Monday, May 24, 2010

Doa Untuk ADUN Kerdau


ADUN Kerdau kembali kritikal

KUANTAN 22 Mei - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk Zaharuddin Kassim (gambar), 63, yang baru sahaja dipindahkan ke wad biasa di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini, dimasukkan semula ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas tiba-tiba koma.

Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said memberitahu, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh anak wakil rakyat tersebut menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Salah seorang anaknya memaklumkan bapa mereka tidak sedarkan diri dan koma," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Ismail, doktor yang merawatnya juga memaklumkan bahawa jantung dan paru-paru Zaharuddin kini berada dalam keadaan lemah.
(Kata Waris Pahang :
-Marilah kita sama-sama berdoa supaya ADUN Kerdau diberi kesihatan yang baik supaya beliau dapat meneruskan khidmatnya sebagai wakil rakyat).

Wednesday, May 19, 2010

PRK Sibu 07 : DAP Menang PAS Terlentang

Sedih sekali bila mengenagkan seorang yang bergelar Tok Guru membenarkan nama ALLah digunakan oleh penganut agama lain. Bahkan bukan itu sahaja Nik Aziz menolak hujah rakan seangkatannya Dr. Haron Din dan Mufti Perak, tan Sri Harussani demi kerana politik menghalalkan cara.

Ahli PAS sanggup bersubahat dengan jenayah agama yang dilakukan oleh Nik Aziz kerana otak fikiran mereka sudah terlalu taasub dengan label tokoh agama yang melingkari Nik Aziz.

Mengapa mereka takut menyanggah pemikiran gila Nik Aziz ini. Mengapa mereka tidak pula menyokong kenyataan Haron Din yang memberi amaran keras kepada sesiapa yang menyokong penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan majalah Gereja Katolik. Jika kita bersetuju dan menyokong orang bukan Islam menggunakan nama Allah beerti secara tidak langsung kita mensyirikkan Allah dan mencemarkan maruah Islam.

Nik Aziz sebenarnya bukan pejuang Islam sejati sebaliknya beliau adalah perosak Islam kerana sanggup melakukan kerosakan dengan memberi laluan kepada orang bukan Islam mempersendakan kalimah Allah. Di manakah maruah kamu wahai seorang yang bergelar Umat Islam?

Thursday, May 13, 2010

ADUN Kerdau : Perkembangan Terkini Kesihatan

ADUN Kerdau semakin pulih

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Ahad lepas, kini beransur pulih.

Ketua Umno Bahagian Kuala Krau, Datuk Ismail Mohammad Said yang menziarahi Zaharuddin di IJN Rabu berkata, Zaharuddin, 63, sudah boleh berinteraksi dengan anggota keluarga dan para pelawat yang menziarahinya.

"Beliau tidak lagi menggunakan alat bantuan penafasan," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuantan.

Zaharuddin dipindahkan ke IJN selepas berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya setelah menjalani pembedahan ulser usus di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.

Beliau dimasukan ke Hoshas, Temerloh pada 3 April lepas setelah mengadu sakit bahagian perut.

Ismail berkata, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah turut berkenan menziarahi Zaharuddin, pagi tadi.-12.05.2010. (Sumber : Agendadaily)
(Kata Waris Pahang :
1. Syukur alhamdulillah Datuk Zaharuddin Abu Kasim kini semakin beransur pulih. Semoga beliau terus pulih dan dapat meneruskan khidmat baktinya kepada masyarakat.
2.Perkembangan terbaru ini sudah tentu melegakan ramai pihak kerana sebelum ini perhatian bertumpu kepada keadaan kesihatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kerdau, Pahang, Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang berada dalam keadaan ‘stabil tetapi kritikal’ di Institut Jantung Negara.
3. Waris Pahang kesal dengan sesetengah blogger yang ghairah mahu pilihanraya kecil. Antara kata-kata mereka "selepas Hulu Selangor kita ke Sibu, selepas Sibu kita jumpa di Kerdau".

PRK Sibu 06 : Tiada Doa Bagi Mu

Semasa PRK Permatang Pauh banyak poster Nik Aziz berdoa dipasang di merata-rata tempat.
Sehingga ada yang mengatakan seperti "ada udang di sebalik mee" untuk mendapat jawatan sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri.
Semasa PRK Hulu Selangor tidak diketemui poster Nik Aziz berdoa. Mungkin PAS tidak puashati kerana Zaid masuk PKR bukan PAS sebab itulah poster tersebut bewarna hijau putih.
Barangkali protes dalam diam lah tu?

Barangkali disebabkan tiada poster doa dari Nik Aziz semasa PRK Sibu maka DAP buatlah iklan menagih simpati kononnya calon DAP seorang yang kerja kuat bertemakan "Rajin Berkhidmat Untuk Rakyat".

Punyalah mahu menang mereka sanggup menayangkan gambar calon DAP
berbaju kotor yang kononnya bekerja keras untuk rakyat.

DAP sebenarnya salah memilih calon kerana Wong Hong Leng sudah 3 kali bertanding

tetapi masih ramai yang belum mengenali beliau.

Maka bersedialah DAP dan Pakatan Rakyat menerima kekalahan di PRK Sibu.

Wednesday, May 12, 2010

ADUN Kerdau : Stabil Tetapi Kritikal

Gambar Hiasan : Kesungguhan ADUN Kerdau
meninjau masalah yang dihadapi penduduk
dengan menaiki motosikal amat dikagumi.

Keadaan Adun Kerdau stabil tapi masih kritikal: MB Pahang

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakobberkata keadaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) petang semalam kini berada keadaan stabil tetapi masih kritikal.

Beliau berkata Zaharuddin, 63, dipindahkan ke IJN selepas berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya setelah menjalani pembedahan ulser usus di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas)."Saya diberikan taklimat oleh doktor ketika saya melawatnya di Hoshas pada Sabtu lalu dan diberitahu keadaannya stabil tetapi sangat kritikal, tetapi semalam (keadaannya) stabil tetapi kritikal" katanya. (Sumber : Berita Harian)

(Kata Waris Pahang :

1. Sebagai Umat Islam dan rakyat Malaysia yang prihatin tanpa mengira apa-apa fahaman politik, marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah supaya YB Datuk Zaharudin Adun Kerdau cepat sembuh dan kembali berkhidmat untuk rakyat.

2. Waris Pahang kecewa dengan sesetengah pihak yang menyebarkan khabar angin kononnya satu pilihan raya kecil akan diadakan berikutan ADUN Kerdau sedang kritikal. (Keadaan kesihatan Zaharudin yang kritikal minggu ini telah mencetuskan khabar angin pagi ini mengenai kemungkinan pilihan raya kecil membabitkan kawasannya - Sumber : Malaysiakini)

3. Waris Pahang agak terkilan dengan perangai pembangkang yang sungguh biadab kerana mereka sepatutnya mendoakan supaya Allah menyembuhkan penyakit yang dialami ADUN Kerdau.
4. Tetapi pembangkang dengan lagak ghairahnya berkira-kira dan berangan mahu bertanding dan menang pilihan raya kecil DUN Kerdau. Bahkan bukan itu sahaja pembangkang mahu mengukur sejauh mana kekuatan BN di negeri Perdana Menteri ini.

5. Pembangkang mesti segera memohon maaf dengan keluarga ADUN Kerdau di atas keceluparan mereka. Jika beginilah perangai buruk pembangkang maka eloklah kita lupakan sahaja pembangkang.)

Tuesday, May 11, 2010

PRK Sibu 05 : Beri Janji Dan Tin Kosong?

Petikan Dari Blog Pembangkang.

Apa yang pasti projek "mee segera" sudah pasti akan datang mencurah-curah ke Sibu mulai hari ini. Maka, segala projek yang dijanjikan di Hulu Selangor dulu akan kelihatan sepi dan ada yang akan dilupakan terus oleh puak-puak UMNO BN ini.

Memang sudah menjadi tradisi mereka akan merasuah dan menabur wang untuk memikat hati rakyat. Sebab itulah, kita merasa malu apabila PM Najib Razak cuba memperbodohkan rakyat kononnya BN tidak pernah merasuah pengundi di Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini. (Sumber : Pahangdaily)

(Kata Waris Pahang :

1.Pembangkang gusar kerana mereka sekadar berkempen memburukkan BN dan pemimpinnya sahaja. Manakala Barisan Nasional (BN) pula menyalurkan peruntukan yang telah diluluskan oleh kerajaan untuk pembangunan kepada rakyat di Sibu.

2.Akibat terdesak maka pembangkang menuduh BN menggunakan taktik kotor dengan menabur wang untuk menang pilihan raya.

3.BN sebenarnya bukan menabur duit sebaliknya mengumumkan peruntukan-peruntukan yang telah diluluskan, sedia ada dan ia bukan semata-mata untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu.

4.Persoalannya sekarang pembangkang umum apa? Adakah pembangkang umum janji-janji kosong?. Banyak sudah janji-janji pembangkang yang tidak dapat ditunaikan setelah mereka memerintah beberapa negeri.

5.Harap pengundi Sibu tidak terpengaruh dengan janji pembangkang dan jangan tempah bala dengan memberi undi kepada pembangkang. Mereka hanya memperbodohkan anda untuk meraih undi dan kuasa sahaja).

Monday, May 10, 2010

Zaid : Talibarut DAP Hina Sultan

Sultan payung negeri

Institusi kesultanan merupakan tunggak pada keamanan, kesejahteraan dan kedaulatan agama, bangsa dan negara. Ia diakui ramai manusia hingga disebut-sebut dalam sejarah Melayu bahawa raja adalah payung bangsanya.

Raja disebut sebagai tunggak penyebar ajaran Islam pada bangsa, pahlawan pada negara, penggerak pada ilmu yang berjasa, penegak keadilan siasah pada setiap jiwa malah dialah pembela setiap bangsa yang menjadi rakyat jelata.

Masih segar tercatat dalam sejarah apabila raja-raja di Melaka, Acheh, Brunei, Kedah, Kelantan, Pattani mahupun Perak telah menerima Islam dengan hati yang terbuka, menyebabkan empayar kesultanan Melayu menjadi lebih maju, makmur dan aman sejahtera. Sedangkan ketika segala raja bulat hati menerima Islam, mereka juga sebenarnya telah mengorbankan kedudukan istimewa mereka di kayangan hingga segala titah umpama wahyu turun menjadi hamba kepada Yang Maha Kuasa di mana yang adil itu 'disembah', yang zalim itu pula 'disanggah'.

Bak 'lembing awang pulang ke dayang', bak 'sirih pulang ke gagang' manhaj Islam yang begitu molek lagi cocok dengan jati diri Melayu telah memacu budaya dan kehidupan rakyat. Ini berlaku apabila raja yang selaku pemimpin negara telah membuat satu keputusan tepat menerima Islam sebagai agama diri, bangsa dan negara.

Maka benar juga firman Yang Maha Kuasa dalam surah al-Maidah : 50,
maksudnya: "Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa Yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah."

Sehinggalah adat Melayu berpaksi pada hukum seperti kata pantun Melayu :
Menanam kelapa di Pulau Bukum,
Tinggi sedepa sudah berbuah,
Adat bermula dengan hukum,
Hukum bersandar di kitab Allah.

Begitulah antara mutiara-mutiara sejarah yang tidak akan lekang dek panas tak lapuk dek hujan. Ia adalah bukti kukuh yang akan dikenang sepanjang masa dan zaman, tentang peranan institusi kesultanan dalam penyebaran agama Islam. Namun sejarah bukan saja untuk dikenang, malah setiap yang gemilang perlu diulang agar lebih cemerlang.
Itulah cabaran institusi kesultanan hari ini dalam dakwah Islam di negara ini. Ketika keluhuran Islam dicabar oleh pelbagai pihak, institusi kesultanan yang berperanan sebagai ketua agama perlu dimantapkan sebagai benteng agama Islam. Bangunan istana yang dulunya sebagai medan muktamar muzakarah para ilmuwan, hari ini perlu juga dimainkan.

Pesanan :
Akhirnya, besar hati juga saya yang faqir kepada Allah ini menitipkan satu pesanan dari ulama dengan katanya : "Bahawasanya binasa negeri itu dengan sebab binasa segala rakyat, dan binasa segala rakyat dengan sebab binasa segala raja-raja, dan binasa raja-raja dengan sebab binasa segala ulama." Katanya lagi: "Bermula adil sultan itu sebab bijaksana menterinya".

Maka tetap kukuhlah di sini, bahawa bagi rakyat jelata, dari yang di kebun sampai ke tengah bandar, dari yang berjalan di daratan sampai ke udara bersama dengan menteri-menteri dan ulama-ulama bersatu hati, dengan raja yang dihormati, kerana inilah tonggak kekuatan negeri, jiwa peribadi, untuk turunnya anugerah Illahi Yang Maha Tinggi, Rabbul Alamin. (Sumber : Utusan Malaysia)
(Petikan Kata Awang Selamat :
1.Zaid mendakwa titah itu hanya pendapat peribadi baginda. Ia bukan arahan, perintah atau decree. Menurut beliau, dalam sistem Raja Berperlembagaan, sultan tidak boleh mengeluarkan arahan atau perintah seperti zaman Raja-Raja Melaka dahulu.
2.Awang juga hairan Zaid mengambil sudut negatif titah Sultan Selangor yang bertujuan menjaga kesucian Islam. Sebagai orang Islam beliau sepatutnya bersyukur baginda melaksanakan peranannya sebagai raja yang juga bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam. Janganlah kerana kepentingan politik, beliau sanggup membelakangkan kepentingan agama. Janganlah juga kerana imejnya sebagai Melayu liberal maka agama boleh dipertaruhkan.
3.Bayangkan implikasinya jika semua pihak dan parti politik boleh sebebas-bebasnya menggunakan masjid untuk berpolitik. Umat Islam yang sudah berpecah akibat ketaksuban politik, akan makin berpecah dan lemah
4.Kalaulah PKR memerintah, kita sudah boleh menjangkakan Malaysia akan diheret akhirnya menjadi negara republik. Membenarkan beliau terus bersikap kurang ajar dan biadab, akan memberi isyarat yang salah kepada banyak pihak.
5.Orang seperti beliau akan tafsir perkara dan isu mengikut kepentingan politik semata-mata. Percayalah Zaid akan lebih patuh kepada nasihat pemimpin DAP Lim Kit Siang daripada nasihat sultan. Zaid juga tidak mungkin biadab kepada DAP berbanding sultan. Hampir kesemua isu dan perjuangan DAP disokong oleh Zaid termasuk menuntut kesamarataan, yang tidak bertunjangkan realiti sejarah dan Perlembagaan negara.)

Sunday, May 9, 2010

PRK Sibu 04 : DAP Ramal Bakal Kalah

DAP harapkan keajaiban politik untuk menang di Sibu
DAP berharap keajaiban politik akan berlaku bagi membolehkan mereka memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu pada Ahad depan.
Pemimpin kanan dan Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang, hari ini berkata parti itu menghadapi laluan sukar untuk berdepan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil ini. Malah, beliau meramalkan peluang DAP untuk menang hanya 40 peratus. (Sumber : Berita Harian).
(Kata Waris Pahang :
1. Baru hari pertama penamaan calon, DAP sudah ramal akan kalah. Kesian dengan calon DAP yang bersungguh-sungguh mahu menang tetapi Lim sudah keluar kenyataan yang meruntuhkan semangat pembangkang.
2. Di atas kertas memang BN akan menang di PRK Sibu dan kalau dianalisa keputusan pilihan raya yang dulu pun memang kemenangan untuk DAP adalah tipis. Sebenarnya DAP bertanding di kubu BN sebab itu Lim mengharapkan keajaiban berlaku untuk menang.
3.Pengundi mengharapkan calon yang menang nanti mampu membawa perubahan yang lebih maju dan meningkatkan ekonomi penduduk di Sibu. Maka calon BN adalah yang lebih tepat.
4.Waris Pahang harap eloklah orang luar dari kalangan pembangkang balik sahaja ke negeri masing-masing kerana DAP bakal kalah, membazir duit engko orang sahaja dan janganlah memecah belahkan keharmonian perpaduan masyarakat di Sibu.
5.Bagaimana DAP boleh menang sedangkan kebanyakkan pengundi tidak mengenali siapakah calon DAP, Wong Ho Leng).

PRK Sibu 03 : DAP Sokong Gagasan 1Malaysia?.

SIBU: Pilihan raya kecil Parlimen Sibu bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru selepas hanya calon DAP, Wong Ho Leng; calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew; dan calon Bebas, Narawi Haron mengemukakan borang pencalonan masing-masing apabila tempoh pencalonan berakhir jam 10 pagi tadi. (Sumber : Berita Harian)

Pada pilihan raya umum 2008, Robert Lau mengekalkan kerusi itu dengan majoriti 3,549 undi, menewaskan pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng.Sibu mempunyai 54,695 pemilih berdaftar, yang terdiri daripada 52,158 pengundi biasa dan 2,537 undi pos, merangkumi 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis.

Menurut senarai pemilih yang dikemas kini sehingga 9 April lalu, pengundi dari kaum Cina adalah hampir 67 peratus daripada jumlah pengundi, diikuti Melayu/Melanau (10.5 peratus) dan Bumiputera Sarawak (22 peratus). (Sumber : Malaysiakini)

(Kata Waris Pahang :

1. PRK Sibu bakal menyaksikan pertandingan 3 penjuru. Namun apa yang menarik calon BN menunjukkan nombor 1 menggambarkan 1Malaysia. Calon Bebas pula menunjukkan tanda bagus.

2.Calon DAP juga mengangkat satu jari seperti apa yang diamalkan oleh rakyat jika menyokong Gagasan 1Malaysia. Barangkali DAP sudah kering idea atau memang sokong Gagasan 1Malaysia?).

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP