Monday, July 20, 2009

PKR : Parti Kecewa Rakyat

Chua Jui Meng umum sertai PKR

KUALA LUMPUR 18 Julai - Bekas Naib Presiden MCA dan Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng hari ini mengumumkan secara rasmi menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Di hadapan 800 hadirin dan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jui Meng turut mengisytiharkan keluar daripada parti MCA.

"Hari ini saya membuat keputusan penting dalam hidup saya, meninggalkan MCA dan menyertai PKR serta melepaskan jawatan saya sebagai Ketua MCA Bahagian Bakri selama 23 tahun," katanya.

Beliau berkata demikian pada forum anjuran PKR di Bandar Sunway di sini hari ini.
Turut mengikuti langkah Jui Meng ialah bekas Ahli Parlimen Lumut pada penggal 1995-1999, Datuk Dr. Yap Yit Thong dan bekas Ahli Dewan Negara, Datuk David Yeoh.

(Kata Waris Pahang :

-Chua salah pertimbangan, pakatan pembangkang sebenarnya semakin lemah dan goyah. Mereka bukan lagi tidur sebantal tapi mimpi lain-lain sebaliknya tidur dengan bantal dan mimpi masing-masing.

-BN tidak perlukan pembelot dan mereka yang tidak berpegang kepada prinsip parti. Memang parti pembangkang sesuai digelar parti orang kecewa).

Nizar Buat Apa Tu?.

APA DAH JADI YEOP NIZAR KOME???


Surah AlImraan ayat 118Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.
Surah Al-Imraan ayat 78Dan sesungguhnya, di antara mereka (Ahli Kitab itu) ada (Ketua-ketua ugamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian dari Kitab Taurat padahal ia bukanlah dari Kitab itu. Dan mereka pula berkata: "(bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah", padahal ia bukanlah dari sisi Allah; dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).

Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.

ASTARGHFIRULLAHHAL'AZIM, apa ke hel nye yeop Nizar kome ni. Tau ler kepola otak dah mereng, tapi takkan nak jual agama semata-mata nak ngikut kater Ngeh dan Nga. Sampe sanggup berlilin-lilin macam paderi Kristian.
Amalan "vigil" ni amalan orang Kristian, kalau yer pun nak tarik pengaruh orang Kristian takkan nak mengamalkan amalan agama mereka. Rasullulah pernah bersabda orang Nasrani dan Yahudi takkan puas hati sehingga orang Islam ikut cara mereka.
Nampaknya Nizar dah ikut cara Kristian. Malah Mufti Tan Sri Harun Sani pun dah cakap amalan ini bertentangan dengan ajaran Islam. Takkan nak tinggalkan cakap mufti ikut cakap Nga dan Ngeh.
Inilah sebenarnya Nizar bertopengkan agama. Kita nak tengok apa kata pemimpin PAS tentang amalan ahli jawatankuasa pusat PAS yang dapat undi tertinggi dalam pemilihan parti itu.
(Sumber : Blog selamatkanperak).

(Kata Waris Pahang :
-Hari ini umat Islam bertanya kepada para ulama, adakah Nizar sudah sesat atau sudah jatuh murtad?.
-Umat Islam bertanya adakah sudah terjejas akidah Nizar?. Barangkali Nizar tidak rasa bersalah sebab semuanya halal belaka asalkan dapat undi?.
-Masih kita ingat masa Sambutan Rumah Terbuka yang dianjurkan oleh kerajaan, PAS bermati-matian mengatakan kita sesat mengamalkan ajaran agama lain.
-Sedangkan kita cuma meraikan dan bertemu suai kenal sahaja, kita bukan mengamalkan ajaran mereka sebagaimana yang dilakukan oleh Nizar.
-Nik Aziz pernah berkata Saiful bersumpah macam orang kristian pegang kitab. Tapi kini orang kuat PAS sendiri yang amal macam ikut cara Kristian.
-Barangkali kalau perlu bakar colok dan calit dahi dilaksanakan asalkan dapat undi?. PAS juga telah membuka kelab penyokong PAS bagi bukan beragama Islam, pelikkan?.
-Dulu sibuk kafirkan UMNO, sekarang upacara menyalakan lilin macam amalan mereka pun dia orang ikut.
-Semoga mana-mana para Ulama dan Mufti buatlah teguran dan keluarkan fatwa berhubung isu menyalakan lilin ini).

Sunday, July 19, 2009

Manik Urai : Keliru Doa Nik Aziz

Ya Allah, ya Rahman,

Wahai Tuhan kami, Janganlah Engkau gelincirkan hati- hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami dan kurniakanlah bagi kami rahmat daripada-Mu, Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sediakanlah petunjuk bagi kami dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami, Bukakanlah kebenaran di antara kami dan kaum kami,kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,Tolonglah akan kami di atas menghadapi golongan-golongan yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami, kepada Engkaulah kami berserah dan kepada Engkaulah kami bertaubat dan kepada Engkaulah tempat kembali.

Wahai Tuhan kami, Janganlah Engkau jadikan kami fitnah (terpengaruh atau tunduk) bagi orang-orang kafir ( PAS BERDOA SUPAYA TAK TERPENGARUH DENGAN ORANG KAFIR. TAPI YANG PAS PI IKUT TELUNJUK DAP WAT PE. PAS SOKONG ELIZ BOGEL. PAS TAKUT KES BABI DI KEDAH. BUKANKAH INI NAMANYA PAS BERMAIN DALAM BERDOA PADA ALLAH? DAN PAS SENDIRI MENGHINA ALLAH DALAM DOANYA?) dan ampunilah bagi kami wahai Tuhan, sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami, Berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim, Kurniakanlah kemenangan kepada kami demi menegakkan agamaMu dan menebarkan keadilan serta kebenaran.

Politik Durian Minah Asli

Sekarang ini musim durian, ramai orang di sana sini perkatakan tentang durian dan makan durian.

Anak-anak yang duduk di bandar pun sibuk nak balik kampung ketika musim durian kalau tidak batang hidung pun susah nak lihat.
Kebun-kebun durian pun terang benderang ditebas kalau tidak tuan kebun sendiri pun takut nak masuk ke kebunnnya.
Ini kisah seorang Minah Orang Asli yang melucukan. Beliau sedang mengandung dan pergi ke klinik kesihatan untuk membuat pemeriksaan.
Lalu nurse pun menegur Minah Asli tersebut kerana tidak pergi ke klinik kesihatan pada minggu lepas sebagaimana janji temu yang sepatutnya.
Nurse : Kenapa awak tak pergi klinik minggu lepas?.
Minah Asli :Saya balik kampung suami saya.
Nurse pun buat pemeriksaan darah tinggi.
Nurse : Darah awak naik ni, awak makan apa?
Minah Asli : Saya makan durian.
Nurse : Banyak ke awak makan durian sampai naik darah ni, bahaya!.
Minah Asli : Saya makan sebiji sahaja durian.
Nurse : Saya tak percaya, mesti awak makan banyak, takkan awak makan sedikit dekat kebun durian suami awak.
Minah Asli : Macamana saya nak makan sedikit sebab anak saya yang dalam perut nak makan banyak durian!.
Nurse : Kah! Kah! Kah!.
Nurse dan orang yang mendengar perbualan tersebut keras perut ketawa.

Saturday, July 18, 2009

Manik Urai : Ingatlah Pesan Pak Kaduk

Pesan Pak Kaduk

Tuan Yang Berhormat
menang ayam kerana taji
menang tuan kerana undi
menang hamba jangan diulang
menang sorak di tengah gelanggang
sedang tanah diambil orang.

Tuan Yang Berhormat
jangan ulangi bodoh hamba
tamakkan habuan yang cepat
termakan pujuk terbelit muslihat
kurang ilmu buta hakikat
tumpul akal tidak melihat
kalah orang kalah mendapat.

Silap Pak Kaduk bertukar ayam
maka tergadai kampung halaman
silap tuan bertolak ansur
maka tercagar nasib keturunan.
Menang Pak Kaduk tidak bertanah
menang tuan tidak bertuah
kalau menunduk pada yang kalah
menang suara jangan kalah digertak
menang budaya jangan kehilangan watak
menang sorak jangan kalah sabungan
menang kerusi jangan hilang perjuangan.
(Hasil Nukilan : Zurinah Hasan)
(Kata Waris Pahang :
-Ingatlah pesan Pak Kaduk yang menyesal dalam hidupnya kerana kalah bersabung. Dulu orang sabung ayam kini orang lumba F1, boleh dikatakan sama sahaja kecuali bersabung ada unsur perjudian.
-Pekik sorak adat pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah. Menang sorak pula hanya seketika, 'apa guna menang kalau orang lain derita'.
-Penyabung menang mendapat harta dan yang kalah pulang derita. Lumba F1 jauh berbeza kerana pelumba akan pulang ke negara masing-masing, berbeza dengan bersabung ayam kerana tanah dijadikan pertaruhan.
-Kini tanah diperjudikan dan dijadikan pertaruhan kerana gila kuasa dan nak menang suara, 999 tahun tanah digadaikan umpama harta datuk nenek dia yang punya (kepala hotak kau!).
-Pak Kaduk mengaku tersilap langkah kerana termakan pujuk dan rayu serta kurang ilmu. Biarpun DAP kurang menang kerusi tetapi berlagak macam kuasai semua negeri.
-Bisikan DAP melonglaikan Melayu (PAS/PKR), apa yang dihajati ditunaikan segera termasuk sanggup 'derhaka' kepada raja.
-Suara kecil DAP menjadi besar dan mampu peroleh apa yang dihajati dari Melayu (PAS/PKR) yang 'tumpul kerisnya'.
-Silap Melayu bertukar parti dari UMNO kepada PAS dan PKR, orang Melayu buat tak reti kerana 'termakan kata-kata orang yang busuk hati'.
-Menang PAS di Manik Urai bukan bertuah kalau menunduk kepada DAP dan PKR. Cadangan Kerajaan Perpaduan Melayu Islam dihancurkan kerana takut kepada DAP/PKR bukan takut kepada yang esa.
-Menang PAS bukan boleh dibanggakan kerana main kotor menghina bangsa Melayu sendiri dianggap menate, komunis dan sesat macam Ayah Pin.
-Rakyat Malaysia naik hairan dengan parti yang mendakwa perjuangkan Islam tetapi berakhlak buruk macam 'orang tidak pernah jumpa tikar sembahyang'.
-Adat pertandingan ada menang dan kalah, pesan Pak Kaduk "menang kerusi jangan hilang perjuangan" untuk agama, bangsa dan negara).

WACANA : Lagi Kes Hina Raja

Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada

Wacana yang dianjurkan oleh GEMPITA di PWTC baru-baru ini menjadi hangat apabila seorang budak muda bangkit menanyakan soalan ketika sessi soal jawab berhubung "raja-raja tidak berperanan dalam membangunkan rakyat dan negara".

Soalan tersebut menyebabkan para hadirin tidak rasa selesa dan marah. Maka seorang yang bergelar doktor bangkit bangun mempertikaikan soalan tersebut.

Budak muda tadi pula bangun mempertahankan soalannnya dan mengatakan soalan tersebut adalah apa yang didengarinya datang dari pertuturan remaja-remaja sekarang dan bukan datang darinya kerana beliau taat kepada raja.

Doktor yang tidak puas hati tadi sempat mencelah sebelum Prof. Dr. Ramlah Adam menjawab, "budak muda tadi baru tidak mengaku soalan tersebut datang darinya" kata doktor.

(Kata Waris Pahang :

-Semenjak pembangkang ghairah mahu menguasai tampuk pemerintahan, kita dapati banyak insiden-insiden penghinaan terhadap institusi raja-raja Melayu.

-Raja Melayu adalah lambang kedaulatan sesebuah negara, simbol kekuatan warga dan payung mahkota Negara.

-Tanpa kita sedari Raja-Raja Melayu sentiasa memayungi Negara dengan meletakkan Negara sentiasa berada dalam keadaan aman damai dan kepentingan rakyat diutamakan.

-Kita amat kesal kerana keputusan Pilihan Raya Umum ke 12 telah memberi ruang dan peluang kepada pembangkang untuk mencabar perlembagaan persekutuan dan institusi raja-raja Melayu.

-Apa yang menyedihkan bangsa Melayu sendiri mengikut telunjuk orang lain untuk ‘derhaka’ kepada raja-raja Melayu dan akhirnya menjadi 'dalang' utama.

-Kita kena lihat dan tahu sejarah bagaimana Revolusi Indonesia berlaku, orang Melayu Indonesia bangkit menentang Belanda tetapi mereka juga bunuh raja-raja Melayu di Acheh.

-Negara Nepal menolak sistem beraja dan Raja Nepal terpaksa turun daripada tahta apabila 2/3 sidang parlimennya menolak pemerintahan beraja.

-Kita mesti menjadikan sejarah sebagai panduan dan kita menolak 'ketuanan rakyat' yang diperjuangkan pembangkang kerana mengurangkan kuasa pemerintahan raja-raja Melayu, menghina, mempersenda dan menanam kebencian terhadap institusi beraja.

-'Ketuanan Rakyat' adalah langkah awal dalam gerakan menghapuskan institusi beraja kepada pemerintahan rebuplik atau diketuai Presiden. Seterusnya identiti asal negara bangsa turut akan hilang.

-Sistem pemerintahan berteraskan Kesultanan Melayu yang wujud lebih 600 tahun, berjaya membangunkan budaya dan tamadun yang agung.

-Kita mengalu-alukan langkah pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana warga Malaysia yang menghina raja-raja Melayu.
-Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku).

Friday, July 17, 2009

Manik Urai : Jambatan Sempit PAS Tersepit

Abe Uji dulu pemborong ikan kini bergelar YB. Persoalannya apa yang Abg Uji boleh buat untuk membina jambatan?.

Apakah YB akan menaikkan harga ikan bagi mengutip wang membina jambatan?. Atau YB bina jambatan sekerat-sekerat dulu?.
Di mana YB mahu cari duit sebanyak 7 juta untuk bina jambatan?. Bila agaknya jambatan tersebut akan dibuat dan boleh digunakan?.
Rakan karib PKR dan DAP tak janji dan tidak mahu bantu ke?. Barangkali bagi mereka daripada bantu PAS baik mereka guna duit untuk kuatkan parti masing-masing.
Adakah pengundi Manek Urai tidak perlukan jambatan tersebut?. Kalau berani YB pergilah tanya sendiri kepada penduduk kawasan YB.
Kalau PAS kata kita tidak janji jambatan tapi kita janji syurga, adakah penduduk Manek Urai masih percaya lagi kepada PAS.
Barangkali pengikut PAS akan sahut dengan laungan takbir tetapi selepas penceramah balik barulah terkebil-kebil dan rasa habuk pun tarak.

Barangkali selepas ini PAS malu bertemu pengundi kerana menang 65 undi sahaja. PAS tidak boleh berlagak sombong seperti dulu. Manek Urai kini boleh dikatakan sebelah kaki PAS dan sebelah kaki UMNO.
PAS memang angkuh kerana masih mendabik dada kononnya "PAS kuat sebab itu dapat mempertahankan kerusi Manek Urai" kata Tuan Ibrahim Tuan Man di satu ceramah PAS di Raub semalam.

Tetapi kenapa selepas keputusan diumumkan PAS menunding jari menyalahkan orang lain, ini membuktikan sokongan PAS semakin merosot dan lemah.

Antara sebab kekalahan PAS ialah masalah dalaman PAS berhubung dengan Kerajaan Perpaduan. Kini wujud PAS Terengganu (sokong Haji Hadi) dan PAS Kelantan (sokong Nik Aziz).(Baca Sini).

Angka 65 kini menghantui fikiran ahli PAS dan Pakatan Pembangkang. Menang tipis PRK Manek Urai umpama PAS kalah pilihan raya.

Manik Urai : Pas Menang Rakyat Bengang

PAS Menidurkan Manek Urai
UMNO teruskan agenda pembangunan Kelantan ~ Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 15 Julai - UMNO akan meneruskan agenda pembangunan di Manek Urai dan Kelantan walaupun calonnya tewas pada pilihan raya kecil di kawasan itu semalam.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed berkata, walaupun Kerajaan Negeri Kelantan tidak sehaluan dengan Kerajaan Pusat namun UMNO akan terus menyediakan bantuan infrastruktur di negeri itu.

''Memang kerajaan membuat janji semasa pilihan raya dan banyak permintaan diterima daripada rakyat dan antaranya (permohonan) bantuan baiki rumah, bantuan kebajikan masyarakat. (Baca Sini)

(Kata Waris Pahang :

-Waris Pahang banyak baca blog pembangkang selepas mereka menang tipis sahaja. Apa yang menghairankan ialah pembangkang kini menuntut supaya BN menunaikan pembangunan di Manek Urai?. (Baca Sini)

-Persoalannnya siapa yang menang dalam pilihan raya kecil Manek Urai, PAS atau BN?. Mengapa pula pembangkang desak BN membangunkan Manek Urai.

-Andainya PAS rasa tidak mampu membangunkan Manek Urai, rasanya eloklah kita adakan pilihan raya kecil semula.

-Rakyat Kelantan tidak perlu mengundi PAS lagi kerana mereka hanya pandai berpolitik untuk mendapatkan kuasa dan mengutamakan kepentingan parti bukan mendapatkan kuasa untuk membangunkan kawasan dan menyelesaikan masalah penduduk.

-Pemimpin PAS tidak berhak meminta bantuan dari kerajaan pusat untuk meneruskan projek pembangunan di kawasan Manik Urai.

-Walaubagaimanpun kerajaan pusat akan menunaikan janji pilihan raya dan tidak akan mengabaikan penduduk Manek Urai mengikut kemampuan yang ada.

-Penduduk Manek Urai tidak sepatutnya dihukum kerana gagal memberi sokongan kepada BN walaupun mereka sedaya upaya mahu menukar pemerintahan di Manek Urai.

-Apa yang penting, walaupun BN kalah di Manek Urai tetapi ada sinar dan peluang bagi BN di hujung terowong untuk membawa harapan dan memanik semula impian yang terburai kepada rakyat Kelantan).

Wednesday, July 15, 2009

Manik Urai : Adakan Pilihan Raya Kecil Lagi

Agaknya Apa Yang Sedang Difikirkan Oleh Mereka
Selepas Pembangkang Menang Tipis 65 Undi,
Mungkin Ini Yang Diperkatakan Oleh Mereka.
JIS : Ambo Nok Letok Jawate, MU Hampi Kaloh
WAR : MU Kalah Tak Pe, Jgn Aku Kalah Kat Mahkamah
LIM: PAS Dan PKR Dah Tak Boleh Pakai!
Petanda angin perubahan
TRONOH 14 Julai - Kekalahan tipis calon Barisan Nasional (BN) kepada calon Pas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai hari ini menunjukkan angin perubahan daripada rakyat bertiup kuat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kejayaan mengurangkan majoriti Pas pada pilihan raya umum lepas yang melebihi 1,200 undi merupakan satu isyarat jelas bahawa rakyat mahukan pembaharuan.

''Saya rasa bersyukur walaupun kita kalah 65 undi. BN berjaya kurangkan majoriti tetapi malangnya kita tidak dapat undi yang boleh meletakkan kita dalam keadaan menang.

''Saya rasa kita tidak harus kecewa kerana keputusan ini menunjukkan ada peningkatan sokongan yang cukup jelas kepada BN," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis tilawah al-Quran peringkat kebangsaan kali ke-52 di Universiti Teknologi Petronas di sini malam ini.

Muhyiddin mengulas mengenai kegagalan BN merampas kerusi DUN Manek Urai selepas calonnya tewas kepada Pas dengan majoriti tipis 65 undi.

Pas mengekalkan kerusi DUN Manik Urai setelah calonnya, Mohd. Fauzi Abdullah mengalahkan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, keputusan itu juga menunjukkan petanda rakyat sudah mula memahami dan boleh menilai kepimpinan berwibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membawa pembaharuan kepada negara.

Justeru katanya, pemimpin dan penyokong BN tidak harus berasa terlalu kecewa malah perlu menjadikannya sebagai pendorong untuk bekerja lebih keras agar angin perubahan itu terus berlaku. (Sumber : Utusan Malaysia)

(Kata Waris Pahang :

-Tahniah kepada Calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah yang diisytiharkan menang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat dengan memperoleh majoriti 65 undi.

-Mohd Fauzi memperoleh 5,348 undi manakala Tuan Aziz mendapat 5,283 undi.

- PAS masih lagi bermegah dan angkuh dengan kemenangan nyawa-nyawa ikan ini walaupun menang tipis.

-Masihkah kau ingat 3 PRK yang lalu :
i. PRK KT ,DUN Wakaf Mempelam calon pas Abd Wahid Endut hilang undi Melayu di kawasan kuatnya.
ii. Nizar hilang 5000 undi Melayu dalam PRK Bukit Gantang.
iii.Abe Uji hilang 1287 lebih undi Melayu di Manek Urai.

-Manek Urai telah memberi amaran awal pada PAS jangan lagi cakap sombong tuduh orang tak Islam dan undi BN kononnya masuk neraka.

-Bagi Abe Uji kamu bagaikan tabung uji PAS, mereka meletakkan kamu sebagai bahan experimen samada kepimpinan ulama masih relevan atau sebaliknya.

-Nampaknya Abe Uji mestilah sahut harapan rakyat yang mahukan pembangunan Manik Urai kerana ketinggalan dari arus perdana.

-PAS tidak boleh salahkan BN jika Manik Urai ketinggalan kerana PAS telah perintah Kelantan hampir 20 tahun.

-Inilah akibatnya kalau PAS sibuk "Ceramah Didahulukan Tabung Diutamakan" untuk perkukuh PAS bukan membantu rakyat dan memakmur kawasan.

-PAS menang nyawa-nyawa ikan seperti ikan di atas darat ('zai samak fil ard' - bahasa arab ni). Kekalahan PAS ini sudah pasti memberi kesan kepada kawasan-kawasan lain.

-Kita naiklah dulu bahtera Abe Uji ke mana dia nak bawa kita di lautan luas. Sungguh sayang seribu kali sayang kerana kita membuang nakhoda bahtera (Tuan Aziz) yang berilmu dan berpengalaman luas.

-Selamat Berjuang Pengundi Kelantan Darul Naim, Angin Perubahan Bertiup Kencang Di Negeri Kelantan. "Ukur Baju Di Badan Sendiri, Jika Sudah Tidak Sesuai, Kita Tukar Sahaja").

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP