Saturday, August 8, 2009

Selsema Babi : Pahang Catat Korban Kedua

H1N1: Kanak-kanak 5 tahun korban ke-15
KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun menjadi mangsa ke-15 yang meninggal dunia akibat selesema babi atau Inflenza A (H1N1) yang juga kes kematian kedua di Pahang, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Hoh Khai Mun, berkata mangsa, Mohd Roshazly Roslin, anak seorang anggota tentera di Kem Batu 10, Jalan Gambang, di sini, disahkan meninggal dunia jam 5.22 pagi tadi di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini. (Sumber : Berita Harian)

(Kata Waris Pahang :

-Takziah diucapkan ke atas keluarga arwah mangsa wabak selsema babi atau influenza A (H1N1). Marilah sama-sama kita sedekahkan Alfatihah.

-Wabak selsema babi atau influenza A (H1N1) kini telah menjadi ancaman serius kepada negeri Pahang. Banyak sekolah-sekolah telah ditutup buat sementara waktu sebagai langkah berjaga-jaga.

-Orang ramai, kakitangan kerajaan, swasta, peniaga dan individu disekitar Kuantan dilihat memakai topeng bagi mengelak dijangkiti wabak ini.

-Sembahyang hajat beserta qunut nazilah telah diadakan sebaik sahaja selesai sembahyang Jumaat pada hari ini bagi memohon perlindungan supaya dijauhkan dari wabak selsema babi atau influenza A (H1N1) yang sedang merebak.

-Seramai 500 orang umat Islam telah mengambil bahagian untuk menunaikan sembahyang hajat di Masjid Negeri.

-PM menasihati orang ramai supaya tidak menghadiri majlis perhimpunan di tempat-tempat awam.

-"Kalau (majlis) perhimpunan itu tidak perlu, tidak perlulah melainkan ada sesuatu mendesak. Tapi bila ada perhimpunan, kita akan tambah risiko kita kerana penyakit ini akan merebak," kata Najib.

-Orang ramai juga mesti mengambil langkah pencegahan dengan menjaga kebersihan seperti membasuh tangan dan memakai topeng terutama ketika berada di tempat terbuka.

-Kita amat kesal kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mempolitikan wabak selsema babi atau influenza A (H1N1) untuk kepentingan peribadi dan partinya).

Permatang Pasir : Mohon UMNO vs DAP

- Paluan gendang PRK Permatang Pasir telah didendangkan cuma siapakah calonnya belum ditetapkan samada daripada BN atau Pembangkang.


-Senario politik dan kebiadaban DAP di Pulau Pinang dan Selangor menyebabkan ada pihak yang minta pembangkang meletakkan calon DAP bertujuan untuk memberi pengajaran kepada DAP.

-Kita sangat terkejut dengan Ronnie Liu yang mempertikaikan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bersama Majlis Bandaraya Subang (MBS) ke atas sebuah pusat hiburan di bandar Sunway.


-Ronnie Liu sangat angkuh dan tidak menghormati perasaan uamt Islam. Lebih malang lagi tindakan itu tidak patuh kepada ketatapan kerajaan negeri menerusi PBT yang telah memperuntukan kuasa dan peraturan membolehkan pihak berkuasa PBT mengambil tindakan sebegitu.

- PAS tidak sepatutnya bersekongkol dengan DAP jika benar-benar mahu menolak kemungkaran.


-Sungguh sedih melihat PAS dan pemimpin PAS diperbodohkan oleh DAP. Jelas sekali PAS tidak boleh buat apa-apa untuk membenteras arak dan judi selagi bekerjasama dengan DAP.


-DAP kini berkuasa, PKR pula gila kuasa dan PAS terhegeh-hegeh cari kuasa. Kalau DAP kata "engko PAS diam, maka diamlah PAS".


-Apa PAS boleh buat kalau kongsi gelap, rumah urut, pelacuran, hotel murahan dan macam-macam lagi akan ditumbuhkan macam cendawan di bawah kuasa DAP?.

- Jika PAS mahu bertanding juga di Permatang Pasir maka bertandinglah tetapi pengundi perlu ingat "memberi undi kepada PAS samalah memberi undi kepada DAP".

-Sedih sekali umat Melayu Islam tidak rasa sensitif apabila Ronnie Liu dan Jeff Oi, Ahli Parlimen Jelutong menghina Islam.


-Menteri Besar Selangor (PKR) tidak berani sentuh Ronnie Liu sebab DAP ada 'kekebalan' dan tidak boleh disentuh atau dikritik langsung.


-Tanpa minta pandangan dan penjelasan PAS, MB Selangor terus selamatkan Ronnie Liu.


-Sebaliknya Jeff Ooi, Ahli Parlimen Jelutong Pulau Pinang boleh pula memanggil pemimpin PKR pelampau atau ekstremis, mana maruah PKR?.


-Kita mahu lihat samaada orang PAS sokong DAP atau tidak maka kita cadangkan pembangkang letaklah calon DAP untuk berlawan dengan UMNO di Permatang Pasir.


-Barulah kita tahu sejauh mana kejujuran dan keikhlasan ahli dan penyokong PAS.

Friday, August 7, 2009

ECER : Kandang Kambing Satukan Pemimpin

PM hargai kenyataan Nik Aziz

BANDAR SERI BEGAWAN 6 Ogos - Alhamdulillah! Itu reaksi Datuk Seri Najib Tun Razak apabila diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang memuji layanan luar biasa Perdana Menteri sepanjang lawatannya ke pelancaran Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (SEZ-ECER) di Pekan, Pahang, Selasa lalu.

"Saya amat menghargai komen Datuk Nik Aziz. Saya juga hargai kesudian beliau mengikuti program sepanjang jalan di Pekan Pahang dua hari lalu," kata Najib pada sidang akhbar berhubung lawatannya ke Brunei Darussalam yang berakhir pagi ini.

Perdana Menteri berkata, ini juga menunjukkan bahawa Menteri Besar Kelantan itu inginkan hubungan yang baik dengan Kerajaan Pusat.

Bernama semalam melaporkan, Nik Aziz menyifatkan penghormatan yang diterimanya pada majlis itu tidak pernah dibuat oleh Perdana Menteri sebelum ini yang baginya dilihat sungguh cantik, di samping senyuman pemimpin Kerajaan Pusat serta kehebatan kawasan itu yang tiada tolak bandingnya.

Nik Aziz dilaporkan sebagai berkata: "Saya dilayan dengan baik (oleh Perdana Menteri), dengan senyumnya, air muka yang jernih, saya dibawa melawat ke kawasan yang dianggap corridor of power untuk pelabur luar negara, sungguh hebat," katanya.

Ditanya sama ada kenyataan seumpama itu dapat mengeratkan hubungan antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat, Perdana Menteri berkata, hubungan dengan kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang bukan hubungan yang perlu dibangunkan dari segi keserasian, yang bererti ia tidak boleh berlaku pada tahap keserasian yang tinggi dalam masa yang singkat.

Tetapi katanya, apa yang penting keikhlasan dan sikap saling hormat menghormati yang dapat ditunjukkan oleh kedua-dua pemimpin.

"Inilah yang menjadi hasrat saya dan ini saya buat secara ikhlas kerana yang saya pentingkan ialah rakyat, rakyat Kelantan dan rakyat Malaysia pada keseluruhannya kerana sebagai Perdana Menteri saya juga Perdana Menteri kepada semua, saya mahu berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia," katanya. (Sumber : Utusan Malaysia)

(Kata Waris Pahang :
-Syukur Alhamdulillah, Nik Aziz baru kenal siapa Najib sebenarnya. Benarlah kata orang 'tak kenal maka tak cinta'.

-Najib mempunyai keperibadian yang tinggi dan jauh sekali dari apa yang digambarkan oleh pembangkang.

-Macam-macam fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada beliau tetapi beliau tidak marah.

-PAS sebenarnya melatah kerana percaya dengan kata-kata PKR dan DAP yang memburukkan Najib.

-Ramai orang PAS Pahang yang meluahkan bahawa mereka sayangkan Najib dan mahu pemimpin yang bijaksana ini terus menerajui negara).

Empangan Klau Bukti Keprihatinan

RM28.7j penempatan semula Orang Asli

RAUB 6 Ogos - Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM28.7 juta bagi membina Rancangan Penempatan Semula Orang Asli (RPS) Sungai Temir dekat sini yang terlibat dengan projek Empangan Klau bagi menyalurkan air mentah ke Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, peruntukan itu bagi membina 115 rumah Orang Asli di penempatan baru di Sungai Bilut.

Katanya, pemindahan itu dilakukan kerana kawasan perkampungan Orang Asli Sungai Temir yang membabitkan tanah rizab Orang Asli seluas 105 hektar akan ditenggelami air disebabkan pelaksanaan projek tersebut.

''Kesemua keluarga Orang Asli Sungai Temir akan dipindahkan ke RPS membabitkan kawasan seluas 342 hektar dan keluarga yang terlibat akan mendapat sebuah rumah berkeluasan 700 kaki persegi serta mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air bernilai RM25,000 seunit," kata Fah Kui.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan masyarakat Orang Asli Sungai Temir menandatangani persetujuan untuk berpindah ke RPS Sungai Bilut bagi memberi laluan kepada pembinaan Empangan Klau di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Timbalan Menteri kementerian berkenaan, Noriah Kasnon dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin.

Menurut beliau, penempatan baru itu menyediakan pelbagai kemudahan dan infrastruktur asas seperti jalan, jambatan, bekalan air dan elektrik, telekomunikasi, tadika, surau, dewan orang ramai, bilik rawatan serta kedai.

Tambahnya, kerajaan membelanjakan kira-kira RM250,000 bagi setiap keluarga Orang Asli yang terbabit dengan pemindahan tersebut, dan perbelanjaan itu tidak termasuk bayaran pampasan nilai kerugian harta benda termasuk pokok buah-buahan.

''Bagi memastikan Orang Asli terbabit menjana pendapatan selepas pemindahan tersebut, kerajaan telah memperuntukkan lot ekonomi merangkumi tanah seluas dua hektar bagi tanaman kelapa sawit dan tanah dusun seluas 0.4 hektar selain tanah kawasan rumah seluas 0.25 hektar.

''Selain itu, sepanjang tempoh 48 bulan setelah pemindahan tersebut, setiap keluarga akan menerima elaun sara hidup sebanyak RM680 sebulan," kata beliau.

Beliau berharap, melalui penempatan semula itu, taraf hidup Orang Asli Sungai Temir akan dapat dipertingkatkan.

Dalam pada itu, Fah Kui berkata, dengan persetujuan tersebut, projek Empangan Klau bagi penyaluran air dari Pahang ke Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya sehingga 2025, akan bermula tidak lama lagi.

Katanya, projek yang merangkumi empat komponen utama iaitu pembinaan terowong pemindahan air, Empangan Klau, muka sauk dan stesen pam Semantan serta saluran paip, dibiayai oleh Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) dan dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2014. (Sumber : Utusan Malaysia)
(Kata Waris Pahang :
-Tahniah kepada masyarakat Orang Asli Sungai Temir kerana mendapat banyak manfaat selepas pemindahan tersebut.
-Rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan juga mesti berterima kasih kepada Negeri Pahang, Pemimpin Negeri Pahang dan Rakyat Negeri Pahang kerana menyalurkan air mentah ke kawasan mereka.
-Jasa Dato' Seri Adnan Yaakob ini akan menjadi satu sejarah negara dan dikenang sehingga bila-bila.
-Sesungguhnya rakyat Pahang tidak akan rugi dengan projek Empangan Klau ini dan sudah pasti Negeri Pahang akan mendapat manfaatnya).

Bantah ISA = Sokong Komunis

OLEH : SAAD NOORDIN Baling Kedah

KEJAHILAN MEMAHAMI PERUNDANGAN MENYEBABKAN RAMAI ORANG MELAYU MAHU ISA DIMANSUHKAN:

Relevankah tindakan mereka merusuh di jalanan Kuala Lumpur kerana mahu ISA dimansuhkan?

Amat jelas mereka diperalatkan oleh pemimpin parti pembangkang yang mempunyai agenda tersendiri, terutama sesiapa yang menyokong perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM).

Amat sedih sekali apabila remaja bangsa Melayu turut berdemontrasi dengan berkelakuan paling biadap, dan mereka tidak sedar bahawa mereka dijadikan sebagai senjata komunis yang mahu ideologi parti itu dihidupkan kembali di Malaysia.

Paling mendukacitakan ialah remaja yang terbabit terlupa selama ini. Sejak dari dalam perut ibu, mereka dijaga oleh kerajaan yang memerintah pada hari ini dalam seluruh bidang kebajikan, termasuk persekolahan.

Di sini amat jelas ideologi komunis telah digunakan oleh pemimpin parti pembangkang untuk menggugat kuasa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Suntikan ideologi komunis yang tidak disedari mereka yang terbabit dalam demontrasi itu tidak sepatutnya berlaku jika pemimpin parti pembangkang mempunyai rasa taat setia kepada negara ini.

Kerana tidak ada rasa taat dan jauh sekali kesetiaan kepada negara, maka, pemimpin pembangkang sanggup mengunakan ideologi komunis dalam menggugat keamanan negara seperti apa yang pernah dilakukan PKM ketika Zaman Darurat dahulu.

Keadaan tersebut kini mahu dibangkitkan semula dengan mendalangi demontrasi seperti mendesak Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihapuskan.

Peranan yang dimainkan oleh parti pembangkang, seperti DAP sebelum ini dengan mencetuskan HARTAL di Pulau Pinang dan peristiwa berdarah 13 Mei masih tidak mampu menyedarkan Orang Melayu.

Dalam melaksanakan agenda DAP, Melayu dalam parti Keadilan dan PAS sanggup melupakan dua peristiwa besar itu yang sepatutnya tidak berlaku jika DAP mempunyai semangat cintakan negara ini.

Tidak keterlaluan jika dikatakan ideologi komunis kini sudah menular dalam jiwa mereka yang berdemontrasi di jalanan Kuala Lumpur yang bertujuan supaya negara dilihat seolah-olah berada dalam keadaan tidak tenteram.

Pihak berkuasa keselamatan perlu tegas dalam menghalang usaha dalang-dalang yang ditunjangi fahaman komunis.

Tindakan tegas dengan menggunakan ISA dalam mengamankan negara adalah untuk membendung cetusan yang cuba dibawa penyokong parti-parti pembangkang yang tidak mempedulikan keselamatan masyarakat lain ketika berdemontrasi.

Imej buruk yang ditunjukkan pemimpin dan penyokong pihak pembangkang dalam tindak tanduk berdemontrasi mahukan ISA dimansuh perlu dijadikan sebagai kayu pengukur dan penilaian rakyat semua kaum di negara ini.

Adakah kepimpinan seperti itu yang kita mahukan menerajui Malaysia? Kepada pemimpin berbangsa Melayu yang turut dalam demontrasi itu -sedarlah apa yang berlaku dalam peristiwa 15 hari PKM bermaharajalela - membunuh dan menyeksa rakyat tanpa mengira kaum. Perlukah sejarah itu diulangi kembali? (Sumber : Bernama)

Thursday, August 6, 2009

Selsema Babi : Pahang Catat Korban Pertama

Angka Korban Selsema Babi Terus Meningkat

KUALA LUMPUR: Empat lagi kematian akibat Influenza A (H1N1) dilaporkan di negara ini, menjadikan jumlah korban keseluruhan virus itu meningkat kepada 13 orang.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata kematian ke-10 membabitkan budak lelaki berumur 12 tahun di Hospital Melaka pada Isnin lalu dan yang ke-11, seorang lelaki berumur 20 tahun di hospital sama pada Ahad lalu.


Dalam kenyataannya semalam, beliau berkata, kes ke-12 pula membabitkan seorang budak lelaki berusia enam tahun yang meninggal dunia di Hospital Batu Pahat pada jam 2.30 pagi semalam.


Mangsa ke-13 yang juga korban pertama H1N1 di Pahang adalah kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang meninggal di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan pada jam 12.40 tengah hari semalam.

ECER

220,000 pekerjaan baru

PEKAN 4 Ogos – Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (SEZ-ECER) mampu menarik pelaburan RM90 bilion dan menyediakan 220,000 peluang pekerjaan menjelang 2020, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, ia yang merupakan zon ekonomi khas pertama di Malaysia meliputi Kerteh, Terengganu hingga ke Tanjung Agas di sini turut menyumbang sebanyak 80 peratus hasil keluaran ekonomi di kawasan ECER.

“Oleh kerana ia meliputi 51 peratus kawasan Semenanjung dan sangat luas, ia mampu menjadi kawasan pertumbuhan ekonomi terbesar di negara ini,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan SEZ-ECER dan Agropolitan Pekan di Kampung Runchang di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, SEZ-ECER membabitkan kawasan pembuatan bernilai tinggi, industri asas tani, gas dan petrokimia, pelancongan dan hartanah; pendidikan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta logistik.

Menurutnya, bagi merangsang pertumbuhan SEZ-ECER, Insentif Galakan Istimewa akan diberi kepada para pelabur asing dan domestik yang berkelayakan.

“Beberapa insentif fiskal dan bukan fiskal yang baru akan disediakan agar ia mampu menarik pelaburan dan membolehkan ia terus berdaya saing dan berpotensi,” jelasnya.

Najib berkata, serentak itu Pelabuhan Kuantan akan dinaik taraf supaya mampu mengendalikan lebih 30 juta metrik tan muatan kargo setahun menjelang tahun 2020 berbanding 16.8 juta metrik tan pada masa ini.

“Pembinaan dermaga-dermaga tambahan dan pemecah ombak dijangka mampu mencapai peranannya sebagai sebuah pelabuhan utama di Pantai Timur serta sebagai pintu masuk perdagangan bagi pasaran Asia Pasifik,” katanya.

Beliau juga menjelaskan, SEZ-ECER bukan merupakan satu projek yang hanya memberi tumpuan kepada pelabur semata-mata malah lebih mengutamakan kepentingan rakyat.

“Peranan pelabur penting kerana tanpa pelaburan tidak mungkin kita dapat menjana kekayaan malah penduduk di sini juga tidak mendapat pekerjaan,’’ katanya.

Najib berkata, kerajaan juga akan mempertimbangkan mewujudkan SEZ di beberapa koridor pembangunan wilayah lain di negara ini.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said; Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan ECER, Datuk Jebasingam Issace John. (Sumber : Utusan Malaysia 05/08/2009)

Permatang Pasir : Calon PAS Pilihan Anwar?

Aku mahu yg itu bukan yg ini, agaknya!.

Nama Mohamad Sabu sekali lagi disebut-sebut untuk mewakili parti pada pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir. Selain daripada itu nama Timbalan Pesuruhjaya II PAS Pulau Pinang, Salleh Man juga muncul.

Walaubagaimana pun Abang Mat Sapu lebih berwibawa dari segi kepimpinan ketokohan ala cowboy, kesungguhan merantau ke sana sini tabur air liur (berceramah) dan yang paling penting mulut celupar No 1.
Orang PAS anggap Abang Mat Sapu sangat secucuk dengan DSAI kerana masing-masing orang utara yang menggunakan loghat 'hang' yang sama.

Abang Mat Sapu juga dikatakan adalah kawan rapat Ketua Menteri Pulau Pinang semasa di University.

Mungkin mereka juga sama-sama berada di “University of Kemunting “ suatu ketika dulu, agaknya?.

Kalau pandang sebelah mata memang Abang Mat Sapu adalah orang yang paling layak dan tidak ada calun lain lagi bagi membantu dan setanding DSAI dan Guan Eng.

Tapi adakah kita sudah lupa dengan gelaran yang diberi oleh Abang Mat Sapu kepada DSAI, kalimat apa ye, aku pun kurang pasti bahasa apa ni sebab menggunakan bahasa kacukan arab dan melayu.
Sebenarnya aku malu nak tulis lah, 'al bontoti' betul ke? Ops silap! habis tu apa dia, lu fikir lah sendiri!.

Yang paling aku hairan kenapalah si PKR ni tamak sangat sehingga kerusi PAS yang satu itupun PKR mahu. Adakah mereka sudah lupa kerusi permatang pasir tu sekian lama milik pas.

Mungkin ada pengundi PKR yang kata, inilah masanya mahu sabotaj pula sebab semasa PRK Penanti, orang PAS sabotaj PKR.
Kita mencabar anwar supaya ambil kerusi permatang pasir. Kita mahu tengok orang Permatang Pasir mahu pas, pkr atau umno.
Dengar cerita orang utara kata tiada pembangunan di Permatang Pasir yang ada cuma janji-janji pasir, betul ker?.

Wednesday, August 5, 2009

Gempar! : Klip Video Teoh Dibelasah?

Hari semalam Waris Pahang dan kawan-kawan terkejut melihat satu video klip yang kononnya memaparkan keganasan SPRM membelasah Teoh Beng Hock. Klip Video tersebut boleh dilihat (di sini)

Hari ini Waris Pahang berasa lega apabila mendapat mesej yang mengatakan video dalam blog advocateviews adalah rakaman securityguard belasah pencuri yang di download drpd youtube.

Inilah jenis manusia auta yang akan publish anything tanpa fakta dan usul periksa asalkan perkara tersebut memberikan keuntungan kepada pembangkang.

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP