Baru-baru ini Waris Pahang mengemas almari, maka terjumpalah sebuah buku yang menceritakan tentang kezaliman PAS. Maka timbul persoalan, mengapa Allah mentakdirkan saya menjumpai buku ini ketika musim Pilihan Raya Kecil P.036 Kuala Terengganu.Wednesday, January 7, 2009
PAS : Kejam! Kejam! Kejam!
Baru-baru ini Waris Pahang mengemas almari, maka terjumpalah sebuah buku yang menceritakan tentang kezaliman PAS. Maka timbul persoalan, mengapa Allah mentakdirkan saya menjumpai buku ini ketika musim Pilihan Raya Kecil P.036 Kuala Terengganu.Tabika Kemas : Kezaliman PAS Di Terengganu
Tuesday, January 6, 2009
Tabika Kemas Ditutup Bukti Kezaliman
Tindakan zalim ini samalah dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan pembangkang (PAS) ketika memerintah Terengganu suatu ketika dulu. Adalah tidak mustahil tindakan yang sama akan diambil oleh kerajaan di bawah Pakatan Pembangkang seperti Selangor dan Kedah.Persoalan yang timbul kini, siapa yang arahkan JKKK mengunci dan mengarahkan semua dewan yang dijadikan tabika Kemas di Negeri Perak dikosongkan. Sudah tentulah ada pihak atasan yang memberikan arahan tersebut.
JKKK dan pegawai daerah mendakwa mendapat arahan daripada kerajaan negeri tetapi Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menafikannya.
Siapakah makhluk yang zalim disebalik isu ini?. Menteri Besar Perak kata ini bukan arahan saya tetapi arahan daripada pegawai daerah. Persoalannya lagi, kenapa pegawai daerah kata lain, JKKK cakap lain dan Menteri Besar pun kata lain. (Dipetik dari Utusan Malaysia)
Kerajaan negeri sepatutnya mengenepikan perbezaan fahaman politik demi kepentingan ilmu pengetahuan kepada kanak-kanak.
(Kata Waris Pahang :
- Apakah dosa anak-anak sehingga diperlakukan begitu. Apakah salah mereka sehingga disuruh keluar dari sekolah tersebut.
- Anak-anak yang tidak berdosa ini adalah mangsa politik parti pembangkang yang bencikan Barisan Nasional. Sedangkan mereka belum faham erti politik.
- Tadika Kemas semenjak dahulu lagi banyak berjasa kepada masyarakat terutama bagi golongan yang berpendapatan rendah dan mempunyai anak yang ramai bersekolah. Yuran yang dikenakan tidak semahal mana jika dibandingkan dengan tadika swasta.
- Inilah kebajikan yang Kerajaan Barisan Nasional berikan kepada rakyat. Sungguh malang bagi rakyat yang menyokong Pakatan Pembangkang kerana mereka gagal memberikan kebajikan kepada rakyat sebagaimana yang mereka laungkan "Negara Kebajikan".
- Tadika Kemas tidak seharusnya ditutup kerana ianya tadika untuk semua anak-anak tanpa mengira kaum dan latar belakang politik ibubapa.
- Pepatah Melayu "Menang Sorak Kampung Tergadai", jelas sekali semenjak pakatan pembangkang memerintah negeri mereka merampas apa sahaja yang mereka mahu rampas seperti bangunan Kemas, kawasan balak, tanah milik Melayu dan lain-lain. Sekiranya mereka memerintah negara, kita tidak pasti apa yang tinggal.
- Rakyat Terengganu telah menolak kerajaan zalim PAS semasa memerintah Terengganu selepas PRU 10 kerana anak-anak dihalau dari Tadika Kemas. Maka pengundi-pengundi P.036 Kuala Terengganu jangan mengundi pembangkang sebagai tanda protes kepada kerajaan Pakatan Pembangkang.
- Terima Kasih rakyat Negeri Perak kerana bertekad tidak akan memberi kemenangan kepada pakatan pembangkang dalam PRU 13 nanti.
Anwar sokong Bush sokong Israel
Dunia Arab yang berada di sekeliling negara Israel seolah-olah panik dan tidak tahu hendak melakukan apa sedangkan kes penyembelihan ini sudah berlaku berabad lamanya.
Presiden Bush secara terang-terangan menyokong Israel dan pesawat pejuang serta bom yang digunakan adalah buatan Amerika. Selagi Amerika menyokong Israel kita akan lihat kebiadaban Israel membelakangkan kutukan dunia dan mereka akan terus membunuh orang Arab Palestin dan menghancurkan penempatan dan bandar mereka.
Kenderaan Bergambar Bush Semasa PRK Permatang PauhOrang Malaysia yang menyokong Presiden Bush ialah Anwar Ibrahim. Sebuah kenderaan yang digunakan semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh terpampang gambar Presiden Bush pada kenderaan tersebut. Ianya menggambarkan seolah-olah Bush memberi sponsor kepada Anwar Ibrahim untuk bertanding kerusi Permatang Pauh.
Kenderaan seperti ini akan dilempar kasut dan selipar jika melalui kawasan bandar dan perkampungan orang Arab. Namun senario di Malaysia berlainan pula kerana ia bagaikan fonemena biasa sahaja.
Monday, January 5, 2009
Strategi Terancang Selamatkan Palestin
Kita rakyat Malaysia sebulat suara mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman tentera Israel ke atas umat Islam di bumi Palestin.Oleh yang demikian marilah kita berusaha mengatur strategi untuk melemahkan Israel dan AS seperti berikut :
1. Pengguna Islam digesa "Boikot Barangan Yahudi/ AS" . Marilah kita bersama-sama melaksanakan kewajipan ini agar penghinaan kepada Islam mendapat pembalasan sewajarnya.
2. Menggesa kerajaan memboikot produk AS dan Israel dengan cara tidak mengimport produk-produk mereka.
3. Menggesa PBB lebih bertegas dalam menagani isu pencerobohan ini dan mendesak pihak AS agar berhenti dari terus menyokong tindakan dan polisi ketenteraan zionis tersebut.
4. Menggesa kerajaan menghantar memorandum bantahan kepada Negara Israel dan AS terhadap pencerobohan ini.
5. Menggesa pertubuhan OIC memainkan peranan mereka dengan lebih berkesan lagi serta bersatu dalam menangani situasi yang melibatkan negara Islam serantau. Semua negara OIC diminta untuk mendesak PBB agar bertegas dalam isu Palestin.
6. Menggesa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Liga Arab menubuhkan satu pakatan ketenteraan menyerupai Perjanjian Pertubuhan Atlantik Utara (NATO).
7. Menggesa negara Islam yang mempunyai senjata yang paling mahal dan kebal yang Allah kurniakan iaitu minyak untuk memerangi semua musuh Islam di dunia ini.
8. Menggesa rakyat Malaysia tidak menggunakan mata wang dolar AS.
9. Menggesa semua Umat Islam bersatu tanpa mengira idelogi agar bersama-sama mengutuk perbuatan yang tidak berperi kemanusiaan ini.
10. Mengumpul dana untuk membantu Negara Palestin dan umat Islam Palestin.
Namun apa yang kita kesalkan kata-kata PDO ketika mengulas tentang demo bantah kekejaman Israel terhadap Umat Islam Palestin di Masjid Abu Bakar Temerloh.
"Terkadang kita naik hairan dengan pihak berkuasa terutamanya pasukan polis di Malaysia negara Islam Hadhari ini. Biarpun demonstrasi yang diadakan bukan bertujuan politik tetapi untuk memberi sokongan kepada umat Islam di Palestin. Namun, mereka masih mahu menghalang rakyat untuk menyatakan bantahan atas kekejaman yang dilakukan oleh Zionis itu. Sungguh malang bagi umat Islam di Malaysia, jika perkara seperti ini pun dianggap sebagai perhimpunan haram. Walhal ia bertujuan untuk menyatakan perasaan kecewa atas segala kezaliman yang berlaku itu".
(Kata Waris Pahang : Negara kita ada undang-undang jadi ikutlah undang-undang. Mana-mana perhimpunan yang mahu diadakan mestilah mendapatkan keizinan pihak berkuasa terlebih dahulu supaya mereka dapat mengawal keadaan dan mampu mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.
Memang telah menjadi kebiasaan pakatan rakyat mengadakan perhimpunan selepas itu menyalahkan pihak berkuasa. Ini semua bertujuan mahu mendapat simpati rakyat. Ini adalah taktik lama yang ketinggalan zaman dan tidak sesuai diamalkan lagi).
Dulu Anwar tempelak PAS, Kini Anwar tempelak diri sendiri
Semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pernah berkata dalam satu majlis ceramah Umno di Terengganu dalam tahun 1986 bahawa :Pemimpin-pemimpin PAS jangan lagi bermimpi pada siang hari untuk memerintah negara ini jika mereka tidak mempunyai kemampuan.Sunday, January 4, 2009
Lim 'warning' Anwar ?
Apa boleh buat, itulah ketuanan rakyat yang Anwar mahukan.
Lim Guan Eng minta Anwar tolong tengok-tengokkan penyokong PKR yang memberontak tidak puas hati dengan PAS. Kalau mereka berterusan bergaduh maka tiada can lah nak tawan Malaysia. Malahan tiada can nak jadi PM atau TPM atau Menteri Kabinet.
Lim kata DAP akan bagi sokongan kat PAS dalam PRK Kuala Terengganu nanti, itupun selepas Husam Musa 'corner' impian Nik Aziz nak laksana Hudud. Bang Nuar takkan bersuara pasal sokong Hudud. Kalau dia berani bersuara dan cakap setuju, maka talak tiga lah dengan DAP.

Aku pun pening dengan tiga parti ini, kadang-kadang PAS ajar DAP, PAS ajar PKR, PKR ajar PAS, PKR ajar DAP, DAP ajar PAS dan DAP ajar PKR. Yang pasti mereka akan berlumba-lumba mengibarkan bendera mereka di Terengganu.
Saturday, January 3, 2009
BN Cerah PAS Resah
Kelemahan Ketara PAS :1. Faktor calon : pemilihan calon PAS telah mengecewakan banyak pihak samada Mat Sabu dan penyokongnya, Dr Syed Azman dan penyokongnya dan juga Cikgu Pa dengan penyokongnya.
2. Haji Abdul Wahid Endut adalah pilihan peribadi DS Haji Hadi, bukan pilihan rakyat Kuala Terengganu.
3. Dr. Syed Azman sebenarnya lebih layak kerana calon BN adalah orang muda. Golongan muda sudah pasti akan memihak kepada BN, Tahniah!.
4. Kumpulan Dr. Syed Azman sudah pasti akan menyokong BN kerana beranggapan beliau menjadi korban konspirasi dalaman PAS. Apakah terdapat pihak yang hendak mencantas Dr Azman untuk menjadi pemimpin PAS Kuala Terengganu atau pusat pada masa akan datang?
5. Calon PAS telah 5 penggal menjadi ADUN, kebiasaannya rakyat telah jemu dan menyampah kalau seseorang memegang terlalu lama jawatan. Apatah lagi prestasi beliau dilihat semakin menurun.
6. Adun Wakaf Mempelam yang juga calon PAS didapati gagal menjaga kawasannya, persoalannya bagaimana beliau mahu menjaga keseluruhan Parlimen Kuala Terengganu satu masa nanti.
7. Untuk rekod, dalam satu sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu, Wahid Endut sendiri mengaku bahawa sepanjang 1999-2004, tiada pembangunan yang dibawa oleh PAS ke dalam negeri Terengganu. (Klik di sini)

9. PAS menyebarkan merata-rata gambar Wan Farid sedang berkaraoke namun temberang PAS pecah, gambar tersebut sebenarnya adalah aktiviti keluarga.
Yang Temberang
Yang Betul, Aktiviti Keluarga.
10. Rakan Pakatan Rakyat seperti PKR dan DAP akan membantu seperti melepaskan batuk ditangga sahaja atau tidak ikhlas kerana bimbang PAS akan lebih menonjol daripada parti mereka satu hari nanti. Apatah lagi perselisihan tentang perlaksanaan HUDUD masih belum reda.
Friday, January 2, 2009
Blog Hina Nabi : Cabar Kesabaran Kita
Salam buat semua pembaca blog sekalian. Alhamdulillah, laman blog Adibah Ahmad yang menghina Nabi Muhammad S.A.W telah dikeluarkan. Namun kini muncul pula laman blog Adibah Ahmed.LAGU WARISAN
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini
Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki
Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan
KATA HIKMAH
‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”
Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.
PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :
Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.
Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?
''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.
Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?
"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?
Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.
Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.
Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.
Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''
PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :
Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.
WASIAT RAJA-RAJA MELAYU
“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.
Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).
Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.
Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.
Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.
Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
WASIAT RAJA-RAJA MELAYU





