Tuesday, July 14, 2009

MANIK URAI : INGATAN TERAKHIR SEBELUM MENGUNDI


TIDAK ADA GUNANYA MENGUNDI PAS KALAU PENDUDUK MANIK URAI TERPAKSA MENDERITA DAN MERANA KEMBALI SELEPAS SEMUA JENTERA PILIHAN RAYA KEMBALI PULANG KE DESTINASI MASING-MASING.
BN MAMPU MENGUBAH KEHIDUPAN PENDUDUK MANIK URAI SEBAIK SAHAJA SELEPAS PILIHAN RAYA KECIL BERBANDING PAS KERANA MEREKA MAHU MENUNTUT DAHULU ROYALTI MINYAK (ITUPUN KALAU DAPAT) UNTUK BANGUNKAN MANIK URAI.
BUAT APA KITA MAHU SUSAHKAN DIRI, UNDI SAHAJA BN SEBAB MEREKA SUDAH BERJANJI MEMBANGUNKAN MANIK URAI.
SELAMAT MENGUNDI BN UNTUK KEMAJUAN MANIK URAI, KELUARKAN DIRI KITA DARI BELENGGU PENDERITAAN, SEMOGA MASALAH KITA TERLERAI BUKAN HARAPAN KITA TERBURAI DENGAN BUAIAN ANGAN-ANGAN MAT JENIN PAS.

Monday, July 13, 2009

Manik Urai : 'Umpan Rayuan' Tolak Rezeki

"Tidak ada apa kelebihan yang ada dari parti lawan selain daripada umpan hadiah berupa pembangunan dan janji-janji subsidi di sana sini. Kita bukan tidak kenal siapa UMNO". (Petikan : Rayuan Tok Guru ~ PAS).


(Kata Waris Pahang :


-PAS makin terdesak sebab itu mereka mengedar "Rayuan Tok Guru". Tiada apa yang menarik dalam rayuan dari seorang yang berlabel tok guru yang penuh dengan kontroversi memalukan dan gelap mata dengan kuasa sehingga sanggup bekerjasama dengan DAP yang menolak Islam.


-BN mengotakan janjinya dengan mengeluarkan kos RM24 juta bagi DUN PENGKALAN PASIR selepas rakyat memberi mandat dan kemenangan kepada BN dalam pilihan raya kecil yang lalu.


-Diantara projek yang telah dan sedang dilaksanakan ialah seperti berikut:
1. Perparitan dan Banjir Kilat RM18,000,000
2. Projek Masjid Bandar Pasir Mas RM530,000
3. Projek Masjid Slow Macang RM250,000
4. Projek Masjid Kg Kubang Bemban RM510,000
5. Projek membantu jalan dan lorong RM1,000,000
6. Projek Lampu jalan kampong RM150,000
7. Projek Infrastruktur dan kemudahan asas RM618,000
8. Program bantuan rumah RM3,000,000


-Kemampuan BN membela nasib rakyat mengusarkan PAS kerana mereka hanya mampu menabur 'air liur' sahaja di pentas-pentas ceramah.


-Pengundi mesti memberi peluang dan kemenangan kepada BN, kata orang "Rezeki Jangan Ditolak").

SMK Jengka Pusat terima Anugerah Sekolah Bestari Felda

HAFIDZAH Jono memegang replika cek bernilai RM30,000 kerana memenangi Anugerah Sekolah Bestari Felda 2009 sempena sambutan Hari Peneroka Kebangsaan 2009.
MARAN 11 Julai - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka Pusat, dekat sini mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila dipilih sebagai penerima Anugerah Sekolah Bestari Felda sempena sambutan Hari Peneroka Kebangsaan di Felda Maokil, Labis, Johor baru-baru ini.
Pemilihan sekolah itu berdasarkan keputusan cemerlangnya dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.
Pengetuanya, Hafidzah Jono berkata, pemilihan sekolah itu adalah di luar jangkaan kerana banyak lagi sekolah cemerlang di tanah-tanah rancangan di seluruh negara.
''Pemenang Anugerah Sekolah Bestari Felda membolehkan SMK Jengka Pusat menerima hadiah wang tunai sebanyak RM30,000 daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis itu,'' katanya kepada Mingguan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.
Hafidzah memberitahu, SMK Jengka Pusat mencapai kelulusan 100 peratus dalam PMR dan SPM pada tahun ini menerusi Skim Tuisyen Felda (STF).
Katanya, pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) bagi PMR ialah 1.51 manakala SPM ialah 4.01 iaitu tahap prestasi yang membanggakan bagi kategori sekolah luar bandar.
Menurut beliau, SMK Jengka Pusat mendapat bantuan STF di bawah pengurusan Felda Melati Jengka 11 yang bersungguh-sungguh melaksanakan tuisyen kepada anak peneroka sejak 2006 lagi. (Sumber : Utusan Malaysia)
(Kata Waris Pahang :
-Tahniah diucapkan kepada SMK Jengka Pusat Maran Pahang kerana terpilih sebagai Sekolah Bestari Felda.
-Kejayaan ini bukan milik SMK Jengka Pusat Maran Pahang sahaja sebaliknya kejayaan guru, PIBG, ibubapa dan murid.
-Kejayaan ini juga boleh dikatakan kesan dari pembukaan UITM Cawangan Jengka di tengah-tengah Bandar Jengka.
-Penduduk Jengka dilihat menitik beratkan pendidikan anak-anak mereka dan terpanggil untuk memastikan anak-anak peneroka berjaya cemerlang dan tidak ketinggalan di arus perdana selepas UITM Cawangan Jengka diwujudkan di kawasan tersebut.
-Kejayaan ini juga boleh dikatakan hasil daripada anjakan minda bestari dan perubahan sikap yang tinggi di kalangan penduduk Jengka.
-Penduduk Kawasan Jengka tidak akan mengecapi kejayaan cemerlang pelajar lagi pada masa akan datang sekiranya mengabaikan pendidikan pelajar-pelajar, berfikiran sempit dan menghabiskan masa dengan politik semata-mata.
-Tahniah Sekali Lagi).

Wacana : Melayu Bermaruah Berjaya Hebat

Datuk Seri Najib Tun Razak semalam meluangkan masa menyampaikan ceramah dalam satu Wacana 1Malaysia di hadapan 5,000 orang peserta di PWTC, Kuala Lumpur.

Program Wacana ini merupakan inisiatif Gempita! (Gerak Gempur Pemikir Tanah Air Malaysia) untuk menyediakan sedikit ruang kepada para pencinta dan pejuang sejati bangsa untuk sama-sama menerima dan berfikir tentang hala tuju dan masa depan Melayu dan Negara (Petikan Kata-Kata Presiden Gempita, Manndzri Bin Haji Nasib).

Sempena genap 100 hari Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 6, Najib memberi jaminan akan terus berusaha memberi kesejahteraan kepada rakyat tanpa mengira bangsa.

Najib menegaskan dalam ceramah bertajuk : Kedudukan Institusi Beraja & Melayu Dalam Perlembagaan Dari Perpektif 1Malaysia bahawa Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan tidak sama sekali menyentuh atau menggugat kedaulatan Institusi Raja dan Hak Istimewa Orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Wacana 1Malaysia ini juga telah memberi peluang kepada Najib untuk memperjelaskan tentang keraguan orang Melayu terhadap dasar liberalisasi yang diperkenalkannya.

Walaupun baru 100 hari memegang tampuk pemerintahan tetapi Najib telah menampakkan wawasan dan halatuju yang boleh membawa rakyat kepada pencapaian kecemerlangan di dalam setiap bidang.

Konsep 1Malaysia menekankan kepada menyatupadukan semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan kajian yang dijalankan mendapati keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri sangat tinggi dan setiap lapisan masyarakat menyambut baik konsep 1Malaysia.

Di penghujung ceramahnya, Najib menyeru orang Melayu supaya bangkit menjadi Orang Melayu Bermaruah, Berjaya dan Hebat di dalam setiap aspek kehidupan.

Saturday, July 11, 2009

Manik Urai : Disebalik Bendera 'Anak Emas'

Manek Urai 'anak emas'

Bukan setakat anak angkat tetapi anak emas. Itulah janji Barisan Nasional (BN) jika berjaya merampas kembali Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai daripada genggaman Pas.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mustapa Mohamad berkata, jaminan itu disampaikan sendiri oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada beliau dalam pertemuan malam tadi di sini.

Menurutnya, BN memang ikhlas dan jujur membantu nasib penduduk DUN Manek Urai yang sewajarnya memang perlu dibela setelah diabaikan oleh kerajaan Pas Kelantan.

"BN ikhlas dan jujur serta cakna membantu penduduk Manek Urai. Buktinya memang jelas dan telah diketahui oleh semua pihak bahawa BN pada setiap masa membantu rakyat walaupun di negeri yang dikuasai pembangkang," katanya. (Sumber : Utusan Malaysia)

(Kata Waris Pahang :

-Hari pembuangan undi semakin kuat dirasai dan suasana pilihan raya pula semakin hangat.

-PAS semakin tertekan dengan asakan BN yang mengatakan bahawa PAS mengabaikan pembangunan di Manik Urai.

-Rupa-rupanya PAS selama ini bermain dengan pelbagai slogan untuk mengaburi mata rakyat tetapi hakikatnya hanyalah slogan kosong belaka.
-Pengundi Manik Urai tidak sepatutnya terpengaruh dengan penyokong-penyokong luar PAS yang bertandang ke Manik Urai.

-Mereka hanya pandai menghasut dan bersorak tetapi tidak menjanjikan apa-apa yang menarik untuk Manik Urai.

-Berbanding dengan BN yang telah memilih Manik Urai sebagai 'anak emas'. PAS tidak berani berjanji seperti BN kerana mereka tidak mampu memenuhi segala tuntutan pembangunan sebagaimana yang dikehendaki pengundi Manik Urai.

-Penduduk Manik Urai diharap memberi peluang kepada BN untuk melakukan perubahan, jika tidak berpuas hati, tolak kami pada pilihan raya umum akan datang.

-BN berjanji akan melakukan yang terbaik sekiranya diberikan peluang kali ini. Manik Urai mampu berubah bersama BN.

-Penduduk Manik Urai juga diharap memberi peluang kepada Tuan Aziz yang merupakan anak tempatan yang bijak pandai dan berpengalaman untuk dipilih sebagai wakil rakyat.

-SELAMAT MENGUNDI BARISAN NASIONAL UNTUK KEBAIKAN PENDUDUK DAN KEMAJUAN MANIK URAI. Jangan lupa "MANIK URAI ANAK EMAS".

Wacana : Melayu Mesti Berani Berubah



PWTC Kuala Lumpur - Pertubuhan Gerak Gempur Pemikir Tanah Air Malaysia (Gempita!) telah bekerjasama dengan UMNO dan SS Prominent Minds (SSPM) mengadakan program Wacana yang membincangkan kedudukan Institusi Raja dan orang Melayu dari sudut pentadbiran kerajaan sekarang yang mempelopori konsep 1Malaysia.
Tun Dr. Mahathir telah diberi ruang bicara selama dua jam untuk membincangkan tajuk : Dilema Orang Melayu Di Era Liberalisasi Dan Globalisasi.
Pelbagai nasihat diberikan supaya bangsa Melayu terus maju dan kata-kata semangat supaya bangsa Melayu tidak alpa. Beliau juga menyentuh senario ekonomi dan politik semasa.
Program ini telah dihadiri oleh 3,000 orang peserta dari tokoh-tokoh politik, pertubuhan NGO, blogger-blogger, ahli perniagaan dan orang perseorangan.
Tun mengajak bangsa Melayu supaya tidak merasa selesa dan mendabik dada dengan kejayaan yang dinikmati selama ini.
Tun juga menyedarkan orang Melayu supaya berhati-hati dalam situasi pollitik yang tidak menentu kini kerana segelintir bangsa sendiri kini bertindak mengikut telunjuk orang lain.
Walaupun Hak Keistimewaan Orang Melayu termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan tetapi orang Melayu jangan lalai kerana pelbagai pihak cuba menafikannya.
Apabila orang Melayu mempertahankannya dianggap rasis sedangkan mereka mempertahankan hak mereka sahaja sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Malaysia telah mencapai kemerdekaan hampir 52 tahun dan berjaya membangunkan negara walaupun menempuhi pelbagai onak duri untuk mencapai ke tahap sekarang.
Bangsa Melayu mampu duduk sama tinggi rendah dengan bangsa lain sekiranya diberikan peluang.
(Kata Waris Pahang :
-Orang Melayu banyak bekorban seperti menukarkan nama Tanah Melayu kepada Malaysia.
-Orang Melayu sanggup memberi kerakyatan kepada bangsa lain untuk menjadi warganegara Malaysia.
-Orang Melayu sanggup lakukan apa saja termasuk berkongsi kuasa politik demi bangsa dan negara.
-Namun malang pada hari ini orang Melayu malu untuk pertahankan hak mereka yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
-Malahan ada juga orang Melayu sendiri yang pertikai Hak Keistimewaan Melayu dan menganggap tindakan mempertahankan ini adalah rasis atau perkauman.
-Melayu sudah hilang identiti dan jati diri kerana lebih mempertahankan parti politik contohnya PAS daripada mempertahankan kepentingan bangsa.
-Berbanding dengan kaum Cina yang bersatu bila sesuatu perkara menyentuh kepentingan bangsa mereka walaupun mereka daripada parti yang berbeza).

Friday, July 10, 2009

Manik Urai : Sekongkol DAP Mahu Bumiputera


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M Manoharan kurang senang melihat rakannya yang juga Speaker Dewan Negeri, Teng Chang Khim (DAP-Sungai Pinang) memakai songkok ketika menjalankan tugasnya pada persidangan itu.

“Saya tengok Tuan Speaker (Teng Chang Khim) memakai songkok. Saya tidak bersetuju .. kita berjuang atas prinsip bahawa kita tidak akan memakai songkok kerana tidak diiktiraf sebagai Bumiputera,” katanya kepada pemberita di luar daripada hari pertama persidangan dewan di sini semalam.
Menurutnya, beliau sendiri terkejut melihat Chang Khim memakai songkok, tetapi beliau tahu beliau (Chang Khim) telah memakainya pada persidangan dewan melalui berita yang didengarnya.

Manoharan berkata, beliau tidak berapa gembira dengan pemakaian songkok kerana orang bukan Melayu tidak diberikan status Bumiputera dan masih dilayan sebagai kumpulan yang berbeza.

“Saya akan mengadakan pertemuan tertutup dengan Speaker, saya ingin membangkitkan perkara itu pada waktu sesuai. Dengan Perdana Menteri serius dengan konsep 1Malaysia, beliau patut menimbang memberikan status Bumiputera kepada bukan Melayu,” katanya. (Sumber : Sinar Harian).

(Kata Waris Pahang :

PRK Manik Urai sangat unik sekali kerana banyak isu yang timbul dalam pakatan rakyat yang mampu menghilangkan kepercayaan pengundi terhadap PAS seperti isu babi di Kedah dan isu tanah di Pulau Pinang.
Isu yang belum lagi reda ini digemparkan pula dengan kenyataan ADUN Kota Alam Shah, M.Manoharan.

Kenyataan M.Manoharan sangat biadap kerana tidak puashati dengan pemakaian songkok, beliau mahu menuntut kerakyatan bukan Melayu setaraf bumiputera.

Kita naik hairan bagaimana PAS boleh sekongkol dengan DAP yang jelas menolak pemakaian Islam dan agama Islam.

Kita percaya DAP akan menolak syiar Islam dan tidak akan membantu memajukan mahkamah syariah, kehakiman Islam, pusat dakwah dan penyebaran Islam.

Kita sambut baik usaha murni sesetengah pihak untuk menghapuskan pusat perjudian dan penjualan arak. Persoalannya mahukah DAP setuju untuk menghapusnya.

Sebelum apa-apa berlaku demi masa depan anak, cucu dan cicit kita maka eloklah kita tinggalkan PAS)

Thursday, July 9, 2009

Manik Urai : BN Tenang PAS Serang


BN Kempen Cara Baik

Anggap perlawanan persahabatan, kita bukan nak berbalah.

Kita bukan nak berbaloh...tak perlu gaduh-gaduh. Kita BN akan cuba beri yang terbaik. Itu permintaan dan harapan Tuan Aziz Tuan Mat kepada pengundi-pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang akan memilih wakil rakyat mereka pada 14 Julai ini.

Malah Ketua Pemuda UMNO Kuala Krai itu mahu penduduk kawasan berkenaan melihat pertembungan beliau dengan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah sebagai perlawanan persahabatan.

“Maka adik kakok, abe...jangan nak berbaloh lah..tak payoh, kita adik beradik belako,” ujarnya ketika berkempen kepada penduduk Kampung Budi di DUN Manek Urai.

Sambil mengesat peluh yang membasahi tubuhnya kerana lepas melayan sekumpulan anak muda bermain sepak raga bulatan, Tuan Aziz menjelaskan, beliau melepaskan tugas dengan Kesedar dan menjadi calon untuk menolong penduduk kawasan Manek Urai. (Sumber : Agendadaily).

------------------------------------------------------

PAS Kempen Cara Kotor

PAS yang mendakwa sebagai sebuah parti Islam terus berkempen dengan cara yang kotor. Diberitakan mereka telah mengarahkan imam-imam masjid supaya menunjukkan kuasa dan mengugut anak mukim supaya mengundi PAS.

Sekiranya tidak mengundi PAS maka imam tersebut tidak akan menjadi jurunikah kepada ahli mukim dan anak-anak penduduk selepas ini.

Mereka juga memberitahu pengundi bahawa sekiranya tidak mengundi PAS, maka mereka akan bangkit dari perkuburan Islam dan merangkak ke Perkuburan Kristian apabila meninggal dunia kelak.

Mereka juga begitu berkuasa sehingga boleh memberikan tawaran kepada pengundi sama ada mahukan syurga atau neraka.

Bagi mereka menjual syurga dan neraka samalah seperti menjual ubi kayu di pasar malam. Kata kawan saya macamlah syurga dan neraka itu milik mak bapak mereka.

Selain daripada itu gambar Nik Aziz berdoa memenuhi kawasan Manek Urai. Macamlah dia seorang yang pandai berdoa. Ini menggambarkan sifat beliau yang takabbur.

Sementara itu, unit amal PAS berlagak lebih daripada pihak keselamatan. Kalau boleh polis pun mereka nak tangkap.

Yang terbaru, mereka sanggup menggunakan mahasiswi universiti tempatan untuk memujuk pengundi supaya mengundi PAS. Sumber : http://www.manekurai2009.blogspot.com/
(Kata Waris Pahang :
-Para pengundi DUN Manek Urai berfikirlah secara rasional dan buangkan ketaasuban kepada PAS.
-Janganlah takut buat keputusan untuk kebaikan dengan mengundi calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat pada 14 Julai nanti).

Lewatnya Bicara Liwat

Agak-agaknya apa yang dibualkan oleh mereka berdua?. Barangkali Nik Aziz sedang bertanya sesuatu;
Jis : Mu liwat ko, dok?
War : Saya tak lewat, datang cepat tadi

KUALA LUMPUR 8 Julai - Peguam Sulaiman Abdullah yang mengadu tidak sihat minggu lepas semasa permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dibekalkan semua dokumen berkaitan kes liwat pembantunya dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam.

Perkara itu dimaklumkan kepada Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah hari ini yang kemudian menetapkan 15 Julai ini sebagai tarikh baru untuk mendengar permohonan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ini merupakan kali keempat permohonan itu ditangguhkan. (Sumber : Utusan Malaysia).
(Kata Waris Pahang :
Bagaikan sudah dijangka kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadual bermula 8 julai 2009 telah ditangguhkan ke Rabu depan 15 Julai 2009 berikutan peguam utama beliau Suleiman Abdullah menyambung cuti sakit.

Banyak lagi peringkat-peringkat yang terpaksa ditunggu Saiful Bukhari Azlan walaupun telah menunggu setahun untuk perbicaraan di mahkamah yang sepatutnya berlangsung pada 1 julai 2009 yang lalu.
Pada 15 Julai 2009 juga mahkamah akan putuskan dulu permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen-dokumen kes.
Bukan itu sahaja, Anwar dan kuncu-kuncunya akan sedaya upaya cuba membatalkan kes tersebut.
Mereka mendakwa Anwar tidak meliwat dan ianya hanya konspirasi untuk menjatuhkannya. Manakala pihak penyokong Saiful pula mendesak kes ini dibicarakan.
Semoga perbicaraan kes sebenar dapat dijalankan dengan baik apabila tiba masanya).

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP