
Thursday, January 29, 2009
Rumah Terbuka Satu Pembaziran?

Friday, January 23, 2009
Tahun Baru Cina Disabotaj
Bagi pegangan masyarakat kaum Cina, buah limau yang bewarna oren jingga seperti emas bermaksud 'ONG' atau Tuah.
"Selamat Tahun Baru Cina".
Thursday, January 22, 2009
Tipu : Lembu Camry Tender

Jimadie Shah Othman Jan 22, 09 1:00pm
(Sumber : Malaysiakini)

LEMBU : MB Pembelit Rakyat (PR)

SHAH ALAM, 21 Jan (Bernama) --
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menafikan dakwaan kononnya beliau menggunakan dana kerajaan negeri bagi membiayai pembelian 46 ekor lembu korban baru-baru ini.
Beliau berkata sebaliknya, pemberian lembu-lembu korban itu yang bernilai lebih RM110,000, adalah sumbangan daripada enam anak syarikat dan syarikat bersekutu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), yang ingin mengagihkan lembu berkenaan di surau-surau di kawasan parlimennya, Bandar Tun Razak, pada Hari Raya Aidiladha, Dis lepas.
"Saya ingin menjelaskan di sini bahawa dana kerajaan negeri memang tidak digunakan bagi membiayai pembelian lembu-lembu korban berkenaan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Negeri di pejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini.
"Sebaliknya, derma ini (lembu-lembu korban) diagihkan kepada golongan yang betul-betul memerlukannya dan tidak timbullah unsur penyalahgunaan dana dalam kes ini disebabkan orang umumlah yang menerima keuntungan daripada sumbangan berkenaan," kata Khalid
mengulas dakwaan tersebut.

- Siapa tidak kenal MB Selangor yang pernah kontroversi kerana mempertahankan projek ternakan babi 100 ekar di Selangor.
- Kita semua hairan, kes babi dulu pun belum selesai kini timbul pula kes lembu. Mungkin sempena tahun lembu agaknya.
- Itulah jangan tamak sangat sehingga memegang dua jawatan iaitu Parlimen Bandar Tun Razak (Wilayah Persekutuan) dan DUN Ijok (Selangor).
- Ramai yang terkejut kerana Kerajaan Pakatan Pembangkang yang mewar-warkan sebagai kerajaan BERSIH tetapi telah di siasat oleh suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia (SPRM).
- Khalid memang Pembelit Rakyat (PR) sebab ketika menjawab soalan wartawan mengenai dakwaan yang dikemukakan Gerakan Anti Korupsi (GERAK) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Khalid cakap berpusing-pusing mengenai perkara tersebut. Antaranya :
i. Beliau mengakui ada penghantaran lembu korban ke parlimen Bandar Tun Razak menganggap isu itu kecil.
ii. Tidak tahu siapa yang membuat pembayaran.
iii. Tidak tahu wujudnya Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (SIC) yang membayar RM110,400 harga haiwan tersebut.SIC adalah syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang di pengerusikan sendiri oleh Khalid.
(Pasti sesuatu yang mustahil sebagai pengerusi, beliau tidak mengetahui kewujudan SIC yang sudah membuat pembayaran sebanyak itu kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor
(PKPS) yang membekalkan lembu-lembu korban pada Aidil Adha lalu).
- Bagaimana pula dengan sesiapa yang sudah makan daging korban tu?. Eloklah pergi jumpa Khalid dan pulangkan semula).
Empangan Chereh Penebat Banjir Untuk Kuantan
Ramai yang menyatakan kewujudan Empangan Chereh di Sungai Lembing berjaya mengurangkan kesan banjir di daerah Kuantan pada musim tengkujuh yang baru lepas.
Berbanding kejadian banjir musim hujan sebelum ini, jumlah mangsa banjir yang berpindah ke pusat-pusat pemindahan turut berkurangan.
Menurut kenyataan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, jumlah mangsa banjir yang berpindah musim tengkujuh lepas (hujung tahun 2007 dan awal tahun 2008) ialah lebih 4,000 orang tetapi pada musim tengkujuh kali ini (hujung tahun 2008 dan awal tahun 2009), kurang daripada 2,000 orang.
Sedangkan mengikut laporan Jabatan Meteorologi, taburan hujan adalah sama antara kedua-dua musim tengkujuh iaitu 950 mm selama 40 hari antara 1 Dis 2007 dan 9 Jan 2008 dengan 949.4 mm selama tempoh yang sama antara 1 Dis 2008 dan 9 Jan lepas.
Malah, tidak seperti musim tengkujuh lepas, musim kali ini mencatatkan taburan hujan yang tinggi bagi tempoh tiga hari berturut-turut dengan bacaan 456 mm iaitu 117.4 mm pada Khamis (1 Jan 2009), 136.6 mm (2 Jan) dan 202mm (3 Jan).
Taburan 202 mm dan 136.6 mm ini, yang tertinggi dan kedua tertinggi pada musim tengkujuh kali ini mengatasi taburan tertinggi dan kedua tertinggi bagi musim tengkujuh lepas yang tercatat pada 125 mm pada 11 Dis 2007 dan 111.2 mm sehari sebelumnya (10 Dis 2007).
FUNGSI EMPANGAN CHEREH
Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob menutup (plug-in) secara rasmi pintu air Empangan Chereh, di dalam kawasan tadahan air hutan rizab Chereh Sungai Lembing, pada 29 Julai lepas.
Menurut Pengarah Jabatan Bekalan Air Pahang Datuk Ismail Mat Noor, Empangan Chereh itu sendiri yang menakung air menyebabkan jumlah air yang melalui Sungai Chereh hingga bercantum dengan Sungai Kuantan tidak jauh dari Kampung Jarau, Sungai Lembing menerima jumlah air yang tidak banyak.
Ini menghindarkan daerah Kuantan daripada menerima limpahan air yang boleh menyebabkan berlakunya banjir."Inilah sebenarnya antara fungsi utama Empangan Chereh bernilai RM76 juta ini. Selain sebagai empangan untuk menakung air bagi maksud minuman dan kegunaan harian, fungsi yang tidak kurang pentingnya ialah sebagai penebat banjir," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Beliau berkata sejak "plug-in" pada 29 Julai lepas dilakukan, jumlah air di empangan seluas 1,620 hektar (atau sepertiga keluasan Wilayah Persekutuan Putrajaya) itu telah pun mencecah 50 peratus atau 130 juta meter padu.
"Bayangkanlah jika jumlah air sebanyak itu dibiar mengalir kerana tiada empangan, sudah tentu ia boleh menyumbang kepada keadaan yang buruk kepada bencana banjir di Kuantan" katanya.
Menurutnya, empangan itu sekadar menakung air dan tiada proses rawatan dilakukan di empangan.
Ismail berkata air dari empangan Sungai Chereh ini disalurkan ke Sungai Kuantan, memasuki beberapa loji di tebingnya seperti Loji Air Pasir Kemudi, Loji Air Sungai Lembing, Loji Air Bukit Sagu, Loji Air Panching, Loji Air Kampung Padang, Rumah Pam Kampung Kobat sebelum disalur ke Loji Semambu dan Loji Air Buki Ubi untuk pembekalan ke rumah-rumah di daerah Kuantan.
MUSIM AKAN DATANG
Menurut perancangan, empangan ini akan mencapai kapasiti 260 juta meter padu air tertakung bagi tempoh dua atau tiga musim tengkujuh daripada tarikh ia ditutup (plug-in).
"Musim tengkujuh baru-baru ini ialah yang pertama (plug-in) dan itupun sudah mencapai tahap 50 peratus. Maka perancangan bermula pada bulan Jun ini iaitu musim panas dan kemarau; air dalam empangan akan dilepaskan supaya air itu kekal pada paras 50 peratus," katanya.
Beliau berkata tindakan itu supaya apabila musim tengkujuh tiba, empangan itu akan terus mempunyai cukup ruang untuk menerima taburan air hujan yang berlebihan dan mengelak kejadian banjir buruk di daerah Kuantan.
Bagaimanapun tidak dapat dinafikan bahawa Sungai Kuantan menerima airnya bukan sahaja dari Sungai Chereh tetapi juga Sungai Kenau.
"Inilah yang menyebabkan Pekan Sungai Lembing pada musim tengkujuh kali ini, masih mengalami banjir yang melibatkan beberapa kampung sekitarnya. Namun tahapnya tidaklah kritikal seperti mana tahun-tahun sebelum ini apabila air naik sehingga menghampiri paras bumbung rumah," katanya.-- BERNAMA
Wednesday, January 21, 2009
Siapa Hina Serban?

– Sumber : Berita Harian
(Kata Waris Pahang :
1. Baru-baru ini kerajaan telah melancarkan kempen penggunaan topi keledar. Bagi mengelak kemalangan yang membahayakan pengguna motosikal, mereka dinasihatkan agar tidak menggunakan topi keledar yang melebihi lima tahun tempoh pemakaiannya kerana kualitinya yang semakin merosot.
2. Persoalannya, adakah serban sama kualiti keselamatannya dengan topi keledar. Sudah tentu ianya tidak selamat dipakai semasa menunggang motosikal.
3. Kita kena prihatin tentang pemakaian topi keledar demi keselamatan kita kerana ianya mampu mengurangkan kecederaan semasa berlaku kemalangan jika ianya dipakai dengan betul.
4. Penunggang motosikal boleh memakai kembali serban setelah menunggang motosikal kerana tiada siapa yang menghalangnya.
5. Namun isu ini telah dipolitikan kononnya kerajaan menghina sunnah nabi, menghina serban dan anti orang yang pakai serban.
6. Isu ini sengaja dicipta supaya rakyat tidak puas hati dan membenci kerajaan. Sungguh dahsyat tindakan anak didik pemimpin pakatan pembangkang.
7. Malahan kerajaan juga turut dianggap memperlekehkan golongan yang memakai serban seperti tokoh agama dan pahlawan seperti Nik Aziz, Tok Gajah, Tok Bahaman, Tok Kenali, Tok Haji Fhadil Bentan dan datuk Pak Lah.
8. Mereka juga beranggapan orang-orang yang dilabelkan sebagai memfitnah sunnah ini "tunggulah masanya bila Nabi Muhammad s.a.w sendiri tidak akan mengaku kamu semua umatnya di akhirat nanti".
9. Menjaga nyawa itu wajib manakala memakai serban itu sunnah. Selamatkan nyawa dengan memakai topi keledar, selepas menunggang bolehlah memakai semula serban. “Sayangilah diri anda kerana keluarga anda sedang menanti kepulangan anda”.
10. Janganlah kita terlalu taasub sehingga dalam tandas pun kita memakai kopiah, songkok dan serban).
Tuesday, January 20, 2009
Majlis MB/KM : Sekata Tidak Senada?

Monday, January 19, 2009
DAP Tamak, Ustaz Dijala

“Kita berharap ahli DAP di kawasan berkenaan akan dapat membantu dan menyumbang kepada calon PAS atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding. DAP juga berhasrat meletakkan calon dalam kalangan ustaz serta peguam,” Katanya-Bernama
Sumber : Sinar Harian –Ahad 18 January 2009
(Kata Waris Pahang :
1. Tindakan DAP untuk meletakkan golongan berpendidikan agama Islam sebagai calon DAP merupakan tindakan yang sungguh biadap.
2. DAP nampaknya semakin ghairah untuk membonekakan orang Melayu pula untuk mencapai cita-cita, hasrat dan kepentingan diri setelah berjaya membonekakan MB Perak.
3. Tindakan DAP ini dianggap sebagai “Strategi Mesra Pelanggan”, seperti dalam perniagaan. Contohnya peniaga Cina menggunakan Orang Melayu sebagai pekerjanya untuk menarik pelanggan. Maka dalam politik, DAP mahu gunakan orang Melayu untuk mendapat ahli baru.
4. DAP sebenarnya tamak kerana mahu kaut sokongan dari kaum Melayu pula. Ini bermakna DAP mahu menyaingi PKR yang membuka keahlian kepada semua kaum.
5. PAS pula telah terdesak dengan perkembangan ini sehingga sanggup membuka keahlian untuk orang bukan Islam.
6. Bagi pemerhati politik tanahair mereka lihat adanya perlumbaan untuk merebut ahli daripada pelbagai kaum.
7. Bagi orang Melayu yang 'gila kuasa' mereka akan menyahut cadangan DAP untuk membuka lebih banyak cawangan hanya bertujuan mahu menjadi Ketua Cawangan sahaja.
8. Tidak mustahil satu hari nanti, apa-apa cadangan dan projek yang mahu dilaksanakan oleh DAP akan mendapat tentangan daripada Orang Melayu.
9. Dalam masa yang sama tindakan DAP ini mendapat sokongan pula orang Melayu (DAP) yang bodoh ini.
Saturday, January 17, 2009
Nizar Wajar Letak Jawatan

Friday, January 16, 2009
Nizar : Pelengkap Rancangan Briggs
KUALA LUMPUR 15 Jan. – Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah bertitah, raja-raja Melayu telah menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula kampung baru pada tahun 1950 yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu.

Ezam Dedah Siapa Anwar
Jika sekali baca kita rasa tidak ada apa-apa yang menarik dan pelik pun, ianya sekadar Anwar meminta Tun supaya tidak terus mengaibkan dirinya dan Anwar juga berterima kasih di atas segala jasa yang telah diberikan oleh Tun selama ni.
Namun disebaliknya, Ezam mengatakan “ Pada hari sebelumnya, Anwar telah caci maki Mahathir, mengajak rakyat yang menyokongnya untuk menentang Mahathir, tetapi dalam senyap, dibelakang penyokong-penyokongnya, terutamanya parti PAS, Anwar telah menulis surat merayu kepada Mahathir, mahu berdamai…”
(Kata Waris Pahang :
- Itulah mesej yang mahu disampaikan Ezam. Anwar bermuka-muka, di depan penyokongnya Anwar mencaci dan menghina Tun Mahathir serta mengajak rakyat melawan Tun kerana zalim sewaktu pemecatannya.
- Di belakang pula membina jambatan hubungan dengan Tun Mahathir dengan merayu dan mahu berdamai.
- Persoalan sekarang adakah PAS masih mahu mengangkat Anwar sebagai pemimpin nombor satu mereka dan bersekongkol dengan pemimpin yang suka membohongi rakyat.
- Jika PAS mendakwa sebagai Parti Islam mahu terus bekerjasama dengan Anwar maka PAS adalah parti 2x5 sahaja.

TEKS PENUH SURAT ANWAR IBRAHIM KEPADA MAHATHIR
Surat Anwar bertulis tangan kepada Dr Mahathir.YAB Dato Seri Dr Mahathir.Assalamualikum Warahmatullah.
Perkembangan beberapa hari ini kebelakangan ini sungguh merimaskan. Berita-berita yang mengaibkan peribadi saya secara berterusan oleh media tempatan nampaknya tidak berkesudahan.
Saya dan Azizah harus tabah. Anak-anak saya mulanya agak sugul dan gundah. Hati mereka luka dan pelajaran mungkin terjejas. Alhamdulillah, mereka kian teguh berkat sokongan keluarga besar kami, rakan-rakan rapat-khususnya Azizah yang sentiasa disamping mereka.
Saya masih kebingungan, bertanyakan punca konspirasi untuk mengaib dan menjatuhkan saya. Harapan saya, ialah agar keadaan sedikit reda bagi membolehkan saya membela diri dan mengembalikan kepercayaan rakyat.
Seperkara lainnya, ialah perihal keselamatan keluarga saya. Ibu bapa saya mengulangi pertimbangan Dato Seri agar anak angkat mereka tidak harus ditahan. Memadailah, penderaan yang kami alami sebagai keluarga dengan menghadapi tuduhan yang amat berat.
Betapa getir dan cemas kedudukan kami, saya dan Azizah tidak pernah melupakan curahan kasih sayang, bimbingan dan peluang yang Dato Seri berikan.
Meskipun perhubungan diantara kita agak renggang, saya tidak mungkin melupakan jasa baik Datuk Seri.
Semoga Allah S.W.T memberikan taufik dan hidayah, memelihara kesejateraan kita bersama.
Salam saya dan Azizah kepada Dato Seri dan kak Hasmah.Anwar Ibrahim.
8 September 1998
* anak angkat dalam surat ini merujuk kepada Sukma Darmawan Samitaat Madja
Tuesday, January 13, 2009
MB Perak malu-malu guna Camry

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ramly Zahary berkata, tindak-tanduk beliau itu seolah-olah cuba untuk menyelamatkan diri atau mengambil tindakan berkecuali dalam isu pembelian kereta mewah tersebut.
''Saya harap rakyat dapat menilai sama ada tindakan kerajaan negeri itu wajar atau tidak. Dulu janji untuk tidak mahu melakukan pembaziran tetapi sekarang apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Ezam : Tegak Keadilan Dianggap Merapu

Pemerhati politik melihat dalam siri ceramah beliau banyak mendedahkan keburukkan dan pembohongan Anwar. Namun tidak semua yang didedahkan.
Terbaru Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan dua perkara iaitu pertama, bekas Timbalan Perdana Menteri itu pernah memintanya supaya menguruskan langkah berdamai dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak sampai seminggu selepas dipecat.
Kedua, Ezam mendedahkan tarikh tepat beliau melihat kandungan enam kotak rahsia yang dikaitkan dengan kononnya bukti gejala rasuah pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) semasa berada dalam kerajaan.
Kedua-dua isu ini mewarnai pilihan raya kecil P.036 Kuala Terengganu. Biar apa pun orang kata kepadanya namun isu yang dibawa kesannya tetap ada.
Ezam sekarang dimusuhi oleh rakan-rakan karib lama beliau yang masih taasub dengan Anwar, Pakatan Rakyat dan PKR.
Siapa sangka beliau berani dan lantang bersuara melawan bekas bosnya. Umum mengetahui, Anwar kini paling takut kepada Saiful, Ezam dan Datuk Nalla.
Pemerhati politik juga melihat bekas orang di keliling Anwar dulu ini lebih bergerak secara bersendirian memerangi Anwar, mereka tidak bergerak sebagai satu pasukan.
Anwar juga dilihat tidak menyentuh sangat tentang tiga nama tersebut dalam siri ceramahnya kerana bimbang terjolok sarang tebuan.
Kata Anwar ""Saya tidak pernah respons kepada Ezam, sejak bila saya respons kepada dia? "Di Permatang Pauh mereka gunakan dia, setiap pilihan raya kecil dia akan digunakan," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Berkemungkinan ada 'rundingan belakang', namun ianya adalah suatu yang mustahil akan berlaku kerana sikap Anwar yang ego untuk 'lawan tetap lawan'.
Apa yang pasti rahsia Anwar ada dalam poket mereka. Dan mereka juga berkata 'lawan tetap lawan'.
Sikap Anwar yang menggangap Ezam sebagai merapu dan membawa isu yang telah lama, 11 tahun berlaku akhirnya nanti akan memakan diri Anwar.
Rakyat terus mahu tahu apakah yang sebenarnya berlaku. Jika Anwar mengambil sikap terus berdiam maka jelaslah apa yang disebut oleh Ezam adalah benar dan tiada yang tidak benar melainkan benar belaka.
Monday, January 12, 2009
Terengganu Menuju Putrajaya?

Anwar Pelawa Ludah
Sunday, January 11, 2009
CAMRY : SABOTAJ DAN AZAM BOHONG

Kedua-dua Kerajaan Negeri ini boleh menangguhkan pembelian dan penerimaan Toyota Camry 2.4, namun sikap tidak hormat kepada parti dan keangguhan yang menebal dalam diri menyebabkan mereka tidak menghiraukan parti yang sedang ‘genting’ berjuang di medan pilihan raya kecil.
Tindakan kedua-dua Kerajaan Negeri ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada PAS dan mensabotaj parti. Barangkali inilah azam bohong tahun baru 2009 Kerajaan Pakatan Pembangkang.
Pembelian ini juga telah menimbulkan isu lain yang berkaitan sehingga rakyat menganggap kedua-dua Kerajaan Negeri ini membohongi rakyat, membazirkan wang dan mengabaikan kebajikan rakyat. Di antara persoalan atau perkara yang menyebabkan rakyat tidak puashati :
1. Mesyuarat Exco Selangor membuat keputusan meluluskan pembelian kenderaan itu bagi menggantikan Proton Perdana pada hari Rabu sedangkan kereta baru itu diterima sebanyak 10 buah pada hari Jumaat iaitu dua hari selepas kelulusan.
2. Apakah pembelian Toyota Camry itu tidak mematuhi peraturan perolehan menerusi tender atau sebut harga mahupun rundingan terus?
3. MB Selangor sebelum ini berkata, kerajaan akan melakukan pembelian kereta itu menerusi tender malah projek-projek lain juga akan dibuat demikian untuk membuktikan kerajaan pakatan PKR, DAP dan PAS di Selangor telus. Namun semalam menafikannya di TV3 dengan mengatakan pembeian tersebut melalui sebut harga.
4. Kerajaan Negeri Selangor menyembunyikan hasrat membeli Toyota Camry daripada pengetahuan rakyat Selangor. Urusan membelian Toyota Camry yang beharga sekitar RM 1.3 juta itu kemungkinan sudah dibuat lebih awal.
5. MB Selangor dakwa harga 10 buah Toyota Camry 2.4 ialah RM 1.3 juta. Ini bermakna harga sebuah kereta itu RM 130,000. Mana ada sebuah Toyota Camry harganya RM 130,000 sepatutnya harga keseluruhan RM 2.5 juta.
6. MB Selangor sebelum ini berkata masih belum pasti sama ada mahu menukar kereta rasmi anggota Exco daripada Proton Perdana kepada Toyota Camry, tetapi dalam diam-diam kerajaan negeri sudah membeli 14 tersebut.
7. Pada Julai lalu MB Selangor berkata, Selangor akan menggunakan kenderaan lama walaupun anggota Exco, Ronnie Liu mencadangkan penggunaan Toyota Camry.
8. Kenderaan Proton Perdana Excecutif yang digunakan Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri yang ada sekarang berusia sekitar tiga tahun dan kebiasaannya kerajaan menggunakan kenderaan rasmi sehingga lima tahun sebelum menggantikannya. Pembelian Toyota Camry menggantikan Proton Perdana adalah satu pembaziran.
9. Kerajaan Negeri Perak lebih berani dengan menjadi sasaran hentaman apabila berhasrat membeli Toyota Camry 2.4 berbanding dengan Negeri Selangor yang takut dikecam oleh rakyat.
10. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pembelian sejumlah 16 kenderaan berkenaan bernilai kira-kira RM2.56juta dibuat secara tender terbuka oleh jabatan tender kerajaan negeri. Bila tender terbuka ini dibuat, rakyat tidak tahu pun.
Camry : Umpama "Kera Mendapat Bunga"
Perak menerima sembilan daripada 16 yang ditempah manakala Selangor pula menerima 10 daripada 14 buah.
Kita semua rakyat Malaysia amnya dan rakyat Negeri Pakatan Pembangkang khususnya seharusnya memprotes penggunaan oleh Kerajaan Pakatan Pembangkang ini kerana :
1. Memperlekeh kereta buatan tempatan.
2. Pakatan pembangkang tidak mempunyai semangat untuk menyokong industri barangan buatan tempatan.
3. Pakatan Pembangkang sepatutnya menjadi contoh kepada rakyat dalam menggunakan barangan buatan tempatan tetapi keadaan sebaliknya berlaku di kedua-dua negeri ini.
4. Pakatan Pembangkang sepatutnya menyemaikan semangat cintakan barangan buatan Malaysia.
5. Kerajaan negeri Perak dan Selangor telah membelanjakan berjuta-juta ringgit ketika negara menghadapi kemelesetan ekonomi. Mereka sanggup mengalirkan beberapa juta ringgit ke negara luar dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini.
6. Kerajaan Negeri Pakatan Pembangkang seharusnya berjimat dan mengekalkan kestabilan ekonomi di saat negara berhadapan cabaran kegawatan ekonomi dunia.
7. Kerajaan Pakatan Pembangkang sepatutnya lebih fokus mencari jalan bagaimana untuk merealisasikan janji manifesto yang dibuat kepada rakyat sebelum pilihan raya umum ke 12.
8. Kerajaan Pakatan Pembangkang dilihat liat melunaskan janji manifesto.
9. Kerajaan Pakatan Pembangkang tidak mengutamakan keperluan rakyat dalam memberi khidmat terbaik.
10. Tindakan Pakatan Pembangkang ini seperti 'kera mendapat bunga', mengutamakan kepentingan diri dan keselesaan parti.
Saturday, January 10, 2009
1000 Umat Islam Solat Hajat

Friday, January 9, 2009
Beri Kebajikan : Aku Atau Mu?

Rakyat telah mual dengan slogan ini dan mereka menganggap ianya satu pembohongan dan janji palsu pilihan raya.
Apa tidaknya, lain yang mereka laungkan semasa pilihanraya dulu tetapi kini lain pula yang mereka buat. Bak kata orang "Cakap Tak Serupa Bikin"..
Rakyat sehingga kini masih mempertikaikan slogan "Negara Kebajikan" dan mempertikaikan di mana "kebajikannya".
Rakyat kini sudah sedar bahawa Pakatan Pembangkang tidak mampu memberi kebajikan kepada rakyat malah mereka pula yang sentiasa menuntut kebajikan daripada rakyat melalui ceramah-ceramah mereka.
Karung plastik kutipan derma akan dibawa oleh kuli Pakatan Pembangkang berlegar-legar di tengah-tengah orang ramai untuk menagih wang sebaik sahaja di arahkan oleh pengerusi ceramah. Namun begitu ada juga orang ramai yang tidak mudah memberi derma sebagai tanda protes.
(Kata Waris Pahang :
- Mereka yang tidak menderma itu kerana tidak puas hati dengan tindak tanduk Pakatan Pembangkang kerana :
1. Ceramah yang disampaikan oleh penceramah tidak memberi harapan yang dapat menyelesaikan masalah kerana mereka hanya "menaburkan air liur" di pentas ceramah sahaja tanpa ada tindakan selepas itu.
2. Tiada rancangan pembangunan yang meyakinkan dikemukakan oleh Pakatan Pembangkang untuk kebaikan rakyat. Kebanyakannya isi kandungan ceramah dipenuhi dengan caci maki.
3. Kerajaan Pakatan Pembangkang juga dilihat tidak mempunyai kemampuan dan pengalaman mentadbir sehingga menimbulkan pertelagahan antara pemimpin Pakatan Pembangkang seperti PKR, DAP dan PAS.
4. Pembangkang hanya mampu membuat janji untuk menegakkan itu dan ini dalam ceramahnya, tetapi apabila habis ceramah mereka akan balik tidur. Mereka kemudian akan berceramah lagi dan membuat janji lagi pada malam-malam berikutnya.
5. Rakyat mahukan kebajikan dari Pakatan Pembangkang sebagaimana yang dijanjikan, bukan rakyat yang kena keluar kebajikan untuk mereka).
Wednesday, January 7, 2009
PAS : Kejam! Kejam! Kejam!

Tabika Kemas : Kezaliman PAS Di Terengganu
Tuesday, January 6, 2009
Tabika Kemas Ditutup Bukti Kezaliman

Persoalan yang timbul kini, siapa yang arahkan JKKK mengunci dan mengarahkan semua dewan yang dijadikan tabika Kemas di Negeri Perak dikosongkan. Sudah tentulah ada pihak atasan yang memberikan arahan tersebut.
JKKK dan pegawai daerah mendakwa mendapat arahan daripada kerajaan negeri tetapi Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menafikannya.
Siapakah makhluk yang zalim disebalik isu ini?. Menteri Besar Perak kata ini bukan arahan saya tetapi arahan daripada pegawai daerah. Persoalannya lagi, kenapa pegawai daerah kata lain, JKKK cakap lain dan Menteri Besar pun kata lain. (Dipetik dari Utusan Malaysia)
Kerajaan negeri sepatutnya mengenepikan perbezaan fahaman politik demi kepentingan ilmu pengetahuan kepada kanak-kanak.
(Kata Waris Pahang :
- Apakah dosa anak-anak sehingga diperlakukan begitu. Apakah salah mereka sehingga disuruh keluar dari sekolah tersebut.
- Anak-anak yang tidak berdosa ini adalah mangsa politik parti pembangkang yang bencikan Barisan Nasional. Sedangkan mereka belum faham erti politik.
- Tadika Kemas semenjak dahulu lagi banyak berjasa kepada masyarakat terutama bagi golongan yang berpendapatan rendah dan mempunyai anak yang ramai bersekolah. Yuran yang dikenakan tidak semahal mana jika dibandingkan dengan tadika swasta.
- Inilah kebajikan yang Kerajaan Barisan Nasional berikan kepada rakyat. Sungguh malang bagi rakyat yang menyokong Pakatan Pembangkang kerana mereka gagal memberikan kebajikan kepada rakyat sebagaimana yang mereka laungkan "Negara Kebajikan".
- Tadika Kemas tidak seharusnya ditutup kerana ianya tadika untuk semua anak-anak tanpa mengira kaum dan latar belakang politik ibubapa.
- Pepatah Melayu "Menang Sorak Kampung Tergadai", jelas sekali semenjak pakatan pembangkang memerintah negeri mereka merampas apa sahaja yang mereka mahu rampas seperti bangunan Kemas, kawasan balak, tanah milik Melayu dan lain-lain. Sekiranya mereka memerintah negara, kita tidak pasti apa yang tinggal.
- Rakyat Terengganu telah menolak kerajaan zalim PAS semasa memerintah Terengganu selepas PRU 10 kerana anak-anak dihalau dari Tadika Kemas. Maka pengundi-pengundi P.036 Kuala Terengganu jangan mengundi pembangkang sebagai tanda protes kepada kerajaan Pakatan Pembangkang.
- Terima Kasih rakyat Negeri Perak kerana bertekad tidak akan memberi kemenangan kepada pakatan pembangkang dalam PRU 13 nanti.
Anwar sokong Bush sokong Israel
Dunia Arab yang berada di sekeliling negara Israel seolah-olah panik dan tidak tahu hendak melakukan apa sedangkan kes penyembelihan ini sudah berlaku berabad lamanya.
Presiden Bush secara terang-terangan menyokong Israel dan pesawat pejuang serta bom yang digunakan adalah buatan Amerika. Selagi Amerika menyokong Israel kita akan lihat kebiadaban Israel membelakangkan kutukan dunia dan mereka akan terus membunuh orang Arab Palestin dan menghancurkan penempatan dan bandar mereka.

Orang Malaysia yang menyokong Presiden Bush ialah Anwar Ibrahim. Sebuah kenderaan yang digunakan semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh terpampang gambar Presiden Bush pada kenderaan tersebut. Ianya menggambarkan seolah-olah Bush memberi sponsor kepada Anwar Ibrahim untuk bertanding kerusi Permatang Pauh.
Kenderaan seperti ini akan dilempar kasut dan selipar jika melalui kawasan bandar dan perkampungan orang Arab. Namun senario di Malaysia berlainan pula kerana ia bagaikan fonemena biasa sahaja.
Monday, January 5, 2009
Strategi Terancang Selamatkan Palestin

Oleh yang demikian marilah kita berusaha mengatur strategi untuk melemahkan Israel dan AS seperti berikut :
1. Pengguna Islam digesa "Boikot Barangan Yahudi/ AS" . Marilah kita bersama-sama melaksanakan kewajipan ini agar penghinaan kepada Islam mendapat pembalasan sewajarnya.
2. Menggesa kerajaan memboikot produk AS dan Israel dengan cara tidak mengimport produk-produk mereka.
3. Menggesa PBB lebih bertegas dalam menagani isu pencerobohan ini dan mendesak pihak AS agar berhenti dari terus menyokong tindakan dan polisi ketenteraan zionis tersebut.
4. Menggesa kerajaan menghantar memorandum bantahan kepada Negara Israel dan AS terhadap pencerobohan ini.
5. Menggesa pertubuhan OIC memainkan peranan mereka dengan lebih berkesan lagi serta bersatu dalam menangani situasi yang melibatkan negara Islam serantau. Semua negara OIC diminta untuk mendesak PBB agar bertegas dalam isu Palestin.
6. Menggesa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Liga Arab menubuhkan satu pakatan ketenteraan menyerupai Perjanjian Pertubuhan Atlantik Utara (NATO).
7. Menggesa negara Islam yang mempunyai senjata yang paling mahal dan kebal yang Allah kurniakan iaitu minyak untuk memerangi semua musuh Islam di dunia ini.
8. Menggesa rakyat Malaysia tidak menggunakan mata wang dolar AS.
9. Menggesa semua Umat Islam bersatu tanpa mengira idelogi agar bersama-sama mengutuk perbuatan yang tidak berperi kemanusiaan ini.
10. Mengumpul dana untuk membantu Negara Palestin dan umat Islam Palestin.
Namun apa yang kita kesalkan kata-kata PDO ketika mengulas tentang demo bantah kekejaman Israel terhadap Umat Islam Palestin di Masjid Abu Bakar Temerloh.
"Terkadang kita naik hairan dengan pihak berkuasa terutamanya pasukan polis di Malaysia negara Islam Hadhari ini. Biarpun demonstrasi yang diadakan bukan bertujuan politik tetapi untuk memberi sokongan kepada umat Islam di Palestin. Namun, mereka masih mahu menghalang rakyat untuk menyatakan bantahan atas kekejaman yang dilakukan oleh Zionis itu. Sungguh malang bagi umat Islam di Malaysia, jika perkara seperti ini pun dianggap sebagai perhimpunan haram. Walhal ia bertujuan untuk menyatakan perasaan kecewa atas segala kezaliman yang berlaku itu".
(Kata Waris Pahang : Negara kita ada undang-undang jadi ikutlah undang-undang. Mana-mana perhimpunan yang mahu diadakan mestilah mendapatkan keizinan pihak berkuasa terlebih dahulu supaya mereka dapat mengawal keadaan dan mampu mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.
Memang telah menjadi kebiasaan pakatan rakyat mengadakan perhimpunan selepas itu menyalahkan pihak berkuasa. Ini semua bertujuan mahu mendapat simpati rakyat. Ini adalah taktik lama yang ketinggalan zaman dan tidak sesuai diamalkan lagi).
Dulu Anwar tempelak PAS, Kini Anwar tempelak diri sendiri

Sunday, January 4, 2009
Lim 'warning' Anwar ?
Apa boleh buat, itulah ketuanan rakyat yang Anwar mahukan.
Lim Guan Eng minta Anwar tolong tengok-tengokkan penyokong PKR yang memberontak tidak puas hati dengan PAS. Kalau mereka berterusan bergaduh maka tiada can lah nak tawan Malaysia. Malahan tiada can nak jadi PM atau TPM atau Menteri Kabinet.
Lim kata DAP akan bagi sokongan kat PAS dalam PRK Kuala Terengganu nanti, itupun selepas Husam Musa 'corner' impian Nik Aziz nak laksana Hudud. Bang Nuar takkan bersuara pasal sokong Hudud. Kalau dia berani bersuara dan cakap setuju, maka talak tiga lah dengan DAP.

Aku pun pening dengan tiga parti ini, kadang-kadang PAS ajar DAP, PAS ajar PKR, PKR ajar PAS, PKR ajar DAP, DAP ajar PAS dan DAP ajar PKR. Yang pasti mereka akan berlumba-lumba mengibarkan bendera mereka di Terengganu.
Saturday, January 3, 2009
BN Cerah PAS Resah

1. Faktor calon : pemilihan calon PAS telah mengecewakan banyak pihak samada Mat Sabu dan penyokongnya, Dr Syed Azman dan penyokongnya dan juga Cikgu Pa dengan penyokongnya.
2. Haji Abdul Wahid Endut adalah pilihan peribadi DS Haji Hadi, bukan pilihan rakyat Kuala Terengganu.
3. Dr. Syed Azman sebenarnya lebih layak kerana calon BN adalah orang muda. Golongan muda sudah pasti akan memihak kepada BN, Tahniah!.
4. Kumpulan Dr. Syed Azman sudah pasti akan menyokong BN kerana beranggapan beliau menjadi korban konspirasi dalaman PAS. Apakah terdapat pihak yang hendak mencantas Dr Azman untuk menjadi pemimpin PAS Kuala Terengganu atau pusat pada masa akan datang?
5. Calon PAS telah 5 penggal menjadi ADUN, kebiasaannya rakyat telah jemu dan menyampah kalau seseorang memegang terlalu lama jawatan. Apatah lagi prestasi beliau dilihat semakin menurun.
6. Adun Wakaf Mempelam yang juga calon PAS didapati gagal menjaga kawasannya, persoalannya bagaimana beliau mahu menjaga keseluruhan Parlimen Kuala Terengganu satu masa nanti.
7. Untuk rekod, dalam satu sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu, Wahid Endut sendiri mengaku bahawa sepanjang 1999-2004, tiada pembangunan yang dibawa oleh PAS ke dalam negeri Terengganu. (Klik di sini)

9. PAS menyebarkan merata-rata gambar Wan Farid sedang berkaraoke namun temberang PAS pecah, gambar tersebut sebenarnya adalah aktiviti keluarga.

Yang Betul, Aktiviti Keluarga.
10. Rakan Pakatan Rakyat seperti PKR dan DAP akan membantu seperti melepaskan batuk ditangga sahaja atau tidak ikhlas kerana bimbang PAS akan lebih menonjol daripada parti mereka satu hari nanti. Apatah lagi perselisihan tentang perlaksanaan HUDUD masih belum reda.
Friday, January 2, 2009
Blog Hina Nabi : Cabar Kesabaran Kita

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009
Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009
LAGU WARISAN
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini
Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki
Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan
KATA HIKMAH
‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”
Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.
PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :
Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.
Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?
''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.
Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?
"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?
Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.
Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.
Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.
Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''
PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :
Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.
WASIAT RAJA-RAJA MELAYU
“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.
Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).
Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.
Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.
Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.
Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
WASIAT RAJA-RAJA MELAYU
