Sunday, May 9, 2010

PRK Sibu 04 : DAP Ramal Bakal Kalah

DAP harapkan keajaiban politik untuk menang di Sibu
DAP berharap keajaiban politik akan berlaku bagi membolehkan mereka memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu pada Ahad depan.
Pemimpin kanan dan Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang, hari ini berkata parti itu menghadapi laluan sukar untuk berdepan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil ini. Malah, beliau meramalkan peluang DAP untuk menang hanya 40 peratus. (Sumber : Berita Harian).
(Kata Waris Pahang :
1. Baru hari pertama penamaan calon, DAP sudah ramal akan kalah. Kesian dengan calon DAP yang bersungguh-sungguh mahu menang tetapi Lim sudah keluar kenyataan yang meruntuhkan semangat pembangkang.
2. Di atas kertas memang BN akan menang di PRK Sibu dan kalau dianalisa keputusan pilihan raya yang dulu pun memang kemenangan untuk DAP adalah tipis. Sebenarnya DAP bertanding di kubu BN sebab itu Lim mengharapkan keajaiban berlaku untuk menang.
3.Pengundi mengharapkan calon yang menang nanti mampu membawa perubahan yang lebih maju dan meningkatkan ekonomi penduduk di Sibu. Maka calon BN adalah yang lebih tepat.
4.Waris Pahang harap eloklah orang luar dari kalangan pembangkang balik sahaja ke negeri masing-masing kerana DAP bakal kalah, membazir duit engko orang sahaja dan janganlah memecah belahkan keharmonian perpaduan masyarakat di Sibu.
5.Bagaimana DAP boleh menang sedangkan kebanyakkan pengundi tidak mengenali siapakah calon DAP, Wong Ho Leng).

PRK Sibu 03 : DAP Sokong Gagasan 1Malaysia?.

SIBU: Pilihan raya kecil Parlimen Sibu bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru selepas hanya calon DAP, Wong Ho Leng; calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew; dan calon Bebas, Narawi Haron mengemukakan borang pencalonan masing-masing apabila tempoh pencalonan berakhir jam 10 pagi tadi. (Sumber : Berita Harian)

Pada pilihan raya umum 2008, Robert Lau mengekalkan kerusi itu dengan majoriti 3,549 undi, menewaskan pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng.Sibu mempunyai 54,695 pemilih berdaftar, yang terdiri daripada 52,158 pengundi biasa dan 2,537 undi pos, merangkumi 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis.

Menurut senarai pemilih yang dikemas kini sehingga 9 April lalu, pengundi dari kaum Cina adalah hampir 67 peratus daripada jumlah pengundi, diikuti Melayu/Melanau (10.5 peratus) dan Bumiputera Sarawak (22 peratus). (Sumber : Malaysiakini)

(Kata Waris Pahang :

1. PRK Sibu bakal menyaksikan pertandingan 3 penjuru. Namun apa yang menarik calon BN menunjukkan nombor 1 menggambarkan 1Malaysia. Calon Bebas pula menunjukkan tanda bagus.

2.Calon DAP juga mengangkat satu jari seperti apa yang diamalkan oleh rakyat jika menyokong Gagasan 1Malaysia. Barangkali DAP sudah kering idea atau memang sokong Gagasan 1Malaysia?).

Saturday, May 8, 2010

PRK Sibu 02 : Pakat Keluar Ramai-Ramai PKR

Mereka yang telah meninggalkan Anwar Ibrahim
Berikut adalah nama-nama mereka yang menjadi teman rapat dan hulubalang Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim. Bukan calang-calang orang. Mereka ini mempunyai kekuatan tersendiri.

1. Chandra Muzaffar (Timbalan Presiden Parti KeAdilan Nasional)

2. S. Nalla Karuppan (Ketua Bahagian PKR Kepong)

3. Ezam Mohd Nor (Ketua Pemuda PKR)

4. Anuar Shaari (Setiausaha Anwar Ibrahim)

5. Fairus Khairuddin (ADUN Penanti – Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang)

6. Zahrain Mohd Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru)

7. Zulkifli Noordin (MP Bandar Baru Kulim)

8. Zainur Zakaria (Bekas peguam bela Anwar, AJK Parti KeAdilan Nasional)

9. Ruslan Kassim (Ketua PKR Negeri Sembilan dan juga Ketua Penerangan PKR)

10. Nell Onn (Ketua Wanita Parti KeAdilan Nasional)

11. Jeffrey Kitingan (Naib Presiden PKR)

12. Marina Yussuf (Naib Presiden Parti KeAdilan)

13. Lokman Noor Adam (Setiausaha Angkatan Muda Keadilan)

14. V. Arumugam (ADUN Bukit Selambau)

15. Mohd Radzi Salleh (ADUN Lunas)

16. Badrul Hisham Abdullah (ADUN Pelabuhan Kelang)

17. Tan Tee Beng (Ahli Parlimen Nibong Tebal)

18. Sallehudin Hashim (Setiausaha Agung PKR)

19. Dr Halili Rahmat (Bendahari PKR Hulu Selangor)

20. Muhammad Zahid Md Arip (Naib Ketua Pemuda PKR)

21. Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai)

22. Hamdan Taha (Timbalan Pengarah Pilihanraya Keadilan)

23. Dr Abdul Wahid Ahmad Suhaimie (Pengerusi Perhubungan Keadilan Pahang)

24. Jamaludin Abu Hassan (Pemangku Ketua PKR Padang Serai)

25. Mohd Hanafiah Man (Ketua Pemuda Keadilan Perak)

26. Fakhrul Azman Abu Bakar (Exco Pemuda Keadilan)

27. Shamsul Bahari Shamsuddin (Exco Pemuda Keadilan)

28. Rosli Mohd Johar (Naib Ketua Pemuda Keadilan Wilayah Persekutuan)

29. Zainuddin Awang (Exco Pemuda Keadilan Terengganu)

30. Datuk Bujang Ulis (Keadilan Sarawak)

31. Rusli Mohd Shariff (Naib Ketua Pemuda Keadilan Negeri Sembilan)

32. Jeffry Nizam (Exco Pemuda Keadilan Pahang)

33. Jamaluddin Mohd Radzi (ADUN Behrang)

34. Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (ADUN Changkat Jering)

35. Tan Wei Shu (ADUN Bakar Arang)

36. Soraya Sulaiman (Ketua Penerangan Wanita PKR)

37. Roshanita Mohd Basir (Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai)

38 . Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak (Naib Presiden PKR) – Updated

(Kata Waris Pahang :
1. Mengapa kita harus sokong Anwar dan PKR sedangkan panglima-panglima Anwar meninggalkan Anwar atas dasar hilang kepercayaan?. Semoga sahabat-sahabatku di kawasan Jengka, Kuala Krau dan Lepar Utara serta di mana sahaja di Negeri Pahang dan seluruh Malaysia tidak terpengaruh dengan kata-kata manis mereka.

2.Waris Pahang ingin bertanya, sejauh mana kita mengenali Anwar secara dekat?. Adakah kerana kita sokong beliau dan partinya hanya kerana :
i. Pernah berjabat tangan sekali dengannnya.
ii.Tertarik dengan celoteh ceramah beliau?.
iii.Pernah melihat beliau di Telivisyen.
iv. Pernah melihat beliau secara jauh.
v. Pernah makan tengahari dengan beliau.
vi.Pernah berbual dan bergurau senda dengan beliau?
vii. Sering berhubung melalui telefon dengan beliau?
viii. Begitu rapat dengan beliau hingga boleh dengan senang keluar masuk banglo mewah milik Anwar?

3. Tidak pernahkah saudara mengkaji kenapa orang yang begitu rapat dan kasih dengan Anwar suatu waktu dahulu sudah meninggalkan beliau? Sahabat-sahabatku jika ada perasaan mahu keluar PKR maka waktu yang paling sesuai ialah semasa sesuatu Pilihan Raya Kecil berlangsung. Kita lihat bagaimana sahabat kita di negeri-negeri lain telah keluar beramai-ramai semasa PRK Hulu Selangor baru-baru ini.

4.Tahukah Dato' Fauzi Abdul Rahman, walaupun kamu telah keluar UMNO dan mengetuai PKR tetapi UMNO tetap menyanjung kamu. Lihatlah gambar di atas yang Waris Pahang temui semasa Pameran sempena Konvensyen UMNO Pahang di Jengka.

5. Jika sahabat-sahabatku berhasrat keluar dari PKR maka keputusan itu adalah tepat. Dan kamu tidak akan dihina jika keluar PKR sebaliknya akan disanjung. Selamat meninggalkan PKR semasa Pilihan Raya Kecil Sibu berlangsung).

RM 4juta : Robek Hati Rakyat Kelantan

Ibu 9 anak di bangsal lembu

PASIR PUTEH 6 Mei - Apa yang dipanggil rumah buat seorang ibu bersama sembilan orang anaknya berteduh di Kampung Kolam Tembesu di sini hanyalah sebuah bangsal, bekas kandang lembu.

Sudah lima bulan keluarga itu menetap di situ dan mereka tidak mempunyai pilihan lain biarpun terpaksa tinggal bersesak, tanpa kemudahan bekalan air bersih, malam yang diterangi pelita ayam dan basah bila hujan.

Seperti ibu-ibu yang lain, Rosnani Mamat, 38, mengimpikan anak-anaknya tinggal dalam keadaan sempurna tetapi nasib keluarganya tidak sebaik orang lain kerana himpitan kemiskinan dan diburukkan dengan konflik keluarga.

"Sebelum ini kami menumpang di rumah orang tua tidak jauh dari sini dan kemudiannya terpaksa berpindah, menjadikan keadaan lebih buruk," ujarnya ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Bangsal seluas tiga meter persegi di tanah datuknya dibaiki dan diubahsuai menggunakan plastik tebal dan papan lama sebagai dinding.

Enam anaknya masih di bangku sekolah manakala tiga lagi masih kecil termasuk yang bongsu berusia setahun dan Rosnani bersendirian menguruskan anak-anak kerana suaminya bekerja sebagai buruh kasar di Pulau Pinang.
''Hati saya menangis melihat anak- anak tidur bergelimpangan dalam ruang sempit ini apatah lagi bila melihat mereka resah ketika ruang tidur basah kerana bocor.

(Kata Waris Pahang :
1. Terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana menghulurkan RM450 sebulan kepada keluarga ini bagi membolehkan dapur rumah mereka berasap dan anak-anaknya ke sekolah.
2. Pemimpin PAS di Kelantan sudah pasti terduduk apabila membaca kisah malang keluarga ini atau PAS Kelantan tidak berasa apa-apa sebab itulah PAS sanggup melaburkan RM 4juta semata-mata untuk mengaib dan menjatuhkan kerajaan BN.
3. Jumlah RM 4juta itu bukannya sedikit dan kalau diisi duit RM 1 sebanyak RM 4 juta dalam sebuah bilik maka 5 orang yang didakwa oleh Syed Azidi akan terkambus dengan duit itu.
4.Barangkali banyak lagi orang miskin Kelantan samada di Kelantan atau luar Kelantan yang perlukan pertolongan tetapi malang mereka tidak dapat pembelaan sebab bagi PAS politik didahulukan pilihan raya diutamakan.
5. Sampai bila rakyat Kelantan mahu diperbodohkan oleh PAS yang kononnya memperjuangkan agama sebaliknya membazirkan wang rakyat untuk operasi Gerak Saraf partinya. Jawablah Nik Aziz jangan buat-buat tidak tahu pula).

Friday, May 7, 2010

Gerabak Khas : Tidak Perlu Tukar Kerajaan

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kerana memperkenalkan gerabak khas untuk penumpang wanita KTM Komuter. Ini adalah satu penghormatan kepada kaum wanita dan keunikan buat sistem pengangkutan awam dinegara ini.

PAS amat menyokong langkah ini kerana ia mampu memberikan keselesaan kepada penumpang wanita yang selama ini terpaksa berhimpit-himpit dengan penumpang lelaki khususnya ketika waktu puncak. Malah langkah ini dapat mengurangkan masalah ganguan seksual kepada penumpang wanita.

Langkah ini menepati syariat Islam yang meletakan wanita ditempat paling istimewa yang perlu dilindungi dan dilayani dengan sebaiknya. Kemudahan KTM ini walaupun baru namun diyakini akan mendapat sambutan meluas berikutan jumlah penumpang komuter setiap hari yang ramai.
Perkara ini sudah lama diadakan diluar negara seperti di Jepun dan beberapa negara Eropah. Ust. Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusat.
(Kata Waris Pahang :
1. Waris Pahang juga berterima kasih kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di atas usaha yang mulia ini. Semoga kes perempuan diraba dan gangguan seksual tidak berlaku lagi.
2.Waris Pahang tidak bersetuju orang lelaki menyerupai wanita menaiki gerabak khas untuk wanita ini. Mereka mestilah didakwa kerana menceroboh kawasan larangan wanita.
3.Waris Pahang juga minta KTMB perlu awasi semua gerabak melalui CCTV untuk mencegah kes gangguan seksual dan ragut.
4.Nampaknya keselesaan sistem pengangkutan awam semakin kemas dengan wujudnya gerabak khas ini di bawah pimpinan Dato seri Najib Tun Abd Razak.
5.Waris Pahang rasa kita tidak perlu tumbangkan kerajaan yang ada semata-mata mahu mewujudkan gerabak khas ini kerana kita mampu melaksanakannya. Jangan buang masa dan tenaga kita bersama Pakatan Pembangkang semata-mata memenuhi impian yang belum nyata).

PRK Sibu Siri 01: 'Cawat' Hina Rakyat Sarawak


Haji Hadi telah membuat kenyataan "...semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusanya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat pakai yang molek, undi PAS," katanya. (Sumber : Malaysiakini)

(Kata Waris Pahang :

1.Haji Hadi kata beliau bukan bertujuan menghina tetapi lihatlah ayat-ayat terakhir perenggan di atas. Masalahnya 'terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya'. Buruk padahnya beerti orang tidak akan sokong Pakatan Pembangkang lagi.

2.Kenyataan beliau memang jelas menunjukkan yang beliau bertujuan menghina orang Sarawak kerana marah Jawah Gerang (PKR) kalah ketika pilihan raya kecil DUN Batang Ai di Sarawak.

3.Haji Hadi tidak perlu mohon maaf secara terbuka kerana hati orang Sarawak telah terluka di atas keceluparan Haji Hadi.
4.Rakyat sibu perlu menganalisa samaada Pembangkang atau Kerajaan yang mampu membela rakyat. Adakah rakyat Sibu mahu menyokong mereka yang celupar ini, kajilah semula fakta ini sebelum memberikan undi kepada mereka.

5.Pembangkang memang pandai bermain ayat dengan menaburkan janji-janji manis tetapi gagal menunaikannya setelah menang.
Mari kita ajar pembangkang dengan tidak memberikan undi kepada mereka di PRK Sibu pada 16 Mei ini).

Wednesday, May 5, 2010

1 Aqidah : Dilupa Atau Sengaja Lupa?.


AGAMA DAN POLITIK oleh Prof Dato Dr Ismail Ibrahim

Umat Islam, terutamanya para ulamak, apabila bercakap tentang politik dan Islam, hendaklah tahu membezakan apakah artinya politik dan agama menurut perspektif ajaran Islam yang sebenarnya tentang takrif Islam dan takrif politik itu?.

Rasulullah SAW adalah sorang ahli politik, kerana baginda telah mengetuai umat Islam dalam semua urusan pemerintahan, terutamanya setelah membentuk kerajaan Islam di Madinah dalam tahun 622 M. Baginda mengetuai urusan pentadbiran, ekonomi, pertahanan, dan baginda juga sebagai panglima angkatan tentera, serta urusan lain.

Urusan dan tindakan baginda itu adalah tindakan mengenai pentadbiran dan politik pemerintahan negara. Baginda juga memerintah dengan penuh beradab dan sentiasa berpandukan ilmu dan hikmah, sebab itulah baginda tidak melakukan apa yang dilakukan oleh ahli politik hari ini, ketika “berpolitik” artinya taksub kepada politik partisan, taksub dan fanatik kepada puak dan parti sendiri sahaja, boleh mengutuk dan menjatuhkan hukuman kepada parti lawan dan ahlinya sebagai “sekular” dan sebagainya tanpa memahami pun apakah sebenarnya konsep sekularisme itu.

Sebab itulah juga baginda Rasulullah SAW berucap, berkhutbah dan sebagainya dengan menyentuh isu-isu pemerintahan negara dan urusan rakyat, tetapi baginda tidak pernah berkasar kepada para pengikutnya, baginda sentiasa berlembut dan beramanah dengan ilmu dan hikmah tanpa mengatakan orang lain munafik, jahat, boleh mendoakan untuk kebinasaan parti lawan, dan sebagainya.

Kalau berpolitik seperti baginda, maka memang tidak ada larangan untuk digunakan masjid dan sebagainya untuk memandu dan menasihati orang awam tanpa sebarang perbezaan.

Tetapi kalau berpolitik untuk mengata nista, mengutuk dan mencerca, maka jauhilah dari masjid yang menjadi kepunyaan semua orang Islam tanpa mengira parti politik, politik tidak mempunyai tempat untuk orang yang berfahaman politik partisan melulu, politik sempit yang tidak sejajar dengan ajaran Islam yang sebenarnya.

Politik kepartian pada hari ini sebenarnya merupakan politik yang sering disalah gunakan, termasuk oleh para ulamak sendiri, iaitu apabila ianya dijadikan pentas dan platform untuk memusuhi lawan politik, memaki hamun dan melontarkan kata nesta kepada orang lain, iaitu satu tindakan yang tidak pernah dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW.

Oleh itu tak usahlah para ulamak politik, atau sesiapa sahaja orang politik boleh mendakwa bahawa politik pada hari ini sama sahaja dengan politik pada zaman Rasulullah SAW, oleh itu ia juga sama dengan Rasulullah untuk bertindak dalam “kempen” politik, menggunakan masjid dan sebagainya untuk “berpolitik” sedangkan “politik” yang dibawanya adalah “politik kotor” penuh emosi, taksub dan fanatik melulu, terkeluar dari ajaran Islam seperti yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW.

Orang ramai tidaklah seharusnya keliru dengan berbagai-bagai fatwa dan ajaran ahli politik taksub kepartian ini, kerana niatnya hanyalah untuk mendapat sokongan untuk politiknya dan partinya, sedangkan orang Islam seluruhnya haruslah juga mengetahui bahawa parti politik itu bukanlah agama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia melalui Rasulullah SAW yang tidak boleh diingkari, dan ahli politik itu juga bukanlah “Pesuruh Allah” yang tidak boleh di-ingkari juga segala kata-katanya.

Parti politik adalah parti politik buatan manusia yang ada salah dan silapnya, ahli politik kepartian itu juga adalah manusia biasa yang tidak maksum, dan suci, malah mungkin lebeh kotor dari orang lain yang tidak taksub kepartian.

Ingatlah parti politik bukannya agama, dan ahli politik itu bukanlah Nabi atau Rasul. Berhati-hatilah dengan hakikat ini supaya hidup kita juga tidak menjadi sesat dan berdosa.
(Kata Waris Pahang :
-Waris Pahang harap kita sama-sama perjuang 1Akidah untuk mengeratkan sillaturrahim, persaudaraan dan perpaduan yang sering dilupakan oleh pembangkang demi mencapai cita-cita politiknya.
-Pembangkang sebenarnya mewarisi agenda penjajah yang mahu memecahbelahkan masyarakat kemudian memerintah bak kata orang seperti "Pecah Dan Perintah".
-Jadikanlah kata-kata dari orang yang bijaksana ini sebagai panduan untuk memahami perbezaan antara agama dan politik).

Mu Bebal Ambo Kebal?.

Berat dan cukup menyengat sekali kata-kata Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam bab ini. Menteri Besar Kelantan itu tidak menyebut siapa yang dimaksudkanya. Namun melihat pada komentarnya itu dalam kontek semasa ia jelas ada kaitan dengan titah Sultan Selangor yang melarang pengunaan masjid untuk tujuan politik.
Merujuk kepada bab itu dalam ceramahnya di Kubang Batang,Wakaf Baru, laman Malaysian Insider memetik Musyridul Am PAS itu sebagai berkata ‘ baso bodoh payoh nak ajar …inilah orang yang amal politik suku agama suku’. Baginya kutbah Jumaat adalah sebahagian dari politik Islam.
Nik Aziz yang nyata tidak berganjak dari pendiriannya sebelum ini menyifatkan larangan Sultan Selangor sebagai satu peninggalan penjajah dan ajaran karut. Sultan Selangor telah menitahkan larangan pengunaan masjid sebagai medan politik semasa kehangatan kempen pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor. (Sumber : Agendadaily).
(Kata Waris Pahang :
-Nik Aziz berani memberi 'komen panas' kerana berasa dia kebal dan tiada siapa yang berani ambil tindakan terhadapnya. Ramai orang Melayu terguris dengan kata-kata Nik Aziz yang seolah-olah menempelak Titah Sultan Selangor.
-Barangkali Nik Aziz juga berani sebab bukan Sultan Kelantan yang menitahnya. Bagaimana jika Sultah Kelantan menitahkan peraturan seumpama itu. Adakah Nik Aziz akan patuh atau ingkar?.
-Jika ingkar titah Sultan Kelantan, Waris Pahang cadangkan lucutkan sahaja kerakyatan Nik Aziz.
-Nik Aziz tidak berhak menyentuh apatah lagi menghina undang-undang negeri lain yang melarang masjid digunakan untuk tujuan berpolitik.
-Waris Pahang tidak bersetuju Nik Aziz dibenarkan pergi ke negeri lain (selain Selangor) yang masjid boleh dijadikan tempat politik. Sebaliknya semua Sultan dan Pembesar perlu menguatkuasakan larangan berceramah politik dalam masjid demi perpaduan Umat Islam.
-Waris Pahang cadangkan Raja-Raja Melayu mengadakan Mesyuarat Tergempar terhadap kenyataan Nik Aziz itu yang menghina Sultan. Bukan apa kerana dibimbangi akan menjadi satu budaya baru dan kebiasaan bagi rakyat menghina Raja-Raja Melayu. Daulat Tuanku!).

Tuesday, May 4, 2010

Ancaman Bunuh Tutup RM4 juta?

Tanda-Tanda Akan Bersara Politik?
Nik Aziz terus membisu

KOTA BHARU 2 Mei – Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat terus mengambil sikap berdiam diri mengenai dakwaan beberapa pemimpin Pas memberi peruntukan sebanyak RM4 juta kepada seorang penulis blog untuk menjayakan operasi gerak saraf yang bertujuan menjatuhkan pimpinan Kerajaan Pusat.

Nik Aziz yang ditemui pemberita di kediaman rasminya di JKR 10 di sini tengah hari ini selepas mengadakan pertemuan dengan kira-kira 80 pemimpin masyarakat Islam selatan Thailand langsung tidak menghiraukan soalan berhubung isu tersebut.

Malah Mursyidul Am Pas itu memalingkan muka ke arah lain apabila beberapa wartawan mengajukan soalan mengenai isu itu kepadanya.

Terdahulu, Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari turut memberitahu wartawan bahawa Nik Aziz enggan ditemui pihak media.

Bagaimanapun, media tetap tidak berganjak dan sebaliknya Nik Aziz memberikan respons apabila diajukan soalan mengenai ugutan bunuh terhadapnya melalui laman sosial Facebook.

Secara ringkas, Nik Aziz berkata: “Tak ada, tak ada apa. Saya tidak peduli langsung (ugutan bunuh itu) kerja-kerja begitu.”

(Kata Waris Pahang :

-Syed Azidi baru-baru ini membuat pengakuan bahawa beliau telah menerima peruntukan sebanyak RM4 juta untuk menjayakan operasi gerak saraf bagi menjatuhkan Kerajaan Pusat.

-Maka puak-puak PAS pula ambil kesempatan membuat laporan Polis terhadap hamba Allah yang mengancam bunuh Nik Aziz dalam Facebook.

-"Eloklah buat laporan Polis semoga orang yang mengancam bunuh itu ditahan dan disiasat segera kerana membuat ancaman yang dahsyat dan tidak boleh diterima akal oleh umat Islam".

-Namun persoalannya, adakah ancaman bunuh tersebut telah diekploitasi untuk menutup isu RM4 juta?. Jika ya, maknanya sepertilah "menutup bangkai gajah dengan sehelai daun!").

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP