Tuesday, December 16, 2014
UCAPAN BAJET 2015 YAB MENTERI BESAR PAHANG
Kuantan - Pagi tadi YAB DSDR Menteri Besar Pahang berucap membentangkan Bajet 2015 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang dalam Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-2.
Berikut disiarkan teks ucapan penuh Bajet 2015. Dewan akan bersidang lagi esok.
...........................................................................................................................................................
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
Yang Berhormat Tuan Yang DiPertua,
Saya mohon mencadangkan satu Rang Undang-Undang dinamakan :
“Satu Enakmen bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2015 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud-maksud tertentu” dibaca bagi kali kedua.
Yang Berhormat Tuan Yang DiPertua,
PENDAHULUAN
Dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, saya memanjatkan syukur ke hadrat Allah S.W.T., selawat serta salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W., dengan izin dan kurnia-Nya dapat saya serta Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian hadir Di Dewan Yang Mulia Ini. Sekali lagi dapat saya membentangkan Bajet Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 2015 Sempena Persidangan Kali Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Undangan Yang Ketiga Belas di pagi yang mulia ini.
Yang Berhormat Tuan Yang DiPertua,
LATAR BELAKANG
Kerajaan Negeri ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak yang telah membentangkan Bajet Negara Tahun 2015 pada 10 Oktober 2014 yang lalu. Bajet yang dibentangkan ini bertemakan “Bajet 2015 : Ekonomi Keperluan Rakyat” .
Bajet tahun 2015 digubal berfokus kepada Ekonomi Keperluan Rakyat dengan tujuh (7) strategi utama iaitu :
Memperkukuh Pertumbuhan Ekonomi
Memantap Tadbir Urus Fiskal
Mengupaya Modal Insan Dan Keusahawanan
Memperkasa Agenda Bumiputera
Memartabatkan Peranan Wanita
Membangun Program Transformasi Belia Negara ; dan
Mensejahterakan Rakyat.
PERTUMBUHAN EKONOMI NEGERI
Yang Berhormat Tuan Yang DiPertua,
Saya bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. kerana Negeri Pahang terus berkembang pesat selari dengan arus globalisasi. Pada tahun 2013, Kerajaan Negeri telah mencatat pelaburan yang diluluskan beserta insentif berjumlah RM7.76 bilion dan mewujudkan 7,000 peluang pekerjaan baru berbentuk mahir dan separuh mahir.
Pada tahun 2014, KDNK Negeri diunjurkan mencapai RM26.759 bilion dengan kadar pertumbuhan 5.5 peratus berbanding tahun 2013 yang telah mencapai 5.6 peratus. Pendapatan per kapita penduduk dijangka mencecah RM26,750 dengan kadar peningkatan 1.8 peratus berbanding tahun 2013. Selaras dengan pendapatan per kapita yang meningkat, purata pendapatan bulanan isi rumah diunjurkan naik kepada RM4,100 pada tahun 2014 iaitu peningkatan 4 peratus berbanding tahun 2014.
Kadar kemiskinan (miskin tegar) diunjurkan berkurangan kepada 0.15 peratus dari jumlah penduduk Negeri Pahang.
Memandangkan keadaan ekonomi negeri yang semakin sihat, kadar pengangguran telah dapat dikurangkan kepada 2.5 peratus (tahun 2014) berbanding 2.6 peratus pada tahun sebelumnya. Bilangan tenaga kerja dijangka meningkat pada kadar 4.6 peratus dan perkembangan ini adalah didorong dengan peluang pekerjaan baru yang ditawarkan di dalam pelbagai sektor di negeri ini.
Menjelang tahun 2015, Ekonomi Negeri terus diterajui oleh sektor perkhidmatan yang akan menyumbang 51 peratus iaitu RM16,632 juta kepada KDNK Negeri. Dalam tempoh Rolling Plan keempat RMK-10 (2014-2015), sebanyak 203 projek dengan nilai pelaburan berjumlah melebihi RM12 bilion telah diluluskan di Negeri Pahang melalui Agensi pelaksana seperti ECER, MIDA, lain-lain Agensi Negeri dan swasta, dijangka akan terus merancakkan pertumbuhan Ekonomi Negeri.
PERUNTUKAN BAJET 2015
Yang Berhormat Tuan Yang DiPertua,
Pada Tahun 2015, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan Bajet sejumlah RM872.42 juta untuk Belanja Mengurus dan Projek Pembangunan. Peruntukan Bajet ini terdiri daripada RM687.33 juta Anggaran Perbelanjaan Mengurus dan Anggaran Program Pembangunan berjumlah RM185.09 juta terdiri daripada RM90.09 juta dari Sumber Negeri dan RM95.00 juta dari pinjaman Kerajaan Persekutuan.
Sejumlah RM687.33 juta adalah terdiri daripada RM509.92 juta, Batas Perbelanjaan Jabatan, RM13.11 juta Dasar Baru (emolumen dan lain-lain seperti kenaikan gaji penjawat awam berdasarkan Pekeliling terbaru) dan RM164.30 juta untuk Bajet One-Off. Bajet One-Off disediakan adalah untuk Bayaran Pinjaman FGV (Felda Global Venture), bayaran gaji dan elaun kepada kakitangan kontrak, pembelian harta modal untuk peralatan kerja dan perabot pejabat, penyelarasan pinjaman ke akaun hasil, caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan, bayaran balik pinjaman kepada Kerajaan Persekutuan dan lain-lain perbelanjaan seperti hospitaliti, tuntutan insuran dan sebagainya.
Kutipan hasil pada tahun 2015 dianggarkan berjumlah RM879 juta dan Bajet untuk Mengurus dan Pembangunan berjumlah RM872.47 juta. Bajet tahun 2015 adalah Bajet surplus kali yang ke-12 dalam tempoh 21 tahun (1992-2013). Ini menunjukkan Kerajaan Negeri sentiasa berhemah dalam menguruskan kewangan Negeri. Pada tahun 2015 sekali lagi Bajet Negeri Pahang menunjukkan surplus atau lebihan sebanyak RM6.58 juta iaitu ‘surplus’ ke-12 dalam tempoh 21 tahun sejak 1992.
Anggaran Kutipan Hasil sebanyak RM879 juta itu diperolehi daripada kutipan hasil Tanah dan Galian RM371 juta, Hasil Perhutanan berjumlah RM98 juta, Pemberian Geran daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM165 juta dan lain-lain Hasil berjumlah RM245 juta.
FOKUS BAJET NEGERI
Yang Berhormat Tuan Yang DiPertua,
Hasrat Kerajaan Negeri Pahang untuk menjadi negeri maju menjelang tahun 2020 adalah selaras dengan matlamat Kerajaan Pusat. Fokus utama seperti dinyatakan adalah untuk menitik beratkan keseimbangan di antara “capital economy” dan “people economy”.
Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri akan terus mengamalkan belanja berhemah serta mengurangkan defisit fiskal. Tumpuan Bajet 2015 adalah kepada tiga (3) perkara utama iaitu :
Pertama : Memperkukuh pertumbuhan ekonomi dan mempertingkatkan daya saing Negeri.
Kedua : Mensejahterakan Rakyat serta memperkasa Agenda Bumiputera, dan,
Ketiga : Mengurus Pembangunan Modal Insan dengan mengukuhkan pendidikan.
Yang Berhormat Tuan Yang DiPertua,
Pertama : MEMPERKUKUHKAN PERTUMBUHAN EKONOMI DAN MEMPERTINGKATKAN DAYA SAING NEGERI
Menyediakan Persekitaran Kondusif Kepada Pelaburan.
Pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (PTE) merupakan antara tonggak utama yang telah melonjakkan Ekonomi Negara dan dijangka terus mencapai matlamat Wawasan 2020.
Antara Inisiatif Pembaharuan Strategik (IPS) dan Model Ekonomi Baru (MEB) adalah untuk ‘memastikan kebolehmampanan pertumbuhan’ iaitu memulihara sumber asli serta melindungi kepentingan generasi masa depan.
Negeri Pahang terus menjadi pilihan kepada pelabur-pelabur sebagai destinasi pelaburan utama di negara ini. Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) telah berjaya menarik komitmen pelaburan bernilai RM10.5 bilion serta akan mewujudkan 8,500 peluang pekerjaan kepada rakyat Negeri Pahang dan Kuantan khasnya. Projek ini dijangka akan beroperasi sepenuhnya dalam masa dua (2) tahun akan datang yang mana sekarang ini masih di dalam peringkat awal pelaksanaan.
Bagi memastikan Negeri Pahang dapat terus membangunkan perindustrian untuk menarik pelaburan dari dalam dan luar negeri, penyediaan persekitaran kondusif perlulah dilaksanakan.
Pembangunan sistem Bekalan Air bertujuan menyediakan kemudahan kepada rakyat dan pelabur domestik dan luar negara telah diberi peruntukan yang tinggi dalam tempoh RMK-10 (2011-2015). Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan sejumlah RM945.5 juta bagi tujuan pembangunan sistem Bekalan Air dan meningkatkan mutu perkhidmatan Bekalan Air dengan sasaran kawasan liputan bekalan sehingga 98 peratus di seluruh Negeri Pahang. Sejumlah RM242.85 juta telah diperuntukkan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan Sistem Bekalan Air. Sebanyak 13 projek Bekalan Air yang melibatkan 60 pakej kontrak telah dilaksanakan melibatkan kerja-kerja pembinaan loji rawatan air baru, pembinaan tangki simpanan air, pemasangan paip dan menaiktaraf sistem sedia ada.
Siapnya projek ini, Bekalan Air di Gebeng dan Cherating akan menjadi lebih stabil dengan gangguan yang minima dan dijangka akan dapat merancakkan lagi pertumbuhan industri pengilangan dan pelancongan.
Meningkatkan Jaringan Perhubungan.
Pembangunan rangkaian jalan yang lebih luas dan efisien akan menyumbang kepada pembangunan Negeri dan Negara. Terlaksananya Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2) dari Kuantan ke Kuala Terengganu menyumbang kepada pertumbuhan di Pantai Timur. Rangkaian jalan raya ke pedalaman, seperti jalan raya menghubungkan Kuala Lipis ke Cameron Highlands dan dari Jerantut ke Sungai Lembing adalah menjadi keutamaan Negeri. Kerajaan Pusat telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2.0 juta untuk skop kerja ukur dari Sungai Lembing ke Jerantut dan pelaksanaannya akan dimasukkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-11.
Adalah diharapkan dengan siapnya projek naik taraf jalan serta pembinaan jalan baru kelak akan meningkatkan tahap kecekapan sistem perhubungan jalan raya, kelicinan pengaliran trafik dan pengangkutan komoditi dari setempat ke setempat, pengurangan kesesakan lalu lintas dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Dengan peningkatan keselamatan serta keselesaan pengguna akan menggalakkan pewujudan pelbagai kegiatan ekonomi di persekitaran yang terlibat dan meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk. Nilai hartanah juga turut meningkat seiring dengan pelaksanaan projek naik taraf serta pembinaan jalan raya yang baru.
Kemudahan infrastruktur telekomunikasi bersepadu telah meliputi semua kawasan industri di Negeri Pahang. Bagi kawasan-kawasan industri baru seperti di kawasan Kuantan Hi-Tech Park, Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP), Kuantan Water Front Resort City, kemudahan infrastruktur telekomunikasi secara bersepadu diberi keutamaan untuk memastikan tiada gangguan telekomunikasi di kawasan ini.
Menggalakkan Industri Kecil Dan Sederhana (PKS).
Sumbangan PKS kepada KDNK adalah tinggi. Di dalam Bajet yang dibentangkan oleh Kerajaan Persekutuan, banyak insentif akan diberi kepada golongan ini. Oleh kerana Negeri Pahang menjadi pengeluar utama hasil pertanian, pengusaha-pengusaha PKS ramai bertumpu di sektor ini. Tiga (3) bidang utama iaitu pertanian, ternakan dan perikanan diberi tumpuan utama pembangunan PKS ini.
Melalui pembangunan Industri Asas Tani (IAT), kawasan kluster tanaman tanah terbiar, mensasarkan pendapatan usahawan melebihi RM2000/bulan. Pembangunan produk dan kawalan mutu telah turut diberi perhatian. Satu Daerah Satu Industri adalah satu usaha untuk mengetengahkan satu produk bagi setiap satu daerah dan sedang giat dipromosikan. Pada awal RMK-10, jumlah projek IAT melebihi 300 projek seperti mana yang disasarkan dan pengeluaran telah melebihi RM28 juta setahun. Pencapaian sehingga Jun 2014 pengeluaran kasar telah mencapai sebanyak RM23.8 juta dan telah membimbing sebanyak 740 projek. Sehingga kini, sebanyak 310 projek telah mencapai pendapatan melebihi RM2,000/bulan.
Negeri Pahang yang melibatkan tiga (3) daerah iaitu Kuantan, Pekan dan Rompin merupakan penyumbang pendaratan ikan laut kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Negeri Perak. Sebanyak 110,594 tan metrik ikan marin bernilai RM1.28 bilion telah dikeluarkan. Perikanan darat juga diberi tumpuan kepada pengusaha-pengusaha ternakan ikan di sepanjang sungai-sungai di Negeri Pahang. Benih-benih ikan telah dilepaskan supaya pendapatan berterusan nelayan-nelayan sungai di Negeri Pahang terjamin.
Meningkatkan Potensi Industri Pelancongan Dan Warisan.
Negeri Pahang menduduki tempat kedua selepas Kuala Lumpur dengan kemasukan Pelancong seramai 10.6 juta dan menjana pendapatan berjumlah RM7.08 bilion pada tahun 2013. Bilangan kemasukan pelancong dijangka akan meningkat pada tahun 2015 berikutan daripada Tahun Melawat Malaysia (tahun 2014) diikuti dengan “Year of Festival”.
Bagi terus menjadikan Pahang sebagai destinasi pelancongan pilihan, Kerajaan Negeri akan meneruskan galakan pelaburan terutamanya bagi hotel baru bertaraf 4 dan 5 bintang. Langkah ini dapat membantu menyediakan penginapan bertaraf antarabangsa yang mencukupi sekali gus menarik kedatangan pelancong, terutamanya dari kategori mewah dan berbelanja tinggi.
Menyokong usaha ini, Kerajaan Negeri melalui Agensi berwajib akan membantu pihak pelabur yang berminat bagi mengenal pasti kawasan tarikan berpotensi untuk pembangunan yang dinyatakan di atas memandangkan Pahang terkenal antara destinasi pilihan pelancong terutamanya bagi percutian dan kembara alam semula jadi.
Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap pemeliharaan aset dan pengekalan Budaya Warisan yang menjadi satu daripada produk pelancongan di Negeri Pahang. Muzium Negeri di Pekan telah diubah suai dan mendapat peruntukan dari Kerajaan Persekutuan. Muzium Masjid Sultan Abdullah yang terletak bersebelahan dengan Muzium Sultan Ahmad Shah, Pekan sedang dibangunkan untuk dijadikan Muzium ISeni slam dengan mengekalkan ciri-ciri sebagai sebuah masjid. Unsur- unsur binaan serta sejarah Islam di seluruh Negara akan dipamerkan disini untuk tatapan pelancong dari dalam dan luar negara.
Kedua : MENSEJAHTERA RAKYAT SERTA MEMPERKASA AGENDA BUMIPUTERA
Yang Berhormat Tuan Yang DiPertua,
Perumahan Untuk Rakyat.
Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah kediaman. Oleh itu, tindakan menyediakan rumah kediaman yang mencukupi, berkualiti dan mampu dimiliki oleh rakyat negeri ini telah dirancang. Kerajaan Negeri telah mensasarkan 15,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh lima (5) tahun dari tahun 2013 hingga tahun 2018. Sehingga kini, Kerajaan Negeri telah meluluskan dan melaksanakan pembinaan lebih 17,000 unit rumah merangkumi semua daerah di Negeri Pahang melalui Program Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) Negeri Pahang. Jumlah sasaran tersebut dijangka akan bertambah berdasarkan sokongan dan permohonan daripada pemaju-pemaju swasta untuk melaksanakan projek PR1MA Pahang yang sangat menggalakkan.
Kerajaan Negeri juga berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang telah meluluskan pelaksanaan 1,400 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat DiMiliki (PPRM) dan Rumah Idaman Rakyat yang akan dilaksanakan pada tahun 2015 di beberapa lokasi di Kuantan, Cameron Highlands, Jerantut, Bentong, Maran dan Lipis. Projek-projek ini akan memberi faedah kepada semua golongan rakyat bukan sahaja golongan berpendapatan rendah tetapi juga golongan berpendapatan sederhana yang berpendapatan kurang daripada RM5,000.00 sebulan bagi satu isi rumah.
Pembangunan Orang Asli.
Masyarakat Orang Asli tidak pernah dipinggirkan. Oleh itu, program meningkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli bagi membiayai program ke arah meningkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli diteruskan. Peruntukan khas telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan bertujuan membiayai dan meningkatkan kualiti hidup Orang Asli khususnya keluarga miskin dan miskin tegar.
Anak-anak Orang Asli menerima pendidikan di sekolah rendah dianggarkan berjumlah 12,000 orang dan seramai 5,000 orang di sekolah menengah. Mereka diberikan bantuan galakan pendidikan iaitu bantuan pakaian seragam, mengurangkan yuran pengajian, bantuan makanan, kelas tambahan peperiksaan dan kursus-kursus motivasi.
Kerajaan Negeri akan terus memberi tumpuan untuk membasmi kemiskinan dan mengurangkan kemiskinan tegar di pedalaman, menyusun semula kampung supaya kualiti hidup meningkat, membangunkan minda supaya Orang-orang Asli dapat berintegrasi dengan masyarakat-masyarakat lain dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli untuk kehidupan mereka yang lebih baik.
Meningkatkan Taraf Kesihatan Rakyat.
Yang Berhormat Tuan Yang DiPertua,
Kualiti penjagaan kesihatan perlu dipertingkatkan secara berterusan dan diperkukuhkan selaras dengan kemajuan negara. Matlamat utama adalah memastikan setiap lapisan dari setiap golongan masyarakat mendapat akses kemudahan kesihatan yang disediakan.
Jaminan Keselamatan Awam.
Secara keseluruhannya, keadaan jenayah indeks di Negeri Pahang berada dalam keadaan terkawal. Namun perasaan ‘fear of crime’ harus dikurangkan ke tahap yang paling minima sekali supaya masyarakat dapat merasai kehadiran Polis DiRaja Malaysia dan tahap kepercayaan masyarakat kepada Polis DiRaja Malaysia akan dapat ditingkatkan. Hubungan baik dengan masyarakat perlu diwujudkan melalui ‘community policing’ dan program-program pencegahan jenayah terutama di kampung dan FELDA.
Ketiga : MENGURUS PEMBANGUNAN MODAL INSAN DENGAN
MENGUKUHKAN PENDIDIKAN
Menentukan kejayaan bagi sesebuah Negeri adalah bergantung kepada sumber manusianya.
Beberapa langkah telah diambil iaitu : -
Memantapkan Prestasi Sekolah Dan Profesional Perguruan.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 mensasarkan 100 peratus enrolmen pelajar semua peringkat pendidikan pra sekolah hingga menengah atas. Menjelang tahun 2020, setiap pelajar akan mempunyai kemahiran memimpin, berfikir, berpengetahuan dan menguasai kemahiran dwibahasa. Pelajar-pelajar juga beretika dan mempunyai nilai rohani yang tinggi serta mempunyai identiti nasional sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pada masa ini di Negeri Pahang terdapat sebanyak 537 buah sekolah rendah dengan jumlah murid seramai 164,960 orang. Sekolah menengah pula berjumlah 194 buah sekolah dengan jumlah murid seramai 279,242 orang. Bilangan guru 26,411 orang. Hasrat Kerajaan untuk mencapai 100 peratus guru siswazah di sekolah menengah dan 50 peratus di sekolah rendah akan dapat dicapai dengan adanya dasar program pensiswazahan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015. Melalui dasar ini, semua guru di sekolah menengah yang dilantik mempunyai ijazah dan guru-guru mengajar di sekolah rendah, 50 peratus bilangan akan mempunyai ijazah. Manakala usaha untuk merapatkan jurang di antara Sekolah luar Bandar dengan Bandar akan terus dipergiatkan dengan memastikan projek pembangunan dan naik taraf fizikal Sekolah Luar Bandar diberikan keutamaan.
Pelajar-pelajar yang memilih untuk meneruskan pengajian di sekolah-sekolah Agama Negeri Pahang, Jabatan Agama Islam Pahang sebagai Agensi utama menggembeling seluruh tenaga bagi memastikan tahap pendidikan Islam dan pendidikan kebangsaan dilaksanakan dengan berkesan dan bermutu bagi melahirkan generasi yang kompetitif. Program Pendidikan Islam Pahang akan terus menekankan pendekatan bersepadu antara dua (2) kurikulum iaitu Kurikulum Nizam Bouth dan Kurikulum Kebangsaan (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah/KBSM). Adalah diharapkan pelajar-pelajar yang tamat dalam program ini akan dapat menyumbangkan kepada pembangunan ummah.
PENUTUP
Yang Berhormat Tuan Yang DiPertua,
Akhirnya, saya mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat, Pegawai-Pegawai Kerajaan, Badan-Badan Berkanun, Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan, Pegawai-Pegawai dan Anggota-Anggota Keselamatan, Pemimpin-Pemimpin Masyarakat dan seluruh rakyat Negeri Pahang yang telah mewujudkan kemakmuran serta kesejahteraan hidup di negeri yang kita sayangi ini.
Marilah kita berdoa dan berharap agar semua yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan jaya dan kestabilan Negeri Pahang akan terus kekal selama-lamanya.
Yang Berhormat Tuan Yang DiPertua,
Saya mohon mencadangkan.
Sunday, December 14, 2014
Kalimah Allah: Kuasa Yang Dipertua Negeri
BAGAN DATOH 13 Dis. – Ketua Menteri di sesebuah negeri tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan sebarang kenyataan atau menentukan sesuatu keputusan mengenai penggunaan kalimah Allah.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebaliknya perkara itu terletak di bawah bidang kuasa Yang Dipertua Negeri yang mewakili Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu di negeri berkenaan.
“Walaupun fatwa harus dilaksanakan di peringkat negeri dan hal ehwal agama Islam adalah di bawah kuasa kerajaan negeri, kuasa eksekutifnya tidak terletak kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata demikian selepas menyempurnakan perasmian Karnival Sukan Air Bagan Datoh yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini di Jeti Bagan Datoh di sini.
Yang turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang dilaporkan beberapa portal berita semalam, memberi kebenaran kepada orang bukan Islam di Pulau Pinang menggunakan kalimah Allah.
Ahmad Zahid seterusnya memberitahu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia membuka kertas siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya jika menerima laporan polis berhubung pendirian Guan Eng tersebut.
Menurutnya, isu berkaitan hal ehwal agama Islam sepatutnya diserahkan kepada Mahkamah Syariah yang akan melakukan pendakwaan terhadap mana-mana pihak.
Friday, October 18, 2013
Hukum Menggunakan Kalimah Allah Oleh Orang Bukan Islam
Oleh : Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali ke-2/2008, pada 11 - 12 Jun 2008
Keputusan : Hukum menggunakan kalimah Allah oleh orang bukan Islam adalah seperti berikut :
Penggunaan, pernyataan, penyebaran, percakapan, apa-apa bentuk penerbitan samada media elektronik atau media cetak menggunakan kalimah Allah oleh orang bukan Islam yang boleh mengeliru atatu memesongkan akidah kepada umat Islam sebagaimana termaktub dalam Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam No.5 tahun 1985 dan lain-lain istilah agama Islam yang dipakai oleh orang Islam untuk kegunaan agama Islam adalah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam.
Kesalahan menggunakan kalimah Allah dan istilah agama Islam telah termaktub dalam Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam No.5 tahun 1989.
Keterangan/Hujah :
1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk kepada 'Tuhan Bapa' iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah SAW. Selain daripada itu, lafaz Allah juga, tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah 'Theos' bukannya Allah.
2. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El. Eloh, Elohim dan juga Yhwh.
3.Kaliamh Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.
4.Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kaliamah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
5.Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun pengunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.
6.Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
7.Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalauterbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama.
8.Kalimah Allah sebenarnya tidak ada dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu, perkataan God diterjemahkan sebagai Allah.
9.Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar'iyyah dn Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam.
10.Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi faktor utama adalah berasaskan akidah dan kesucian agama Islam.
11. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.
Wednesday, October 2, 2013
TERBONGKAR: DOKUMEN MENGENAI CHIN PENG DIDEDAHKAN
Mendiang Chin Peng mempunyai cengkaman kuat ke atas Parti
Komunis Malaya (PKM), sejak mula ia ditubuhkan pada 20 April 1930 sehinggalah
kematiannya pada 16 September 2013.
Baca lebih lanjut dokumen tersebut di mana telah
merungkai bagaimana kekuasaan Chin Peng ke atas PKM yang telah bertindak kejam
ke atas pejuang-pejuang negara dan penduduk Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo.
Pun begitu masih ada juga rakyat Malaysia yang ‘menyanginya’
biarpun kekejaman melampau yang telah dilakukannya sepanjang hayatnya masih
hidup.
(Sumber: http://halilintar56.blogspot.com/2013/10/terbongkar-dokumen-mengenai-chin-peng.html)
Tuesday, October 1, 2013
PROJEK TIPU GUNA NAMA 1MALAYSIA
KUANTAN – Lebih 10 penduduk di sekitar Kuantan membuat laporan polis apabila menyedari pelaburan mereka menerusi sebuah projek mega menggunakan nama “1 Malaysia Spiritual Tourism” yang diperkenalkan oleh sebuah syarikat sebenarnya tidak wujud.
Rata-rata mereka membuat tempahan dan pelaburan untuk ruang tempat
menyimpan abu mayat yang kononnya bakal dibina di dalam sebuah piramid
30 tingkat yang juga antara salah satu agenda utama projek mega di
Gambang itu.
Seorang mangsa, Chen Siew Tee, 64 berkata, dia membuat pembayaran
sebanyak RM 16,500 untuk menempah 10 unit ruang tempat menyimpan abu
mayat.
Menurutnya, dia mula mengesyaki telah ditipu apabila maklum balas
kerajaan negeri mengesahkan tiada sebarang projek menggunakan nama “1
Malaysia Spiritual Tourism” dijalankan di Gambang.
“Saya membuat pembayaran pada 28 Ogos 2013 yang lalu dan wang yang
dibayar bukan sahaja dijanjikan 10 unit tempat penyimpanan tersebut
tetapi sebagai pelaburan.
“Apabila membuat bayaran, kami turut dijanjikan pelaburan yang bakal membawa keuntungan berganda.
“Suami saya was-was dengan projek berkenaan dan menemui pengarah
syarikat tetapi dia hanya memberikan sehelai resit serta sijil
pengesahan pembayaran.
“Apa yang pelik pembayaran bukan dibuat ke atas akuan syarikat tetapi menerusi nama pengarah syarikat itu sendiri.
“Apabila diselidik, kementerian pelancongan ada mengeluarkan kenyataan
di media mengatakan projek berkenaan tidak pernah wujud,” katanya kepada
media, di sini, semalam.
Sementara itu, Adun Teruntum, Sim Chon Siang berkata, setelah diselidik
projek berkenaan tidak pernah wujud, malah nama syarikat lain turut
disalah guna untuk memancing pembeli.
“Kita tidak menuduh tetapi mengesyaki penduduk ditipu kerana difahamkan
kononnya projek ini bernilai berbilion-bilion dan bakal menjadi produk
antarabangsa tetapi pihak berkaitan langsung tidak mengetahuinya.
“Saya telah menghubungi kerajaan negeri dan telah disahkan projek berkenaan tidak pernah wujud.
“Pihak tidak bertanggungjawab ini turut menggunakan nama sebuah syarikat
tempatan untuk menarik pembeli dan saya telah menghubungi pengarah
syarikat itu serta dimaklumkan syarikatnya tidak terlibat.
“Pengarah syarikat itu telah membuat laporan polis dan lebih menguatkan
dakwaan ini apabila sebuah akhbar menyiarkan kenyataan Menteri
Pelancongan, Datuk seri Mohamed Nazri Aziz mengatakan tidak mengetahui
tentang projek itu.
“Saya nasihatkan mangsa yang lain segera membuat laporan polis supaya siasatan lanjut dapat diambil,” katanya.
Saturday, September 28, 2013
PRK Sg. Limau: PAS Ghairah Hilang Hormat?
Belum sampai 1 malam arwah Ustaz Azizan meninggal, Pas sudah ghairah berbicara tentang Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau.
Kalau ia pun nak tumpu pada Pilihan Raya Kecil eloklah bertenang dahulu bagi menghormati keluarga arwah Ustaz Azizan. Ini tidak belum sampai 24 jam, sudah mula fikir pasal Pilihan Raya Kecil.. Amat menyedihkan sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin PAS ini..
Ekoran kematian Adun Sungai Limau, Tan Sri Azizan Razak, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa supaya parti itu perlu memperkukuhkan jentera parti untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan tersebut.
Kalau ia pun nak tumpu pada Pilihan Raya Kecil eloklah bertenang dahulu bagi menghormati keluarga arwah Ustaz Azizan. Ini tidak belum sampai 24 jam, sudah mula fikir pasal Pilihan Raya Kecil.. Amat menyedihkan sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin PAS ini..
Ekoran kematian Adun Sungai Limau, Tan Sri Azizan Razak, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa supaya parti itu perlu memperkukuhkan jentera parti untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan tersebut.
Menurutnya, Pas akan menghadapi PRK di Dun tersebut dalam suasana muktamar yang akan diadakan pada November depan.
"Kematian beliau akan membuka ruang bagi mengadakan satu pilihanraya kecil bagi Dun Sungai Limau.
"Parti akan menghadapi PRK ini dalam suasana persiapan menghadapi muktamar.
"Dengan PRK ini diharap akan memperkukuh lagi jentera parti bagi
memastikan kejayaan," katanya dalam satu kenyataan yang dipetik dalam
facebooknya, hari ini
Thursday, September 26, 2013
Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia
"Saya menerima berita kematian bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak hari ini dengan perasaan sedih. Bagi saya, Allahyarham adalah seorang pemimpin yang baik, mudah diajak berbicara dan menghormati pemimpin politik lain meskipun berlainan parti.
Selain itu, Allahyarham adalah seorang pemimpin yang cenderung mengajak ke arah perpaduan sesama umat Islam agar menjadi lebih kuat. Allahyarham juga dilihat sebagai seorang pemimpin yang tidak suka kepada perseteruan politik yang berpanjangan atau perbezaan pendapat yang boleh merugikan umat.
Pemergian beliau, adalah satu kehilangan buat kita, justeru saya sekeluarga mendoakan agar rohnya akan diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dicucuri rahmat. Kepada keluarga Allahyarham, saya ingin mengucapkan takziah dan bersabar dengan ujian ini. Al-Fatihah." - DATO SRI NAJIB TUN RAZAK
PENDEDAHAN PENIPUAN TERANCANG DAP
TITIK HITAM DAP YANG MEMBAWA KEPADA MALA PETAKA DAN KEMUSNAHAN
Tarikh 4 Januari 2013 adalah satu tarikh titik hitam dalam sejarah DAP.
Kebinasaan terhadap DAP bermula dari tarikh tersebut hasil kerja Dinasti
Lim, Anthony Loke dan Tony Pua.
Pada hari itu Tony Pua membuat pengumuman bahawa terdapat kesilapan
pengiraan undi dalam keputusan CEC yang diumumkan pada pada 15 Disember
2012. Tony Pua memberi alasan ianya berpunca dari masalah penjumlahan
undi yang dibuat menggunakan sistem Microsoft Excel. Alasan yang menjadi
bahan gelak ketawa orang ramai hingga kini.
Sistem komputer dikatakan silap mengira jumlah undi yang diraih Vincent
Wu, calon yang menang di tempat ke 6 dengan dengan bilangan undi 1202
UNDI. Tony Pua menyatakan jumlah undi sebenar yang diraih oleh Vincent
Wu hanya 669 undi.
Bukan hanya itu sahaja, kesilapan bukan setakat Vincent Wu, malah turut
melibatkan undi untuk Zairil Khir Johari. Tony Pua menyatakan undi yang
diterima Zairil adalah 803 undi dan beliau menang di tempat ke 20.
Keputusan yang diumumkan pada 15 Disember 2012 Zairil berada di tempat
ke 39 dengan jumlah undi yang diterima 305 undi.
Perkara tersebut melucukan ahli-ahli DAP dan orang ramai. Mereka
tertanya-tanya kenapa komputer hanya tersalah kira undi Zairil dan
Vincent Wu sedangkan undi untuk calon-calon lain tidak berubah?
Ramai calon-calon CEC yang tewas termasuk P.Ramasamy dan M.Manoharan
terus terang memberitahu ramai orang bahawa kemasukkan Zairil ke dalam
CEC adalah satu penipuan yang terancang untuk menunjukkan kepada
masyarakat umum bahawa orang melayu mempunyai tempat dalam DAP.
Zairil sendiri pun terkejut dengan kemenangannya dan tidak menyangka
dirinya mempunyai ramai penyokong hingga dipilih masuk ke dalam CEC
walaupun baru menyertai DAP.
Nga Kor Ming pula memberitahu salah seorang pemimpin PAS rahsia
kehebatan Dinasti Lim mempertahankan kuasa mereka selama ini telah
terbongkar. Dengan menggunakan peribahasa melayu Nga Kor Ming berkata
“sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga”. Ianya
membawa maksud sehebat mana pun melakukan penipuan satu hari tetap
terbongkar. Selama puluhan tahun Lim Kit Siang melakukan penipuan dengan
memanipulasi undi perwakilan untuk beliau mengekalkan kuasa, akhirnya
Lim Guan Eng, Anthony Loke dan Tony Pua membongkar rahsia tersebut.
Setelah melakukan titik-titik kebinasaan terhadap DAP , di hari yang
sama juga Tony Pua melakukan satu mala petaka terhadap DAP yang boleh
membawa kebinasaan yang jauh lebih teruk terhadap parti itu.
Apa kebinasaan yang jauh lebih besar akan dikongsikan dalam episod akan datang.
(Sumber: http://www.thedapinsider.blogspot.com/2013/09/chapter-5-dap-darkest-hour-which-lead.html)
Kemenangan Zairil Khir Johari menjadi bahan ketawa rakyat Malaysia terhadap kredibiliti Parti DAP yang selama ini memperjuangkan ketelusan dan keadilan. Ramai ahli DAP sendiri yang tidak puashati dengan keputusan CEC.
Apatah lagi apabila Zairil yang pada awalnya memperolehi 305 undi dan berada di tempat ke 39. Namun Tony Pua menyatakan undi yang
diterima Zairil adalah 803 undi dan beliau menang di tempat ke 20.
Kemasukkan Zairil ke dalam
CEC adalah satu penipuan yang terancang untuk menunjukkan kepada orang melayu bahawa mereka mempunyai tempat dalam DAP.
Wednesday, September 25, 2013
BONGKAR : DAP PARTI CHAUVINIS CINA
BERMULANYA HARI KEBINASAAN DAP
Hari ini saya akan terus menulis berkenaan dua orang suruhan setia Dinasti Lim dan permulaan kebinasaan kepada DAP.
Sebaik sahaja calon-calon yang menang dalam pemilihan CEC diumumkan, Lim
Guan Eng dengan segera memanggil mesyuarat CEC yang pertama. Di mana
dalam mesyuarat itu Lim Guan Eng sekali lagi dipilih oleh ahli CEC
sebagai Setiausaha Agung.
Mesyuarat berkenaan turut dihadiri oleh Vincent Wu iaitu calon yang
menang di tangga ke 6. Kenapa perlu saya timbulkan nama Vincet Wu akan
saya jelaskan nanti.
Selepas selesai Kongres Kebangsaan tersebut keadaan menjadi kecoh
apabila pihak media dan orang ramai mempertikaikan ketiadaan seorang pun
wakil kaum melayu dalam CEC. Ianya mengesahkan dakwaan sebelum itu
bahawa DAP adalah sebuah parti chauvinis cina.
PAS dan PKR juga turut tertekan keputusan itu. Mereka juga turut memberi
tekanan kepada DAP jika isu itu dibiarkan berterusan ianya bakal
menyusahkan mereka mendapat sokongan kaum melayu dalam pilihanraya umum
ke 13.
Tekanan yang berterusan diterima selama bermingu-mingu membuatkan Lim
Guan Eng tidak tahan. Akhirnya Lim Guan Eng memanggil dua orang
suruhannya, Tony Pua dan Anthony Loke untuk melakukan sesuatu bagi
memastikan wakil kaum melayu berada dalam CEC.
Apabila tugas itu diserahkan kepada dua orang tersebut Lim Guan Eng
berfikiran semuanya akan selesai dengan mudah kerana dua orang itu
sering digambarkan sebagai pakar strategi yang paling hebat. Sebaliknya
dua orang itu membawa kebinasaan yang jauh lebih besar kepada DAP.
Sumber: (http://www.thedapinsider.blogspot.com/2013/09/chapter-4-begining-of-dap-doomsday.html)
Artikel di atas adalah sambungan daripada siri-siri pembohongan DAP, pembongkaran demi pembongkaran akan didedahkan untuk dinilai oleh kita semua.
Tapi masih ada yang lagi yang tidak sedar diri.. pelbagai penipuan oleh DAP tetapi mereka masih yakin dengan TAHALUF SIASI.
Subscribe to:
Posts (Atom)
LAGU WARISAN
Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini
Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki
Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini
Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki
Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan
KATA HIKMAH
‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”
Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.
PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :
''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.
Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.
Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?
''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.
Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?
"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?
Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.
Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.
Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.
Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''
Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.
Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?
''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.
Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?
"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?
Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.
Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.
Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.
Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''
PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :
''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.
Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.
Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.
WASIAT RAJA-RAJA MELAYU
Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:
“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.
Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).
Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.
Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.
Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.
Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.
Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).
Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.
Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.
Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.
Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
WASIAT RAJA-RAJA MELAYU





