Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa KebangsaanMuzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008 memutuskan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah khusus buat agama dan umat Islam sahaja.
Pandangan Tokoh Ulama Luar Negara
Pandangan wakil Al-Azhar (Timbalan Syeikh Al-Azhar) dan Ketua Lujnah Dialog Antara Agama Al-Azhar, Fadhilat Al-Syeikh Abdul Fattah Allam, beliau berpendapat bahawa tindakan Kerajaan Malaysia menegah penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam adalah tepat. Ini kerana kalimah Allah tidak boleh disama ertikan dengan kalimah Rabb yang membawa makna Yang Mewujudkan. Sebagaimana maklum penganut bukan Islam menamakan sebarang Tuhan Yang mereka sembah seperti batu, haiwan, matahari dan lain-lain sebagai Allah. Hal ini sudah tentu amat tidak wajar sama sekali dan menyalahi maksud kalimah Allah itu sendiri sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran dan Al-Hadis.
Pandangan Penasihat Undang-Undang Kementerian Kehakiman Arab Saudi, Syeikh Abdul Muhsin Al-Abikan
Beliau berpendapat bahawa pendekatan Kerajaan Malaysia ini adalah bertujuan untuk mengelakkan daripada penyalahgunaan nama Allah melainkan hanya kepada Yang Maha Pencipta (tuhan yang sebenar). Ini kerana terdapat agama-agama lain yang juga menggunakan kalimah Allah bagi agama mereka sedangkan mereka adalah penyembah berhala, oleh itu nama Allah tidak sepatutnya digunakan bagi menggambarkan tuhan-tuhan yang selainNya.
Tokoh Pergerakan Perlembagaan Islam (Islamic Sonstitutional Movement) Kuwait, Syeikh Abdul Hamid Al-Ballali
Beliau menyokong penuh keputusan Kerajaan Malaysia untuk tidak membenarkan penganut bulan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai panggilan bagi tuhan mereka. Beliau beralasan bahawa keputusan tersebut amat signifikan bagi memelihara maksud istilah sebenar bagi kalimah Allah. Umat yang gagal memelihara istilah-istilah agamanya adalah umat yang leka. Sedangkan Allah SWT telah mengangkat umat ini sebaik-baik umat.
Menurutnya lagi umat Islam perlu sedar banyak istilah-istilah yang berasal daripada Islam pada hari ini telah cuba dieksploitasi, disalah guna atau dipesongkan maknanya oleh pihak tertentu. Ia seperti istilah syahid yang juga diguna pakai bagi penganut bukan Islam. Istilah riba yang ditukarkan kepada faedah bank. Istilah khamar yang ditukarkan kepada minuman rohani. Istilah liwat yang ditukarkan kepada istilah hubungan sesama jenis. Persoalannya adakah umat Islam sedar tentang fenomena ini sebagaimana kesedaran yang dipamerkan oleh Kerajaan Malaysia?.
(Kata Waris Pahang :
1. Tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian seharusnya ditangani dengan bijak bukan ditangani secara TOLOL sebagaimana yang dilakukan oleh PAS dan PKR yang memberi kebenaran bukan Islam menggunakan kalimah Allah.
2. BAHALOL sungguh dia orang ni, "Kalimah Allah" merupakan kalimah suci yang melambangkan Islam itu sendiri. Sebagai Umat Islam kita semestinya mempertahankan penggunaan kalimah ini agar tidak tersasar daripada maksud sebenar dan mempertahankan kesucian Islam itu sendiri.
3. PAS dan PKR sanggup memperjudikan "kalimah Allah" semata-mata mahu mendapatkan kuasa politik yang belum tentu nyata. Mereka sudah buta hati dengan tunduk kepada desakan DAP dan penganut Kristian.
4. Sanggupkah anda bersubahat dengan mereka yang mempersendakan kalimah Allah. Mereka sekarang sedang cuba menutup isu bukan Islam dibenarkan menggunakan kalimah Allah oleh PAS dan PKR semasa PRK Sibu.
5. Persoalannya kenapa orang PAS dan PKR yang beragama Islam tidak berarak beramai-ramai melakukan demontrasi bantahan terhadap pemimpin PAS dan PKR yang menghina kalimah Allah?).






