Monday, May 4, 2009

Selamat Hari Bomba : Cegah Kebakaran Tanggungjawab Bersama

Kereta Proton Saga mula mengeluarkan asap. Pengawal Wisma Sri Pahang cuba memadamkan nya dengan menggunakan pemadam api tetapi gagal.


Api mula menyala dan orang ramai menjauhkan diri kerana bimbang kereta tersebut meletup.


Insan mulia bernama Hamid memberanikan diri memadamkan api. Beliau seorang peniaga cendol berhampiran Masjid Negeri Pahang.


Bomba tiba dan mendapati api telah berjaya dipadamkan.


Tugas dan tanggungjawab kita semua umat Islam untuk menjaga harta benda dan nyawa amat disuruh oleh agama kita. Lebih-lebih lagi pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang tugasnya amat mencabar dan bahaya, ianya memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan adakalanya jiwa mereka sendiri terkorban demi untuk menyelamatkan harta benda dan nyawa orang lain.

Oleh kerana itu, kita sebagai masyarakat hendaklah menghargai pengorbanan dan jasa-jasa mereka. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. yang sangat kasih kepada orang-orang yang sangggup berkorban untuk kesenangan orang lain.

Tanggungjawab pencegahan keselamatan kebakaran bukanlah tanggungjawab Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia semata-mata.

Malahan ianya merupakan tanggungjawab semua pihak. Sekiranya kita sentiasa berhati-hati dan berwaspada setiap masa, Insayallah kejadian yang tidak diingini akan dijauhi oleh Allah s.w.t. - Sumber : Khutbah Jumaat. / Gambar : Koleksi Lama.

Penanti : PAS Trauma PKR Relax

PAS, jangan kacau PKR di Penanti

Mursyidul am PAS berkata beliau tidak mahu anggota parti itu membuat kacau dan membelakangi perjanjian dengan sekutunya dalam Pakatan Rakyat dengan menuntut PAS meletakkan calon pada pilihanraya kecil DUN Penanti.


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga menteri besar Kelantan, berkata PAS perlu berpegang pada janji yang dibuat dengan PKR berhubung pengagihan kerusi pilihanraya yang dibuat sebelum ini, lapor Bernama.

"Kalau itu kawasan PKR, hak dialah. Kita kena balik kepada perjanjian. Kita orang Islam pentingkan janji, jangan buat kacau, janji mesti sempurna.

"Macam di Kelantan, kita ikut perjanjian. Kita beri (kerusi) kepada PKR, dia nak menang ke, kalah ke, itu dia punya pasallah," beliau dipetik berkata di kediaman beliau di Pulau Melaka hari ini.

Sumber : Malaysiakini

Apakah satu tindakan boikot dan protes pula bakal dilakukan oleh PAS Pulau Pinang selepas ini jika mereka tidak dibenarkan bertanding?

Sumber : Pahangdaily

(Kata Waris Pahang :

-Mengikut sumber yang dipercayai PAS kawasan Permatang Pauh tidak akan menurunkan jentera kempennya dalam pilihanraya antara 23 hingg 31 Mei sebagai membantah calon PKR.

-Desakan yang serupa juga dibuat oleh ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Hafiz Mohd Nordin.

- Sebenarnya sesuatu yang tidak dimaafkan oleh PAS Pulau Pinang ialah ahli PAS sahaja yang terhegeh-hegeh buat kerja menggantung bendera dan berkempen sedangkan ahli PKR duduk relax sahaja, berborak-borak, mengarah itu dan ini dan sibuk bermain handphone/sms.

-Siapa yang tidak 'bengang' orang lain pula yang bersusah payah mahu menangkan dia (PKR)sedangkan dia buat tidak tahu sahaja.

-Patutlah PAS Pulau Pinang taubat dan trauma tak mahu tolong PKR di Pulau Pinang!).

Haji Hadi Mangsa Batu Loncatan

Pro-Anwar dibidas

KOTA BHARU 3 Mei – Golongan pro Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pas dibidas kerana menyalahkan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharuddin Mat Isa berhubung cadangan pembentukan kerajaan perpaduan.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan, cadangan pembentukan kerajaan perpaduan itu telah diputuskan secara bersama oleh pimpinan parti-parti dalam pakatan pembangkang dan bukannya datang dari Pas sahaja.

Takiyuddin yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan turut menyelar golongan tersebut kerana hanya berani mengeluarkan kenyataan di luar dan tidak bersuara ketika mesyuarat rasmi diadakan.

‘‘Soalnya kenapa golongan ini hanya menyerang presiden dan timbalan presiden dalam isu kerajaan perpaduan sedangkan ia turut melibatkan Anwar.

Sumber : Utusan Malaysia

(Kata Waris Pahang :

- Selama ini PAS kata Kerajaan zalim, sekarang terbukti PAS lebih zalim kerana mahu menyingkirkan Presiden PAS sedangkan niat Haji Hadi baik untuk membentuk kerajaan perpaduan.

- Kerajaan Perpaduan itu ialah hubungan sillaturahim antara ahli PAS dan UMNO. Maka PAS sanggup memutuskan hubungan sesama manusia. Tidak kah ini zalim namanya?.

-Kononnya ada keraguan tentang kerajaan perpaduan dalam erti kata lain keraguan berhubung hubungan sulit PAS-UMNO.

-Siapa yang cipta kalimat 'keraguan' ini. Tidak lain dan tidak bukan orang yang mahu menjadikan Haji Hadi sebagai batu loncatan untuk mendapat jawatan dalam kepimpinan PAS.

-Nampaknya jarum Anwar menjadi untuk menyingkirkan Haji Hadi. Tidak kurang juga jarum Nik Aziz juga menjadi untuk menyingkirkan Presiden PAS.

-Bagi Waris Pahang, Haji Hadi tidak seteruk sebagaimana yang digambarkan oleh orang pro Anwar dan Nik Aziz.

-Dan Haji Hadi tidak seteruk seperti dalam gambar kerana bercita-cita membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO.

-Semoga Allah merahmati Haji Hadi kerana berusaha menyatupadukan ummah sebagaimana yang dituntut oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan Islam).

Kenapa PAS Takut SPRM?.

PAS perlu buka pintu SPRM pantau pemilihan parti itu Jun ini

Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (GERAK) Malaysia berpandangan bahawa PAS perlu membuka ruang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malatsia (SPRM) memantau pemilihan pucuk pimpinan parti itu dalam Muktamar PAS, Jun depan.

Pengerusi GERAK, Mohd Nazree Mohd Yunos berkata, langkah itu akan memberikan kredit kepada PAS bagi membuktikan parti itu benar-benar tidak terjangkit dengan penyakit rasuah walaupun setelah memenangi pilihanraya umum lalu.

“Kita berpandangan bahawa PAS boleh membuka ruang kepada SPRM menjalankan pemantauan bagi mengesahkan lagi bahawa Muktamar PAS pada kali ini adalah benar-benar bebas daripada rasuah,” katanya.

Dalam kenyataanya kepada Agendadaily, beliau berkata, GERAK menyokong SPRM jika agensi berkenaan mahu memantau perjalanan pemilihan Muktamar PAS itu supaya bebas daripada rasuah.

Gerakan itu menolak pandangan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor Dr. Che Rosli Che Mat yang membuat kenyataan menolak pembabitan SPRM untuk memantau pemilihan pucuk pimpinan parti itu, Jun depan.

“Sepatutnya pemimpin itu mencontohi sikap Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang pernah membenarkan SPRM menyiasat dakwaan korupsi terhadap menantunya. Akhirnya terbukti tidak berlaku sebarang kesalahan rasuah atau salahguna kuasa,” tegasnya.

Menurut Mohd Nazree, peranan ahli-ahli PAS yang terbabit pemilihan pemimpin parti amat penting dalam memastikan tidak ada unsur-unsur lobi-melobi dan penggunaan politik wang.

Katanya, ini perlu selepas pembangkang yang turut dianggotai PAS telah mempunyai kuasa mentadbir yang boleh menjerumuskan pemimpin ke lembah rasuah jika tidak berhati-hati dengan perkara ini.

Menurutnya. SPRM harus diberikan kepercayaan oleh rakyat terutamanya generasi muda. PAS dengan pemantauan tersebut bagi menyakini pemilihan parti itu benar-benar bebas daripada rasuah politik.

Pemilihan pucuk pimpinan PAS pada Jun ini dijangka sengit dengan kerusi Presiden, Timbalan dan Naib dijangka menyaksikan pertarungan membabitkan dua kumpulan yang disebut-sebut sebagai kumpulan Erdogan yang pro Datuk Seri Anwar Ibrahim dan golongan PAS asal atau ulama.SPRM sebelum ini turut bekerjasama dengan UMNO ketika pemilihan pucuk pimpinan parti itu baru-baru ini dan jika PAS memilih menolak cadangan ini, ianya pasti menimbulkan tanda tanya kenapa mereka takut berbuat demikian atau apakah PAS kini bukan lagi parti yang bersih.-27/4/2009

Sumber : Agendadaily

(Kata Waris Pahang :

-Hai! kalau UMNO, engko lenyek habis-habis suruh SPRM pantau persidangan UMNO dan tangkap perasuah politik.


-Bila time engko (PAS) tidak benarkan SPRM pantau. Nampak sangat PAS ini parti tidak bersih.

- Barangkali ada fatwa yang dikeluarkan oleh ulama PAS yang menghalang SPRM pantau persidangan PAS?.

-Ataupun PAS keliru siapa yang sepatutnya memberi lampu hijau untuk membenarkan SPRM pantau, Mursidul Am atau Presiden PAS. Inilah susahnya kalau ada dua nakhoda).

Thursday, April 30, 2009

Penanti : PAS Jadi Kuli PKR

Tidak sampai 24 jam selepas Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan calonnya Mansor Othman, Pemuda PAS Pulau Pinang dilihat memberi kata dua - mahu meletakkan calon mereka pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti 31 Mei ini.

PAS dikatakan menganggap kerusi tersebut sebagai kubu kuat parti itu walaupun pada pilihan raya umum lalu ia ditandingi oleh wakil PKR.

Difahamkan PAS Permatang Pauh mengambil langkah mahu 'memulau' pilihan raya kecil Penanti ekoran rasa tidak puas hati PKR bertanding.

Ketua Pemuda PAS, Mohd. Hafiz Mohd Nordin berkata, satu perbincangan dengan presiden parti berhubung hal itu akan diadakan dalam tempoh terdekat ini.

"Ini adalah permintaan akar umbi yang mahukan PAS mengambil balik kawasan itu, Pemuda sendiri telah mempunyai calon yang sesuai," kata beliau dipetik Bernama.

Semalam, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman, 56, telah dipilih sebagai calon parti itu untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti bulan depan.

(Kata Waris Pahang :

-Apa guna sebuah parti jika tidak mendengar suara akar umbi.

- Mereka mahukan calon PAS diletakan di Penanti kerana itu adalah kubu kuat mereka. Lebih ramai ahli PAS di Penanti dan lebih banyak markas PAS daripada PKR.
-Apatah lagi calon PKR, Dr Mansor telah tiga kali tewas dalam pilihanraya iaitu pada tahun 1999 kawasan Parlimen Balik Pulau,2004 kerusi Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya dan 2008 kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Betong.

-Timbalan Pengerusi Pengerusi PKR Pulau Pinang ini akan mengantikan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Fairus Khairuddin yang ‘ kena main’ oleh orang dalam PKR sendiri hingga terpaksa letak jawatan.

- Tetapi Lim Guan Eng kata belum tentu calon PKR yang menang di Penanti akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri.

-Nampaknya Lim pula mahu mainkan Anwar yang sebelum ini beliau dipermainkan oleh Anwar.

-Sebelum ini berlaku salah faham antara Lim Guan Eng dan Anwar berikutan kegagalan beliau memaklumkan kepada Lim mengenai peletakan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri I, Mohammad Fairus Khairuddin sebagai ADUN Penanti.

- PAS wajar boikot PKR di DUN Penanti sebagai pengajaran kepada PKR kerana sebelum ini orang PAS yang lebih banyak buat kerja seperti menggantung bendera dan berkempen sedangkan ahli PKR duduk relax sahaja dan mengarah itu dan ini.

-Kali ini kita lihat bagaimana PKR buat kerja seorang diri tanpa bantuan PAS, setuju tak? Setujuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!.

-Rupa-rupanya PAS ini hanyalah kuli PKR!).

Al Fatihah

Puan Sri Laila Taib meninggal dunia

KUCHING: Puan Sri Laila Taib, isteri kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, meninggal dunia pada jam 3.45 petang ini. Allahyarham yang berusia 68 tahun meninggal dunia di kediaman mereka, Demak Jaya di sini. Pegawai akhbar kepada Ketua Menteri, Amin Sahmat mengesahkannya. - Bernama

(Kata Waris Pahang :
Salam takziah kepada Ybhg Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta keluarga.

Semasa hayat alyarhamah terlalu banyak amal kebajikan yang dilakukan dan memberi sumbangan yang besar kepada kemajuan Islam. Ianya wajar dicontohi.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Amin.Al-Fatihah...).

Wednesday, April 29, 2009

Bapuk Nuar Gian Diurut


Berjuta Rakyat Thailand Tengok Anwar Ibrahim Diurut 'Live' Dalam TV

Ramai yang tidak tahu, sewaktu kempen pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau baru-baru ini, Anwar sempat 'cilok' ke Bangkok untuk menjadi tetamu rancangan televisyen di Channel 9 negara itu.

Tapi yang penulis tak tahan tu, dalam program bual bicara dengan Channel 9 itu, Anwar siap menerima pelawaan host program tersebut untuk diurut oleh seorang jejaka. Oh tidak!!!!

Memang Anwar tidak berbogel, tetapi mengizinkan dirinya divideokan dalam keadaan baring sambil tersenyum kerana 'syok' diurut memang ternyata memalukan kita sebagai rakyat Malaysia.
Apatah aksi tersebut boleh disaksikan berjuta rakyat negara Gajah Putih berkenaan!
Lebih memalukan, Anwar siap boleh tersengih-sengih depan kamera sambil memuji-muji jejaka si tukang urut tersebut kerana berjaya melakukan 'tugasnya' dengan begitu cemerlang, pergh!!!!

Dek kerana terlalu seronok diurut, Anwar terlupa yang dia sebenarnya telah 'mengotori' dirinya yang selama ini dianggap pemimpin Islam, pemimpin reformasi dan pemimpin masa depan rakyat Malaysia.

Ternyata banyak bermain sandiwara mengenai tingkah lakunya sebagai pemimpin.
Banyak topeng yang dipakainya hingga setengah orang menjadi keliru dan tidak tahu apakah dia seorang pejuang nombor wahid ataupun seorang homoseks yang menggerunkan rakyat.

Walaupun bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamads telah menyatakan alasan pemecatannya namun Anwar tetap berdegil dan menganggap dirinya bersih lagi bersih, putih lagi putih dari sabun Fab.

Dia mengatakan itu semua fitnah, suatu konspirasi yang didalanginya Mahathir kerana Mahathir takut kepadanya. Kononnya dia kini sudah menjadi duri dalam daging kepada Mahathir dan kroni-kroni Mahathir.

Kita faham mengapa Anwar berhempas-pulas menafikan dia seorang homoseks.
Dia berhak untuk menafikannya kerana sekiranya benar dia akan tersisih dari arus sejarah dan akan diketepikan oleh orang Melayu dan Islam sebagai pemimpin mereka.

Dia tahu sejarah kehancuran kaum Lut dalam al-Quran. Dia juga sedar bahawa orang Melayu tidak akan menerimanya lagi sebagai pemimpin mereka. Malaysia bukan Amerika Syarikat.
Melayu bukan masyarakat Barat yang menghalalkan homoseksualiti.

Dia juga mempunyai enam orang anak dan seorang isteri yang akan menanggung segala kesengsaraan batin sekiranya dia benar-benar seorang homoseksual.
Di manakah dia akan meletakkan mukanya kalau anak-anaknya mengetahui segala rahsia hubungan sejenis itu?

Isterinya yang setia 1000% juga akan menghadapi tekanan jiwa yang parah kalau suami yang tercinta rupa-rupanya mempunyai hubungan sulit dengan berbagai-bagai lelaki seola-olah dia sebagai isteri dan wanita tidak lagi menimbulkan keghairahan yang melemaskan.

Penulis percaya tak lama lagi akan tersebarlah rakaman video ini, namun seperti biasa, Anwar yang cukup hebat dalam bab 'menepis dan menangkis' akan menggunakan segala kudrat dan keupayaannya untuk mengjustifikasi adegan urut tersebut.

Tak mengapalah, dia mungkin SELAMA ini boleh menipu rakyat tetapi percayalah rakyat tidak akan SELAMANYA ditipu oleh manusia bernama Anwar Ibrahim ini.

Penulis berharap sangat janganlah Anwar menjadi Perdana Menteri kita suatu hari nanti.
Takut tak pasal-pasal industri rumah urut akan terhalal dengan sendirinya di bumi bertuah ini, takutnyeeeeeeee - Oleh SULAIMAN AKHLAKEN

Monday, April 27, 2009

Perbezaan 1Malaysia dan Malaysian Malaysia (Bahagian 2)

Protes Orang Melayu Terhadap Malayan Union

6. 1Malaysia : Diperjuangkan oleh rakyat Malaysia berbilang kaum

Malaysian Malaysia : Diperjuangkan oleh bukan Melayu

7. 1Malaysia : Kesinambungan semenjak zaman pentadbiran Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Al Haj hingga Perdana Menteri ke lima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Malaysian Malaysia : Kesinambungan Malayan Union yang diperjuangkan oleh British.
Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 telah menyaksikan idea-idea utama Malayan Union itu dihidupkan semula dalam bentuk baru dan jenama baru.

8. 1Malaysia : Semua kaum ada hak yang sama tapi ada hak istimewa bangsa Melayu dan bumiputera dan menjamin hak kaum lain.
Malaysian Malaysia : Semua kaum ada hak yang sama tapi tiada hak istimewa bangsa Melayu dan bumiputera

9. 1Malaysia : Matlamat : Bukan membangkitkan soal kesamarataan dan mengetepikan kepentingan Melayu dan bumiputera. Merangkumi elemen yang jelas bagi pembinaan negara dengan berpaksikan kepada perpaduan dan integrasi; kepentingan rakyat dan kecemerlangan bagi melonjakkan kemajuan negara

Malaysian Malaysia : Matlamat : Mahu menghapus kontrak sosial dan ketuanan Melayu.
Menolak ketidakadilan sosial : mengkelaskan masyarakat kepada bumiputera, bukan bumiputera dan imegren.
Menolak ketidakadilan budaya : Kebudayaan bumiputera (termasuk bahasa Melayu dan agama Islam) sebagai kebudayaan kebangsaan.

Menolak ketidakadilan ekonomi :Kerajaan menyediakan peruntukan untuk membantu bumiputera

10. 1Malaysia : Seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira parti politik, berbilang kaum dan warna kulit berjuang di bawah satu slogan “Satu Malaysia”.

Malaysian Malaysia : Pakatan Rakyat mempunyai slogan berbeza, DAP : Malaysian Malaysia, PKR : Satu Negara Satu Bangsa dan PAS : PAS untuk semua.

Perbezaan 1Malaysia dan Malaysian Malaysia (Bahagian 1)

Anti Malayan Union 28.12.1946

1. 1Malaysia :Dipelopori oleh Datuk Seri Najib Tun Razak

Malaysian Malaysia : Dipelopori oleh Lee Kuan Yew

2. 1Malaysia : Melalui Idea Perdana Menteri ke 6

Malaysian Malaysia : Melalui People’s Action Party (PAP) diteruskan oleh DAP

3. 1 Malaysia : Diperjuangkan sejak April 2009.

Malaysian Malaysia : Diperjuangkan sejak tahun 1960-an.

4. 1Malaysia beerti : Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia dan kita
mengambil tindakan berdasarkan kepada kehendak semua kumpulan etnik dalam negara
kita.

Malaysian Malaysia : Beerti : Memperjuangkan keadilan dan kesamaan hak bagi rakyat
dengan matlamat menghapuskan pemerintahan beraja, kedudukan agama Islam dan hak-
hak istimewa orang Melayu termasuk semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB).

5. 1Malaysia : Slogan Satu Malaysia; Rakyat Didahulukan; Pencapaian Diutamakan.

Malaysian Malaysia : Slogan : Malaysia untuk orang Malaysia

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP