan Parlimen Kuantan, Paya Besar dan Indera Mahkota dapat meluangkan masa ke Program 'Bicara Ummah' yang diadakan pada malam ini.Jangan lupa ajak bersama kaum keluarga dan sahabat handai serta jiran-jiran ke program BICARA UMMAH ini.