
Pemerhati politik melihat dalam siri ceramah beliau banyak mendedahkan keburukkan dan pembohongan Anwar. Namun tidak semua yang didedahkan.
Terbaru Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan dua perkara iaitu pertama, bekas Timbalan Perdana Menteri itu pernah memintanya supaya menguruskan langkah berdamai dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak sampai seminggu selepas dipecat.
Kedua, Ezam mendedahkan tarikh tepat beliau melihat kandungan enam kotak rahsia yang dikaitkan dengan kononnya bukti gejala rasuah pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) semasa berada dalam kerajaan.
Kedua-dua isu ini mewarnai pilihan raya kecil P.036 Kuala Terengganu. Biar apa pun orang kata kepadanya namun isu yang dibawa kesannya tetap ada.
Ezam sekarang dimusuhi oleh rakan-rakan karib lama beliau yang masih taasub dengan Anwar, Pakatan Rakyat dan PKR.
Siapa sangka beliau berani dan lantang bersuara melawan bekas bosnya. Umum mengetahui, Anwar kini paling takut kepada Saiful, Ezam dan Datuk Nalla.
Pemerhati politik juga melihat bekas orang di keliling Anwar dulu ini lebih bergerak secara bersendirian memerangi Anwar, mereka tidak bergerak sebagai satu pasukan.
Anwar juga dilihat tidak menyentuh sangat tentang tiga nama tersebut dalam siri ceramahnya kerana bimbang terjolok sarang tebuan.
Kata Anwar ""Saya tidak pernah respons kepada Ezam, sejak bila saya respons kepada dia? "Di Permatang Pauh mereka gunakan dia, setiap pilihan raya kecil dia akan digunakan," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Berkemungkinan ada 'rundingan belakang', namun ianya adalah suatu yang mustahil akan berlaku kerana sikap Anwar yang ego untuk 'lawan tetap lawan'.
Apa yang pasti rahsia Anwar ada dalam poket mereka. Dan mereka juga berkata 'lawan tetap lawan'.
Sikap Anwar yang menggangap Ezam sebagai merapu dan membawa isu yang telah lama, 11 tahun berlaku akhirnya nanti akan memakan diri Anwar.
Rakyat terus mahu tahu apakah yang sebenarnya berlaku. Jika Anwar mengambil sikap terus berdiam maka jelaslah apa yang disebut oleh Ezam adalah benar dan tiada yang tidak benar melainkan benar belaka.
6 comments:
Ha selalunya, yang buruk, takkan boleh disembunyi encik.
Masalah dengan pembangkang ni adalah; jika sesuatu keadaan atau sesiapa menyokong mereka maka baiklah itu, jika menentang maka buruklah itu. Segalanya mengikut skala yang mereka tetapkan untuk kepentingan mereka sendiri. Mudahnya
x sabar nk tggu pendedahan ezam di KT.
Wahai Ezam, tak kan nak tunggu PRK yang akan datang untuk dedahkan bukti pembohongan Anwar.
Anwar kini terperangkap dengan tindakan lampaunya sendiri.
Salam,Terima kasih kerana melawat laman blog saya dan meninggalkan komen serta menjadi follower. Say juga akan ikuti blog ini tetapi tak akan komen dlm politik. Kepada yang lain sila lawati blog puisi saya -
http://azamabdrahman.blogspot.com
Semasa kat Permatang Pauh dia kata ada enam kotak. Tapi smpai sudah kotak tak sampai. Semasa Kuala Terengganu pun bunyi gitu gak. Tapi kononnya kotak kat Anwar. Last-last dari enam kotak tinggal satu surat. Bila nak dedah surat itu. Temberang punya Ezam. Pilihan 1 hari lagi. Takkan lepas orang dah undi kot?
Hari ituberiya-iya dia ngan Nalla cakap pasal duit Magnum berjuta-juta RM. Tapi last-last habuk pun takde. Patutpun Anwar tak layan orang cam ini. Cakap tak serupa bikin. Oh ye ... apa jadi kepada seekor lagi tu ... apa nama ??? ... Chandra Muzaffar. Takde kerusi roda nak p KT ke? ha ha ha
Takde modal punya orang ketiga tiga manusia ini.
Post a Comment